Da’i Nada telah berjaya menembusi cakrawala seni di Timur tengah. Penampilan mereka yang sederhana dan khas ala Nusantara telah berjaya memukau masyarakat Arab Timur Tengah. Sebuah saluran TV arab yang telah membuka jalan bagi mereka menembusi Dunia Seni Suara di Timur Tengah. Kini Album pertama Da’i Nada (Malii Rabbun Siwahu) sedang hangat di Pasaran di seluruh negara-negara Arab ; Mesir, Saudi, Kuwait, Syiria, Dubai dan sebagainya, ini menjadikan mereka satu-satunya kumpulan Nasyid Asia yang meletup di Timur Tengah. Pernah ada masyarakat yang membantah penampilan mereka di salah satu saluran TV Islam kerana mengatakan bahwa music itu haram, akan tetapi Da’i Nada menjelaskan bahawa mereka tidak menggunakan music kerana mereka memperkenalkan seni acapella yang semua bunyinya adalah hasil dari mulut manusia.Hal ini membuatkan kumpulan ini tambah meletup sehingga hangus… eh silap… Kumpulan yang beranggotakan 7 orang ini merupakan Mahasiswa Universiti AlAzhar As-Syariff. Nikmatilah keindahan dan kemerduan lantunan suara mereka !!!
Malii rabbun siwahu…
Heal the world…
Spesial profile dan lagu bahasa indonesia…






