Dunia nak dibawa ke mana?
Posted on September 3rd, 2010 in Motivasi
Ketibaan Syawwal bakal memperlihatkan dan menterjemahkan kefahaman masing-masing individu mengenai matlamat hidup atau lebih tepatnya sisi pandang hidup (worldview). Ini menjadi sangat mudah dan jelas kerana perbezaan yang ketara antara dua keadaan bakal terungkap pada setiap kali syawal menjelma.
Mereka yang hanya melihat dunia, hanya akan ‘nampak’ apa yang zahir di kelopak mata. Apa yang zahir? Segala yang ada wujudnya adalah zahir. Kuih-muih, baju baru, ketupat rendang, pesta dan segalanya merupakan hal yang zahir. Bahkan sangat zahir sehingga membuatkan perkara yang lebih utama tidak terlihat.
Itulah dunia yang sememangnya akan sentiasa indah dan menggiurkan bagi mereka yang alpa. Namun pertanyaan yang besar dan penting yang layak dipertanyakan adalah, “Dunia ini mahu dibawa ke mana?”
Kita bersuka-ria, bergelak ketawa, bercanda bersama seisi keluarga dengan penuh rasa bahagia. Penuh kemeriahan. Namun, adakah itu akan kekal selamanya. Ataukah ia hanya sementara dan bakal sirna ketika masing-masing keluarga pulang ke tempat mereka?
Sungguh itu semua merupakan kenikmatan. Tetapi kenikmatan itu sangat sedikit dan sangat terbatas di saat itu dan di tempat itu sahaja.
Allah SWT menawarkan yang lebih dari sekedar itu. Allah SWT menawarkan pembebasan dari api neraka yang bakal menjadi cengkaman dan ‘nightmare’ bagi seluruh penghuninya. Allah SWT menawarkan rahmat yang begitu hebat. Apakah ada amalan di satu malam yang ganjarannya disamakan dengan amalan di seribu bulan!? Ya, ia sememangnya ada bagi mereka yang percaya. Wujudnya memang tidak kelihatan zahir mata. Namun ketahuilah, ketika tiba saatnya, semua orang pasti akan meyakininya iaitu disaat ia diperlihatkan di hadapan seluruh manusia.
Jika dunia tidak mampu membawa kita ke mana-mana. Alangkah baiknya jika kita beralih kepada mengejar suatu yang dapat memberikan kita kebahagiaan tanpa batas. Kenikmatan tingkat tinggi. Saking tinggi melampaui batasan khayalan. Kejarlah suatu yang bukan imajinasi. Kejarlah kehebatan 10 akhir ramadhan ini dengan sungguh-sungguh. Sementara masih ada kesempatan, ayuh sama-sama kita kejar peluang yang ada. Tinggalkan dunia yang tak mampu kita bawa ke mana-mana. Rebutlah pahala yang membawa kita ke kenikmatan tingkat tinggi. Kenikmatan tanpa batas. Kenikmatan melampaui khayalan.
Selamat menyambut 10 akhir ramadhan, كل عام و أنتم بخير. تقبل الله منا و منكم .. أمين

September 3rd, 2010 at 3:18 pm
salam ustaz..
adakah amalan2 yg kita lakukan pd mlm2 terakhir ni spt solat teraweh bleh menegakkan syariat Islam (42:13) iaitu tegakkan agama dan jangan berpecah-belah? Apakah yg lebih utama sbnrnye utk menyatukan umat Islam kita yg telah pecah-belah dan xyah tgk jauh tapi kita tgk di msia?..
September 3rd, 2010 at 3:31 pm
Waalaikumussalam..