This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Banyak kerja yang masih tertangguh dan tidak terselesaikan. Fikiran tidaklah serabut cuma tak tahulah mengapa. Sudah begitu banyak waktu lebihan yang terpaksa diambil. Ntahlah berapa lama lagi yang diperlukan untuk menyelesaikan kerja ini.

Kerja yang dimaksud adalah penulisan novel yang diharapkan dapat diterbitkan oleh syarikat PTS. Novel ini sangat perlu segera diselesaikan kerana beberapa hal, pertama, kerana janji awal manuskrip novel ini akan diserahkan pada akhir 2007, malangnya hingga hari ini masih belum selesai ditulis. Kedua, tumpuan untuk pelajaran perlu segera diarahkan semaksimal mungkin, selama novel ini tidak selesai selagi itulah tumpuan kurang maksimal. Ketiga, semakin lama novel ini tidak selesai, semakin susah ianya untuk diselesaikan, dalam kata lain, ianya perlu segera diselesaikan kerana kesinambungan yang diperlukan dalam penulisan. Keempat, bila dah selesai yang ini bolehlah mula yang selanjutnya ^_^

Lupakan dulu masalah kerja, ingin dikongsi bersama kali ini sebuah kenduri yang bagi diriku sangat menarik. Kenduri ini telah dihadiri pada jumaat minggu lepas (15/2/2008). Ianya kenduri Akhi Shuhaib Arrumi Bin Selamat dan Ukhti Uswah Hasanah Bt Abdul Halim. Apa yang menarik? Menariknya adalah pada kenduri tersebut diadakan sebuah forum bersama pengantin. Tentunya hanya pengantin lelaki yang ada kerana pada masa yang sama pengantin perempuan berada di lokasi kenduri perempuan yang agak jauh dari situ. Pengantin lelaki yang merupakan Setiausaha ISMA Mesir benar-benar berjaya (menurutku) menyampaikan mesej yang dirancang. Mungkin tidak dirancang tapi aku yakin ianya dirancang. Apa mesej tersebut? Ianya menyeru hadirin yang 100% merupakan pelajar untuk segera menikah.

Menikah merupakan sebuah usaha yang baik dan yang sangat perlu dipercepat bagi para dai. Ianya menyelamatkan Iman, menenangkan fikiran dan menenteramkan jiwa. Memang semua juga tahu hadis mengenai pernikahan memang dituju kepada para syabab@pemuda bukan kepada syuyukh@orang tua. Ianya sangat berkesan (sepatutnya) kerana yang kahwin adalah pemuda dan dia sendiri menggalakkan orang lain untuk mengikut jejaknya. “We must not only give the example but we must be the example..”

Sabtu minggu lepas ABIM Mesir berjaya melaksanakan program yang telah dirancang. Sederhana. Masa singkat, aku gagal menyampaikan dengan ringkas tapi padat. Tidak tahulah apa komen mereka terhadap apa yang telah disampaikan. Harap-harap mereka yang hadir dapat mengambil manfaat darinya. Aku juga sangat mengharap agar dapat mengamalkan apa yang telah disampaikan.

Hari ini, seorang kakak, teman dan rekan bernama Adilah Bt Adnan akan pulang ke tanah air. Teruskan perjuangan kak!!!

Aku baru sahaja meletakkan gambar diriku agar mudah diketahui. Ianya penting. Ia bukti bahwa aku bersedia untuk bertanggung jawab atas segala yang ditulis disini. Ia juga memudahkan pengunjung yang jika menemui sesuatu yang tidak berkenan namun tidak dapat menulisnya boleh menyampaikannya secara face to face bila terserempak dimana-mana.

Sekadar perkongsian singkat menghilangkan kejenuhan. Permudahkanlah ya Allah segala yang kami lakukan…

Leave a Reply