Kenangan Indah
Posted on November 22nd, 2008 in Peribadi
Izinkan diriku mencoretkan sebuah kenangan indah yang tak terlupakan. Ia bukanlah suatu yang telah lama berlalu. Bahkan, ia masih lagi sangat baru untuk dikenang.
Akhir-akhir ini, ada beberapa sesi pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Republik Arab Mesir ke atas golongan pendatang seperti kami. Apa yang mereka periksa? Tentunya mereka memeriksa pasport dan izin tinggal yang dicopkan di dalam pasport tersebut.
Aku tidak banyak kenangan berinteraksi dengan pihak berkuasa seperti polis atau imegresen. Kalau sekedar urusan dipejabat tentunya sering. Mana tidaknya, tahun ini adalah tahun ke 10 berada di luar negara. Dulu, ketika di Indonesia, selain urusan imegresen kita juga diPAKSA membuat laporan ke Kantor Polisi Surabaya. Saat itu aku memang sungguh berusaha untuk protes, tidak cukupkah laporan ke pejabat imegresen ketika usaha mendapatkan visa dilakukan! Memang sungguh tidak sistematik!
Pada tahun 1999, pernah terjadi sebuah peristiwa unik. Saat itu kami (aku dan keluarga) diuji dengan kehilangan posport. Kehilangan itu berlaku di Malaysia, tepatnya di dalam kereta. Proses pembelajaran akan bermula usai cuti semester. Aku masih tidak menemukan pasport dan laporan telah dibuat. Ketika kami bertemu dengan pegawai imegresen, Pihak Imegresen yang bertugas enggan menerima permohonan pasport baru yang kami ajukan. Dia merujuk prosedur pembaharuan pasport yang tidak akan diberikan bagi mereka yang kehilangan pasport. Mereka hanya akan menimbang permohonan pasport baru bagi mereka yang kehilangan setelah setahun kehilangan itu berlalu. Ada perasaan gembira di hatiku saat itu, kerana itu akan memberikan aku tambahan masa cuti. Namun, ayahku tidak mudah menerima keadaan tersebut. Beliau memohon untuk bertemu dengan Ketua Imegresen yang bertugas disitu. Setelah suai kenal dilakukan ayahku berkata, “Saya ingin memohon PAS PERJALANAN untuk anak saya kerana permohonan pasport baru tidak diterima memandangkan posport lamanya hilang dan dia sedang belajar di Indonesia.. bla.. bla.. bla..” Aku hampir tersedak mendengarkan ucapan ayahku itu. Hah! Pas Perjalanan!!?? Sejak bila ada pas perjalanan!!?
Pegawai tersebut terus menyandarkan dirinya sambil membelai janggut. Dia berfikir. Dia bangkit dan mula berbincang mengenai sekolah tempat aku belajar. Sebelum berpisah dia memberi tahu bila pasport baru boleh diambil. Hancur harapan ingin meng-extand cuti.
Pada tahun 2005, sebuah lagi kejadian menarik pernah berlaku. Saat itu aku berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Pasport yang aku bawa bersama diriku adalah pasport ke-3ku yang aku mohon di Kedutaan Malaysia ke Indonesia di Jakarta. Ketika pasport itu dimohon aku masih berada di tingkatan enam (2003). Sebagai seorang pelajar yang aktif, kegiatan dan dinamika kehidupan di sebuah sekolah asrama penuh sehebat Gontor telah berjaya membuatkan diriku kurus.
2004 aku tugaskan menjadi tenaga pengajar di sekolah yang sama. Suasana menjadi guru jauh berbeza dengan keadaan seorang pelajar. Walaupun kesibukan dan tugas tidaklah sedikit bahkan berkali lipat lebih banyak, apalagi saat itu aku berdaftar sebagai pelajar di Fakulti Pendidikan Jurusan Pendidikan Bahasa Arab (program degree). Cuma apa yang jelas membezakan antara seorang guru dan murid adalah, tekanan sebagai murid lebih dahsyat. Guru juga agak bebas dalam keluar masuk kampus yang memberi banyak peluang bagiku untuk mencari gizi tambahan yang selama 6 tahun sebagai pelajar tidak cukup. Akibatnya, gizi yang aku cari berlebihan dan menyebabkan tubuh dan wajahku berubah menjadi lebih tebal. November 2004 aku kembali ke Malaysia dan menetap selama lapan bulan. Masa yang lebih dari cukup untuk menambahkan lagi berat badan.
Apa yang terjadi pada julai 2005? Kemeningkatan berat badan yang aku alami telah menyebabkan pertukaran rupa yang ketara. Wajahku yang tertera di dalam pasport yang dibuat pada 2003 tidak lagi sama dengan wajahku saat itu. Sebuah masalah besar yang tidak ada jalan penyelesaiannya. Pegawai Imegresen yang bertugas di booth mencurigaiku. Dia memerintahkan aku untuk menunggu. Puas aku menunggu hampir 1/2 jam. Tetap tidak ada respon. Setelah kaunter menjadi sepi, pegawai tersebut memanggilku untuk masuk ke dalam sebuah ruangan kecil yang ada di kawasan tersebut. Aku diintrogasi oleh puluhan pegawai imegresen. Puluhan mereka berada disekelilingku. Membuat lingkaran bulat yang cukup sempurna. Masing-masing melakukan perbagai bentuk psycotest. Mereka ingin melihat tindakbalas aku. Alhamdulillah Allah SWT memberikan sepenuhnya ketenangan dan aku masih lagi terus berzikir memohon ketenangan. Hampir dua jam atau mungkin lebih dari itu, aku baru dibenarkan untuk pergi membawa pasport yang memang tidak menyerupai wajahku.
Beberapa bulan lalu aku berkhidmat kepada sebuah NGO (non goverment organization) yang terlibat dalam usaha kemanusiaan. Daerah konflik yang menjadi tumpuan dunia Palestin sebagai tempat tujuan. Perjalanan menuju ke Rafah (sebuah kota dua negara-Palestin dan Mesir) mengambil masa hampir 5 jam. Aku bersama 3 lagi rekan sepasukan bergerak ke Rafah setelah subuh. Tujuan asal adalah untuk masuk ke dalam kawasan konflik dan mendapatkan informasi segar. Lokus (lorong tikus) adalah satu-satunya laluan. Pertemuan telah pun diatur dengan kenalan di sana. Jam sebelas kami bertemu. Pejuang menceritakan keadaan. Peluang masuk tipis. Azan berkumandang. Kami solat berjemaah di sebuah masjid berhampiran. Rencana awal masih dipertimbangkan dengan harapan dapat sampai ke dalam tanpa sebarang masalah.
Usai solat kami terus menuju ke tempat letak kereta. Belum sempat kita melakukan pergerakkan, bahkan belum sempat kita mengelipkan mata atau menarik nafas, kami telah pun dikepung oleh 5 buah kenderaan yang di dalamnya penuh petugas berpakaian seragam. Beberapa pegawai tinggi turun menghampiri kami. Wah! Mereka sudah pun mencium kehadiran kami! Tanpa perlu dikomando, aku segera belakon. Tiada yang mencurigakan. Apa yang perlu diserah sudah pun berpindah tangan. Kami segera pulang ke Kaherah. Misi gagal!
Beberapa hari lalu sebuah lagi peristiwa terjadi kepada diriku. Kali ini lebih melucukan. Ketika itu jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Aku berjalan setelah makan menuju ke rumah. Dalam perjalanan aku melihat beberapa orang polis sedang melakukan pemeriksaan di sebuah kedai makan. Aku antusias dan sangat ingin tahu apa yang berlaku. Aku hampiri mereka. Ternyata polis-polis tersebut sedang membuat pemeriksaan terhadap orang-orang asing. Aku dipanggil dan ditanya akan pasport. Aku memang tidak membawanya. Tanpa banyak tanya petugas itu menyuruhku memasuki van yang telah disediakan. Ramai polis yang ada disitu. Dari polis yang hanya menurut perintah yang menyandang shotgun dan rifel, Special branch yang berkostum biasa dengan pistol terpacak. Big Boss yang lengkap bercoat dan tie.
Kita tidak dibenarkan bercakap. Semua diminta untuk mengambil pasport masing-masing. Mereka yang tinggal di kawasan yang jauh harus meminta pertolongan teman membawakan pasport mereka. Mereka yang tidak mempunyai visa ditahan. Aku tidak dapat meminta siapa-siapa membawakan pasport buatku. Apa yang terjadi, mereka hantarkan ke rumah. Aku kira mereka hanya mahu melihat pasport dan beredar. Ternyata kesempatan itu digunakan untuk menggeledah rumahku. Semua benda diperiksa. Untungnya rumahku tidak kemas. Buku-buku tidak tersusun rapi. Souvenir dari palestin tidak tertata rapi. Mereka tidak menemukan apa-apa yang mencurigakan. Teman serumahku pula adalah seorang documenter. Dia mendokumen puluhan filem dan drama ke dalam DVD. Ketika serbuan ke rumah dilakukan, teman serumahku sedang menertibkan koleksinya, maka terlihatlah oleh mereka puluhan DVD yang berserakkan. Hampir saja dia dituduh sebagai penyedia DVD cetak rompak.
Kejadian pada hari tersebut menyebabkan tiga orang teman seperjuangan di sini ditahan oleh Pihak Berkuasa. Menurut sumber boleh dipercaya ahad ini adalah tarikh pembebasan mereka. Kesalahan mereka adalah tidak memiliki visa atau visa tersebut telah tamat tempoh. Mereka juga yang akrab dan ramah dengan penduduk setempat membuatkan Pihak Berkuasa agak curiga.
Beginilah keadaan di Mesir yang mata-mata Pihak Berkuasanya sangat banyak. Siapa sahaja boleh menjadi spy. Berhati-hati dalam berbicara dan bersikap adalah suatu yang perlu bagi pelajar yang ada di Mesir. Pihak Berkuasa tidak takut dengan pelajar yang lagho tapi kerisauan mereka jelas kepada para pelajar yang multazim, yang subuhnya sentiasa di masjid.
Pengalaman demi pengalaman, peluang melihat kezaliman berlaku di depan mata sedikit sebanyak mendesak diriku untuk segera meninggalkan tanah ini. Kemajuan di tanah ini masih sangat lambat akan dicapai. Selagi orang-orang saleh dan baik menjadi golongan terzalimi dan teraniaya, maka selagi itulah kutukan ke atas negara ini tidak akan terlepas.

Apa yang sekarang perlu aku perjuangkan adalah usaha untuk menjadi golongan ‘hebat’ yang luar biasa. Mesir banyak menghasilkan ulama-ulama, tokoh-tokoh, pemimpin-pemimpin yang luar biasa. Setelah penilaian ringkas, keadaan yang serba ‘bermasalah’ di sini malah menjadi faktor lahirnya syahsiah-syahsiah menarik itu. Sebagaimana keadaan harian di sini mendidik kita menjadi extra sabar, extra redha dan extra tawakkal. Namun di sisi lain, kita khawatirkan kesan lama tinggal disini malah membuatkan kita terbiasa dan kebal akan virus-virus bahaya yang merakyat di sini.
Sikap proaktif sekali lagi perlu menjadi perhatian dan perlaksanaan demi menjalani hari-hari payah di sini.
Semoga aku dapat bertahan untuk terus berusaha sehabis baik dalam menyerapkan segala sisa-sisa kebaikan yang masih berbaki di tanah ini. Semoga 10 bulan atau paling lama 12 bulan yang akan datang ini, menjadi hari-hari gemilang yang membentuk diri seorang pejuang bernama taqeyyabella. Teruskan langkah, jangan gentar. Hidup mulia atau mati syahid!

November 22nd, 2008 at 9:46 am
Salam,
Kenangan bukanlah sesuatu yang hanya untuk diingat. Tapi juga harus diambil pelajaran daripadanya. Antum mubaarok ust. Shahiid… Banyak pengalaman hidup yang mengajarkan antum sehingga dapat berubah menjadi lebih baik lagi.
Hidup Mulia atau Mati Syahid…
Kalimat tersebut yang tetap harus selalu dipegang.
Terima kasih untuk tetap saling mengingatkan..
Wassalam…
November 23rd, 2008 at 2:10 am
wah-wah,terharunye ira tgk ur pasport pic
November 23rd, 2008 at 12:00 pm
join2 terharu…
November 24th, 2008 at 11:52 am
hehe… should it be kenangan indah? macam kurang indah je… what so good about ‘rumah kena geledah’.. oh God~ huhuhu… tak sangka polis2 mesir serajin itu… dalam hal camtu better duduk indonesia je kot… huhuhu
November 25th, 2008 at 7:14 am
salam. ana tertanya-tanya bila ana akan dapat dengar cerita penahanan ustaz dari mulut ustaz sendiri. hari ini penahanan ana berakhir. syukran. ana linkan post ni dalam blog ana.
November 25th, 2008 at 7:22 am
* penantian
uh, tak suke typo!
November 26th, 2008 at 5:03 am
ini memang lawak okay! awak kene tgkap sbb muke laen? hehe (seryes laen bena tu!) btul ke tu paspot shahiid?? hikhik..aish, kalo kamu kurus cmtu blk pon sye dah tentu x cam! hihi..
pastu 2ndly dr senang2 x kene tgkpa yg kamu sibuk2 g kdai tu watpe..kan da kne agkut msk van..x pasal je cr masalah kamu ni..haha..pastu kawan kamu tu seb bek la x kene tgkp jual cd cetak rompak ye..hahah..lawak la plak bce part tu
December 1st, 2008 at 1:41 pm
memuler ms bc entry … ko tahu kn ak wat per … tambah2 bila tgk pic pasport ko … haih … naik tegang urat2 ak sbb gelak x sudah2 … ending der ak senyap jerk sbb dh x kelako … hehehe
December 1st, 2008 at 1:43 pm
dh renew pasport kew ???
jgn kena tangkap lg sudey …
nnt saper nk tgk2 kn umah ko nih ha …
hehehe
January 21st, 2009 at 10:55 am
Salam..
apa ustz ckp aritu,
muka penjenayah?
hehe.. ~,~
ad org kate xhensem,xkesahla..
asalkn akal dan hati ‘hensem’..
January 21st, 2009 at 2:43 pm
Waalaikumussalam…
Jameelah, nak menghensemkan hati tulah yang paling susah.. Nak hensem muka mudah je.. Kuar duet sket buat plastik surgery dah setel.. tapi nak hensem hati dan akal.. fuh! perjuangan yang maha dahsyat!
Semoga kita mampu memperhensem hati dan akal kita sentiasa.
Thanks