Jangan Perjudikan Peperiksaan!
Posted on May 5th, 2008 in Uncategorized
“Jangan perjudikan peperiksaan!” Teriak seorang motivator di hadapan pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan.
Apa kaitannya perjudian dan peperiksaan?
Ia mengingatkanku akan cerita yang dikisahkan seseorang kepadaku. Katanya, ada seorang pelajar yang memperhatikan temannya menyelidik soal-soal peperiksaan suatu mata pelajaran selama 10 tahun. Melihat semangat temannya itu dia bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan? Menganalisa soal ya!” Teman yang ditanya itu segera memberitahukan apa yang telah ditemui setelah memperhatikan soal-soal tersebut.
“Soalan mengenai bab ini keluar setiap tahun sedangkan bab ini hanya sekali iaitu pada tahun lepas. Bab yang ini pula.. bla.. bla.. bla.. Jadi, kemungkinan besar soalan yang akan keluar adalah dari bab ini, ini dan ini. Selain daripadanya pasti tidak akan keluar! Jadi awak tidak perlu baca!”
Tentu saja itu sebuah analisa yang sangat hebat dan kemungkinannya tepat adalah besar. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena di situ. Bukankah analisa yang demikian adalah umpama menganalisa peluang seekor kuda untuk menang setelah diselidiki rekodnya atau bahkan umpama lontaran dadu yang diduga kemuculan angkanya!?
Bukankah sepatutnya peperiksaan menjadi pembantu bagi setiap pelajar mengukur penguasaannya terhadap suatu mata pelajaran dan bukan hanya sekedar peperiksaan. Patutlah ada golongan yang lulus peperiksaan tetapi tidak ada satu pun yang diketahuinya. Ternyata, ini rahasianya!



Leave a Comment