Cinta Dalam Persahabatan part 1
Posted on April 10th, 2007 in Uncategorized

Dia masih menggenggam tanganku erat dengan mata yang tepat menenung kedua mataku. “Ini pertama kali aku bertemu denganmu, namun perasaan cinta telah pun berputik. Aku mencintaimu kerana Allah SWT” Bisiknya setelah mencium kedua pipiku. Aku masih lagi terdiam. Tak tahu apa yang harus ku balas.
###
Dr Amru Khalid di dalam bukunya Persahabatan Sejati Asshuhbatus Sholih mengatakan bahwa lagu-lagu dan filem-filem yang sengaja disebar luaskan oleh golongan tertentu telah berjaya menjadikan konsep percintaan menjadi sempit dari hakikat sebenar.
Cinta pada zaman ini dipahami dengan skop yang sangat kecil dan sempit. Asalkan ianya CINTA, maka yang hadir di minda tak lain hubungan lelaki perempuan yang dilandasi hawa nafsu. Cinta kini dipahami dengan maksud yang kering, hina tanpa nilai.
Maha suci Allah yang telah menjadikan kita sebagai muslimin yang telah mengajarkan erti Cinta yang sebenar. Islam mengajarkan erti cinta yang landasannya adalah ALLAH SWT. Mencintai adalah menjadikan segala sesuatu sesuai dengan kehendak Allah.
Pernah suatu ketika di depan Kaabah berlari seorang pemuda mengejar seorang pemuda lain dalam keramaian jemaah. Lalu dia menarik pemuda itu dari belakang. Memang agak kasar, dan pemuda yang ditarik itu merasa terganggu dan hampir marah. Namun setelah itu mereka berpisah tanpa sebarang kata. Namun kejadian ini sangat bermakna bagi ku yang ketika itu berada tepat di hadapan mereka berdua. Ternyata pemuda yang menarik itu berusaha melepaskan seekor lebah yang terperangkap di dalam serban yang menutup kepala pemuda tadi. Sedangkan pemuda yang ditarik itu tidak tahu apa sebenarnya motif pemuda itu menariknya, untung saja dia masih sabar dan tidak jadi marah. Aku bertanya dalam hati begitu hebatkah cinta mereka kepada saudara-saudara seiman hingga sanggup mengejarnya dalam kerumunan orang agar orang yang dicintai tidak terkena sakit akibat sengatan lebah.
Cinta melindungi sesiapa dari segala yang seseorang tidak sukai. Cinta tidak meminta apa-apa walau sekadar terima kasih.
Cinta dalam sebuah persahabatan adalah sangat penting. Tanpa cinta persahabatan itu tidak akan langgeng. Lihat bagaimana cinta dalam persahabatan Khalifah Umar bin Khattab RA dan ‘iyash bin Abi Rabi’ah yang telah berusaha dan berjaya mengislamkan. Kisahnya terjadi ketika mereka keluar untuk berhijrah ke Madinah. Abu Jahal mengetahui akan pemergian ‘iyash dan tentunya tidak merelainya, maka Abu Jahal mengikuti mereka dan ditengah-tengah perjalanan Abu jahal mengugut akan menganiaya ibu ‘iyash. ‘iyash berbelah bagi dan memilih untuk melindungi ibunya maka Umar menyerahkan untanya sambil berpesan agar unta ini mengingatkanmu padaku untuk ditunggangi dan aku menunggu ke hadiranmu ke Madinah. Sekembalinya ke Mekah ‘iyash kembali kepada keadaannya yang dahulu. Namun cinta yang terjalin hasil persahabatan antara mereka tidak padam dan malam, Umar RA mengirimkan (surat yang terkandung) setiap ayat qur’an yang diturunkan kepada ‘iyash hinggalah pada kiriman terakhir iaitu ayat 53 dari Surah Az Zumar “Qul ya ‘ibadiyallazina asrafu ‘ala anfusihim la taqnatu minrahmatillahi innallaha yaghfiruz zunuba jami’an innallaha huwal ghofururrahim” “Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT mengampunkan segala dosa, sesunggunya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani” maka menangislah ‘iyash tatkala membaca surat yang bertuliskan ayat diatas dan bergegas menunggang unta yang dihadiahkan oleh Umar untuk menuju ke Madinah.
Lihat bagaimana Cinta telah menjadi penyebab Islamnya seorang teman.
Seorang teman bertanya, “Lalu bagaimana menurut anda Cinta dalam persahabatan anda dengan kaum wanita?”. Sejenak saya terdiam dan berfikir. Ternyata cinta saya pada mereka tidak berbeza dengan teman-teman saya yang lelaki bahkan lebih. Kerana cintalah saya mengikuti suruhan dan adab dalam bergaul dengan mereka. Cinta yang tubuh tidak dapat di halang apalagi antara kita semua yang giat bertemu dalam aktiviti-aktiviti seharian. Namun Allah SWT, mengetahui akan kelemahan manusia. Kelemahan manusia yang tidak dapat mengawal cinta itu dari positif dan negatif. Kelemahan manusia yang sering terjerumus akibat hawa nafsu. Dengan demikian Allah SWT menyediakan cara agar kita terselamat. Allah tidak melarang cinta itu daripada tumbuh akan tetapi Allah menyediakan batasan dan bingkai agar tetap terjaga rapi jauh dari fitnah. Allah tidak melarang kita dari berkomunikasi dan bermu’amalah namun Allah juga memberi corak dan bentuk bermuamalah yang menjaga kehormatan setiap pihak. Lihat bagaimana indahnya tudung dan ghaddul bashar serta pengaruhnya kepada kehidupan sosial kita.

August 20th, 2008 at 11:19 pm
Tapi knape, bile terputusnya ikatan cinta yg telah djaga rapi sekian lame, seakan meragut ikatan persahabatan yg telah dibina bertahun lamenye? Apakah nilai sebuah persahabatan dan juga sebuah percintaan?
August 23rd, 2008 at 3:01 pm
Sebagai seorang muslim necara pertimbangan kita dalam bersahabat bukan hanya emosi. Islam mengajarkan kita bagaimana untuk bersahabat dan bagaimana menghadapi permasalahan yang timbul dalam persahabatan.
Sebagai contoh, Islam sangat teliti menjaga hubungan antara muslim, Islam tidak membolehkan berbisik-bisik antara dua orang atau lebih ketika berada di dalam sebuah pertemuan beramai-ramai bagi mengelakkan timbulnya prasangka.
Dalam hadis yang lain pula dikatakan bahawa tidak akan masuk syurga siapa yang memutuskan tali persahabatan.
Ada juga hadis yang menyatakan bahawa seorang muslim tidak boleh mendiamkan sahabatnya lebih dari tiga hari, ketika mereka berselisih seorang menghadap ke sana dan seorang lagi menghadap ke arah bertentangan dengannya, dan sebaik-baik mereka adalah yang memulakan dengan salam.
Masih banyak lagi tunjuk ajar Rasulullah SAW bagaimana kita harus bersahabat dan semuanya sarat dengan cinta yang dibayangi dengan cinta Allah dan RasulNya.
Nilai sebuat persahabatan dan percintaan?
Soalan berikut adalah soalan yang nisbi atau tidak tepat jawapannya. Seorang yang beriman dan bertaqwa melandaskan dan mendirikan sebuah persahabatan dan percintaan sarat dengan nilai-nilai Rabbani dan ilahi. Maknanya, persahabatan dan percintaan mereka tidak hanya sekedar emosi dan perasaan tetapi ia mengikuti segala pantang larang yang telah digariskan dalam Islam.
Jika ditanyakan nilai persahabatan dan percintaan kepada seorang yang meterialistik tentunya jawapannya adalah berbeza. Sahabat dan cinta akan timbul bersama harta, style, gaya, fesyen dan bla.. bla..
Akhir kata ayuh kita nilai persahabatan dan percintaan kita menggunakan bingkai Islam yang murni. Kita akan melihat keindahannya yang bergitu damai dan jauh dari fitnah dan kecelaan.
August 5th, 2010 at 12:41 pm
saya ingin menanyakan bagimana dengan persahabatan dengan lawan jenis tetapi cinta tersebut tidak diiringi dengan nafsu /syahwat bagaimana menurut islam apakah diperbolehkan ?
September 3rd, 2010 at 12:24 pm
Persahabatan tentunya boleh-boleh aja. Tetapi dalam kita mengurus tatacara dan etika bersahabat, panduannya bukan sekedar ada atau tidaknya nafsu dan syahwat. Tetapi etika dan tatacaranya hendaklah sesuai dengan apa yang telah ditentukan oleh Islam.