Islam -user friendly-kah ???
Posted on August 18th, 2007 in Uncategorized
Hari ini kami membincangkan satu isu yang sangat mencabar (bagi aku), iaitu isu mengenai agama kita. Berita murtadnya bilangan besar masyarakat melayu dari agama Islam nampaknya memberi kesan dan cabaran yang hebat bagi kita sebagai seorang muslim, apatah lagi bagi mereka yang mendalami bidang agama. Tentunya disamping aspek hidayah yang datangnya dari Allah SWT, hal-hal yang menjadi pendorong akan terjadinya fenomena ini juga berkait. Adakah mereka lari daripada Islam kerana agama Islam itu tidak user friendly?
Melihat kepada sebuah produk, pembeli akan memilih barangan yang mudah dipakai, banyak fungsinya dan tentunya berkualiti tinggi serta murah. Hal-hal berikutlah yang akan mendorong seseorang untuk memilih produk tersebut. Islam pada hakikatnya bukanlah sebuah agama yang boleh dipilih seperti produk-produk yang ada dipasaran. Akan tetapi Allah SWT melarang pemaksaan di dalam beragama. Allah SWT juga mengajarkan kita untuk menyampaikan Islam dengan baik dan berhikmah. Sehingga di dalam perdebatan sekali pun Islam mengajarkan kita untuk berlaku sopan. Lalu dimanakah kesilapannya?
Kita sebagai umat Islam secara sedar mahu pun tidak, turut menyumbang hal-hal yang tersusun rapi menjadi sebuah wajah yang di kenal sebagai Islam. Ketika seorang yang bukan Islam melihat seorang muslim, dia akan menilai segala yang dilakukan sebagai image atau tampilan bagi Islam itu secara umum. Salahkah mereka menilai Islam dengan melihat keadaan umat Islam???
Seharusnya umat Islam mampu menampilkan image sebenar Islam. Ketika mereka membincangkan isu murtad, hanya satu sahaja cara yang dapat membendung masalah ini iaitu kembalinya umat Islam kepada Islam. Sangat tidak masuk akal mengapa ada golongan yang mahu meninggalkan Islam, padahal Islam adalah satu-satunya agama yang paling logik dari segi aspek ketuhanan, konsep ibadah, konsep penciptaan, bahkan di dalam Al-Quran terkandung segala macam ilmu yang berkaitan dengan alam.
Sebahagian dari mereka melihat bahwa Islam ini susah dan tidak user friendly. Pendapat sebegini salah dan tidak berasas. Mungkin kita mengakui gagalnya umat Islam untuk menampilkan image yang sepatutnya, tetapi Islam bukanlah tidak user friendly seperti yang mereka tuduh. Islam menawarkan perbincangan aspek ketuhanan dengan menggunakan logik yang diperkokoh dengan kalam Allah SWT. Islam juga menawarkan kemudahan-kemudahan dalam ritual (ibadah) bagi yang berkeuzuran. Islam turut meletakkan syariat untuk menjaga tataan hidup manusia itu sendiri.
Sebuah pembaharuan yang besar-besaran dan serentak perlu dilakukan oleh umat Islam untuk mengubah image Islam. Islam yang user friendly ini perlulah diperkenalkan kepada masyarakat. Sangatlah sayang jika kita memiliki sebuah produk yang sangat berkualiti tinggi, sedap, nikmat, murah akan tetapi tidak laku hanya kerana sampulnya yang kurang menarik. Sama-samalah kita fikirkan jalan penyelesaiannya…

Leave a Comment