Madinah Al-Muanawwarah vs Republik Arab Mesir
Posted on August 12th, 2009 in Motivasi, Sikap
Mungkin tajuk tulisan ini agak provokatif. Pasti yang membaca tertanya-tanya ‘vs’ seperti apakah yang ingin dibahas. Tulisan ini bukan untuk memenangkan mana-mana pihak atau mengalahkan pihak lainnya. Tulisan ini hanyalah menjadi coretan yang sesuai dibaca oleh mereka yang ingin membuat pilihan antara meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Mesir atau di Madinah.
Topik ini menjadi pilihan kerana dua sebab : 1. Adik penulis baru sahaja diterima di Universiti Islam Antarabangsa Madinah dan 2. Ramai sahabat-sahabat penulis yang selalu bertanya mengenai pendapat penulis antara kedua tumpuan penuntut ilmu ini.
Adik penulis bernama Abdul Musawwir Bin Shafruddin telah mendapat rahmat Allah SWT yang begitu besar dengan terpilihnya beliau sebagai pelajar yang telah lulus proses penapisan selama setahun. Pada Ramadhan tahun lalu beliau telah menyerahkan dokumen ketika temuduga di Universiti Islam Antarabangsa Madinah dan beberapa hari lepas beliau telah menerima khabar bahawa beliau tergolong dikalangan mereka yang diterima. Alhamdulillah. Sebuah nikmat yang tak terhingga besarnya bagi keluarga kami.
Beliau sebenarnya merupakan pelajar di Fakulti Usuluddin, Institut Studi Islam Darussalam (ISID). Jika diikutkan tahun depan beliau sudah layak menjadi Graduan dari institut tersebut. Hal ini turut mengundang persoalan kerana jika beliau meneruskan perjuangan beliau di Madinah bermakna beliau akan mengulang dari semester pertama. Sebahagian orang melihat bahawa ia sebuah kerugian kerana beliau harus menempuh 4 tahun lulus padahal beliau hanya perlu meneruskan setahun sahaja lagi untuk lulus di ISID.
Pernah suatu ketika ibunda mempersoalkan hal yang sama. Jawabku, mana mungkin layak untuk di bandingkan Madinah dan Ponorogo. Bahkan, Madinah dan Mesir sahaja tidak setanding. Madinah begitu mulia kerana menyimpan jasad sebaik-baik ciptaan Allah. Imam para rasul dan nabi, penghulu keseluruh manusia. Madinah mengandung belahan bumi yang dikenal sebagai ‘haram’. Tanah haram ini hanya ada tiga iaitu Makkah, Madinah dan Al-Quds atau Jerussalem. Ilmu yang telah beliau pelajar 2 tahun belakangan ini tetap sentiasa tersemat di hati walau tidak menghasilkan sijil.
Seorang sahabat semangat bercerita, “Saya dahulu diterima di Madinah namun, saya tolak kerana ingin mendapatkan ‘tarbiah’ di Mesir.”
Terkilan penulis mendengar kata-kata itu. Bahkan penulis tidak memberi apa-apa respon memandangkan sahabat baik itu sudah pun tiba di Mesir. Memang tiada guna untuk berkata kerana pilihan telah dibuat dan peluang telah lenyap.
Menurut penulis sahabat itu keliru beberapa hal. Pertama mengenai ‘tarbiah’. Apa yang kita faham tentang ‘tarbiah’. Bagaimana kita menyikapi ‘tarbiah’ dan berinteraksi dengan ‘tarbiah’. Tarbiah adalah pendidikan. Namun, ia digunakan sebagai istilah pendidikan khusus keagamaan dalam penerapan nilai-nilai suci agama ke dalam jiwa melalui pelaksanaan dan pengamalan. Tarbiah biasanya disediakan oleh mana-mana pertubuhan bagi membentuk rijal atau membentuk kader yang akan meneruskan perjuangan.
Secara peribadi penulis sangat menghargai dan mengagumi alasan sahabat tersebut dalam memilih Mesir sebagai tempat pengajian. Bahkan, jika dibanding dengan mana-mana tempat pengajian di dunia perlu penulis akui bahawa Mesir menyediakan seribu satu pengalaman berharga sebagai proses untuk mencapai target sebagai rijal. Namun, menurut hemat penulis mengutamakan Mesir dibanding Madinah adalah sebuah kesilapan yang amat besar.
Menurut penulis Mesir bukan satu-satunya tempat yang menyediadakan khidmat tarbiah. Bahkan tarbiah yang paling hebat adalah bukan selamat ditempat yang aman akan tetapi mampu menyelamatkan diri ditempat yang terancam. Seorang yang berusaha menyelamatkan diri dari seribu satu ancaman maksiat adalah orang yang lebih berjaya melalui tarbiah diri bahkan yang demikian lebih menjadikan dia seorang rijal hakiki.
Belajar di Madinah Munawwarah untuk sarjana muda selama empat tahun adalah sebuah rahmat yang sangat besar bagi seseorang. Ia menjadi rebutan jutaan orang walhal tempat yang disediakan hanya untuk beberapa ratus orang sahaja pertahun. Mereka yang telah menerima tawaran akan tetapi tidak pergi dianggap telah menzalimi orang yang gagal mendapatkan tawaran. Jika benar dia tidak ingin untuk pergi mengapa dia sebelumnya mengikuti temuramah. Ketidakpergian dia akan membuatkan satu quota untuk rakyat Malaysia hangus. Quota dia itu tidak akan diserahkan kepada orang lain. Sungguh ia merupakan sebuah kezaliman.
Hidup di Madinah itu sendiri merupakan sebuah rahmat yang tidak dapat dimungkiri. Ini jelas diperkukuh dengan hadis-hadis sohih mengenai kemuliaan Madinah, Mekah, Al-Quds di atas belahan bumi yang lain. Sebagai contoh hadis beriku :
وعن أبى سعيد الخدري رضي الله عنه فال فال رسول الله صلى الله عليه و سلم لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد المسجد الحرام و مسجدى هذا و المسجد الأقصى متفق عليه
Dan dari Abi Sa’id Al-Khudri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak bersusah payah seseorang berpergian melainkan untuk menuju tiga buah masjid iaitu Majidil Haram, Masjidku ini dan Masjid Al-Aqsa (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas jelas menunjukkan keutamaan ketiga masjid ini dan kelebihan ketiga tanah suci ini. Belum lagi jika kita melihat dari sudut perbandingan pahala solat di ketiga masjid ini dengan masjid-masjid lain seluruh dunia. Keutamaan Madinah tidak kita nafikan lagi dengan terbukanya peluang bagi setiap pelajar di sana untuk dengan bebas melakukan umrah dan haji sesuka hati mereka. Subhanallah nikmat apakah yang lebih besar dari menjadi tamu Allah.
Terkelu diriku mendengar mereka yang terpilih namun enggan memenuhi tawaran tersebut. Nikmat seperti apakah yang lebih mulia dari berada disisi Rasulullah dan menjadi tetamu Allah di Masjidil Haram?
Sahabat yang lain pernah berkata, “Jangan belajar di Madinah, anda hanya akan menjadi wahabi!!??”
Mereka yang berfikiran sempit ini memang tidak pernah akan maju. Adakah semua orang yang menuntut di barat akan menjadi Kristien atau Atheist? Adakah mereka yang menuntut di Jepun akan menjadi penyembah matahari? Bahkan sejarah membuktikan pada zaman Fatimiyyah iaitu pemerintah yang mendirikan Azhar dan menjadikan Azhar sebagai sebuah institusi pendidikan Syiah terawal dan termaju namun tidak pun berjaya menukar Mesir menjadi negara Syiah walhal tempoh masa pemerintahan kerajaan Syiah cukup lama.
Apa yang lebih menarik lagi, jika mereka enggan belajar di Madinah lalu memilih Mesir, adakah Mesir begitu berbeza dari Madinah? Setahu penulis pengalaman solat berjemaah di Masjid Azhar menerapkan hampir 100% cara pelaksanaan ibadah seperti mana yang diterapkan di Masjid Annabawi dan Masjidil Haram. Mengapa tidak mereka mengatakan bahawa belajar di Mesir juga akan jadi wahabi!!
Ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang beranggapan demikian belum memahami tradisi keilmuan dalam islam dan tradisi bermazhab. Bahkan tidak salah jika kita mengatakan bahawa mereka ini mungkin dipengaruhi sikap fanatik yang tidak sihat.
Penulis tidak berusaha menafikan perbezaan yang ada antara Madinah dan Mesir. Bahkan adalah suatu yang sangat tidak logik jika tidak ada perbezaan antara dua benda atau perkara. Namun, penulis cuba mengajak agar kita melihat dengan pandangan yang lebih luas dan terbuka lalu mengakui segala kelebihan dan kekurangan di setiap tempat itu.
Menurut penulis, perbezaan yang terjadi antara Madinah dan Mesir atau tempat-tempat lain adalah perbezaan yang dapat diterima. Perbezaan-perbezaan itu tidak menjejaskan perkara yang bersifat usul. Kalau pun ada perselisihan di perkara-perkara usul ia merupakan perselisihan dari segi interpretasi dan bukan penafian atau penolakkan hal-hal usul itu sendiri. Ini dikuatkan lagi dengan tingginya dan kukuhnya Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama ilmu dalam Islam.
Jika kita lihat dari sudut pengajian sarjana muda maka kita akan menemukan bahawa peringkat ini, pelajar didedahkan kepada asas-asas utama setiap bidang sehingga pelajar tersebut bersedia membina rangka yang kukuh dan benar di dalam minda sebelum terjun dalam kajian diperingkat masters atau sarjana. Maka, peringkat ini merupakan peringkat penerapan nilai-nilai dan norma-norma yang diperlukan pelajar dilakukan. Hal-hal yang bersifat tsawabit tidak akan terjejas bahkan ditanam sebaik mungkin disamping keterbukaan minda dalam menilai dan berfikir diberi ruang yang cukup luas sehingga minda aktif menganalisa dan menilai tanpa terkeluar dari landasan kerangka yang sedang dibentuk.
Amatlah rugi seandainya seorang pelajar telah mempunyai sikap ‘tertutup’ sejak sebelum memasuki alam perkuliahan lagi. Sikap yang seperti ini menghambat seseorang untuk memahami kerangka yang cuba dibentuk dan ransangan mengkritik, fikir dan analisa yang cuba dibudayakan.
Seandainya seorang pelajar berpegang kepada prinsip, “الحق أحق أن يتبع” atau “Kebenaran (Hak) lebih berhak untuk diikuti” maka pelajar tersebut tidak perlu risau untuk berada di universiti mana sekali pun. Kerana dimana saja kita belajar sumber yang Islam iktiraf sebagai sumber yang paling tinggi adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Kemudian setiap pelajar dibekalkan modal percuma oleh Allah SWT yang gunanya untuk mengistbat (membenarkan) atau menafikan. Berbekalkan prinsip ini dimana pun pelajar tersebut belajar maka kebenaranlah yang dijunjung.
Maka hilanglah kerisauan kita terhadap provokasi wahabi atau yang seumpamanya untuk belajar di Madinah mahupun Mesir kerana pelajar yang bijak tidak akan menyempitkan diri hanya di ruang yang sempit itu sahaja.
Jika anda yang membaca tulisan ini adalah lulusan SPM atau STAM yang memiliki kemampuan ingin penulis sarankan untuk mencuba nasib belajar di Madinah. Ramadhan adalah masa dimana Universiti Madinah membuka peluang untuk para calon pelajar datang ke universiti dan mengikuti temuduga. Anda hanya perlu mengisi borang yang dapat diperoleh dari website universiti atau kedutaan besar Arab saudi. Terjemahkan sijil SPM atau STAM anda ke bahasa Arab. Dapatkan surat Tazkiah (sokongan) dari alumnai Universiti Madinah seperti Dr Azwira UKM, Dr Habeeb Rahman UIA, Ust Safwan Badri dan Ust Abdullah Yasin. Dapatkan visa umrah dan tiket menuju ke Saudi. Laksanakan umrah kemudian hadirilah temuduga. Keputusan penerimaan akan diumumkan setelah setahun.
Maka dalam masa setahun menunggu anda boleh terus belajar di Mesir atau ditempat lain. Namun Mesir adalah dianjurkan. Ini kerana Mesir adalah sebuah negara yang menunjukkan keadaan sebenar masyarakat. Keberagaman mazhab dan pahaman. Kepelbagaian bangsa dan status masyarakat. Kemudian jika anda ditentukan lulus menjadi pelajar di Madinah maka anda sudah mempunyai bekal di minda bahawa anda nanti akan menghadapi masyarakat yang seperti ini. Lalu keberadaan anda di Madinah telah bermula dengan menyedari akhir cabaran yang bakal ditempuhi. Maka anda dapat menyesuaikan antara keadaan semasa, keperluan dan cabaran yang bakal dihadapi.
Pada akhirnya, kita perlu juga mengakui bahawa tempat dimana kita belajar hanyalah faktor luaran yang hanya menyediakan dukungan dan keadaan sahaja. Faktor utama dan terpenting sebenarnya adalah faktor diri kita sendiri. Jikalah benar faktor tempat menjadi penyebab utama hidayah sudah pasti tiada mereka yang fasik di tanah haram atau Mesir. Letaklah dimana saja namun jika jiwa kita tertutup, sempit, malas dan dihiasi seribu satu sifat dan sikap negatif lainnya sudah pasti kita tidak pernah akan maju dan berjaya.
Dikesempatan ini suka penulis ucapkan Tahniah kepada adinda Abdul Musawwir Bin Shafruddin yang telah menjadi antara golongan yang terpilih menikmati hari-hari indah di tanah penuh sejarah, tanah terbitnya sinar iman dan islam. Alfu Mabrook! Tidak lupa juga tahniah kepada seluruh sahabat-sahabat yang seangkatan dengan beliau nanti di Universiti Madinah seperti Ubaidillah Bin Habeeb Rahman. Semoga kesyukuran ini dalam lebih diterjemahkan dengan melakar kecemerlangan di sana nanti. Seeru ala barakatillah…

August 12th, 2009 at 9:36 pm
Salam
Yerp.Kadang-kala,terdapat segelintir orang(termasuk ana) berfikir bahawa Mesir sahaja tempat yang dapat mentarbiah rijal,sedangkan maksud sebenar ‘tarbiyah’ itu sendiri tidak dapat difahami.
Thx for the nice post..terasa semangat pula.Masih dlm dilemma.Madinah ataupun Mesir?huhu
August 13th, 2009 at 2:50 am
Wsalam..
Istikharahlah agar ditentukan tempat yang terbaik. Kalau ana Madinah adalah pilihan utama. Bukan hanya kerana ingin menuntut ilmu akan tetapi ingin juga menikmati dekatnya bersama Rasul, dekatnya Badar, dekatnya Uhud, dekatnya Makkah yang semuanya penuh dengan barkah. Lebih utama lagi dekat dengan Ka’bah. Rumah Allah yang pertama di dirikan di atas muka bumi yang telah ditawaf malaikat sejak sebelum turunnya Adam AS lagi.
Tapi ana sendiri ditetapkan menimba ilmu dan pengalaman di Mesir. Nikmat yang sungguh tak dapat dimungkiri. Auzi’ni an asykura ni’matakallati an’amta ‘alaiyya wa ‘ala wa lidayya wa an na’mala sholihan tardhohu..
August 14th, 2009 at 3:09 am
Bagus.
Namun peluang untuk belajar di Mesir lebih luas berbanding di Madinah.
Apa-apa pun, perlu diusahakan, dah la kata susah pastu tak mau pulak nak usaha. Nak mengaji kat mana2 pun tak boleh lah.
Tak tau pulak begitu universiti madinah punya syarat2, kena ditemuduga dulu. Mungkin sesuai dengan keadaan madinah, bukan calang-calang orang boleh belajar di situ.
August 17th, 2009 at 5:06 pm
salam..saya sarankan sesiapa nak pergi belaja ke madinah mesti melalui beberapa peringkat pengajian turath di pondok2 mesia atau pengajian turath yang dianjurkan oleh ust2 kita dia mesir(kalau suh pi nagaji ngn syeh arab..takut tak paham kang)sebb kita tak tahu silibus yang akan diaajarkan dia uni madinah.tak salah belaja madinah saya pun sokong mana2 pun saya sokong selagi mahu belaja agama..tapi bersedia ke jiwa budak2 lepasan spm or stpm ttg hidangan ilmu universti madinah..yang kadang di campur dengan lauk pauk fahaman pak wahab.boleh ke dorang bezakan dengan unjuran2 ahli sunnah yang betul?belaja di mesir pun nikmat yang besar…ahli bayt Rasulullah pun pindah ke sini(mesir)dan menetap di sini..bumi barakah jugak..saya bukan menidakkan kerberkatan bumi madinah yang di dalamnya ada jasad Rasullah..cuma beri peringatan dan sama2 berbincang…sekian
August 17th, 2009 at 11:42 pm
Terima kasih atas pandangan yang diberikan.
Bahasa Arab merupakan asas utama, tidak ada seorang pun yang mahu mempelajari agama Islam melainkan dia wajib menguasai bahasa Arab.
Pelajar Mesir ramai yang bermasalah dalam pengajian mereka kerana tidak menguasai bahasa Arab. Dan akhirnya mereka yang menggantungkan diri sepenuhnya kepada penerjemah. Jika si penerjemah salah maka salahlah pahaman dia.
Kelemahan bahasa Arab masih menjadi hambatan besar bagi pelajar Malaysia entah itu lulusan pondok mahupun lulusan Sekolah Kebangsaan Agama.
Wahabi bukan satu isu yang perlu ditakuti kerana akal kita yang sihat yang Allah karuniakan mampu menilai.
Saya seorang lulusan Azhar dan saya sangat mencintai Mesir dan segala kehebatan yang terkandung di dalamnya, namun saya juga harus adil terhadap kelebihan dan kehebatan yang terkandung di Madinah Rasulullah SAW.
September 9th, 2009 at 12:35 pm
Terima kasih, tulisan yang betul2 bermanfaat dan sangat adil yang ditulis oleh bakal graduan Al-Azhar.
Kalau ia ditulis oleh alumnai Madinah, mungkin orang agak sukar untuk mempercayainya.
Macam manapun ana betul2 takjub dengan tulisan ini. La tansani fi du’aikum
September 15th, 2009 at 4:23 pm
syukran,.
faiza azamta fatawakkal alallah. innallaha yuhibullmutawakiliin. innallaha huwarrozzaak, zu quwwah al matiin.. s1 madinah. s2 mesir. is that fair?
March 10th, 2010 at 4:59 pm
saya lulusan spm.. tolong tunjukkan cra utk belajar mekah @ madinah?
March 10th, 2010 at 10:59 pm
Anda pergi ke Konsulat Arab Saudi di jalan U-Thant Kuala Lumpur. Temui pegawai biro pendidikan. Tanyakan beliau informasi terkini prosedur pendaftaran ke sana.
Ada dua cara yang saya tahu, ia itu dengan murasalah atau pengiriman surat permohonan dll melalui pos. Kedua, dengan membawa seluruh dokumen dan menyerahkannya ketika interview di Madinah.
Maklumat tentang bila dan apa dokumen yang perlu di siapkan anda akan dapat dari Bahagian Pendidikan Konsulat Arab Saudi di jalan U-Thant itu.
Selamat berusaha dan semoga berjaya!
March 20th, 2010 at 3:21 am
Alhamdulillah bagi sesiapa yg terpilih…
Ya Allah, Sampaikan hajat hamba-Mu ini ke tanah suci…
August 14th, 2010 at 5:57 am
salam,
semua lepasan SPM/STAM boleh apply utk ke madinah? bagaimana dgn pelajar yg bukan drpd sekolah agama? hasrat di hati ingin mencuba tapi risau ada interview tuh, saya tak brape reti sangat bertutur bahasa arab, ada harapan ke?
September 3rd, 2010 at 12:28 pm
Saya difahamkan bahawa ada pelajar yang diterima di sana tetapi masih memiliki tahap kemampuan bahasa arab yang sangat rendah sehinggakan mereka ditempatkan di pusat peralihan bagi mendapatkan pendidikan bahasa arab yang intensif.
December 4th, 2010 at 11:22 pm
alhamdulillah…bagus informasi ini…boleh Al-Ustaz bagi pandangan pula belajar peringkat menengah di Malaysia vs di indonesia dalam bidang agama….Ust dan adik guna sijil apa utk ke Mesir dn madinah?
December 5th, 2010 at 4:17 pm
Semoga informasi disini bermanfaat.
Kami mendaftar menggunakan sijil dari sekolah kami di Indonesia.
InsyaAllah saya akan cuba tuliskan perbandingan belajar antara Malaysia & Indonesia di peringkat menengah InsyaAllah.
February 5th, 2011 at 1:01 pm
asslamualaikumm…saya nk tanya…jikalau mendapat Jayyid Jiddan di dalam STAM..adakah masih layak memohon universiti madinah?
February 12th, 2011 at 12:09 am
Wassalam..
Sangat boleh, silakan mencuba. Lawatlah kedutaan Arab Saudi dan minta maklumat dan nasihat dari pegawai yang bertugas. Ikuti apa yang beliau cadangkan, insyaAllah kalau dapat sokongan penuh dari pegawai kedutaan Saudi peluang untuk dapat besar. Semoga berjaya..
February 21st, 2011 at 10:43 pm
assalamualaikum
jadi kalau nak masuk ke UIM nih,ada dua cara la untuk memohon?kalau x interveiw kt sana pun bolehla ya?hantar melalui surat pun akan diterima jugak ya?sebab yalah..nak pegi temuduga,kemuadian nk balik pulak.kalau yg banyak duit sikit senanglah.
March 1st, 2011 at 8:30 pm
Waalaikumussalam..
Ya, sila mencuba. kirimkan dokumen selengkap-lengkapnya dan berdoalah.. Jika belum diterima boleh mohon pada tahun berikutnya.. Ada yang diterima setelah memohon beberapa kali..
April 7th, 2011 at 3:00 pm
aslmkum wrh,,ana baru saja tamat diploma pengajian bahasa arab dan tamadun Islam,,ingin sambung ke sekitar saudi,,, jika ana gunakan diploma untuk ke sana bagaimana?.sbb ana di spm takde bahasa arab dek kerana ana dari skolah teknik,,,tap kini ana telah memiliki diploma bahasa arab dan tamadun islam dan mengajar bahasa arab untuk sementara.
April 7th, 2011 at 3:01 pm
aslmkum wrh,,ana baru saja tamat diploma pengajian bahasa arab dan tamadun Islam,,ingin sambung ke sekitar saudi,,, jika ana gunakan diploma untuk ke sana bagaimana?.sbb ana di spm takde bahasa arab dek kerana ana dari skolah teknik,,,tap kini ana telah memiliki diploma bahasa arab dan tamadun islam dan mengajar bahasa arab untuk sementara.
April 7th, 2011 at 6:53 pm
Waalaikumussalam..
Sila anta tanyakan kepada pegawai di Kedutaan Saudi di KL (Jalan U-Than). Ana rasa boleh untuk mendaftar.
Selamat mencuba..
August 15th, 2011 at 3:25 pm
Assalamualaikum saudara,
sy lepasan pelajar senibina. Sy ada basic arab coz masa SPM sy ada ambil b.arab komunikasi..(tp dah byk lupa)
Sy berminat untuk mengikuti tahfiz (espress) dan juga bahasa arab di Madinah. Ada sebarang cadangan? ata peluang untuk sy belajar disana?
August 27th, 2011 at 1:54 am
assalammualikum ana dari pelajar pondok pasir tumbuh kelantan,ana ada spm dan stpm,ana ingin sambung belajar di jordan kalau tuan dan puan boleh menerima memohonan ana ini,ana aa asal bahasa arab dan tahfiz quraan sebanyak 30 juzuk,ana ingin memohon di jordan ambil jurusan sSYARIAH,DIPLOMA BAHASA ARAB.
September 12th, 2011 at 10:54 pm
salam, saya pernah menetap di Madinah selama hamp[ir setahun kerana temani suami yg belajar di universiti islam madinah. rasa seronok dan bersyukur kerana dapat tinggal di bumi para anbiya terutamanya di samping Rasulullah SAW.Bila teringatkan Madinah, hati akan menjadi sayu dan teringin terus berada di sana . Alhamdulillah selepas pulang, dapat juga mengunjungi madinah dan mekah beberapa kali. sekarang tengah tunggu anak kelima yg bercita2 nk melanjutkan pelajaran di UIM selepas temuduga pd Mac thn lepas. Semoga ada rezekinya untuk belajar si sana INSYA ALLAH
October 16th, 2011 at 1:25 pm
salam.. al-akh, (selaen dtg temuduga d madinah)boleh tolong jelaskn lebih detail x about cara nak translate sijil ke b.arab pastu, macamana nk isi borang nk s2dy kt u.madinah pastu nak post.. apa2 lg yg diperlukn n sama waktu dgnnya la.. dgn detail ye.. afwan~
November 26th, 2011 at 11:15 am
Waalaikumussalam..
Untuk terjemahan boleh dapatkan di ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia) di Wangsa Maju (kalaua tak silap). Untuk borang boleh diperoleh secara online atau boleh juga dapatkan khidmat nasihat dari pegawai atase pendidikan di kedutaan Saudi (jalan U-than Kuala Lumpur).
November 26th, 2011 at 11:21 am
Waalaikumussalam..
Sila rujuk Kementerian Pengajian Tinggi
November 26th, 2011 at 11:24 am
Waalaikumussalam..
1. Tak pasti sebab saya bukan pelajar di sana.
2. Ada kelas peralihan bahasa di universiti (biasanya).
3. saya rasa tak ada masalah.
4. Di Universiti Islam Madinah – ditaja oleh kerajaan Saudi
5. Ya. Cubalah mohon. Semoga berjaya.