Kata Yang Mengislamkan..

Posted on March 9th, 2010 in Politik Islam

Suatu hari, seorang pemuda bernama Jabbar Bin Salma memeluk Islam. Jabbar yang merupakan salah seorang yang tegas dalam menolak Islam tiba-tiba berubah haluan menjadi seorang yang menerima Islam, menyebabkan masyarakat Arab ketika itu kehairanan. Apakah gerangan yang mampu mengubah Jabbar secara tiba-tiba?

Ramailah penduduk ketika itu bertemu Jabbar untuk mengetahui apa disebalik keislamannya yang terlalu mengejut itu.

Jabbar mula menceritakan kisahnya. “Aku bertemu dengan seorang pemuda muslim, namanya Haram Bin Mulhan.” Haram merupakan salah seorang dari tujuh puluh pemuda yang diutus Rasulullah SAW bagi menyampaikan seruan kepada masyarakat.

“Aku segera melepaskan panahku dari busurnya. Panah itu tepat menembusi tengah antara dua bahu pemuda itu. Kekuatan panahan itu membuatkan mata anak panah itu keluar dari badannya. Aku melihat sendiri mata anak panah yang terkeluar itu.”

Pemuda itu begitu tenang menerima panahan itu. Dia kemudian mengatakan suatu yang membuatkan aku tertanya-tanya. Dia berkata, “Demi Tuhan Ka’bah aku telah menang!”

Jabbar tidak dapat menerima apa yang dia dengar dari pemuda itu. Tidak ada yang diucapkan seseorang sebelum mati melainkan ucapan itu sangat jujur dan benar. Tetapi bagaimana mungkin apa yang dia katakan itu benar sedangkan dia mati kerana anak panahku. Dia mati meninggalkan isteri yang menjadi janda, anak-anak yang menjadi yatim. Dia mati meninggalkan dunia yang penuh dengan nikmat dan menuju kubur yang gelita dan keseorangan. Lalu dimanakah kemenangan yang dimaksud pemuda itu!?

Jabbar tenggelam bahkan lemas dalam persoalan yang sangat mengganggu dirinya itu. Dia bertemu dengan orang-orang muslim dan mempertanyakan mereka akan maksud ucapan Haram.

Orang-orang Islam menjawap, “Itulah Syahadah. Dia telah memenangi anugerah Syahadah! Dia telah beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat. Seorang yang mati syahid tahu apa yang telah dimenangi dari kebahagiaan hakiki dan redha Allah SWT serta nikmat Jannah. Mungkin dia melihat atau seakan-akan melihat semua itu dengan matanya, lalu berkatalah dia “Demi Tuhan Ka’abah aku telah menangi!”.”

Kejadian itu memberi kesan yang mendalam kepada Jabbar. Dia mulai menyedari dan memahami mengenai kehidupan setelah kehidupan dunia ini. Dia mula menyedari bahawa disebalik segala kenikmataan dan kesenangan yang ada di bumi ini pasti akan ada kenikmatan dan kesenangan yang jauh lebih mempesona. Jauh lebih besar dan luas. Ia adalah kenikmatan dan kesenangan yang tanpa batas. Kehidupan yang tiada penghujung.

Allah SWT berfirman, “Maka tidaklah  seseorang itu tahu apa yang disembunyikan dari ‘Qurratu A’yun’ sebagai ganjaran atas apa yang mereka lakukan.” Sajadah : 17.

“Dan janganlah kamu mengira sesungguhnya mereka yang dibunuh itu mati tetapi (sebenarnya) mereka itu hidup dan diberi rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan segala yang Allah berikan kepada mereka dari Fadhl-Nya.” Ali Imran : 169 dan 170

Demikianlah dahsyatnya sebuah kalimah yang sangat sederhana tetapi aura yang keluar darinya sungguh luar biasa. Ia lahir dari hati yang suci tunduk kepada keimanan, diucapkan oleh lidah yang taat kepada perintah dan akur pada larangan Allah. Kata-kata yang menjadikan seorang Jabbar yang kafir memeluk Islam. Kata-kata yang menjadikan seorang pembunuh memeluk agama orang yang dibunuh. Agama yang diperangi selama ini. Betapa banyak kata-kata yang diucapkan orang mukmin yang mukhlis, menciptakan keajaiban, menghancurkan musuh, membuka negara-negara. Ya, hanya dengan kata-kata!

Published by taqeyyabella

One Response to “Kata Yang Mengislamkan..”

  1. taqeyyabella Says:

    Sengaja tulisan ini kami kategorikan dalam Politik Islam. Pada saat dunia kehilangan budi dan pekerti, politik dipergunakan dengan cara yang teramat sangat mendukacitakan. Lebih parah lagi, mereka yang mengenal Islam dan bergelar muslim kadang kala terhanyut dalam petaka ini. Tulisan ini berusaha memperlihatkan betapa politik Islam yang tulen mengalir dari sumber yang bersih, berpandukan maklumat yang benar dan diterjemahkan pada cara yang betul. Kejayaan adalah ketika Allah memasukan kita ke dalam syurga.

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives