Intadzirini… intadzirini… ya Qudsa, Intadzirini…

Posted on August 21st, 2007 in Uncategorized

 Intadzirini… intadzirini… ya Qudsa, Intadzirini… ~ merdu dilantunkan oleh anak-anak kecil Palestin yang terpisah oleh tembok setinggi 8 hingga 12 meter. Tunggulah aku, tunggulah aku, wahai Al-Quds, tunggulah aku…

21 Oqos mengingatkan kita akan peristiwa menyayat hati yang terjadi di tanah suci Al-Quds. Masjid Al-Aqsa telah dibakar pada tarikh ini. Tarikh pilu yang menyedihkan. Tarikh sayu penuh penyesalan. Tahun lalu pada tarikh ini aku berada di depan hampir 2000 orang hadirin melaungkan sajak bahasa arab yang ku karang sendiri berjudul “Seruan ke medan Perang” diprogram Malam BersamaMu Palestin yang dianjurkan oleh JIM Seremban, dengan kerjasama JIM International dan Aman Palestin Sdn Bhd. Alangkah sedihnya pada hari ini, aku terlalu sibuk dan hanya mampu memperingati hari bersejarah ini dengan menyumbang tulisan ini.

Berita terkini  dari Jalur Gaza hari ini (selasa 21/08/07), terdapat tiga lagi pejuang Al-Quds yang Syahid di wilayah Qararah utara Khan Yunis yang menjadikan jumlah korban dalam masa 24 jam adalah 10 orang. Mereka masih berjuang dan terus akan berjuang. Keharuman darah mereka yang tersimbah memberi semangat baru kepada para pejuang Al-Quds yang lain untuk segera menyusul. Kami hidup untuk mati. Kami berjuang untuk meraih Syahid. Kami tidak pernah gentar. Kami pasti akan membalas serangan-serang ini. Begitulah antara ucapan yang sering disampaikan oleh para pejuang Al-Quds.

Kekuatan fizik yang dimiliki oleh tentera Zionis amat mengagumkan. Namun mereka tidak memiliki kekuatan Jiwa. Jiwa mereka tidak bersedia untuk mati. Jiwa mereka miskin. Jiwa mereka lemah. Hal ini dibuktikan dengan sebuah video yang telah berjaya direkam. Video ini merekam aksi kejar mengejar antara seorang serdadu Zionis dengan seorang remaja laki-laki. Kerana memiliki senjata, serdadu ini berani mengejar remaja itu dan remaja itu pun terus berusaha untuk mencari tempat perlindungan. Setelah beberapa ketika, remaja itu gagal menemui tempat untuk berlindung dan dengan tiba-tiba remaja itu berpaling dan terus berlari ke arah serdadu tadi sambil bersedia melemparkan batu yang telah tersedia ditangannya. Serdadu Zionis yang terkejut melihat tindak balas remaja itu pun berpaling dan lari padahal ditangannya ada sebuah senapang sedang remaja itu hanya memegang seketul batu. Sayangnya video ini tidak dapat dikongsikan disini.Â

Perjalanan ke Rafah tempoh hari benar-benar telah membuka jiwa dan minda. Masalah Palestine perlu disikapi dengan lebih teliti. Ia bukan lagi isu segolongan manusia akan tetapi ia merupakan isu kemanusiaan secara umum.

Yahudi Zionis saat ini benar-benar menggunakan kesempatan atas perpecahan yang berlaku ke atas umat Islam. Keadaan ini didukung lagi dengan kekuatan ekonomi, media yang mereka miliki. Tidaklah aneh jika mereka berjaya memburukkan lagi keadaan dengan mengadu dombakan Hamas dan Fatah.

Beberapa hari lepas adikku yang ketiga menyanyakan persiapanku untuk menyahut seruan ibadah yang paling afdhal ini. Secara jujur aku agak terkejut dengan ucapannya itu. Sanggupkah aku jika saat ini kita diperintahkan untuk sama-sama berperang. Tepuk dada tanya Iman.

Jangankan untuk meninggalkan anak, isteri, keluarga, harta dan tanah air menyerahkan nyawa. Untuk hanya sekadar berhenti menonton filem dan menghadiri solat berjemaah pun kita masih belum mampu. Palestina sudah tentu akan kembali ke tangan umat Islam. Persoalannya, adakah kita turut menyumbang ke arahnya???

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    September 2010
    M T W T F S S
    « Jul    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives