Â
Semalam, sabtu 10 November 2007, aku berkesempatan membuat sebuah lawatan ringkas ke Universiti Kaherah. Lawatan yang tidak rasmi ini telah berjaya dilaksanakan atas bantuan dua orang pelajar kuliah perubatan di universiti tersebut.
Objektif utama lawatan tersebut adalah untuk mengumpulkan beberapa fakta mengenai lokasi di mana pelajar-pelajar Malaysia yang mengambil kuliah perubatan di univertisi tersebut belajar. Di samping itu lawatan juga dilakukan untuk melihat sendiri suasana dan merasakan keadaan berada di sana. Kesemua perkara ini adalah sangat penting bagi mereka yang ingin memulakan sebuah imajinasi. Sesuatu yang tidak terjadi itu boleh diimajinasikan dengan bantuan fakta dan suasana yang telah dikumpulkan sehingga akan menghasilkan sebuah kejadian nyata.

Sebuah perasan sedih timbul ketika kita memasuki sebuah tempat yang boleh dikatakan sebagai kilang yang memproses makhluk bernama manusia untuk menjadi sebuah produk yang berguna berada di dalam keadaan yang kotor dan kumuh. Sekiranya kita ingin menghasilakan produk makanan, kita perlu memberi perhatian penuh pada aspek kebersihan kerana ia merupakan faktor terbesar yang dapat merosakkan produk yang akan dihasilkan. Lalu apakah pula aspek yang paling penting jika kita hendak menciptakan dan menghasilkan produk unggul bernama manusia?
Jawapannya adalah sikap. Sikaplah yang melahirkan tata tertib dan norma. Sikap jugalah yang menjadi pelindung alam sekitar. Sikap jugalah penyebab kebersihan terjaga. Sikap jugalah yang menciptakan suasana. Sikap jugalah yang mengangkat martabat manusia. Sikap jugalah bukti ketamadunan suatu kaum.

Sekiranya universiti yang merupakan tempat mencetak manusia kasta pertama rosak kerana sikap. Janganlah berharap golongan kasta pertama ini mampu mengubah rakyat jelata.
Terima kasih diucapkan kepada kedua teman yang telah meluangkan masa dan tenaga demi merealisasikan agenda ini. Segala maklumat yang telah dikongsi amatlah berguna. Namun untuk ganjarannya, hanya Allah SWTlah yang dapat membalasnya.






