Hanya Sebuah Kubur…

Posted on March 15th, 2007 in Uncategorized

piramidjw61.jpg

“Mesir adalah ibu peradaban dan tamadun dunia” berkata seorang warganegara Mesir dengan bangga. “Tak heranlah kalian datang belajar di sini” Tambah yang lainnya.

Masyarakat Mesir sangat bangga kerana memiliki FIR’AUN yang ada bersama mereka, bagi mereka cukuplah Fir’aun memartabatkan bangsa mereka selama-lamanya di mata dunia. Kita semua sepakati bahwa memang Fir’an adalah pelopor kepada ketamadunan dan peradaban. Namun bukankah Fir’aun kini tinggal sejarah dan yang tinggal hanyalah Piramid dan tempat-tempat sembahan yang menjadi keajaiban dunia hingga kini, lalu mengapa mereka (masyarakat Mesir) dan kita tidak mengambil pelajaran dari apa yang telah ditinggalkan oleh Fir’aun. Tidakkah mereka ingin mencentohi Fir’an dan menciptakan sesuatu yang lebih dahsyat dari hanya sekedar kubur yang telah Fir’aun cipta.

Antara ‘SILAM’ ‘SEKARANG’ Dan ‘AKAN DATANG’

Silam adalah kenangan yang perlu kita ambil kaji, teliti serta pahami sehingga membantu kita menjadikannya sebagai cermin perbandingan dan pedoman untuk mengharungi SEKARANG. Sekarang adalah segala-galanya yang akan diraih pada akan datang, kejayaan sekarang adalah hasil dari usaha silam, kenikmataan akan datang pastinya jerih payah sekarang. Tidak cukup seseorang hanya melihat kebelanga (SILAM) dan dengan tenang duduk menonton dan berkata dengan bangga SILAM ku gemilang.

“Manusia yang bijak adalah yang selalu mengingati mati” ungkapan ini adalah sebuah ungkapan yang mengingatkan kita pada keseluruhan (SILAM-SEKARANG-AKAN DATANG) silam : apa yang telah kita tinggalkan? cukupkan ia untuk menjadi bekalan sekarang : apa yang patut aku kerjakan? agar menjadi sebuah bekalan dan akan datang : sempatkah bekalan ini terkumpul pada waktu yang ditetapkan dengan jumlah yang mencukupi agar perjalanan yang berikutnya mudah dilalui.

Wahai warga Mesir khususnya dan manusia keseluruhan umumnya, berhentilah untuk berbangga dengan hanya sebuah kubur yang telah di tinggalkan mereka sebelum kita dan marilah kita berfikir dan usaha apa yang akan kita tinggalkan pula…

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives