This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Duit Baru LE 200

Islam mengajarkan kita untuk selalu memperhatikan diri sendiri, juga diri orang lain sekitar kita. Islam hadir sebagai sebuah rahmat yang akan mengasihi setiap individu di dalam sebuah masyarakat. Tiada resah derita, tiada dengki membara, tiada kesakitan merana, tiada yang hilang upaya, semuanya damai dengan kehadirannya kerana ia merupakan sebuah rahmat.

Sejak awal lagi, ketika Sayyidina Abu Bakar As Syiddiq baru memeluk Islam, Beliau telah sudi untuk membeli Bilal bin Rabbah dan beberapa shahabat lainnya dengan harga yang sangat tinggi. Bahkan beliau dengan tegas mengatakan bahwa jika harga untuk membebaskan mereka berkali-kali lipat mahalnya, beliau tetap sanggup membelinya kerana keislaman dan nyawa mereka lebih berharga. Begitulah hidayah Islam yang menyinari hati Sayyidina Abu Bakar As Syiddiq yang menjadinya bukti nyata ke-rahmat-an Islam.

Terlalu banyak kisah yang menjadi teladan bagaimana keutamaan dan kebahagiaan peribadi dikongsikan bersama masyarakat. Mereka menyumbangkan hasil titik peluh mereka dengan ikhlas tanpa gelisah. Mereka bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Mereka menderita dengan derita manusia lain.

Lain keadaannya dengan dunia kita saat ini. Jutawan tiap hari semakin ramai. Umat Islam hari ini tidak sedikit yang tercatat dalam golongan konglomerat. Tidak sedikit umat Islam yang mempunyai istana besar, kereta-kereta mewah. Harta melimpah ruah. Tidak perlu kita memperbesar skop untuk mencari bukti ini. Cukup kita perhatikan umat Islam di Malaysia. Tidak sedikit yang hidup lebih dari sekadar mewah. Bahkan masyarakat tidak ternama pun sudah sanggup meletakkan hantaran perkahwinan hingga ke empat digit, apatah lagi golongan kenamaan. Bukti dikokohkan lagi dengan laporan pusat-pusat zakat tiap negeri yang telah menerima bayaran zakat yang begitu banyak setiap tahun. Namun ada persoalan yang timbul. Mengapa masih banyak masyarakat kurang upaya? Mengapa masih banyak golongan fakir dan miskin? Mengapa masih banyak mereka yang masih belum mampu untuk mandiri? Mengapa masih banyak masalah curi dan rompakkan?

Logiknya, dengan adanya baitul mal yang dapat mengumpulkan sejumlah wang yang begitu banyak persoalan-persoalan di atas tidak perlu timbul.

Salah satu fungsi adanya baitul mal dan sistem zakat adalah agar ekonomi tidak dimonopoli oleh golongan kaya.

Dengan demikian, jurang antara masyarakat tidak terlalu besar. Harta tidak hanya berputar di pihak yang kaya sahaja. Ini menunjukkan bahwa fungsi baitul mal di negara kita dan di negara-negara Islam umumnya belum mampu menjalankan perannya dan belum mencapai titik yang sepatutnya.

Amat menyedihkan hingga hari ini, dimana sahaja kita berada, kita masih menemukan peminta-peminta sedekah yang majoritinya beragama Islam. Ya, mungkin sikap mereka yang malas untuk bekerja adalah salah satu faktor. Akan tetapi di sisi lain perlu kita acungkan jempol bagi agama kristen atau agama-agama lain yang mampu menyalurkan kebutuhan asas kepada penganut-penganut mereka. Kita semua juga maklum bahwa gereja sanggup menyalurkan kebutuhan asas bagi menarik umat Islam yang fakir untuk menganuti agama mereka. Ironisnya hingga saat ini, umat Islam sedunia belum mampu menyelesaikan masalah ini.

Penulis begitu yakin seandainya sistem zakat ini benar-benar di jalankan dengan baik, perputaran wang dari golongan kaya ke golongan miskin, akan membantu pertumbuhan golongan miskin menjadi kaya yang kemudian menyebabkan bercambahnya golongan kaya dan berkurangnya golongan miskin di dalam masyarakat.

Penulis juga yakin bahwa tidak ada masalah pada sistem zakat yang kita gunakan selama ini. Akan tetapi bagaimana sistem zakat ini difungsikan yang menjadi pertanyaan. Seandainya suatu sistem sehebat dan secanggih sistem zakat tidak mampu ditadbir dan dikelola dengan baik, maka hasil yang diharapkan dari sistem tersebut hanya akan menjadi angan-angan sahaja.

Semoga di hari mulia ini, kita semua dapat benar-benar berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang berada sekeliling kita. Tidak mahukah kita menjadi rahmat sebagaimana Sayyidina Abu Bakar menjadi rahmat kepada Bilal dan sahabat-sahabatnya.?

Leave a Reply