This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, kami bersama teman-teman seramai 80 orang telah berjaya melaksanakan rehlah yang kami beri nama Program Semai Kasih 2007 di Al ‘Arish sebuah bandar terpencil di semenanjung sinai (40 km dari Rafah). Laut Mediterranean yang indah membuatkan hati kami penasaran untuk tiba disana. Perjalanan yang hampir memakan waktu selama enam jam itu dimulakan pada jam 6.00 petang hari jumaat 6 Julai 2007. Dari Hayyu Asyir Madinat Nasr, perjalanan kami bermula melalui jalan yang menuju ke Ismailiya lalu kami melintasi Jambatan Mubarak yang melintasi terusan Suez.

Jambatan Mubarak

Kami tiba di Al Arish pada Sabtu 12.30 pagi. Udara mediterranean yang lembut dan aroma pantai yang menyegarkan membuatkan kami tidak sabar untuk melihat pantai.

Pantai Arish

Setelah solat subuh, penganjur memulakan agenda yang telah dirancang, tentunya ianya merupakan aktiviti pantai yang mengasyikkan. Sambil menanti matahari menunjuk diri, kami sama-sama lantunkan asma’-asma’ Allah yang dengan semula jadinya membuatkan kami terpesona menikmati sunrise yang sangat jelas membuktikan kekuasaan Allah itu. Agenda diteruskan dengan lantunan lagu tema yang liriknya sebagai berikut :

Serentak maju ke hadapan

Wahai pejuang

Satukan langkahmu tembus rintangan

Wahai pejuang

Jangan ada kata gentar jangan ada kata ragu

Pejuang sejati berani dan tangguh

Jangan ada kata gentar jangan ada kata ragu

Pejuang sejati tak pernah bimbang.

Bergerak serentak maju ke hadapan

Wahai pejuang

Satukan langkahmu tembus rintangan

Wahai pejuang

Jangan ada kata gentar jangan ada kata ragu

Pejuang sejati berani dan tangguh

Jangan ada kata gentar jangan ada kata ragu

Pejuang sejati tak pernah bimbang.

Tunaikan janjimu kepada Allah

Wahai pejuang

Penuhi janjimu pada bangsamu

Wahai pejuang

Jangan pernah ingakar janji jangan pernah ingkar waktu

Pejuang sejati menjaga amanah

Jangan pernah ingkar janji jangan pernah ingkar waktu

Pejuang sejati tepati janji

Bangkitkan negerimu sejahterakan bangsamu

Wahai pemuda

Bersihkan negerimu dari kemaksiatan

Wakil bangsaku

Maju maju terus maju, maju maju jangan ragu

Jadilah pejuang Islam yang sejati

Maju maju terus maju, maju maju jangan ragu

Jadilah pejuang pembela ummah.

tazkirah ketika sunrise

Senaman pagi

Agenda seterusnya dilanjutkan dengan tazkirah berkaitan dengan niat, diikuti dengan senaman dan sukaneka yang terdiri dari 4 jenis pertandingan iaitu, poisonball, goldenball, ikat kaki dengan belon, dan lari bergilir merentas lautan.

Poisonball, adalah sebuah permainan dimana setiap kumpulan akan berusaha melemparkan bola beracun yang akan mematikan siapa yang terkena bola itu, lemparan haruslah dilakukan dari luar lingkaran. Pihak lawan haruslah mengelak dari bola-bola tersebut namun tidak dibenarkan untuk keluar dari lingkaran. Kumpulan yang paling ramai dapat bertahan di dalam lingkaran atau yang paling cepat mematikan lawan adalah juara.

Poisonball

Goldenball pula adalah tendangan panelti ke arah gol. Ianya sepertinya mudah, namun ianya gagal disempurnakan oleh kebanyakan peserta kerana pasir pantai yang memberi kesulitan tersendiri dalam melancarkan tendangan bola yang baik.

usaha yang gagal

Ikat kaki dengan belon juga merupakan sebuah pertandingan yang menarik dimana setiap peserta haruslah berpasang-pasangan dan kaki mereka diikat dengan tali bersama-sama sebuah belon dibelakang. Tugas mereka adalah untuk menjaga belon tersebut daripada pecah dan berusaha memecahkan belon-belon lawan yang berada di dalam sebuah lingkaran.

ikat kaki dengan belon

Pertandingan terakhir adalah lari betten bergantian. Cabaran di dalam pertandingan ini adalah peserta yang akan menerima betten berada di dalam lautan. Berlari dari daratan menuju ke lautan dan dari lautan menuju kedaratan merupakan sebuah hal yang susah apalagi permukaan pantai yang curam.

lari...

Program pagi itu, diakhiri dengan mandi pantai. Air yang jernih dan sejuk membuatkan setiap peserta enggan untuk keluar dari air. Pantai Arish juga memiliki sebuah tarikan khas, dimana ianya terkenal dengan obor-obor yang banyak.

Mandi sakan

Leave a Reply