Hadiah Buat Bidadari
Posted on November 25th, 2008 in Uncategorized
Aku ada seorang teman yang bernama ‘Bidadari Comel’. Ya, seorang kenalan yang tidak pernah bertatap muka. Bersua cuma di alam maya. Kenal pun dari sekedar bicara dan tulisan semata. Tulisan ini inginku hadiahkan kepadanya tanda sebuah persahabatan. Walaupun hakikatnya dia men-tag diriku untuk menjawap serantai panjang soalan. Bidadari, anggaplah ini hadiah ulang tahun ye!
Tag tersebut sebenarnya mengenai 101 soalan berkaitan sebuah upacara yang kita kenal dengan perkahwinan atau wedding kata orang Jawa. Sebagai manusia, apalagi wanita, hari perkahwinan adalah suatu hari yang begitu besar nilainya. Hari dimana kita ingin menyimpan seribu satu kenangan, bertemu semua kawan, sahabat dan teman.
Presepsiku agak berbeza. Aku mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang luar biasa. Perkahwinan yang membolehkan aku berbuat banyak kepada sekelilingku. Dulu pernah aku berkhayal, dihari perkahwinanku, aku ingin mengerjakan semua kerja sendiri. Aku ingin sembelih lembu atau kambing sendiri. Aku ingin masak sendiri. Aku juga ingin melayan tamu-tamuku sendiri juga. Dalam erti kata lain, aku ingin melakukan semua sebagai tanda syukurku atas karuniaan detik-detik bahagia bersama si isteri baru. Bahkan ingin sekali aku zahirkan kesyukuran dihari istimewa itu dengan meraikan anak-anak yatim atau golongan kurang upaya. Ingin melihat mereka gembira dan tersenyum bahagia. Aku ingin mereka rasakan apa yang aku dan isteriku rasakan. Itulah gambaran ringkas suasana perkahwinan yang aku impikan.
Perkahwinan antara topik yang banyak dijadikan dongeng oleh banyak bangsa dan peradaban. Ia amat sesuai kerana kaitannya sentiasa berpaut pada kemurnian cinta, penyatuan jiwa dan kebahagiaan cipta. Sejak kecil kita sering kali mendengar cerita Snow white dengan si putera raja. Cinderella, si malang yang beruntung dan banyak lagi kisah-kisah lain. Antara kisah yang menjadi kesukaanku adalah kisah perkahwinan yang telah dijadikan lirik lagu nasyid oleh kumpulan Rabbani. Tawaran calon isteri yang dikabarkan cacat sebagai hukuman atas perlakuan memakan buah tanpa izin sang calon bapak mertua. Demi menebus kesalahan, maka diikhlaskan niat dan menerima tawaran tersebut dengan lapang dada. Diterimalah tawaran berkahwin dengan orang yang digambarkan cacat setiap anggota tubuhnya. Tak dapat dibayangkan!
Walau redha dan pasrah telah diusahakan, namun yang namanya manusia tidak mampu menipu dirinya sendiri. Perasaan risau dan tidak tenang masih bermain di minda dan jiwa si pengantin. Bagaimanakah rupa sang isteri yang serba cacat? Seteruk apakah?

Ketika dilihat, alangkah terperanjatnya bila mendapati bahawa yang dikatakan cacat itu malah lebih cantik dari bidadari kayangan. Terkejut melihat sang wanita yang berada di depan mata maka larilah dia sambil berteriak, “Kamu bukan isteri saya, isteri saya cacat!!” Sang mertua kemudian menjelaskan bahawa cacatnya hanyalah kiasan saja. Bersyukurlah sang jejaka tersebut mendengar penerangan oleh sang mertua. Penyerahan dan kepasrahan yang ditunjukkan sang jejaka menunjukkan bentuk keikhlasan. Maka, sang mertua selesa menyerahkan sang anak yang jelita kepada sang jejaka yang sanggup menerima calon isteri yang malang dan serba kekurangan.
Wah! Ingin sekali aku menjadi seperti jejaka itu. Hahaha..
Kisah lain yang menarik antaranya kisah Nabi Shuiab ketika menawarkan salah satu dari anaknya kepada Nabi Musa. Wah, betapa beruntungnya ditawarkan anak yang sholehah kepada kita. Demikianlah barang kali imaginasi yang terdetik bila memikirkan soal perkahwinan.
Buat bidadari, saya doakan kamu dapat menjalani hari perkahwinan yang paling bahagia. Jangan lupe jemput saya tau!!
Maaf la tak dapat memberi hadiah pape pada hari birthday kamu, maaf juga tak buat taq yang kamu suruh tu.. Pape pon, saya doakan kamu sentiasa diberi perlindungan oleh Allah, diselimuti Rahmat dan kasih sayang Allah.. Semoga bertambahnya usia, menambahkan lagi peluang beramal kita, peluang merebut hadiah yang banyak di syurga kelak.

November 26th, 2008 at 3:29 am
ehemmm..did i miss anything??? hermmm woman & wedding vs man & wedding….wedding vs marriage…..huhu among the topic which is most discussed, seems easy to b discussed, bidadari aka girl, gal women,awek, marka, aci, cutey pie, wut ever ppl call…
November 26th, 2008 at 4:34 am
oo….dats so sweettt! i mean ur story n ur gift!!
terharu i baca cta tu..mane nk dpt eh cte cmtu? i mean ade suggestion bku cte mne2?
tq again shahiid! d best gift i’ve ever had!
November 29th, 2008 at 9:13 am
untuk bidatruna : no you didnt miss anything. hahaha..
untuk hunny : saya pun tak pasti nak cari mana buku-buku tu. Dah tak ingat dah pon baca kat mana. You are most welcome.
December 11th, 2008 at 6:13 am
shahiid …
kawen jgn lupa jemput …
tetiber lak ak nih …
( tgh ngigau kot … hahah )