Kemanusiaan Tercabar
Posted on June 2nd, 2010 in Palestin, Politik Islam
Terasa bagai bergegar dunia ini. Sebuah peristiwa yang sangat besar sekali lagi tercoret dalam helaian sejarah kemanusiaan. Kita semua menjadi saksi akan hal ini dan akan diminta persaksian kelak di hari pembalasan.
Suasana tegang masih berterusan hingga ke hari ini. Para sukarelawan sudah pun diheret ke pusat tahanan Israel dan diberi dua peluang. Deportasi atau penjara. Rakyat di Tukri pula memberi respon yang tegas dengan ’serangan’ ke kedutaan Israel di sana. Tidak kalah hebatnya demonstrasi yang dijalankan di kota-kota besar seperti Newyork dan London.
Peristiwa serangan bersenjata yang berlaku kepada kapal bantuan kemanusiaan yang membawa bekalan dan sekitar 500 orang sukarelawan ini telah dilakukan oleh Tentera Pertahanan Israel (Israel Defence Force). Danny Alayon, Israel Deputy Foreign Minister telah mengakui hal ini dalam sebuah sidang media. Katanya, “I want to report this morning that, the armada of hates and violence and supports of HAMAS organization was a premeditated violence and outrageous provocation, the organizer are well known their ties to Global Jihad, Al Qaeda and HAMAS bla.. bla.. bla.. the organizers intend are violence the methode was violence and the result was unfortunately violence.. ”
Bahkan di dalam sidang media yang sama Danny Alayon mengatakan bahawa armada tersebut membawa senjata. Malah boleh pula dia berkata seandainya bantuan ingin disalurkan maka mereka (Israel) akan berkerjasama dengan membuka ruang yang legal untuk penyaluran itu.
Hal ini sangat nyata kebohongannya. Israel sememangnya menyedari bahawa musuh mereka bukan hanya HAMAS, tetapi musuh mereka adalah keadilan. Musuh mereka adalah rakyat Palestin, siapa sahaja, agama apa sahaja. Ini sudah tidak perlu dibuktikan lagi kerana ia sudah menjadi rahsia umum yang telah diketahui oleh semua yang peduli akan Palestin. Bahkan Amarika sendiri pernah memiliki pengalaman pahit di’teror’ oleh Israel hanya saja media tidak mendedahkannya. Israel sangat tahu bahawa majoriti rakyat Palestin menyokong HAMAS seperti yang terbukti pada pilihanraya Palestin yang lalu. Apalagi di Gaza yang menjadi ’sarang’ HAMAS.
Israel telah memperlihatkan kebencian dan permusuhan mereka terhadap seluruh rakyat Palestin yang berada di Gaza ketika mereka menyerang dengan ‘membabi-buta’ sehingga menggugurkan ribuan manusia yang kesemuanya adalah masyarakat awam. Sekolah, masjid dan tempat perkumpulan manusia menjadi sasaran serangan mereka pada awal tahun lalu 2009. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk melakukan pembunuhan masal. Mereka sangat terdesar kerana Gaza yang kecil dan serba daif itu tidak mampu mereka tumpaskan. Maka mereka mula menyedari bahawa cara yang paling logik yang mampu mereka lakukan adalah membunuh masyarakat awam yang terdiri dari kanak-kanak (kerana ketika mereka membesar pasti menjadi sukarelawan HAMAS) dan para ibu (yang bakal menjadi supplier manusia di Gaza).
Susulan dari serangan dan kehancuran yang Israel lakukan itu. Israel gigih berusaha untuk menyekat segala bantuan bagi menghidupkan kembali Gaza. Israel berjaya menyekat. Gaza kekurangan makanan. Bahan binaan tidak ada, rumah yang boleh melindungi dari panas dan dingin tidak mampu dibina. Israel semakin berjaya bilamana mendapat sokongan Republik Arab Mesir yang dipimpin oleh seorang Muslim yang memutuskan untuk enggan membuka perbatasan Rafah yang merupakan jalur paling dekat dan paling mudah bagi menyampaikan bantuan untuk Gaza.
Usaha mereka yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan tidak terhenti disitu. Setelah semua jalan darat yang mampu untuk dilalui menuju ke Gaza disekat, maka para sukarelawan melihat ruang yang tinggal hanyalah melalui kapal. Gaza seperti yang kita tahu ia terletak di sebelah Mesir yang memiliki pesisir pantai laut merah. Itu adalah satu-satunya ruang yang masih terbuka untuk menghantarkan bantuan kepada penduduk Gaza.
Apa yang lucu di sini adalah, Danny Alayon ada mengatakan bahawa jika mereka (sukarelawan) mahu menggunakan jalur rasmi yang berada dibawah cengkaman Israel, mereka (Israel) bersedia menyalurkan seluruh bantuan itu. Ini adalah satu penipuan yang sangat nyata. Semua orang pun tahu bahawa selama ini mereka (Israel) telah melakukan sekatan kepada Gaza. Bagaimana mungkin orang yang selama ini menyekat boleh menawarkan khidmat untuk menyalurkan? Sangat tidak masuk akal.
Danny Alayon telah mendapat penafian oleh Murat Mercan (Turkish Foreign Relations CMT), Murat menyatakan bahawa pihak Turki telah membuat pemeriksaan sebelum kapal tersebut berlayar. Kapal tersebut telah diberi kelulusan setelah disahkan tidak membawa apa-apa barang yang merbahaya seperti senjata dan sebagainya.
Ahmet Davutoglu (Turkish Foreing Minister) telah membentangkan kepada UN mengenai hal ini dan meminta agar UN mengambil tindakan. Ahmet menegaskan beberapa kesalahan yang telah mencabar nilai-nilai yang diperjuangkan UN iaitu, menyerang masyarakat civil. Lebih parah lagi serangan itu dilakukan ke atas kapal bantuan kemanusiaan di laut internasional.
Peristiwa ini sebenarnya telah memberikan satu sorotan yang luar biasa kepada dunia. Kekejaman dan kezaliman yang bergerak menentang keadilan dan kemanusia yang ditaja Israel sudah cukup nyata. Sudah sepatutnya dunia menyatakan ketegasan terhadap Israel.
Peristiwa ini perlu juga menjadi peringatan bagi semua muslim bahawa cabaran untuk mengembalikan Al-Aqsa pada tempatnya yang mulia hanya akan berjaya jika umat Islam mengembalikan iman ditempat yang selayaknya di hati masing-masing. Imanilah bahawa Al-Aqsa dan Palestin adalah cermin kekuatan iman dan islam umat Muhammad SAW. Jika kokoh iman masyarakat muslim maka sudah pasti Al-Aqsa menjadi terhormat.



Leave a Comment