Hari Ini Genap 60 Tahun!!!

Posted on May 15th, 2008 in Uncategorized

“Apa yang sibuk sangat nak tolong Palestin tu, mereka bercakar sesama sendiri awak tahu tak!? Banyak lagi benda lain yang lebih layak menerima perhatian!” ucap seorang yang boleh dikatakan ‘besar’ kepada saya.

Saya terkelu. Ucapan dia itu menunjukkan bahawa dia tidak paham lagi apa yang berlaku dan apa yang segelintir manusia lakukan untuk sebuah negara kecil yang malang bernama Palestin.

Tidak tahu dari mana harus kita mulakan bagi memberikan penjelasan mengenai hal ini. Kena pula orang tersebut sudah pun sama sekali tidak ‘hingin’ untuk ambil tahu dan menerima bulat-bulat maklumat yang sampai kepadanya itu.

Betul dan sangat tidak salah jika kita katakan bahawa mereka saat ini tidak lain sedang bergaduh sesama sendiri. Tapi adalah salah dan sangat tidak bijaksana jika kita tidak melihat apa yang berlaku di balik semua ini. Apa penyebab perpecahan antara mereka. Teknik melagakan manusia adalah cara yang paling mudah bagi menghancurkan suatu. Melagakan dua orang yang sama-sama berniaga tentunya akan menguntungkan pihak ketiga. Demikian juga halnya dalam menghancurkan sebuah masyarakat atau bangsa. Pihak ketiga laga-lagakan mereka dan menunggu durian runtuh.

Saya menyeru diri saya dan semua untuk sama-sama kita kaji sejarah untuk memahami apa sebenarnya yang terjadi di Palestin.

Berkenaan kaitan kita dan Palestin. Kaitannya sangat erat. Palestin cukup menjadi pengukur bagi kita. Kerana demi membebaskan Palestin dan mengembalikan kesucian Al-Quds memerlukan proses yang panjang. Jika ia terbebas, saat itu pasti dan tidak mungkin tidak, umat Islam sudah bersatu!

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives