Kuman di seberang terlihat jelas, gajah di depan mata tak nampak.

Posted on March 3rd, 2007 in Uncategorized

Manusia dikaruniakan akal sehat untuk berfikir. Panca indera membantu manusia menerima maklumat untuk difahami, kemudian dengan akal yang sehat maklumat tadi haruslah dinilai dengan kaca mata iman dan taqwa lalu menentukan tindakan terhadap maklumat tersebut.

Tindakan yang berbeza oleh segolongan manusia adalah kerana cara menilai meraka yang berbeza. Ternyata sikap dan ke-ego-an juga sangat berpengaruh dalam melahirkan tindakan. Tidak salah lagi pepetah yang berbunyi “‘ainnurridha (mata yang rela) terhadap semua keburukan adalah kebaikan sedangkan ainnussukhti (mata yang tidak rela) terhadap seluruh kebaikan adalah keburukan”.

Politik tidak pernah dipisahkan dengan manusia dari kaca mata Islam. Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita politik yang jelas. Politik yang mementingkan kebenaran, kejujuran dan keikhlasan. Politik yang menghormati akal fikiran. Politik yang berobjektifkan ‘MEMBERI’ atau ‘BERKHIDMAT’ bukan hanya menerima. Politik yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW adalah politik yang menyatukan umat, yang mengesakan Allah, juga yang menjadi rahmat bagi seluruh alam.

Saat ini, kebingungan dan kerisauan melanda, golongan agamawan pun bermacam-macam. Tak sedikit yang ingin turun dalam lautan politik. Politik yang telah dicorak dengan acuan entah milik siapa. Meraka (golongan agamawan) banyak melaungkan slogan-slogan, dan secara tidak langsung terjebak di dalam acuan politik yang hina. Sangat sedih bila hal yang benar dikatakan salah, hanya kerana ianya lahir dari mulut sang MUSUH. Politik saat ini telah sangat jauh menyimpang dari tujuan dan bentuk yang sepatutnya. Sekali lagi menunjukkan politik kini acuan siapa?

Malam tadi terjadi FORUM yang sangat panas di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah. Tajuknya “Hala tuju graduan Islam ke arah memantapkan pembangunan negara” yang dipaneli oleh :

1. YB. Dato’ Dr Mashitah

2. TYT Dato’ Zainal Abidin

3. Prof. Dr. Mohd. Yusuf Othman

4. Prof. Madya Dr. Fakhruddin

dan dimodetatori oleh En. Mohammad Zamri Zakaria

Dalam forum ini ada sebelas pertanyaan dan semuanya sepertinya menghujat kewujudan Islam Hadari. Walaupun aku termasuk yang tidak terlalu peduli akan Islam Hadhari -bukan berarti aku tergolong dalam “tidak PEDULISME” cuma terlalu dalam isu ini untuk dibahas dan setakat ini aku meletakkannya ke tepi, namun masih mengumpul maklumat untuk menilai tindakan dan sikap yang harus diambil- aku berusaha menangkap apa yang mereka bahas.

Memang sebelum forum ini berlangsung, banyak maklumat yang telah diterima tentang Islam Hadhari. Dan bagi seorang yang masih belajar mengambil maklumat tentang suatu isu dari semua golongan akan dapat memberikan kita peluang untuk menilai dengan lebih objektif dan tepat.

Sungguh Islam Hadhari masih lagi merisaukan namun malam tadi setelah mendengar penjelasan yang sangat jelas yang diterangkan oleh TYT selaku pencetus gagasan dan Prof yusuf othman selaku rakan TYT dalam merialisasikan Islam hadari, sangat membuka minda kebanyakan yang hadir.

Memanglah Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh puak ‘UMNO’, namun pencetusan gagasan ini telah dibuat melalui sebuah pembahasan yang mendalam oleh para cendikiawan-cendikian negara. Siapa yang paling rugi jika golongan agamawan masih lagi bergaduh sesama sendiri dalam membahas istilah dan hala tuju.

Kenapa golongan agamawan tidak berusaha untuk menggunakan Islam Hadhari yang menyediakan segala keperluan untuk kepentingan Islam. Tidakkah masyarakat akan menilai Islam yang murni setelah kita jelaskan kepada mereka kebenaran walaupun menggunakan baju Islam Hadhari.

Secara peribadi banyak prof-prof yang bergiat dalam gerakan Islam memberitahukan bahwa ketika gagasan Islam Hadhari dicetuskan (walaupun mungkin ada kepentingan politik) mereka menghadapi masalah kerana tidak ada orang yang akan memenuhi ruangan yang kosongan terutama dari golongan agamawan. Akhirnya ia mendatangkan peluang bagi pelbagai golongan dan pelbagai gerakan untuk memanfaatkannya dalam menerapkan Islam yang murni.

Forum malam tadi melahirkan bermacam-macam pertanyaan iaitu :

1. Siapa yang boleh mengambil kesempatan dalam gagasan Islam Hadhari?

2. Siapa yang dapat memanfaatkan peluang dalam gagasan Islam Hadhari?

3. Siapa yang rugi kerana Islam Hadhari?

4. Siapa yang untung kerana Islam Hadari?

Di akhir pertemuan YB Dato’ Dr Mashitah berkata bahwa, with or without you Islam Hadhari will go on… (lebih kurang gitulah) ketika itu aku terfikir, Islam Hadhari sediakan budget, peluang, tempat, sarana, dan lain-lain. Kalau bukan orang yang betul-betul paham yang mengisi tempat ini akan jadi musibah sedang orang yang paham masih enggan melangkah…

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Share