Kematian Pastikan Datang!!
Posted on May 12th, 2008 in Uncategorized
“Katakanlah kematian yang kalian lari daripadanya sesungguhnya ia akan datang menemui kalian!”
Jam menunjukkan pukul 10.12 malam. Aku baru sahaja tiba di rumah dari masjid. Kebetulan tadi setelah solat Isya’ Allah SWT mendatangkan peringatan kepada para jemaah Masjid Syarbini dengan menghantar sebuah jasad yang tidak lagi bernyawa. Ianya bukan dari qaryah tempat kami tinggal melainkan dari Qaryah lain yang berhampiran. Aku tidak pasti sama ada mereka akan langsung menguburinya atau pun tidak. Kebetulan lagi ketika solat isya aku mendapat tempat solat dekat dengan jasad yang kaku dan terbungkus kain kapan itu. Segera usai solat aku merelakan diri untuk mengangkat jasad yang berada di dalam keranda kayu itu. “Satu hari giliran aku pasti akan tiba. Entah cepat ataupun lambat. Tuhan saja yang tahu..” Hatiku sempat berbisik.
Haji Ali yang merupakan orang ‘kuat’ masjid memberi tazkirah singkat setelah solat jenazah disempurnakan. Salah satu isi pentingnya berbunyi, “Hati-hati yang masih keras dengan habuan dunia, sedarlah!!!”
Allahumma innana dzolamna anfusana wainlam taghfirlana wa tarhamna fanakunanna minal khasirin..



Leave a Comment