Posted on March 14th, 2009 in Uncategorized
Tajuk : “Membudaya Warisan Bangsa Memacu Aspirasi Umat” Berjalan aku merentasi zaman, melirik jatuh bangun ketamadunan, terkesima aku pada suatu perubahan, jayanya penuh kegemilangan. Dulu manusia diperhamba hiburan, harta, arak dan wanita sebagai habuan, rosak jiwa hilang arah pemikiran, tergadai raga dek halusnya bisikan, terjual maruah rakusnya keinginan.
Published by taqeyyabella //
Posted on March 10th, 2009 in Uncategorized
Pada 28 Februari 2009 jam 10 malam, penulis bersama Syed Fuad mewakili ABIM Mesir menerima kunjungan rombongan yang dipimpin oleh Awni M. Abu Harbeid (GM Cabinet Secretariat Council of Ministers Palestinian National Authority). Rombongan seramai 8 orang itu telah pun merancang perjalanan sejak 26 Februari 2009 lagi, namun, mereka sempat terkandas di perbatasan Rafah hinggalah [...]
Published by taqeyyabella //
Posted on March 9th, 2009 in Uncategorized
Luxor menatap kami dengan tatapan sedih tatkala kami bersama bag-bag kami menaiki van@tramko menuju ke perhentian bas. Tiba saatnya untuk berpisah. Sebuah kota pelancongan yang dibanggakan Mesir layak dihargai. Daya tarik peninggalan Firaun yang tersimpan di dalamnya cukup banyak memberikan masukan (income) tanpa usaha keras kepada satu-satunya negara Arab di benua Afrika ini. Kami berempat [...]
Published by taqeyyabella //
Posted on March 5th, 2009 in Uncategorized
Azan subuh mengejukan penulis. Penulis segera bangkit dan bersiap menuju masjid yang terletak berseberangan dengan hotel yang diinap. Jalanan sepi. Sampah berserakan ditiup angin. Beberapa kedai runcit kelihatan masih buka dengan seorang penunggu yang menghadap tv. Di hadapan masjid terdapat sebuah kedai roti besar yang beberapa orang petugasnya sedang riuh bercanda sambil menikmati juadah yang [...]
Published by taqeyyabella //
Posted on March 1st, 2009 in Uncategorized
Kereta api menuju Luxor adalah kereta api yang menarik. Harga per tiketnya 110 LE. Kami berempat menduduki satu bilik yang di dalamnya terdapat 6 buah kerusi. Setiap gerabak ada beberapa bilik. Ketika membeli tiket tersebut penjualnya memberi tahu bahawa kereta api akan penuh. Namun, penumpang mungkin akan naik dari stesen yang berbeza. Oleh kerana itu [...]
Published by taqeyyabella //
Posted on March 1st, 2009 in Uncategorized
Winter 2009 mencatatkan pengalaman baru yang tidak kalah menariknya dengan pengalaman tahun-tahun lepas. Kali ini destinasi pilihan adalah selatan Mesir. Destinasi yang dipilih kali ini adalah yang terhujung dan yang paling hampir dengan sudan. Iaitu Aswan dan Luxor. Penjelajahan tahun ini disertai oleh 4 orang. Penulis, adik penulis – Abdul Salaam, Sifu Anasxz, dan Bro. [...]
Published by taqeyyabella //