Jangan Marah!

Posted on April 4th, 2009 in Sikap

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Jangan marah!”

Marah ternyata merupakan suatu yang dilarang oleh Islam. Siapa diantara kita yang sering meletakkan perkara seremeh ini di dalam perhatian!?

Seandainya kita mahu merenungkan nilai yang diterapkan Islam ke dalam setiap hati dan jiwa penganutnya, kita akan menemukan betapa Islam amat sangat memperhatikan kualiti tinggi dan kemurnian sejati akhlak setiap individu muslim.

Marah dan kemarahan adalah suatu yang hadir dengan semula jadi. Suatu perkara yang berlaku tidak sesuai dengan kehendak kita bakal menjadi penyebab hadirnya kemarahan. Namun membendung kemarahan adalah suatu yang lebih mulia dimana manusia mengawal kehendak diri hanyut dalam bara kemarahan yang tersulut. Istilah yang kita gunakan ketika membendung perasaan marah ini adalah sabar.

Jika anda ingin terjun ke dalam bidang yang kita kenal dengan dakwah anda perlu paling tidak mampu mengawal diri dari marah. Islam tidak pernah akan sampai dengan tengkingan, herdikkan, cacian yang keluar dari kemarahan. Sangat malang jika anda konon merasa memperjuangkan Islam jika marah saja belum mampu anda kawal. Hujung-hujungnya anda malah menconteng wajah anda akibat gagal mengawal kemarahan anda.

Pernahkah anda membaca sejarah Rasulullah SAW yang menyampaikan sesuatu dengan kemarahan? Sama-sekali tidak pernah.

Ingin saya menasihat diri saya dan kawan-kawan agar kita kembali melirik ke semua muwasofat atau ciri-ciri muslim sejati. Apalah ertinya agenda gergasi yang kita bawa jika marah saja belum mampu kita kawal?

Mari belajar menahan marah!

Published by taqeyyabella

2 Responses to “Jangan Marah!”

  1. anasxz Says:

    Marah kat sapa ni?

    Sabaq2, sabaq tu mifathul faraj…

    Huhhh….. Nak marah tekan sat butang pause..

  2. taqeyyabella Says:

    Haha.. Tak marah sapa-sapa la..

    Baru ni dengak sahabat kita kena belasah dengan 10 orang. Habis depa tengking, kutuk, ancam dan yang seumpamanya. Hanya kerana sahabat kita ni buat dakwah di satu kawasan.

    Tu yang tulis pasal benda ni. Kalau ya pon tak setuju jangan la buat lagu tu.

    Nasihat untuk diri sendiri sama..

    =)

Leave a Comment

adv3
Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • ME IN FACEBOOK

  • Sapaan Mesra

  • Archives