Jalan Sehala..
Posted on November 6th, 2009 in Bahasa dan Sastera
Tepat 12.00am tarikh di kalender akan berubah angka. Perjalanan sehala yang tidak pernah akan berhenti atau undur. Majoriti umat manusia dibuai mimpi. 6 jam kemudian baru kehidupan bermula. Bangunnya dengan azam baru. Hari ini mesti lebih baik dari semalam, terdetik dihati. Tersisa 18 jam untuk hari baru itu. Kalender ciptaan manusia. Corak kehidupan yang umum. Islam itu asing. Di mana keasingannya dalam melihat perubahan hari yang terus menghayun langkah tanpa lelah.
Maghrib. Waktu burung pulang ke sarang dengan perut yang kenyang. Manusia pulang membawa lelah juga dengan rezeki. Sang ibu sibuk di dapur. Dalam mini huru hara kehidupan harian tidak ramai yang lupa hari itu sudah berakhir.
Solat maghrib membuka lembaran baru. Awal hari baru kita mulai dengan acara makan bersama, disusuli aktiviti keluarga. Belajar, menonton, atau quality time kata pakar. Bayangkan hidup anda dimulai dengan sakinah dari baitul muslim yang di payungi mahabbah dan rahmah.
Tengah hari adalah masa penting dalam kehidupan profesional. Mesyuarat, kerjasama, keputusan, solusi banyak mengambil tempat di tengah hari….
Bagi muslim juga sama, harinya bermula maghrib, maka tengah harinya pada sepertiga malam. Ini detik kritikal mencari kekuatan, membina jaringan ke atas, merapatkan hubungan dengna orang dalam. Mendapatkan petunjuk, mencari ketenangan dan sumber inspirasi utama setiap muslim dan mu`min.
Bezanya akan ketara antara orang yang sibuk di tengah malam lalu meneruskan urusan habblumminnas berbanding manusia tanpa persediaan yang langsungberurusan dengan insan.
Kepenatan di tengah hari (tengah malam) di rehatkan dengan nap di waktu qailulah. Hebatkan nabi kita, menyusun hidup itu memang boleh di terima dari sudut praktikal, logik, dan sains.
Selesai kerja, didalam kesesakkan lalulintas, minda sudah muhasabah performance hari itu. Didalam kesesakkan itu terukir senyuman kerana kepuasan melalui hari dengan selamat. Senyuman kedua terukir lagi kerana membayang sebentar lagi hari baru akan menyusul dan di raikan dengan keluarga tercinta.
Ketenangan bila membayangkan teorinya, memulakannya satu kejayaan, mengistiqomahkan suatu mujahadah.
Maghrib lembaran baru hanya di sedari 2 kali setahun – malam puasa & malam raya
Jauhnya diri ini dengan fitrah. Semoga menjadi rutin sebelum tiba temujanji dengan Izrael yang entah bila.



November 6th, 2009 at 2:50 pm
Ribuan terima kasih kepada penyumbang artikel ini yang tidak mahu dikenali. Semoga tulisan pendek ini memberi manfaat kepada pengunjung blog ini. Jkkk..