Peletakan Batu Pertama

Posted on January 17th, 2010 in Uncategorized

Hari ini merupakan suatu hari yang sangat bersejarah bagiku. Aku namakan hari ini sebagai ‘Hari Peletakan Batu Pertama’. Batu pertama untuk sebuah bangunan besar dan megah yang  visualnya sudah penuh di mindaku. Fizikalnya, menurut kiraan sekarang, mungkin hanya akan benar-benar wujud 10 tahun akan datang. Ya, 10 tahun lagi!
Kadang aku berkata kepada diriku sendiri, “Akankah [...]

Published by taqeyyabella // 2 Comments »

Reunion AKBAR Zagreen Egypt

Posted on July 30th, 2009 in Uncategorized

Seluruh warga ZaGreen Egypt diundang untuk menghadiri Reunion AKBAR yang akan dilaksanakan sebagai berikut :
Hari              : Jumaat
Tarikah       : 31 Julai 2009 – 9 Sya’ban 1430
Tempat       : Aula Griya Jawa Tengah Madinat Nasr Kaherah
Waktu          : 15.00 sehingga selesai
Majlis akan diisi dengan acara-acara menarik antaranya :
1. TEGAP (TEbar GAram, bagi Pengalaman) 2. BUSER (BerbUru informasi Studi magistER) [...]

Published by taqeyyabella // 2 Comments »

Disebalik Bahasa : Fiqh Lughah

Posted on June 15th, 2009 in Bahasa dan Sastera, Uncategorized

Fiqh lughah adalah sebuah mata pelajaran yang skop kajiannya adalah apa-apa yang ada disebalik bahasa. Mungkin agak pelik bunyinya akan tetapi inilah ketelitian dan kesungguhan yang tunjukkan oleh para ilmuan islam suatu ketika dulu.
Bahasa Arab merupakan sebuah bahasa dari keluarga besar Bahasa Samiah. Sam adalah anak kepada Nabi Nuh AS. Ia berkembang seiring dengan perubahan [...]

Published by taqeyyabella // 3 Comments »

Mushblue

Posted on June 15th, 2009 in Uncategorized

This Mushblue is a very simple wordpress theme. Its very ordinary too. I think it will suite me because i realized that my writing is always long and i dont like to put pictures in it. Some people may put my writing or blog in the  heavy writing category. But somehow i just feel that [...]

Published by taqeyyabella // 2 Comments »

Adakah Islam mesra wanita??

Posted on May 23rd, 2009 in Agama, Bahasa dan Sastera, Uncategorized

Soalan umpama tajuk di atas sering dilaungkan oleh golongan yang kononnya memperjuangkan hak wanita, hak persamaan gender dan paling terkini golongan liberal dalam beragama. Persoalan sebegini tidaklah baru, bahkan di dalam Al-Quran telah diceritakan bagaimana sikap manusia yang memang tidak ingin taat akan perintah Allah membuat seribu satu persoalan yang tujuannya tidak lain dan tidak [...]

Published by taqeyyabella // 2 Comments »

Bahasa Arab Bagai Harta Mewah Kehilangan Tuan

Posted on May 6th, 2009 in Bahasa dan Sastera, Uncategorized

“Aku bingung melihat kamu. Kenapa kamu mahu mengambil jurusan Bahasa Arab dan tidak mengambil jurusan pengajian Islam yang lain?” Sarah seorang gadis Mesir melontarkan soalan kepadaku.
Soalan sebegini bukanlah asing bagiku selaku seorang pelajar Fakulti Bahasa Arab. Bahkan, aku sendiri sering mempertanyakan hal yang sama kepada diriku. Ada apa dengan Bahasa Arab sehingga aku berani menceburinya? [...]

Published by taqeyyabella // 5 Comments »

Mempelajari Sastera

Posted on April 18th, 2009 in Bahasa dan Sastera, Uncategorized

“Anda pelajar fakulti bahasa Arab?” Seorang teman akrab menyapa.
“Ya. Jabatan Pengajian Am,” Aku menjelaskan sambil menghulurkan tangan.
Teman baruku ini mula berbual rancak. Menanyakan itu dan ini mengenai fakulti yang sebahagian pelajar di universitiku beranggapan ia merupakan fakulti yang penuh darah. Darah di medan peperangan yang memaksa banyak perajurit pulang dengan hampa. Kalau pun berjaya jarak [...]

Published by taqeyyabella // 5 Comments »

Sajak Pilihan HK2′09

Posted on March 14th, 2009 in Uncategorized

 
Tajuk : “Membudaya Warisan Bangsa Memacu Aspirasi  Umat”
 
 Berjalan aku merentasi zaman,
melirik jatuh bangun ketamadunan,
terkesima aku pada suatu perubahan,
jayanya penuh kegemilangan.
 
Dulu manusia diperhamba hiburan,
harta, arak dan wanita sebagai habuan,
rosak jiwa hilang arah pemikiran,
tergadai raga dek halusnya bisikan,
terjual maruah rakusnya keinginan.

Published by taqeyyabella // 4 Comments »

« Previous Entries / Home / Next Entries »

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives