Jangan tanya soal hukum !!!

Posted on June 20th, 2007 in Uncategorized

“Eh, apa pandangan engkau tentang rokok?” tanya seorang teman yang sedang merokok dengan tenang setelah menjamah hidangan tengah hari.

Soalan tadi tidak aku jawab bahkan aku berlayar di alam hayal sambil berbual seorang diri, mencari andaian mengapa dan bagaimana mereka selesa merokok di bawah sinaran matahari yang panasnya cukup dahsyat. Belum sempat bertemu andaian yang tepat, pikiranku hinggap ke tayangan silap yang memperlihatkan si taqeyyabella kecil bersembunyi untuk mencari rahsia dari sebatang rokok.

“Hello !!! Melamun ! woi, aku betul ni nak tau pendapat engkau tentang rokok ni, aku peninglah. Jumpa orang ni dia kata haram, jumpa orang lain pulak dia kata tak pe je. Mana satu ni yang betul ?” Terangnya seakan memahami reaksi bodah yang aku berikan.

~00O00~

Malas sebenarnya aku melayan mereka yang sebegini. Mereka bukan sebenarnya mencari hakikat hukum tersebut. Mungkin meraka mengakui bahwa mereka mencari hukumnya, namun apakah mereka sanggup untuk melakukan yang sepatutnya setelah mengetahui hakikat hukum itu. Ataukah mereka hanya akan mencari jalan keluar dari permasalahan yang mereka hadapi. Mencari pendapat golongan yang akan menjadi backing bagi tindakan mereka.

Aku masih ingat pesan Kiai Haji Hasan Abdullah Sahal ketika Ulil Absar dan teman-temannya yang sedang hot di Indonesia. Beliau berkata dengan intonasi keras beliau yang khas, “Jangan kamu berdiskusi untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal !”

Memang ada golongan hari ini yang sepertinya gigih mencari kebenaran. Puluhan ustaz mereka tanyakan pendapat. Setelah itu dia pun dengan yakin berkata, “Aku dah tanya kepada para ustaz-ustaz yang ada kat negeri kita ni, memanglah ada yang kata haram tapi ada juga yang kata tak pa, contohnya ustaz A, ustaz B, dan ustaz C. Jadi aku pun rasa rokok ni taklah haram.”

Ingin aku ketahui akan perilah ustaz A,B dan C. Aku yakin mereka tergolong diantara golongan perokok. Aku khawatir mereka tidak mencari hakikat hukum rokok itu sendiri, melainkan mereka mencari para ustaz A,B dab C yang akan menjadi pegangan mereka dalam memperbolehkan tindakan mereka.Â

Kenyataan masyarakat kita hari ini tidak lagi menghormati suatu yang begitu tinggi nilainya seperti Fatwa. Aku turut berasa pelik. Kalaulah kata mereka-mereka yang sehebat majlis fatwa pun mereka tidak mahu dengar lalu untuk apa kamu bertanya kepada seorang yang jahil seperti aku. Aku tidak berani mengatakan ianya haram kerana ianya bukanlah tugasku dan bukan juga keahlianku. Namun aku tidak menemukan satu alasan pun yang membolehkan aku untuk tidak menyetujui dan mengikuti fatwa mereka. Dalam erti kata lain, aku meyakini kesahihan dan ke-relevan-an fatwa itu.

Sudah tiba saatnya kita semua untuk tidak lagi menjadikan hukum sebagai suatu pendekatan dakwah. Ini kerana hukum saat ini tidak lagi menjadi suatu yang menakutkan yang mampu mencegah dan membentuk suatu tatanan kehidupan. Hukum tidak lagi menjadi pagar yang membatas atau atap yang melindung. Â

“Aku tahu solat tu wajib, wajib tu kalau tak dilaksanakan berdosa tapi aku malaslah” kata seseorang dengan selamba.

Terkejut aku mendengarnya. Dia mengetahui hukum. Namun hanya sekedar tahu.Â

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Share