Tamu Global Peace Mission Malaysia Dari Gaza

Posted on March 10th, 2009 in Uncategorized

Pada 28 Februari 2009 jam 10 malam, penulis bersama Syed Fuad mewakili ABIM Mesir menerima kunjungan rombongan yang dipimpin oleh Awni M. Abu Harbeid (GM Cabinet Secretariat Council of Ministers Palestinian National Authority). Rombongan seramai 8 orang itu telah pun merancang perjalanan sejak 26 Februari 2009 lagi, namun, mereka sempat terkandas di perbatasan Rafah hinggalah [...]

Published by taqeyyabella // 1 Comment »

Winter 2009 (bahagian 4)

Posted on March 9th, 2009 in Uncategorized

Luxor menatap kami dengan tatapan sedih tatkala kami bersama bag-bag kami menaiki van@tramko menuju ke perhentian bas. Tiba saatnya untuk berpisah. Sebuah kota pelancongan yang dibanggakan Mesir layak dihargai. Daya tarik peninggalan Firaun yang tersimpan di dalamnya cukup banyak memberikan masukan (income) tanpa usaha keras kepada satu-satunya negara Arab di benua Afrika ini. Kami berempat [...]

Published by taqeyyabella // 3 Comments »

Winter 2009 (bahagian 3)

Posted on March 5th, 2009 in Uncategorized

Azan subuh mengejukan penulis. Penulis segera bangkit dan bersiap menuju masjid yang terletak berseberangan dengan hotel yang diinap. Jalanan sepi. Sampah berserakan ditiup angin. Beberapa kedai runcit kelihatan masih buka dengan seorang penunggu yang menghadap tv. Di hadapan masjid terdapat sebuah kedai roti besar yang beberapa orang petugasnya sedang riuh bercanda sambil menikmati juadah yang [...]

Published by taqeyyabella // 2 Comments »

Winter 2009 (bahagian 2)

Posted on March 1st, 2009 in Uncategorized

Kereta api menuju Luxor adalah kereta api yang menarik. Harga per tiketnya 110 LE. Kami berempat menduduki satu bilik yang di dalamnya terdapat 6 buah kerusi. Setiap gerabak ada beberapa bilik. Ketika membeli tiket tersebut penjualnya memberi tahu bahawa kereta api akan penuh. Namun, penumpang mungkin akan naik dari stesen yang berbeza. Oleh kerana itu [...]

Published by taqeyyabella // 2 Comments »

Winter 2009 (bahagian 1)

Posted on March 1st, 2009 in Uncategorized

Winter 2009 mencatatkan pengalaman baru yang tidak kalah menariknya dengan pengalaman tahun-tahun lepas. Kali ini destinasi pilihan adalah selatan Mesir. Destinasi yang dipilih kali ini adalah yang terhujung dan yang paling hampir dengan sudan. Iaitu Aswan dan Luxor.
Penjelajahan tahun ini disertai oleh 4 orang. Penulis, adik penulis – Abdul Salaam, Sifu Anasxz, dan Bro. Syakir.
Tiket [...]

Published by taqeyyabella // 4 Comments »

Qadarrullahu Ma Sya` a Fa’ala

Posted on February 2nd, 2009 in Uncategorized

“Qadaarallahu ma sya`a fa’ala” berkali-kali mereka mengucapkan kata-kata itu kepada saya. Usaha mereka menenangkan saya yang memang -alhamdulillah- tenang membuatkan saya semakin tenang.
Ucapan tersebut bermakna “Allah telah mentaqdirkan apa yang diingini berlaku”. Ucapan tersebut mempunyai nilai yang cukup besar ketika diucapakan kepada mereka yang tertimpa mushibah kerana ia mengingatkan kita yang mendengar bahawa Allah SWTlah [...]

Published by taqeyyabella // 15 Comments »

Pendidikan Tauhid

Posted on January 29th, 2009 in Agama, Fikir, Uncategorized

Penulis agak terkejut melihat video di atas. Bagi penulis pertanyaan yang ditanyakan cikgu tadika tersebut sangat-sangat tidak mendidik. Adakah demikian cara kita memperkenalkan Allah SWT kepada mereka.
Kita perlu memahami keadaan mereka sebagai insan yang masih terbatas maklumanya. Mengenal Allah SWT bukanlah semudah berkata-kata. Mempercayai tentunya lebih rumit dari sekedar kenal dan tahu. Jangankan si kecil [...]

Published by taqeyyabella // 2 Comments »

Jadilah engkau..

Posted on January 25th, 2009 in Bahasa dan Sastera, Uncategorized

Jika engkau tidak menjadi hujan wahai sayangku, maka jadilah pohon,
memuaskan dengan segala kesuburan, jadilah engkau pohon.
Jika engkau tidak menjadi pohon wahai sayangku, maka jadilah tanah,
memuaskan dengan kelembaban, jadilah engkau tanah.
Jika engkau tidak menjadi tanah wahai sayangku, maka jadilah bulan,
di dalam tidurmu sayangku, jadilah engkau bulan.
Demikianlah ucapan wanita kepada jenazah anaknya.
 
Oleh : Mahmoud Darwish (Penyair Palestin)

Published by taqeyyabella // 2 Comments »

« Previous Entries / Home / Next Entries »

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    September 2010
    M T W T F S S
    « Jul    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives