Hijrah…
Posted on January 19th, 2007 in Uncategorized
Hijrah berasal dari kata arab yang berasal dari kata hajara yang berarti meninggalkan tempat tinggal, dan ia banyak digunakan untuk perpindahan dari pendalam ke pekan atau dari kampung ke bandar. Istilah ini lalu digunakan dalam Islam kepada mereka yang telah meninggalkan tempat yang penuh dengan kekufuran ke tempat tinggal baru yang diterangi cahaya kebenaran Islam dan juga digunakan bagi mereka yang meniggalkan maksiat kerana malu kepada Allah SWT.
Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW meninggalkan kota Mekah dan berpindah ke Madinah setelah tiga belas tahun berada di Mekah dikenal sebagai peristiwa Hijrah. Dari sinilah kemudiannya menjadi permulaan taqwim atau kalender Islam yang baru. Sebahagian ada yang mengatakan bahwa peristiwa hijrah telah diatur dan ditetapkan sedemikian rupa sehingga betul-betul menjadi sebuah tanda kebangkitan yang tidak dilupakan. Kini, hijrah menjadi sebuah peringatan penting yang dimanfaatkan umat islam untuk mengadakan program-program yang bermanfaat yang dapat meningkatkan kecintaan kepada agama.
![]()
PENGAJARAN DARI PERISTIWA HIJRAH
a. Sebelum Hijrah
Sebelum diperintahkan hijrah, keadaan umat islam di Mekah amatlah teruk siksaan fizikal dan mental adalah hal yang biasa yang diterima oleh umat Islam. Kisah Bilal dengan tuannya adalah salah satu kisah yang selalu kita dengar. Penghinaan yang dilakukan kepada Nabi Muhammad SAW sangatlah dahsyat. Nabi pernah dilempari najis unta, kepala baginda pernah dipijak ketika sujud bahkan ada yang mengatakan bahwa baginda SAW pernah dicekik. Peristiwa di Taif sangat dahsyat bahkan malaikat menawarkan diri untuk membalas mereka namun Rasulullah tetap sabar dan mendoakan umatnya.
Pelbagai ujian dan cabaran yang dilalui umat Islam ketika itu adalah tidak lain merupakan latihan yang disediakan untuk melahirkan golongan muslimin yang qualiti keimanan mereka ditahap yang tertinggi kerana merekalah yang akan membantu Rasulullah SAW untuk menyebarkan risalah Islam. – Qualiti keimanan
Setelah Rasulullah SAW telah memiliki barisan pengikut yang berqualiti, baginda SAW mula munyusun strategi, gerakan dakwah underground ketika musim haji dilaksanakan sehingga berjaya mengislamkan beberapa orang ahli yasrib. Langkah susulan diatur dengan mengirim duta pertama Baginda SAW Mus’ab bin Umair. Mus’ab bin Umairlah yang paling berjasa menyiapkan pasak-pasak yang diperlukan di yasrib.
b. Ketika Hijrah
Perjalanan meninggalkan kota Mekah ternyata bukanlah suatu hal yang mudah, kaum musyrikin yang sudah mulai menghidu pergerakan umat Islam turut mengambil langkah waspada, sekali lagi perancangan yang teliti membantu kelancaran agenda besar baginda SAW, Ali R.A dipilih untuk tidur di tempat baginda SAW, gua hira menjadi tempat persembunyian, Asma mengirimkan bekalan makanan, jejak kakinya ditutup oleh gembalaan kambing, dan sekian lagi rentetan perjalanan beliau yang penuh dugaan dan cabaran.
Timbul persoalan “Mengapa Allah SWT tidak membantu hijrah baginda SAW sebagaimana Allah SWT menjemput baginda ke ‘ArshNya dalam perjalanan baginda SAW dari Mekah ke BaitulMaqdis lalu ke langit dengan menunggang buraq? Mengapa Rasulullah SAW harus menghadapi segala kesulitan dan kesusahan?†Disinilah peran baginda SAW sebagai qudwah hasanah bagi kita. Baginda mengorbankan segala-galanya demi Allah SWT. Baginda menghadapi ujian yang dahsyat, namun baginda tetap sabar dan tabah untuk meneruskan tanggungjawabnya menyebarkan Islam. Dengan qudwah hasanah ini kita tidak lagi beralasan untuk mengeluh dalam menjalankan tugas sebagai seorang muslim.
c. Setelah Hijrah
Kejayaan demi kejayaan mula dikecapi umat Islam. Nilai-nilai kehidupan mulai diterapkan. Tatacara kehidupan bermasyarakat dipusatkan dengan berdirinya masjid. Kehidupan teratur, sistematik, aman, dan makmur mula dirasakan, tentunya dengan usaha gigih kerana musuh tidak akan meninggalkan lawannya menang tanpa bertarung. Kekuatan umat Islam yang dibentuk dibawah bimbingan Rasulullah SAW mempermudahkan lagi tersebarnya Islam ke penjuru dunia.
Rasulullah SAW adalah seorang pemimpin, komandan perang, imam, juga merupakan seorang buruh. Peristiwa khandaq cukup bagi kita untuk melihat qudwah yang baginda SAW tunjukkan. Beliau memulakan dengan mengadakan mesyuarat bersama para sahabat, ini menunjukkan wibawa seorang pemimpin yang berwawasan luas. Beliau mengetatkan disiplin dengan memerintahkan permintaan izin bagi yang ingin meninggalkan tapak projek sisi seorang komandan perang. Beliau turun ke tapak projek dan turut menghayunkan tukul untuk memecahkan batu-batu besar cermin seorang buruh. Ketika para sahabat ingin mengeluh kelaparan sambil berkata “Wahai Rasulullah SAW ketahuilah kami sekarang dalam keadaan lapar dan kami telah mengikat perut kami dengan sebuah batu†lantas Baginda SAW mengangkat bajunya dan para sahabat mendapati bahwa Rasulullah SAW mengikat perut baginda dengan dua ketul batu. Ketika baginda SAW diajak untuk menikmati hidangan ala kadar oleh seorang dermawan beliau tidak sanggup menikmati kenyang sedang para umatnya yang lain kelaparan. Datanglah baginda menghadiri jemputan dengan seluruh tentera-tentera muslimin.
![]()
TINDAKAN
Semua contoh yang telah kita dapati dari Rasulullah SAW adalah sempurna untuk kita jalani hidup ini sebagaimana yang Allah SWT kehendaki. Umumnya kita mengetahui suatu hal, namun kita belum menterjemahkannya ke dalam suatu tindakan kerana kelemahan iman pada diri kita. Keyakinan yang tak maksimal menipiskan lagi kepercayaan kita. Kenikmatan duniawi yang sebentar membuai kita sehingga kita lupa akan hakikat sebuah kekal yang abadi. Keluarlah dari gelap keraguan, Langkahlah ke cahaya keyakinan. Lakukanlah yang sedikit yang kita tahu adalah jauh lebih baik daripada kita mengetahui banyak hal yang tidak kita lakukan. Iman tidak hanya dengan lidah (lafaz) namun dengan hati (kepercayaan) dan anggota tubuh(perbuatan).

Leave a Comment