Debaran Pesta Buku KL 2010

Posted on March 19th, 2010 in Uncategorized

Pesta Buku Kuala Lumpur sudah menjadi Pesta tahunan sejak hampir 30 tahun lalu. Pada kali ini ia merupakan kali yang ke 29. Terakhir kesempatan saya menghadiri pesta ini ketika berada di bangku sekolah rendah. Selama ini hanya mampu mengikuti perkembangan dunia buku melalui internet memandangkan diri sentiasa berada di luar negara.

Tahun ini, KLIBF (Kuala Lumpur International Book Fair) telah mencatatkan sejarah yang tersendiri. Jumlah gerai atau booth KLIBF telah meningkat sebanyak 192 apabila 875 gerai telah ditempah pada tahun 2010 berbanding hanya 665 gerai pada tahun 2009. Ini bukti yang jelas bahawa dunia buku di Malaysia semakin berkembang. Tentunya perkara ini menjadi rekod yang tercatat di dalam “The Malaysia Book of Record”.

Apa yang lebih mendebarkan pada KLIBF kali ini adalah kehadiran buku pertama saya. Sebagai seorang yang menyedari hakikat diri yang begitu lemah dan jahil, ia menjadi beban yang tersendiri di dalam fikiran dan perasaan. Allah SWT sendiri telah mengingatkan dalam kitabnya mengenai hal yang paling dibencinya. Ia hal yang paling Allah benci adalah apabila seseorang mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak lakukan. Ini menunjukkan betapa setiap penulis akan mempertanggungjawabkan segala yang ditulis di dalam buku mereka kepada Allah sebagaimana setiap individu yang berkata-kata akan dipertanggungjawabkan segala yang mereka katakan. Sungguh ia merupakan beban yang luar biasa berat. Semoga Allah SWT memberi kekuatan, petunjuk dan limpahan rahmat agar langkah kita sentiasa terbimbing.

Pembaca yang budiman. Suka kiranya saya mengingatkan diri saya dan para pembaca tentang disiplin dalam ‘membaca’. Semua orang di atas muka bumi ini boleh membaca. Begitu ramai dari mereka yang menjadikan ‘baca’ sebagai tabiat. Tapi jika kita teliti ternyata tidak banyak yang membaca dengan nama Tuhan yang menciptakan.

Membaca dengan nama Allah akan menyebabkan beberapa perkara antaranya :

  1. Pemilihan bahan bacaan yang berkualiti dan menetapi syarak.
  2. Pembaca dengan menjadikan Allah sebagai fokus utama.
  3. Hasil membacaan memberikan rasa takut kepada Allah, rasa kehambaan diri dan rasa perlunya kedekatan kepada Allah.

Seorang yang memulakan bacaan atas dasar mentaati perintah Allah sesekali tidak akan memilih bacaan yang mengundang murka Allah SWT. Maka dia mengutamakan kualiti bahan bacaan itu. Kualiti yang utama adalah pada kandungan bahan bacaan tersebut.

Apabila seseorang membaca dengan menjadikan Allah SWT sebagai fokus utama, maka pembacaan menjadi sebuah aktiviti yang sangat berfaedah. Semua yang diperoleh membuatkan dia kembali berpaling kepada Allah. Tidak kira apa bahan yang dibaca. Matematikkah, fizikkah, sejarahkah, anatomikah, semuanya akan menghantar kepada tadabbur yang mendalam. Tadabbur itulah yang akan memperlihatkan keesaan Allah dan kemahaan Allah atas segala sesuatu. Tepatlah firman Allah yang menjelaskan bahawa hanya hamba-hambanya yang berilmulah yang akan memiliki perasaan takut kepada Allah. Ilmu dikatakan sebagai ilmu bila ia berperan menimbulkan perasaan takut kepada Allah.

Pembacaan yang bermanfaat juga akan menyebabkan seseorang mahu bersujud kepada Allah dan mendekatkan diri. Pembacaannya menghantarkan dirinya kepada sebuah pengakuan akan kelemahan diri dan keterbatasan kudrah. Maka bersujudlah dia dan segera mendekatkan diri kepada Allah.

Published by taqeyyabella

One Response to “Debaran Pesta Buku KL 2010”

  1. Izzah Al-Maliziyyah Says:

    Semoga kita sentiasa dalam kerahmatan-Nya.. baik dalam bacaan, tulisan mahupun perbuatan~

    p/s: InsyaAllah jika berkesempatan, saya akan dapatkan karya pertama Tuan.

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    September 2010
    M T W T F S S
    « Jul    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives