Gerakkan Mansuh ISA

Posted on August 5th, 2009 in Kritik, Politik Islam, Sikap

Aku tidak berminat sebenarnya untuk menulis tentang hal ini. Namun, ingin juga berkongsi buah fikiran yang ada memandangkan beberapa soalan yang telah ditujukan kepadaku. Agak sedih bila terdengar suara adik-adik yang tidak faham.

Bagi pihak UMNO, kerajaan dan yang mempunyai kepentingan, mereka pasti mengatakan bahawa GMI adalah suatu yang mengarut. Bahkan tidak salah jika ada yang mengatakan bahawa ia juga merupakan kehendak politik Pakatan Rakyat.

Saya melihat walau GMI ini mendapat sokongan kuat Pakatan Rakyat ia tidak bererti perlu ditolak oleh golongan lain yang bukan Pakatan Rakyat.

Simpelnya begini, ISA adalah sebuah akta yang memberi ruang kepada pemerintah berlaku zalim. Pemerintah jika mahu berlaku zalim kepada siapa pun, pemerintah dalam melakukan kezaliman itu menggunakan akta ini. Tidakkah pernah rakyat berfikir seandainya pemerintah di masa akan datang diganti dengan parti yang bukan parti pemerintah sekarang akan tidak berlaku kezaliman jika akta ini masih ada?

Siapa sahaja yang memerintah, jika akta ini masih ada dapat melakukan kezaliman kerana akta ini memang memberi ruang bahkan memang diwujudkan demi kezaliman. Sekarang memang BN yang memerintah. Namun jika nanti Pakatan Rakyat memerintah tidak menutup kemungkinan mereka juga akan berlaku zalim kerana ruang itu ada pada akta ini. Itulah sebab yang paling dasar mengapa akta ini perlu dimansuhkan.

Idea ini sangat bertentangan dengan idea Islam sebagai Rahmat bagi seluruh alam. Hanya mereka yang banyak musuh sahaja yang memerlukan akta yang tidak jelas seperti ini demi menjaga kemashlahatan mereka.

Saya adalah seorang dari ribuan rakyat Malaysia yang kecewa dengan sikap pemerintah ketika menyikapi Gerakkan Anti ISA yang baru saja menyuarakan secara terbuka di Kuala Lumpur pada satu ogos lalu. Bahkan, Malaysia telah mencatatkan rekod kediktatoran yang paling teruk dengan mengerahkan hampir 5000 anggota polis.

Ada suara sumbang yang menyatakan bahawa kegiatan baru-baru ini menyusahkan rakyat. Lalu adakah puluhan ribu pemegang MyKad yang ingin menyuarakan pendapat mereka itu bukan rakyat Malaysia yang juga memiliki hak!?

Malaysia perlu mengubah sikap agar layak digolongkan dalam negara maju dan bertamadun. Mereka menuduh kegiatan ini sebagai tidak bertamadun padahal penganjur sudah sedaya upama menjadikan kegiatan itu menjadi sebuah kegiatan yang aman. Seharusnya pihak pemerintah Malaysia yang mengaku sebagai negara maju lagi bertamadun mengerahkan jentera kerajaan seperti polis untuk membantu terlaksananya kegiatan itu dengan aman. Sepatutnya pihak polis menawarkan khidmat agar kegiatan dapat berjalan secara teratur dan mengurangkan kesesakkan dan meningkatkan keamanan.

Saya melihat bahawa sikap pemerintah yang bertindak menggunakan kekerasan menjadikan rakyat semakin benci dan meluat. Pada akhirnya mereka yang akan menyokong parti pemerintah hanyalah mereka yang berkepentingan sahaja. Kerana parti pemerintah ketika mereka memerintah tidak lagi menawarkan nilai-nilai dan norma-norma asas kemanusiaan. Nilai demokrasi tiada. Nilai keterbukaan tiada. Nilai ketelusan tiada. Nilai keadilan tiada.

Saya berharap peristiwa kejam baru-baru ini yang seperti tidak dapat kita percayai berlaku di Kuala Lumpur itu menjadi sebuah hal yang wajar kita fikirkan dan kita semak. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berfikir secara logik dan adil.

Mungkin pihak GMI perlu mengeluarkan satu senarai siapa sahaja yang telah dizalimi menggunakan akta ISA dari tahun sekian ke tahun sekian kemudian menyediakan peratusan kebenaran akan tuduhan ‘mengancam keselamatan negara’. Saya amat yakin kita akan menemukan hasil yang sangat menyedihkan kerana kita hanya akan melihat bukti bahawa akta ISA dimanfaatkan untuk kezaliman dan kepentingan pihak tertentu semata-mata.

Seandainya parti pemerintah sekarang ikhlas dan jujur lalu ingin menterjemahkannya dengan keadilan. Maka langkah yang paling tepat adalah memansuhkan ISA. Itu akan mengambalikan citra baik yang telah lama hilang. Tapi saya amat yakin mereka tidak akan melakukan demikian kerana mereka sangat bergantung dan sangat memerlukan akta tersebut demi agenda mereka. Maka salahkah jika kegiatan umpama Protest Aman GMI 1 ogos 2009 menjadi pilihan terakhir?

Published by taqeyyabella

3 Responses to “Gerakkan Mansuh ISA”

  1. lil Biruny Says:

    salam..

    abang Syahid, hehe.. lama ana x singgah. Nice elaboration. Mmg ramai yang tidak memahami. Ana terfikir juga, yang marah2 tu.. apakah mereka benar2 faham tentang ISA??

    Owh ya.. ana copy sebahagaian dari artikel ni eh?? Buat penjelasan pada orang yang memerlukan..

  2. Danial Says:

    post menarik sheikh

  3. taqeyyabella Says:

    Sila-sila semoga ia bermanfaat..

Leave a Comment

Share