Kutukan terhadap Serangan Israel ke Gaza

Posted on January 1st, 2009 in Uncategorized

 

Tulisan ini telah dipublikasikan di laman web rasmi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Mesir. Http://abimmesir.org

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Mesir mengutuk serangan yang telah dilancarkan Israel yang telah meragut ratusan jiwa dan mencederakan ribuan penduduk Gaza. Serangan tersebut jelas menunjukkan sikap mereka dalam memusuhi rakyat Palestin umumnya dan umat Islam khususnya.

Beberapa hari ini tidak sedikit tunjuk perasaan dilakukan sama ada di Mesir sendiri, di negara-negara timur tengah dan juga di Malaysia. Sudah tiba saatnya umat Islam mendesak pemimpin-pemimpin negara yang bermajoritikan umat Islam untuk bertindak. ABIM Mesir mencadangkan umat Islam di Malaysia menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Besar Mesir, Jordan, Saudi Arabia, Syiria dan Lubnan. Sudah selayaknya kita menggesa mereka dan memberi peringatan kepada negara-negara tersebut agar menunjukkan sikap yang tegas kepada Israel.

Penyerahan memorandum dan desakkan kepada Kerajaan Mesir adalah sangat penting. Ini kerana Mesir mempunyai pengaruh besar dan dianggap memiliki kekuatan hebat dari aspek ketenteraan. Kita sangat yakin seandainya Mesir memulakan langkah yang besar akan mampu mengajak negara-negara lain untuk turut sama tegas terhadap Israel. Mesir juga memiliki laluan untuk menyalurkan bantuan ke Gaza melalui Utara Sinai yang seharusnya dimanfaatkan semaksimum mungkin bagi mengurangkan beban yang ditanggung mangsa di Gaza.

Penyerahan memorandum kepada Kedutaan Amerika memang penting. Namun, kita sedia maklum bahawa Amerika merupakan musuh umat Islam yang memang tidak memahami bahasa lain selain perang. Keperluan memberi peringatan kepada umat Islam yang mampu tetapi membatu adalah lebih utama dibandingkan berbicara dengan pihak musuh yang memang tuli telinga dan hati.

ABIM Mesir menyeru seluruh ahli dan simpatisan untuk sama-sama berganding bahu mendirikan solat dan menggunakan senjata utama umat Islam iaitu doa. Qunut nazilah perlu sentiasa diamalkan. Kita juga perlu menanam niat untuk turut sama berada dibarisan umat Islam melawan kekejaman Israel.

Kejadian yang terjadi ini juga perlu disebarkan kepada seluruh belia Islam di seluruh dunia agar mereka membuka mata dan hati. Berpijak di atas bumi realiti dan tidak hanyut dalam dunia fantasi. Peristiwa di awal tahun ini seharusnya mampu mengubah ‘worldview’ belia Islam yang semakin hari dinilai semakin hanyut dalam hedonisme dan keduniaan. Topik ini perlu menjadi buah mulut belia Islam di merata tempat dan waktu. Ia perlu dijadikan perhatian utama yang sentiasa terpahat di dalam hati belia Islam. Kehinaan dan keterpurukkan umat Islam yang sengaja diperlihatkan Allah SWT kepada belia-belia Islam seharusnya menjadi peringatan-peringatan yang mampu menjadi penganjak paradigma dan penyebab berubahan besar di dalam diri.

Semoga keterpurukkan dan kehinaan terhadap umat Islam tidak berterusan. Kita sentiasa berharap agar menjadi golongan yang terpilih sebagai pejuang-pejuang yang memartabatkan Islam di atas muka bumi ini.

ABIM Mesir juga mengharap peristiwa ini dapat memberi impak positif kepada pertubuhan-pertubuhan Islam lain agar mencari titik persamaan sebagai alasan untuk bersatu dan melupakan titik perbezaan agar semakin kukuh. Polemik yang tidak sihat antara gerakkan-gerakkan Islam perlu segera berakhir.

Ya Allah Engkau Maha tahu kelemahan kami dan sedikitnya helah kami. Engkau juga Maha Tahu ketidakmampuan kami melainkan senjata terbesar yang Engkau karuniakan kepada kami iaitu doa. Kami memohon kepadaMu ya Allah, Sang Maha Perkasa lagi Maha Gagah, perlihatkanlah kekuasaanMu kepada kami ya Allah. Berikanlah kekuatan kepada kami. Perteguhkan pejuang-pejuangMu di Gaza. Tepatkanlah balingan mereka. Satukanlah langkah mereka. Ya Allah Engkau Maha Mengetahui dan Maha Berkehendak. Lindungilah hamba-hambaMu di Palestin. Hangatkanlah mereka dengan rahmatMu di musim Sejuk ini ya Allah. Hadirkanlah kepada mereka makanan yang menjauhkan lapar mereka ya Allah. Istajib ya rabb innaka ala kulli syaiin qadir wa bil ijabati jadir! 

 

Abdul Shahiid Shafruddin

Yang DiPertua

Angkatan Belia Islam Malaysia

Cawangan Mesir

2008/2009

 

Published by taqeyyabella

5 Responses to “Kutukan terhadap Serangan Israel ke Gaza”

  1. anasxz Says:

    ada satu yang menarik untuk dikongsi, rujuk di http://maszleemalik.blogspot.com dan http://rencamagama.blogspot.com

    ada beran?

  2. dalili Says:

    ummat Islam perlu digesa membebaskan fikiran dr belenggu asobiah dan duniawi. apa yg plg penting dlm isu palestin bukan sekadar persoalan merebut sekangkang tanah yg menjadi tapak suci Islam, tp lebih dr itu. isu palestin adalah isu aqidah yg perlu ditegakkan dlm diri semua org Islam. kalau saudara2 kita di palestin dah dibantai, dipukul, dibunuh masih boleh bersatu menghalang Israel laknatullah, x penah fikir kalau org tu kawan ke, kenalan ke, x kenal ke, entah sapa2. kita yg kat bumi aman belum terbuka mata hati lagi? sampai bila kita cuma nak berdoa dan menonton dr tv saja?

  3. abg nash Says:

    Salam,

    Apa khabar adinda Shahid? Kapan lagi pulang ke tanah air?

    Ana menonton youtube akh Shahid membaca sajak dalam satu acara anjuran Isma (kalau tak silap) dengan penuh asyik! Wah hebat dan semakin hebat mendeklamasi sajak! Cemburu rasa hati huhu! Alhamdulillah. Bila baca sajak tu? Teringat ana peristiwa 2 tahun lepas kita membaca saja bersama dihadapan ribuan orang di Seremban sempena Nakbah, masih ingat?

    Lantas pada 3 Januari lepas ana menawarkan diri membaca sajak Palestin di Dataran Shah Alam, majlis anjuran JAIS, MBSA dan MuslimCare namun kali ini seorang diri. Alhamdulillah tapi terasa kurang ngam bagai lauk kurang garam :-)

    Bagaimana situasi dan reaksi umat islam di Mesir terhadap saudara2 kita di Gaza? Apa respon para ulama terhadap sikap rejim Mubarak yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza? Kelihatan para ulamak dan ilmuan Mesir agak sunyi dan kaku, apakah benar?

    Moga Allah membantu mujahideen kita di medan peperangan dengan sebesar2 bantuan. Ameen.

    Salam ingatan dan rinduan dari tanahair dan kampung halaman :-)

    Nash

  4. taqeyyabella Says:

    Waalaikumussalam..

    Wah terima kasih kerana masih berkunjung ke blog ini.

    Alhamdulillah saya baik-baik saje. InsyaAllah kalau diizinkan Allah, kita merancang untuk pulang dengan segulung ijazah hujung tahun ini. Semoga perancangan ini berjalan lancar dan ditetapkan yang terbaik oleh Allah SWT.

    Sajak tu dideklamasikan pada salah satu program anjuran ISMA Mesir. InsyaAllah ada peluang nanti kita duet lagi bersajak untuk Palestin.

    Di sini tunjuk perasaan banyak dilakukan. Masjid-masjid besar dikawal oleh sekian banyak tentera setiap solat jumaat untuk memastikan tunjuk perasaan terkawal. Tunjuk perasaan di universiti-universiti, asrama-asrama, syndicate-syndicate masih terus dilaksanakan. Namun tentunya usaha-usaha itu sepertinya tidak sedikit pun memberi kesan. Polis mengawal dengan ketat. Orang luar dan awam banyak yang hanya berani menjadi penonton sahaja.

    Dr Jamal Abdul Salam (Director Union Arab Doctors Syndicate – ighostah) kene tangkap di saat-saat begini.

    Sedih sangat bila pemerintah tidak lagi menjadi suara rakyat. Pemerintah tidak menjadi lidah, hati, dan jiwa rakyat.

    Ulama kaku rasanya tak kot. Lantang juga mereka bersuara. Qunut nazilah dibacakan di masjid-masjid. Tapi ulama pun taklah all out nampaknya kerana memang ruang untuk melakukan sesuatu sangat-sangat kecil. Terpenjara dirumah sendiri! Apalah yang boleh dibuat!?

    Ada beberapa media yang lantang mengkritik pemerintah Mesir, tapi ada juga yang memutar belit fakta. Bahkan semalam Ibrahim Isa seorang kolumnis akhbar Dustur menulis sebuah artikel bertajuk, “Pak Presiden, katakan kepada Israel ,”Tidak!!” ” Tak tahulah berapa lama dia akan dibiarkan menulis, mungkin satu dua hari lagi masuk penjara lagi sekali.

    Itulah keadaan kat sini. Menyedihkan dan sangat menyayat hati. Padahal Gaza tu tak sampai 7 jam pon dari Kaherah. Dekat sangat.

    Mesej Allah SWT jelas sangat dari peristiwa ini. Allah SWT suruh umat Islam bangkit. Palestin takkan damai selagi umat Islam tak hebat keislamannya. Tu dah jadi syarat utama sejak sejarah Palestin bermula lagi. Semoga Allah SWT menjadikan kita antara golongan yang mempelajari hikmah dan berubah. Lalu dengan ikhlas berjuang.

    Semoga Allah SWT sentiasa memberi perlindungan kepada pejuang-pejuang HAMAS dan mendatangkan kepada mereka pertolonganNya yang Maha Canggih dan Maha Dahsyat.

    Ya Allah Engkah Maha Tahu kelemahan kami, sedikitnya tipu daya kami, bahkan Engkau Maha Tahu taqshir kami terhadap saudara-saudara kami di Palestin maka ampunkanlah kami dan rahmatilah kami dan berikanlah kemenangan kepada saudara-saudara kami. Amin ya arhamarrahimin..

    Semoga kita dipertemukan kembali suatu hari nanti insyaAllah.

    Taqeyyabella.. :)

  5. Anonymous Says:

    jahanam punya israel

Leave a Comment

Share