Kemenangan HAMAS Kemenangan Umat IslamKAH?
Posted on January 21st, 2009 in Agama, Fikir, Politik Islam

Sebenarnya ingin penulis tuliskan tajuk tulisan ini dengan “Kemenangan HAMAS Bukan Kemenangan Umat Islam!” tetapi setelah berfikir dua tiga kali ia terlalu pedas dan melampau, maka, penulis alihkan kepada sebuah bentuk muhasabah. Iaitu persoalan yang tidak ditanyakan untuk mendapatkan jawapan tetapi untuk sama-sama kita renungkan dan sama-sama kita tanyakan pendapat hati dan minda kita akan jawapan yang paling tepat. “Kemenangan HAMAS, Kemenangan Umat Islamkah?” atau dalam bahasa yang lebih baku, “Adakah kemenangan HAMAS merupakan kemenangan Umat Islam?”
Mungkin ada yang bertanya apakah benar HAMAS menang di dalam peperangan ini. Pendirian penulis, penulis melihat bahawa hakikatnya HAMAS memang pemenang sejati. Pemenang yang jantan. Pemenang di medan tempur dan pemenang yang bermaruah. Walaupun kita perlu mengakui hakikat keterbasan media yang dimonopoli penjahat dan teroris-terosis membuatkan banyak maklumat tidak sampai kepada masyarakat awam. Kejantanan HAMAS yang sangat membanggakan aku adalah keteguhan mereka menjadikan Islam sebagai prinsip dalam berperang. Berperang dengan penuh hikmah. Berperang dengan hanya mengharapkan mardhatillah. Berperang dengan murni tanpa dihantui kebencian dan dendam. Ini jelas ketika mereka tidak melanggar sebarang perjanjian yang telah disepakati. Kekaguman penulis semakin bertambah apabila HAMAS masih lagi teguh berpegang pada prinsip main secara bersih walaupun kecurangan demi kecurangan diikuti pengkhianat demi pengkhianatan yang telah dilakukan Isarel dan sekutunya.

Kemenangan yang diraih HAMAS bukan kemenangan Umat Islam. Umat Islam yang aku maksud adalah secara keseluruhan Umat Islam. HAMAS menang murni dengan usaha fizikal mereka (tanpa menafikan usaha doa yang merupakan senjata terhebat Umat Islam). Tidak ada satu pun yang mewakili umat Islam yang memperlihatkan kesungguhan membela HAMAS. Usah bicara tentang Abbas Abu Mazin dan Husni Mubarak yang sememangnya dengan sejelas-jelasnya bersekongkol dalam membunuh saudara sedarah mereka di Gaza. Untunglah Qatar sedikit berani dengan menjemput jurucakap Khaled Mash’el mewakili HAMAS. Seharusnya, mereka tidak perlu menjemput Khaled untuk datang membentangkan mathalib (permohonan atau permintaan)kepada pemimpin-pemimpin Negara Arab kerana kewajipan mereka (pemimpin negara-negara Arab) adalah pergi dan bertanya apakah yang perlu mereka bantu.
Umat Islam bukan hanya kalah tetapi tidak turun berjuang pun!
Kita perlu mengakui bahawa kita tidak mampu untuk turun secara fizikal membantu HAMAS. Saluran untuk itu jelas tidak ada. Bahkan masyarakat yang berada di Mesir yang hanya berjarak 5 jam dari Gaza ini pun tidak mampu menyumbang apa. Namun, tidakkah kita sedar bahawa ruang perjuangan kita tidak sempit?
Jika Husni Mubarak si Firaun Modern, Mahmood Abbas, Raja Saudi, Pemimpin Jordan dan negara-negara Arab lainnya menunjukkan dengan jelas sokongan dan sekongkolan mereka terhadap Israel maka perjuangan kita (jihad) adalah menggulingkan mereka-mereka ini. Suasana perang itu seharusnya tidak terhenti dengan letaknya senjata Israel kerana hakikatnya itu semua lakonan yang dibuat-buat agar pihak yang berkepentingan mendapat kredit! Jangan kita lupa apa yang berlaku tahun 2006 dan kini berulang kembali. Sama-sama kita lihat bila pula mereka akan lancarkan serangan berikutnya!

Jika mereka hakikatnya tidak menghentikan peperangan maka adakah patut kita berasa aman. Tidak cukup lagikah apa yang terjadi di hadapan mata kita dalam jangka masa yang sangat singkat ini. Maka sebuah perjuangan menciptakan kekuatan politik umat Islam di negara-negara Islam adalah perjuangan yang fi sabilillah. Kita perlu segera mencorak politik umat Islam dan menggulingkan semua serigala-serigala berbulu domba yang kini berleluasa memperalat negara-negara Islam sambil dengan angkuh dan tenang memijak-mijak kehormatan Islam dan umatnya.
NGO-NGO Islam dan parti-parti politik Islam di Asia perlu memberi keyakinan kepada NGO-NGO dan parti-parti politik Islam di negara Arab untuk memperkuatkan lagi promosi dan gerakkan untuk membina kekuatan politik umat Islam yang baru di negara-negara Arab secara keseluruhannya. Penulis sangat yakin hal ini dapat memberi pengaruh seperti mana perubahan yang terjadi di Turkey. Penulis yakin ini kerana pada tahun 2006 pemimpin Turkey yang mewakili gerakkan Islam berada di Malaysia dan meminta sokongan dan dukungan NGO Malaysia. Hasilnya mereka mampu membawa perubahan. Malaysia dan Indonesia perlu segera menjadi contoh sebagai negara yang mempunyai kekuatan politik Umat Islam. Mungkin Indonesia masih terikat dengan Pancasila mereka yang mengongkong tapi Malaysia tidak ada alasan untuk tidak mampu. Rukun Negara kita telah jelas menunjukkan keislaman bumi Malaysia.
Umat Islam mempunyai potensi tetapi tidak dapat mencapai hasil maksimum. Ini kerana umat Islam tidak pun berusaha untuk berjuang. Walaupun penulis masih tidak dapat mencari jalan yang praktikal yang mampu menggulingkan si Firaun Modern tetapi penulis yakin jalan itu pasti akan ada suatu saat nanti jika umat Islam sungguh-sungguh berjuang. Umat Islam di Mesir perlukan kepada sebuah strategi baru dalam mencorak politik di sini. Penulis melihat kediktatoran yang dipegang si Firaun Modern sangat mengancam. Berbekal pengalaman lama yang dimiliki MB (Muslim Brotherhood) mungkin sudah tidak relevan kerana hingga saat ini. Pakar-pakar politik di Malaysia, Indonesia atau Turkey (mungkin), perlu memberikan idea segar dalam penyusunan semula pergerakkan politik Islam di Mesir, Jordan dan yang sama keadaan dengan keduanya.

Sama-samalah kita berdoakan agar Allah SWT menggerakkan hati umat Islam yang banyak jumlahnya ini untuk mahu berjuang menciptakan sebuah kekuatan politik umat Islam di negara masing-masing. Tidak sanggup lagi penulis melihat kesakitan hati bilamana pemegang kuasa tidak mencerminkan suara dan pendirian rakyat. Jika mereka bukan suara kita maka ayuh kita gulingkan mereka! Kita berhak menentukan siapa yang layak bersuara dengan suara kita!
Marilah sama-sama kita simpan gambar-gambar mangsa di Gaza dan melihatnya setiap hari agar kita tidak mampu tersenyum sehinggalah kemenangan ada di tangan kita!




January 21st, 2009 at 2:54 pm
Terima kasih dan penghargaan kepada sahabat saya Neld_deeppurple yang membantu saya menyelesaikan permasalahan linguistik.
January 21st, 2009 at 6:37 pm
same2..kui3..
pulisiti btl..haha
ops jgn slh phm..saya hnya membantu..
January 22nd, 2009 at 3:52 am
adakah kemenangan hamas kemenangan umat islam??
1 isu menarik untuk mengajak umat akhir zaman ini berfikir dan bertindak! ;]
January 22nd, 2009 at 12:09 pm
salam alayk…
tertarik dgn ayt ni
“Berbekal pengalaman lama yang dimiliki MB (Muslim Brotherhood) mungkin sudah tidak relevan kerana hingga saat ini.”
bunyinya mcm ayt x abes hehe mungkin boleh dijelaskan lagi =)
syukran
January 25th, 2009 at 4:06 am
Huhuu…. Thanks Jacster.. Memang tak sempat edit pon.
Tak de pape yang nak dijelaskan pon.
Kat situ just nak kata bahawa mungkin MB perlukan suntikan idea baru dalam mencorak gerakkan politik di sini.
January 27th, 2009 at 10:21 pm
Firman Allah s.w.t lagi : “ Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang member tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan rezeka (nikmat) yang mulia.” (Surah Al-Anfaal : 74)