Semalam di dalam perjalanan pulang dari Mansurah menuju ke Kaherah saya terlekat di satu titik sekitar 35 km sebelum kota Benha. Pertamanya saya mengirakan suatu yang buruk berlaku sehingga kami menunggu begitu lama dan antriannya juga begitu panjang sekali.
Sambil menunggu saya mengeluarkan kaset lagu dari tape player dan membiarkan Radio Iza’atul Qur’an Minal Qahirah menemani saat-saat penantian kami. Sebuah radio yang konsisten menyiarkan bacaan Al-Quran dengan pelbagai cara bacaan dan ramai pembaca yang terkenal. Ia juga sentiasa diselang-seling dengan syarahan agama yang ringkas. Apa yang menarik mengenai radio ini adalah ia mendapat tempat di hati ramai masyarakat di sini. Sejujurnya jika kita bandingkan dengan radio-radio lain, radio ini tidaklah jauh berbeza dengan radio-radio di tahun 80an atau mungkin 70an. Apalagi jika hendak kita bandingkan dengan radio seperti IKIM yang mungkin bermisikan Islam atau mungkin Nasyid FM yang menurut mereka menyediakan hiburan Islami. Sungguh seronok jika dapat mendengarkan radio ini. Ianya sangat klasik. Bila mana berada di dalam kenderaan atau kedai yang memasang radio ini, saya seakan-akan masuk ke dalam zaman dahulu yang jauh kebelakang kerana keunikkan radio ini. Saya masih lagi tidak habis fikir akan hebatnya radio klasik ini mampu mendapat tempat di hati masyarakat. Syabas kepada masyarakat yang bijak memilih!
Bagi anda yang ingin melawat laman webnya sila klik http://www.ertu.org/quran/index.asp
Saya sempat mendengar dua buah sesi yang syarahan ringkas. Pertama oleh Dr. Mun’im seorang pensyarah di Kuliah Huquq (jama’ bagi kata hak), Universiti Ain Syams. Beliau membahas tentang bagaimana harusnya sebuah keluarga muslim berhadapan dengan masyarakat di negara bukan Islam. Namun saya tidak ingin menceritakan mengenainya pada kali ini.
Sesi kedua disampaikan oleh DJ. Ia mengenai khusyuk di dalam solat. Dikisahkan bahawa orang ramai memperhatikan seorang sholeh bernama Hatim yang sedang khusyuk melaksanakan solat. Khuyuk itu mungkin kelihatan dari ketenangannya melaksanakannya dan keterlepasannya dari dunia di sekelilingnya. Mereka yang menyaksikan kemudian bertanya kepada Hatim akan rahsia khusyuk yang dia peroleh. Hatim kemudian menceritakan bahawa dia sebelum melaksanakan solat dia akan membersihkan hati dan diri dengan wudhu’. Setelah sempurna Hatim akan duduk bersama dirinya. Atau menenangkan diri, merawat dan menata diri agar benar-benar sedia untuk melaksanakan tugas itu. Sedia secara zahir dan batin. Tiba waktunya aku akan berdiri dan mula mejalankan tugas itu. Aku hadirkan kebesaran Allah SWT di hadapan mata hatiku. Seakan-akan aku benar-benar berada di depan Ka’bah. Berdiriku tepat diatas sirat. Kananku adalah syurga. Kiriku pula ada neraka. Belakangku ada para malaikat. Dan Allah SWT sedang memperhatikanku.
Solat merupakan usaha menyatukan keseluruh aspek dalam diri manusia. Ketika solat, manusia tidak hanya solat dengan diri atau jasad. Manusia juga solat dengan akal dan hati. Kemampuan manusia menyatukan aspek-aspek ini membuatkan manusia menjadi khusyuk. Namun perlu kita perhatikan bahwa kita tidak boleh buat-buat khusyuk. Saya pernah teringat sebuah syarahan yang disampaikan oleh seorang ulama muda yang telah dicatatkan sebagai salah satu orang paling berpengaruh dunia oleh majalah Times iaitu Amru Khalid. Suatu ketika beliau solat di dalam sebuah jemaah dan ketika itu ada seorang yang berada dibelakangnya teresak menangis. Usai solat beliau tanyakan apa yang menyebabkan orang itu menangis. Tentunya soalan itu relevan ditanya kerana ketika solat tadi si imam membacakan ayat tentang pembahagian warisan. Ia itu ayat hukum dan bukan ayat azab atau nikmat. Orang yang menangis itu kemudian mengatakan bahawa dia mengenang dosa-dosanya yang membuatkan dia menangis. Amru Khalid tidak setuju mengenai hal itu. Menurut beliau, solat tidak dikatakan khusyuk dengan tangisan air mata sahaja. Seharusnya solat dan al-quran memainkan peranan yang lebih dari sekedar hal yang bersifat sentimental. Ketika imam membacakan ayat mengenai pembagian warisan. Kita perlu sedar dengan penuh kefahaman bahawa ayat-ayat itu juga merupakan kalimah Allah. Allah mengingatkan kita bagaimana seharusnya kita bertindak dan berlaku adil. Bagaimana seharusnya manusia menjalankan tanggung jawab sebagai seorang khalifah atau pemimpin. Sungguh pun demikian bukan bermakna beliau menolak aspek-aspek menghadirkan kebesaran Allah SWT dalam solat yang membuatkan kita mampu menghadirkan rasa takut dan taat kepada Allah SWT.
Kesimpualannya, kita perlu belajar menyatukan tiga aspek itu tadi dalam solat. Solat perlu berkesan terhadap jiwa dan juga akal. Solat perlu berkesan kepada akal supaya kita tidak melakukan kesalahan dalam kehidupan. Solat perlu berkesan kepada jiwa agar kita selalu waspada dan sedar bahawa Allah SWT sentiasa memperhatikan kita dan Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Maha segala Maha.
Terima kasih kepada Iza’atul Quran minal Qahirah..







August 4th, 2008 at 11:00 pm
masalah solat khusu’…mungkin ader kaitannya dengan “jika baik solat seseorang maka baik pulalah semua perbuatan seseoarang”…dari ayat ni kita dpt tau sebuah makna yang tersirat..yaitu apabila kita pandangkan ia secara terbalik,,maka hasilnya adalah…jika semua perbuatan seseorang baik maka baik pula lah solatnya..”..ini inti yang ingin awil sampaikan….yaitu apabila kita ade niat untuk memperbaiki smua perbuatan kita…secara otomatik…solat kita akan mulai memberi sebuah perubahan membaik walaupon ia secara tidak sadar…sbb betapa bnyak manusia yang coba memperbaiki diri dalam solat dan menclaim bahwa ia telah solat khusu’ dan kita masih melihatnya banyak melakukan hal2 yang biasanya tidak dilakukan oleh orang yang sebenarnya solay khusu’…alias..bnyak melaukan dosa…tq