KULIAH BAHASA ARAB DI AZHAR

Posted on November 13th, 2009 in Bahasa dan Sastera

Post ini bagi menjawap soalan seorang sahabat yang bertanya mengenai Kuliah (Fakulti) Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar.

Universiti Al-Azhar memiliki beberapa cawangan dan disetiap cawangan disediakan beberapa fakulti dan jurusan. Tidak semua cawangan mempunyai semua fakulti dan jurusan. Untuk Fakulti Bahasa Arab di Azhar ada beberapa. Satu, Fakulti Bahasa Arab Kaherah khusus lelaki. Memang sistem di Azhar memisahkan antara campus lelaki dan perempuan. Ada juga Fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Ada juga Fakulti Bahasa dan Terjemah. Tetapi Fakulti yang terkenal dikalangan masyarakat Malaysia dan Asia adalah Fakulti Bahasa Arab kerana ia lebih tua dan terkenal.

Fakulti Bahasa Arab Kaherah memiliki tiga jurusan : Pertama, Pengajian Umum (General Studies), Kedua, Sejarah dan Ketamadunan dan Ketiga, Media dan Kewartawanan.

Selama empat tahun saya di Fakulti ini, belum saya temukan siswa Malaysia yang menuntut di jurusan selain dari pengajian umum.

Kesemua jurusan dapat diselesaikan dalam masa empat tahun. Tetapi tempoh ini jarang dapat ditempuh dengan lancar kerana sistem Azhar tidak membenarkan mereka yang gagal lebih dari dua mata pelajaran untuk naik ke tahun berikutnya.

Purata mata pelajaran yang perlu diambil setiap tahun adalah 12 mata pelajaran yang dibahagikan ke dalam dua penggal. Satu penggal mungkin 6 atau mungkin juga empat sesuai dengan jadwal yang ditentukan pihak pentadbiran fakulti.

Berikut adalah senarai mata pelajaran yang akan dipelajari di jurusan ini :

1. Nahu

2. Sarof

3. Ma’ani (Balaghah)

4. Bayan (Balaghah)

6. Badi’ (Balaghah)

7. Ilmul Lughah

8. Ilmul Al-Ashwat

9. Ilmul Tajwid

10. Ilmul Qiraat

11. Ilmul Dilalah

12. Ma’ajim

13. Fannul Maqal

14. Fiqhul Lughah

15. Tarikh Islam

16. Fiqh

17. Tafsir

18. Hadist

19. Usul Fiqh

20. Adab Islami

21. Adab Muqaran

22. Naqdul Adab

23. Adab : Adab Jahili, (24) Adab Umawi dan Abasi,(25) Adab Andalusi, (26) Adab Hadist

27. Nushus Adabiyyah, (28) Nushus Jahili (29) Nushus Sadrul Islam, (30) Nushus Umawi dan Abasi, (31) Nushus Andalusi, (32) Nushus Hadist

33. Tarikh Adab

34. Al-Quran (8 juz, tahun pertama 1-2, tahun kedua 1-4, tahun ketiga 1-6 dan tahun keempat 1-6 {bagi siswa keturunan Arab satu tahun 7.5 juz atau 30 juz setahun})

35. English

*Ada mata pelajaran teras yang akan dipelajari setiap tahun. Ada juga mata pelajaran yang diujikan lebih dari sekali. Ada kemungkinana mata pelajaran yang saya lupa catitkan dalam senarai di atas.

Yuran untuk kuliah diazhar sangat murah sekali. Hanya kurang dari 100 Pound Mesir setahun. Ada pun harga buku teks paling mahal sekitar 200 – 300 Pound Mesir satu penggal.

Cara mendaftar, bagi rakyat Malaysia yang memiliki STAM pendaftaran dapat dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Anda boleh memohon tajaan zakat-zakat negeri dan yayasan-yayasan yang ada.

Bagi anda yang bersekolah di sekolah pondok yang telah mendapatkan mu’adalah seperti Pondok Modern Gontor Indonesia, Ma’had-ma’had tarbiyah di Pattani anda boleh terus terbang ke Mesir dengan membawa Surat beranak dan Sijil terakhir anda. Terjemahkan kesemua dokumen di kedutaan negara anda dan dapatkan surat sokongan untuk belajar dari kedutaan. Pastikan semua salinan dokumen di sahkan kesahihannya oleh kedutaan. Dapatkan cop dari kementerian luar negeri Mesir. Isi borang pendaftaran Azhar dan serahkan semua dokumen kepada Committee Pendaftaran di Mugammak Bu’uts.

Saya mencadangkan kepada anda yang berminat untuk memastikan tahap kemampuan bahasa Arab anda sebelum memasuki fakulti ini. Jika bahasa Arab asas belum anda kuasai saya cadangkan untuk mengambil kursus bahasa Arab terlebih dahulu. Atau anda boleh terus daftarkan diri anda ke Azhar sambil mengambil kelas Intensif Bahasa Arab di Markaz Lughah yang banyak terdapat di Kaherah Mesir.

Published by taqeyyabella

17 Responses to “KULIAH BAHASA ARAB DI AZHAR”

  1. muhammad saufi Says:

    Assalaamualaikum,

    Terima kasih kerana memberi penjelasan yang terperinci bagi soalan saya.Saya amat menghargai segala keterangan yang diberi.

    Jazaakallahu khairan =)

    wassalam

  2. ashruff Says:

    Salam,saya nk tnya..saya berminat sgt nk masuk ke university di tnah arab.tpi xtau dimana harus saya masuk.kelyakan sya ada foundation in art dri university di malaysia.

  3. taqeyyabella Says:

    Waalaikumussalam..

    Saudara ingin meneruskan ke bidang apa? Art?

    Untuk bidang Art terus terang saya tidak pasti bagaimana dan bila pendaftaran dibuka. Tapi secara garis besarnya, universiti akan meminta kita mendapatkan surat sokongan dari Kedutaan Besar Malaysia di Mesir. Surat tersebutlah yang akan mempertimbangkan menguatkan permohonan kita.

    Pihak kementerian pengajian tinggi pula telah menyediakan satu jabatan yang kita kenal dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Saudara perlu berhubung dengan Atase pendidikan atau saudara boleh meminta maklumat dari Encik Sulaiman, seorang warganegara Mesir yang bekerja sebagai ‘PR’ bagi pihak JPM Kaherah. Beliau memiliki banyak maklumat tentang mana-mana universiti yang menyediakan bidang tersebut dan dapat menerima kita sebagai pelajar.

    Jika saudara bersungguh ingin belajar di sana, saudara terbang sahaja ke Mesir bersama seluruh dokumen penting seperti surat beranak dan sijil terakhir. Urusan jarak jauh amat sangat susah. Masa terbaik untuk ke sana adalah pada bulan 6 hingga 8 kerana diantara tempoh ini biasanya pendaftaran dibuka. Bulan 9 awal semester baru.

    Untuk universiti Al-Azhar. Al-Azhar telah menentukan mana-mana pengeluar sijil yang mereka setarakan dengan silabus mereka. Untuk malaysia SPM dan STAM telah mendapat merakuan itu.

    Semoga bermanfaat..

  4. nurul Says:

    salam..dekat mana lagi yang menawarkan kuliah bahasa arab untuk muslimat selain di kaherah? di iskandariah? syukran

  5. taqeyyabella Says:

    Ya di Iskandariah juga ada Kuliah Bahasa Arab. Selain dari Kaherah dan Iskandariah, saya tak pasti.

    Tapi kalau universiti selain azhar juga ada, seperti Ain Syams, Cairo Universty dan beberapa yang lain..
  6. ain Says:

    senang x kuliah b,arab di mesir?.ramai org kate susah.apakah persediaan yang perlu di buat sebelu ambil jurusan ini?

  7. abdul hadi Says:

    salam. saya pelajar spm pada tahun ini dan berhajat untuk mendapatkan kursus intensif bahasa arab di timur tengah. saya mohon agar ustaz dapat memberikan penjelasan dan pihak yang dapat saya hubungi. segala jasa baik ustaz amat2 dihargai

  8. amnah_duniya Says:

    saya pljr sp kt smka
    sy brmnt nk k mesir utk smbung bljr dlm bhs arab
    mcm mana saya nak buat permohonan untuk ke sana?
    apakah syarat syarat kelayakannya?

  9. taqeyyabella Says:

    Jika saudara ingin mengambil kuliah bahasa arab untuk program degree, saudara hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sijil STAM (sijil tinggi agama malaysia) kemudian dengan sijil itu, saudara boleh mohon untuk ke Mesir melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Untuk maklumat lanjut bolehlah tanyakan terus kepada Kementerian pengajian tinggi.

    Ada pun seandainya saudara ingin belajar bahasa arab sebagai kemahiran (bukan untuk mendapat ijazah) saudara boleh terus ke mesir dan mencari tempat yang sesuai di sana.
    Semoga bermanfaat…
  10. JAMAL Says:

    Assalamualaikum Syeikh…syukran atas perkongsian diatas…bagaimana saya boleh contact Syeikh..saya ingat nak borak2 dan tanya berkenaan Kursus bahasa Arab di Cairo…ade hajat nak belajar di Markaz Nil..tapi tak tahu nak contact sape…saya tinggal di Bandar Seri Putra,Bangi…no fon – 017-7227454

  11. Wan Says:

    Assalamualaikum Syeikh … Maklumat disini sangat baik. Terimakasih kerana berkongsi. Saya juga ada berhajat untuk menghantar anak saya ke Markaz Nil. Ada sesiapa boleh beri kontek number untuk pendaftaran? Sabarang pertolongan sangat dihargai ( Tel: 017 674 2009 (Wan – Kuala Lumpur))

  12. Mohd. Afiq Says:

    assalamualaikum,
    saya cuma ingin bertanya tentang sijil tinggi agama malaysia. utk ke mesir, wajib ada sijil stam.tapi,setahu saya,syarat utk mnduduki stam adalah utk pelajar yg tlh mngikuti kurikulum maahad buuth islamiyah,iaitu plajar sekolah agama. bgamana nasib plajar bkn skolah agama macam saya yang bminat utk smbung plajaran ke mesir dalam bdang bhs arab? klau saya ambil pnddkan syariah islamiyah, pnddkan alquran sunnah dn bhs arab tnggi dlm spm, adkh saya berpeluan mnduduki stam walaupun tdk mengikuti kurikulum maahad buuth islamiyah? sekian.harap mendapat jawapan,tq

  13. taqeyyabella Says:

    Waalaikumussalam..

     

    Saya tak pasti mengenai itu. Tapi apa yang saya faham, sekarang ini kerajaan telah pun membuat kesepakatan dengan Uni Azhar agar menerima pelajar yang memiliki STAM (bagi warganegara Malaysia sahaja). Bagi warganegara Malaysia yang memiliki sijil lain dari sekolah di negara lain yang diiktiraf Uni Azhar tidak akan menemukan masaalah.

     

    Ada beberapa jalan penyelesaian yang boleh saya cadangkan.

    1. Saudara boleh menanya agen Akademi Al-Quran Medik Malaysia Mesir. Ia merupakan sebuah agen penempatan pelajar perubatan di Uni Azhar Mesir. Sila bertemu dengan Prof Razali Nawawi atau En. Shijaruddin Sirat dan tanyakan adakah mereka dapat membantu. Sebelum ini, agen ini telah menghantar beberapa pelajar Malaysia lepasan SPM ke Fakulti Keilmuan Islam (Kulliah Ulum Al-Islamiyyah) Uni Azhar.

    2. Saudara boleh cari maklumat untuk mengambil STAM. Ada sahabat-sahabat saya dahulu yang mengambil STAM secara persendirian walhal mereka ketika itu mengikuti program matrikulasi di UIA.

    3. Saudara boleh pergi ke Mesir untuk mendaftar di Dirasah Khassah. Ia adalah kelas peralihan sebelum masuk ke universiti Azhar. Biasanya, mereka dari cina, rusia, amerika, dll yang tidak memiliki sekolah agama di negara mereka akan mendaftar di sini terlebih dahulu sebelum nantinya diterima di Uni Azhar. Program Dirasah Khassah adalah selama 4 tahun namun jika sememangnya sudah mampu dan lulus ujian anda mungkin hanya mendudukinya setahun sahaja. Ia sebenarnya tidak merugikan malah lebih baik kerana ketika anda masuk ke Uni Azhar anda benar-benar telah bersedia.

    Semoga bermanfaat.

  14. Hanim Says:

    salam…terima kasih atas infonya…
    sy nak tahu kalau berkeinginan utk belajar bahasa arab ( pemantapan bahasa) dan bukan utk mendapatkan ijazah..bagaimana caranya? dan dimana tempatnya? syukran.=)

  15. soraya Says:

    salam . saya berusia 18 tahun .. saya telah bersekolah di sekolah biasa .. saya tiada asas bahasa arab tetapi saya amat2 berminat untuk belajar di al-azhar .. sila bagi tunjuk ajar yang terperinci .. terima kasih

  16. taqeyyabella Says:

    Waalaikumussalam..

    Untuk belajar di universiti Al-Azhar anda boleh rujuk ke kementerian pengajian tinggi untuk proses pendaftaran. Amat dianjurkan untuk terlebih dulu mencari tempat mempelajari bahasa arab kerana ia adalah suatu kewajiban jika tidak nanti akan rugi kerana tidak dapat memahami dengan baik pelajaran di kuliah.

    Sebagai makluman, syarat untuk memohon perlulah memiliki sijil STAM.

  17. taqeyyabella Says:

    Waalaikumussalam..

    Sebenarnya banyak caranya, antaranya boleh belajar secara online tapi bahasa pengantarnya kebanyakkannya english. Boleh juga mencari pusat belajar bahasa arab.

    Ada institut-institut bahasa swasta yang menawarkan short course di Mesir, Qatar dan lain-lain.

Leave a Comment

Share