Israk Mi’raj : Kenyataan Bukan Khayalan

Posted on July 17th, 2009 in Agama

Dikisahkan pada suatu hari Abu Sufyan (sebelum memeluk Islam) bertemu dengan Herkulis Penguasa Roma dan ingin memburukkan Rasulullah SAW dan mendustakan peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Usai menceritakan apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW mengenai peristiwa agung itu seorang penjaga Baitul Maqdis yang berada di situ menyangkal. Dia berkata, “Sungguh malam itu aku mencuba untuk menutup sebuah pintu (masjid Aqsa) tetapi aku gagal menutupinya. Maka aku pun memanggil seorang tukang kayu untuk memeriksa pintu tersebut. Setelah lama berusaha pintu tertsebut tetap tidak dapat ditutup. Akhirnya, kami pulang kerana hari sudah pun malam. Pada pagi harinya aku mendapati bahawa Nabi Muhammad SAW sedang solat di dalam Masjid Aqsa dan Buraq ada diluar masjid.”

PELIKKAH PERISTIWA ISRA” DAN MI”RAJ?

Jika sekali pandang mungkin kita akan mengatakan bahawa peristiwa itu sangat pelik. Namun dengan ilmu pengetahuan yang kita miliki pada hari ini ia tidak lagi menjadi suatu yang pelik. Kalau dulu kita tak terbayang mampu menempun ratusan kilo dalam waktu singkat. Hari ini 150 km boleh kita tempuh hanya dalam satu jam. Bahkan, kita dapat menempuh ribuan kilo dengan hanya beberapa jam menggunakan kapal terbang. Ya, ia suatu yang mustahil pada suatu ketika dulu.

Kita dapat merumuskan bahawa, jika bertembah kekuatan maka akan bertambah kelajuan. Bila bertambah kelajuan maka akan mengurangkan masa tempuh.

Hal seumpama ini pernah terjadi suatu ketika dahulu di zaman Nabi Sulaiman AS. Ketika beliau ingin mengangkat singgahsana Balqis. Jin menawarkan khidmat untuk membawanya sebelum Nabi Sulaiman sempat berdiri di tempat dia berdiri. Jin menyifatkan dirinya sebagai seorang yang kuat dan terpercaya. Kemudian berkatalah seorang yang berilmu bahawa dia mampu membawakan singgahsana Balqis sebelum Nabi Sulaiman mengedipkan mata. Akhirnya, orang yang berilmu itu memohon kepada Allah yang Maha Berkuasa maka berpindahlah singgahsana Balqis sekelip mata.

Demikian jugalah dengan Peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Kekuatan Buraq tentu jauh lebih kuat dari kapal terbang yang mampu menembusi jarak dalam waktu yang singkat.

Sumber : Khatib Jumaat 17 Julai 2009 di Masjid Nurul Huda Hayyu Asyir Kaherah

Published by taqeyyabella

One Response to “Israk Mi’raj : Kenyataan Bukan Khayalan”

  1. ye ke Says:

    org skarg mmg ptt lbh mdh iman nya kuat krn sgl nye smakin real…melihat amalan d dunia pd hr akhirat hny sprti cctv yg terpasang di arasy mngikuti stiap jiwa. entah brp tera atau brp ribu gig yg ade pd simpanan Allah itu utk mrekod data2 hamba2 nya. pendrive yg kian kcl size nye tp smakin bsr kapasaitinya menidak mustahilkan perkar2 yg Allah sbutkan…tp smakin akhir zmn smakin byk yg kufur dan berdalih…

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives