This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Mengajar adalah sebuah perkara yang tidak dapat dipisahkan dari makhluk yang bernama manusia. Manusia hidup dengan belajar. Belajar bernafas, belajar merangkak kemudian belajar berdiri, belajar berjalan dan berlari. Belajar untuk hidup.

Para nabi Allah alaihimussalam juga diutus untuk mengajarkan kepada manusia agama dan cara hidup mereka. Bahkan, ketika para sahabat takut bertanya akibat usaha untuk tidak menjadi seperti bani Israel yang terlalu gemar bertanya, datanglah Jibril ‘alaihissalam menunjukkan bagaimana sebenarnya proses belajar-mengajar yang sepatutnya.

Di saat ini, proses belajar mengajar telah dibentuk sedimikian rupa sehingga terciptalah Tadika, Sekolah, dan Universiti yang menjadi tempat khusus untuk bertransaksi ilmu, nilai dan norma.Â

Dalam kehidupan para dai pula, belajar, mengajar dan mendidik merupakan hal yang sangat penting. Bahkan tidak sedikit yang berpendapat bahwa jiwa dan fikrah pendidik perlu dimiliki oleh setiap individu untuk mampu mencipta sebuah komuniti atau masyarakat yang terdidik pula.

Sebagai seorang bekas pelajar Kulliyyatul Mu’alliminal Islamiyyah (Persemaian Guru-Guru Islam @ Maktab Perguruan Islam), kami memang dididik untuk menjadi pendidik. Sepertimana pesan Syeikh yang sering diingat “Menjadi guru mengaji di kampung terpencil adalah lebih mulia dari sekadar menjadi pegawai kerajaan.” Tentunya, ayat ini bukan untuk merendahkan nilai pegawai kerajaan melainkan untuk menunjukkan betapa besar dan agungnya seorang pendidik itu.

Bertambah lagi keberuntungan ketika mana kami telah diberi peluang untuk mengajar seawal tingkatan lima iaitu ketika usiaku baru sahaja mencecah 17 tahun. Diakhir pengajian (tingkatan enam), kami haruslah berjaya untuk lulus dalam praktikal mengajar yang kami sebut dengan Amaliyyatud tadris atau darsunnaqd.

Praktikal mengajar ini adalah puncak yang menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan. Mental, keberanian, persediaan, kebersihan, kekemasan dan semangat tentunya akan sangat teruji ketika itu. Proses praktikal yang kami jalankan agak berbeza kerana setiap pelajar haruslah menjadi pengajar dan pengkritik. Kami dibahagikan kedalam beberapa kelompok yang kemudian akan bergantian mencari kesalahan pelajar yang sedang mengajar lalu membincangkannya. Tentunya kami akan diawasi oleh dua orang pensyarah yang akan memberi markah.

Sebelum mengajar kita juga perlulah mengetahui bagaimana cara mengajar. Tentunya methode pengajaran tidaklah sama antara pelajaran-pelajaran yang berbeza. Ini kerana seorang pendidik dan pengajar yang berjaya adalah yang mampu membantu pelajar menjadi aktif sehingga di akhir pengajian, mereka sudah mampu untuk belajar sendiri.

Sebagai contoh pelajaran matematik dan nahu, adalah antara mata pelajaran dimana guru perlu memulakan dengan membincangkan contoh-contoh dan kemudian mengambil rumus dari contoh-contoh berkenaan. Berbeza pula dengan cara belajar hadis dan tafsir, yang mana method yang kami gunakan adalah seperti methode pelajaran bahasa, bermula dengan penjelasan maksud kalimat, kemudian syarah tentang hadis tersebut dan terakhir hafalan. Methode ini adalah sangat berbeza dengan cara pengajian hadis dan tafsir di tempat-tempat lain. Ini kerana pelajarn hadis dan tafsir yang disampaikan dalam bahasa arab ini menjadi mata pelajaran yang mendukung dan mengukuh bahasa arab sebagai alat pemahaman agama. Adalah kesalahan yang amat fatal apabila hadis atau tafsir itu diterjemahkan oleh guru.

Selain dari methode pengajaran terdapat aspek-aspek lain yang menjadi hal penting yang perlu diperhatikan seperti tingkah laku. Seorang guru di hadapan anak murid adalah sebagai seorang performer yang akan memukaukan anak murid sehingga mereka hanyut dalam pelajaran yang kita sampaikan. Oleh kerana itu, cara berjalan, cara menulis di papan tulis, cara dan tempat berdiri, cara memanggil nama pelajar, cara menegur bacaan, cara memberi perintah, cara menarik perhatian, cara menghukum pelajar dan seribu satu hal lain turut dinilai.

Tidak sedikit dari mereka yang bahkan pengsan ketika berada di hadapan empat puluh orang pelajar dan puluhan rakan yang mencari kesalahan pengajar ditambah pula pensyarah yang mengawasi bergelar “killer” atau “singa”.

Berikut adalah antara kritikan yang dilontarkan kepada pengajar :

“Pengajar tidak bersedia untuk mengajar, buktinya kasut pengajar tidak berkilat”

“Pengajar gagal mengatur papan tulis dengan baik, buktinya tulisan hari di sebelah kanan dan tarikh di sebelah kiri tidak sejajar.”

“Pengajar salah dalam cara melontarkan soalan, buktinya pengajar menunjuk pelajar kemudian bertanya sedangkan cara yang betul adalah melontarkan soalan kepada seluruh pelajar kemudian memilih pelajar yang akan menjawab.”

“Pengajar tidak beradab, buktinya pengajar menunjuk dengan tangan kiri.”

“Pengajar gagal menguasai kelas, buktinya ada pelajar dibaris ke empat tidur.”

Ammaliyah tadris ini sangat berkesan kepada kami. Ia sama seperti yang dikatakan ust Hasrizal dalam salah satu tulisannya, Want to deliver a message, be the message!”

Perlu diakui bahwa kemunduran Islam di negara kita khususnya adalah kegagalan para guru agama untuk be the mesesage .

Ini mengukuhkan lagi keyakinan saya terhadap prinsip yang berbunyi “Attoriqoh ahammu minal maddah, wal mudarris ahammu minat toriqoh, wa ruhul mudarris ahammu minal mudarris !” yang bermaksud, “Methode adalah lebih penting dari isi kandungan, sedang guru adalah lebih penting dari methode dan ruh (jiwa) guru lebih penting dari guru itu sendiri !”

Sesuatu yang haq akan tetapi disampaikan dengan cara yang salah hanya akan mengundang kesalahpahaman. Wujud seorang guru lebih penting dari hanya sekedar methode, kerana guru merupakan contoh dan teladan yang hidup (real) sedangkan jiwa yang menggerakkan guru adalah yang terpenting dari segala-galanya.

Sayangnya di negara kita ibu bapa adalah raja sedangkan guru seakan hamba. “Aku bayar engkau untuk ajar anak aku bukan suruh engkau pukul dia, paham !” Seandainya sahaja sang ayah yang mengajar anaknya, tahulah dia bagaimana kurang ajarnya anak itu. Begitulah hakikat nasib seorang guru.

Terima Kasih para guru yang memberi bukan untuk menerima. Tulisan ini ditujukan khas kepada Abdul Musawwir adikku, yang sedang menjalankan praktikal mengajar. Semoga Berjaya !

Leave a Reply