Blog Taqeyyabella » Uncategorized

Ya Rasulallah..
Saya berada di dalam keadaan yang agak penat raga. Kegiatan yang memerlukan kekuatan fizikal dan juga fikiran menjadi aktiviti utama saya akhir-akhir ini. Walau demikian, saya masih perlu menjalankan tugas menyeru apa yang mampu. Besok sebuah ceramah Maulidurrasul telah dijadwalkan. Ia InsyaAllah akan dilaksanakan di Bahagian Amanah dan Sekuriti Jabatan Akuntan Negara yang berpangkalan di tingkat 42 Menara Maybank, Jalan Pudu Kuala Lumpur. Kelelahan membuatkan saya lebih memilih melayari youtube mencari ceramah alim ulama mengenai sosok terhebat, Al Insanul Kamil Muhammad SAW, daripada membuka rujukan buku yang sedia ada.

Dalam layaran tersebut saya menemukan sebuah dokumentari yang sangat menarik mengenai Rasulullah SAW. Ia bukanlah video baru. Ia telah pun disiarkan di youtube sejak 2007 lagi. Berikut adalah bahagian pertama :

watch?v=mhYt7s0MWtk

<object width="480" height="390"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/mhYt7s0MWtk?fs=1&hl=en_US&rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/mhYt7s0MWtk?fs=1&hl=en_US&rel=0" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="390"></embed></object>

Suka saya cadangkan kepada para pembaca semua untuk menyempatkan diri menontot kesemua bahagian dari dokumentari ini. Semoga ia memberikan suntikan baru kepada hati dan jiwa kita..

Mengenang Hijrah Rasulullah
Engkau seorang yang mulia,

kelahiranmu disambut pancaran terang cahaya,

Halimah Sa’diyyah menerimamu dengan rela,

saat semua menolak menyusukanmu kerana harta,

bertuah Halimah, keranamu nikmat Allah mencurahi keluarganya,

susu sentiasa ada, ternak pula tambah berlipat ganda,

kerana hanya Dia (Allah) tahu hakikat dirimu siapa,

tahun keenam usiamu, ibumu berangkat bertemu sang pencipta,

menyusul ayahmu yang pergi sebelum Engkau tiba,

semua itu rekayasa Allah agar Engkau bergantung hanya padaNya,

malah Dia menghantarkan malaikat kepadamu bagi membelah dada,

membersihkan agar suci, murni lagi terpelihara,

meremajalah Engkau sebagai orang paling dipercaya,

‘Al-Amin’ sebuah penghormatan bagimu di usia muda,

sumpah setia “halful fudhul” bukti kepedulianmu pada hak sesama,

menumpaskan yang zalim membela lemah tak berdaya,

mandiri adalah satu ciri utama,

Engkau mempelajarinya dari bawah sebagai pengembala,

lalu Engkau belajar berdagang harta wanita jelita,

pulang dari Syam bawa keuntungan dengan gembira,

tertawan Khadijah pada pekerti dan budi hingga berbunga di taman dada,

berita sampai ke telinga, lalu sebuah senyum pun tercipta,

“At-Thahirah” sebagai kekasih, pendamping dan rakan kerja,

suatu impian dan igauan seluruh pembesar di sana,

bersyukur Engkau atas pilihan yang Esa,

seorang isteri yang terlalu istemewa, untuk Insan yang sempurna,

bersama Khadijah Engkau peroleh cahaya mata,

terciptalah sebuah keluarga yang sangat bahagia,

keperluan jiwamu meminta agar dibiarkan menyendiri seketika,

menjauhkan diri dari hiruk pikuk sebuah kotaraya,

juga kerana benci melihat berhala-berhala,

benda mati yang dipuja-puja,

tradisi dan adat yang diwarisi dan diikuti oleh mereka yang buta,

kononnya untuk mendekatkan diri pada yang Esa,

sebenarnya diperdaya oleh musuh durjana,

agar Iblis bertemankan mereka ketika di neraka,

Engkau merenung memikirkan kebesaran Pencipta,

Yang maha mulia, maha kaya, maha segala maha,

Sambil bertahannust seperti ajaran Nabi Ibrahim bagi memanfaatkan masa,

Sehinggalah Jibril AS datang mencipta sebuah peristiwa,

Bergegar dahsyat gua Hira’, turunlah wahyu pertama

Kemanusiaanmu sukar menerima apalagi percaya,

Bahkan kewarasanmu mengatakan dirimu mula gila,

“selimuti aku, selimuti aku..” itulah yang Engkau kata,

Saat tiba dirumah disambut oleh isteri tercinta,

“Tidak mungkin Tuhan membiarkan Engkau binasa,

malah aku yakin ini permulaan perkara utama,

mungkin juga Engkaulah utusan pemberi peringatan dan pembawa kabar gembira”,

sungguh bijak isterimu menyusun kata-kata,

malah sebelum apa-apa dia sudah percaya,

bahawa Engkau sememangnya utusan Tuhannya,

kata Khadijah membuat Engkau selesa,

mulalah Engkau meyakini ketentuan Sang maha segala maha,

menjadikanmu semakin mendekatkan diri kepadaNya,

seruan ilahi itu pun lantas bermula,

Khadijah, Ali, Abu Bakar, Zaid adalah golongan pertama yang percaya serta merta,

kemudian seorang demi seorang memilih untuk bersama,

menuhankan Allah dan menolak menyekutukan tak kira apa,

berita kenabian itu mula didengari pembesar Quraisy dalam sekelip mata,

mereka belum marah hanya keras tertawa,

bagi mereka pengakuan yang lucu lagi hina,

seorang yatim mengaku menjadi nabi? oh mengapa tidak Tuhan memilih kita!

Kita lebih berhak kerana mempunyai harta dan kuasa,

Walid Bin Mughirah lebih layak, itulah yang mereka sangka,

Tetapi Allah menganugerahkan kerasulan kepada siapa yang Dia suka.

Rasulullah SAW segera menyampaikan setiap wahyu yang diterima,

jumlah orang beriman bertambah setiap ketika,

pusat untuk mengajar dan ibadat perlu dibina,

maka dipilihlah rumah Abdillah Al-Arqam bin Abi Arqam di bukit Shofa.

Tiga tahun berlalu sejak turunnya wahyu pertama,

Perintah langit turun memerintah agar menyeru seluruh manusia,

dengan suara yang lantang, jelas lagi nyata,

Pagi itu Engkau berdiri di atas bukit Shofa, mengalihkan perhatian semua,

masyarakat berhimpun, diam menunggu Muhammad berbicara,

“Al-Amin” yang popular, lagi penuh wibawa,

terkenang peristiwa peletakkan Hajar Aswad yang membuktikan diri yang sungguh bijaksana,

Muhammadlah penyelamat dari pertelingkahan yang hampir menyala,

semua ternanti-nanti akan apa yang bakal dikata,

“Akulah utusan Allah, pemberi peringatan dan pembawa kabar gembira”.

Abu Lahab si pecinta berhala lantas menjerit, “Tabban Laka! Alihaza jama’tana!”

turunlah murka yang bunyi, “tabbat yada..”

tercabar keegoan dan tercalar kehormatan para tuhan berhala,

walau tiada yang menjawap tetapi keyakinan mereka bergoncang seketika,

akal mereka mengiyakan segala yang dikata,

bodohkah mereka sujud pada batu yang mereka cipta.

Namun Iblis telah terlebih dahulu dijadikan tempat bertanya,

Hawa nafsu pula meneguhkan prasangka,

Keputusannya Muhammad perlu dihentikan serta merta,

Terkejut mereka melihat jumlah pengikut Muhammad yang setia,

walau sedikit tetapi cukup membuatkan Mekah porak-poranda,

hingga hamba tidak lagi takut pada tuan yang juga seorang manusia,

bermulalah bencana, Bilal dan keluarga Yasir menjadi manga,

malah Sumayyah mati mempertahankan iman rela disiksa,

Engkau tidak lagi bersembunyi, solat didirikan tepat di depan Ka’bah,

Kebencian memuncak, permusuhan bermula,

Ketika Engkau sujud belakangmu dicurah usus beserta kotoran unta,

Fatimah yang kecil melempang Abu Jahal dengan kata-kata,

Bukan itu sahaja, para sahabat sedar masyarakat perlu tahu apa yang mereka bawa,

maka mereka memilih untuk membacakan Al-Quran di tempat terbuka,

Seperti yang dijangka padah menimpa mereka,

ancaman itu tidak mampu menghentikan usaha,

seruan berterusan, pengikut bertambah, semakin kejam dan dahsyat siksa,

tak tertanggung lagi derita,

pergilah ke Habsyah mintalah pembelaan dan perlindungan dari Sang Raja,

mereka diterima, utusan Quraisy pulang dengan hampa,

rasuah mereka tidak berjaya,

Allah sudah menentukan alur cerita.

Engkau bertahan meneruskan kerja,

tanpa kenal lelah, tanpa mengira masa,

pembesar Quraisy perlu membuat angkara,

boikot! itu sebagai cara,

sabar, sabar dan sabar Allah menyediakan syurga,

nikmat dunia tiada makna,

lapar itu hanya seketika,

tak sebanding azab di neraka.

Segala cara sudah diusaha, satu pun tidak berjaya,

Ayuh kita kumpulkan para pemuda, dari pelbagai kaum keluarga,

Semua berhimpun di depan rumah di malam gelita,

jika Muhammad keluar kita bunuh bersama-sama,

idea bernas, perancangan rapi dan pelaksanaan sangat teliti tapi masih ada rahsia,

rahsia yang belum terbuka kerana mereka tidak percaya,

bahawa Allah pasti akan membela,

bukankah Dia yang maha segala maha?

Sungguh tidak susah baginya melelapkan mata,

sehingga semua tertidur lena,

tak sedar bila Muhammad dan Abu Bakar keluar bersama,

“Muhammad melarikan diri, siapa yang menangkapnya mendapat 100 ekor unta!”

hampir saja ada yang menemukan mereka di gua,

Burung dan labah-labah sebenarnya tentera,

dijadikan Allah sebagai  penyelamat Rasulnya.

Engkau melangkahkan kaki berat meninggalkan kota suci,

Mekah yang amat Engkau sayangi,

perlu ditinggalkan demi sebuah misi,

agar Islam tertegak di bumi.

Hijrah adalah awal kebangkitan,

Demi melaksanakan tuntutan,

mendidik umat hingga akhir zaman,

mewarisi perjuangan junjungan, menzahirkan sebuah ketaatan,

cara mengungkapkan kesyukuran, semoga layak menerima ganjaran,

kelak di hari pembalasan.

Engkau sangat berjasa,

mendidik kami erti cinta,

sebagai rahmat dari Allah Tuhan semesta.

Allahumma Shalli Wa Sallim Ala Habibil Musthafa..

Selamat memperbaharui niat, memperteguh tekad, memperkemas langkah demi mendekatkan diri kepada Allah dengan menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai tauladan. Semoga tahun baru ini memberikan kita semangat baru untuk terus melaksanakan tugas menegakkan Islam di dalam diri demi Allah rabbul Jalil. Bersama-sama kita hijrahkan diri..

**Hak Cipta Terpelihara. Setiap bahagian dari terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara eletronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Untuk perkongsian di alam maya cukup dengan meletakkan url post ini.

Muhammad Bin Abdullah (SAW) : Profil Ringkas
Profil ringkas manusia paling sempurna. Dia adalah, Abul Qasim, Muhammad. (53 tahun sebelum hijrah- SB / 571 Masehi – 11 hijrah / 633 Masehi) bin Abdullah (81 SB / 544 M – 53 SB / 571 M) bin Abdul Muthallib (127SB / 500M – 45 SH / 579 M) bin Hisyam.

Dari kaum Quraisy yang bersambung nasabnya yang mulia kepada Adnan dari anak Nabi Ismail Bin Nabi Ibrahim Khalilullah.

Ibunya bernama Aminah Bin Wahab (Quraisyiyyah Zuhriyyah)

Lahir di Mekah pada hari Isnin 9 Rabiul Awwal 53SM bersamaan 20 April 571 M. (Terdapat perbezaan riwayat. Ada yang berpendapat pada 12 Rabiul Awwal. Wallahu a’lam)

Disusukan di pedalaman oleh Halimah Sa’diah dari bani Sa’ad Bin Bakar Bin Hawazin.

Membesar sebagai seorang yatim, ayahnya meninggal sebelum baginda dilahirkan maka ia dipelihara oleh ibunya Aminah sehinggalah beliau wafat. Ketika itu baginda berusia enam tahun. Kemudian baginda dipelihara oleh atuknya Abdul Muthalib sehinggalah beliau wafat. Ketika itu baginda berusia lapan tahun. Kemudian baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Thalib.

Baginda remaja dengan akal yang sempurna, tinggi himmah (tekad), jujur, amanah, berani, mulia akhlak, sehingga ia digelar oleh kaumnya  dan terkenal dengannya iaitu gelaran, “Shodiqul amin” atau “Jujur lagi terpercaya”.

Baginda turut serta dalam perjanjian “Halful Fudhul” iaitu sebuah perjanjian  yang diadakan di Mekah bagi membela golongan yang teraniaya dan mengambil kembali hak-hak mereka yang lemah dari golongan kuat yang telah merampas hak-hak tersebut.

Baginda bertugas sebagai pengembala kambing kemudian berdagang. Baginda telah bermusafir ke Sham untuk memperdagangkan barang dagangan milik Sayyidah Khadijah Bin Khuwailid Al-Asadiyyah Al-Quraisyiyah.

Dalam usia ke25 tahun, baginda menikahi Khadijah dan dikaruniakan anak-anak. Baginda hanya memperisterikan Khadijah sehinggalah kematian Khadijah pada usia baginda yang ke 50. Setelah itu barulah Baginda memperisterikan lebih dari seorang.

Anak-anak baginda tidak hidup lama kecuali anak perempuannya iaitu Fatimah  yang kemudian dikahwinkan dengan sepupu baginda Ali Bin  Abi Thalib. Dari Fatimah terdapat 2 orang cucu iaitu Hasan dan Husain. Selain dari Fatimah, seluruh anak baginda meninggal ketika baginda masih hidup.

Baginda tidak pernah sekali pun menyembah berhala dalam hidupnya. Baginda lebih cenderung untuk bertaammul atau merenung, memikirkan tentang hakikat disebalik penciptaan. Baginda kemudian mengasingkan diri pada bulan ramadhan setiap tahun di gua hira sambil beribadat dengan saki baki ajaran Nabi Ibrahim yang masih tinggal.

Ketika baginda berada di Gua hira pada Ramadhan 13 SH telah datang kepadanya wahyu dari Allah yang mengangkat baginda sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir yang membawa risalah yang kekal. Sejak itu baginda menyeru kaum kerabatnya kepada Islam secara sembunyi atau rahsia selama 3 tahun. Hanya sedikit yang beriman dan menjadi pengikutnya. Setelah itu baginda menyeru secara terbuka dan terang-terangan.

Turun kepada baginda Al-Quran secara berperingkat, baginda kemudian melantik penulis-penulis wahyu yang menulis dan menghafal setiap wahyu yang turun. Al-Quran merupakan mukjizat yang dicabarkan kepada kaumnya bahkan kepada seluruh manusia malah jin untuk mendatangkan sesuatu yang menyerupai Al-Quran.

Baginda menerima siksaan bersama pengikutnya dari para musyrikin Quraisy, pembesar mereka mahu pun golongan kaya dikalangan mereka. Mereka bersabar dan terus bersabar bahkan musuh mereka ini telah mengepung baginda lalu menjalankan sekatan ekonomi dan sosial terhadap baginda dan para pengikut baginda selama tiga tahun. Hampir saja mereka mati kebuluran. Baginda lalu mengizin bagi pengikutnya untuk berhijrah. Baginda juga meneruskan seruan sambil meminta bantuan dan pertolongan dari pihak-pihak yang mahu memecahkan sekatan tersebut.

Seruan baginda disambut oleh beberapa orang dari Yastrib (Madinah) iaitu dari kabilah Aus dan Khazraj. Setelah setahun, mereka kembali kepada Rasulullah dan melaksanakan baiah atau sumpah setia di Aqabah. Baiah ini menjadi titik pertama usaha mendirikan negara Islam. Para pengikut baginda mula berhijrah ke Yastrib.

Baginda sendiri berhijrah ke Madinah bersama sahabat karibnya Abu Bakar Ashiddiq (51 SH / 573 M – 13 H / 634M) dari Mekah. Mereka memasuki Madinah pada hari Isnin 8 Rabiul Awwal 1 H / 20 september 622 M. Maka, baginda mendirikan masjid nabawi dan meletakkan Quran sebagai perlembagaan negara Islam pertama.

Hijrah baginda disambut dengan permusuhan dan ancaman oleh kaum Quraisy. Lalu Allah SWT mengizinkan baginya dan sahabat-sahabatnya untuk memerangi Quraisy sebagai usaha melindungi dan memelihara kebebasan aqidah dan dakwah serta mempertahankan tanah Islam. Allah SWT berfirman :

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (39)Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; – (40)

Dan dalam jalan usaha melindungi agama, negara, tanah air, dan dalam jalan pembebasan timur dari penjajahan Rom, keseluruhan peperangan yang disertai baginda sebanyak 28 kali. Sebanyak itu pulalah kemenangan umat Islam ke atas musyrikin dan penyembah selain Allah. Pada negara Islam ini bersatulah seluruh kaum arab untuk pertama kalinya di dalam sejarah. Malah, manusia memeluk Islam secara beramai-ramai. Bermulalah dakwah Islam melintasi seluruh penjuru dan menjangkau luar jazirah arab. Seluruh penyebaran dan pembukaan kota-kota ini tidak mengambil korban demi meraih seluruh kejayaan itu melainkan sejumlah 386 nyawa sahaja.

Pada 25 Dzul Hijjah tahun ke 10 Hijrah baginda keluar untuk melaksanakan ibadah haji yang dikenali dengan haji wada’. Baginda berkhutbah di Arafah satu khutbah yang sangat panjang. Pada khutbah itu digubal undang-undang bagi hak-hak Madinah, dan agama Islam dan juga bagi semua manusia secara keseluruhan dan setelah itu baginda pulang ke Madinah.

Pada 27 Safar 11 H / Mei 632M, baginda sakit dan wafat disebabkannya. Maka, naiklah ruh baginda yang mulia lagi suci dan tenang itu kepada penciptanya pada hari ahad 12 Rabiul Awwal 11H / 7 Jun 632 M. Baginda wafat dalam usianya yang ke 63 tagun mengikut kalender bulan dan 61 tahun dan 48 hari mengikut kalender matahari.

Ketika baginda wafat, jumlah mereka yang telah memeluk agama Islam adalah sebanyak 124 000.  Sedang jumlah para pemimpin, para utusan, para pelaksana, para penanggungjawap yang telah mendapat didikan dari madrasah rasulullah adalah sebanyak 8000 orang dan diantara mereka sekitar lebih dari seribu adalah wanita.

Baginda merupakan seorang yang mahir berkhutbah dan telah dianugerahkan jawamiul kalim iaitu kata-kata yang ringkas tapi padat dengan makna. Ketika baginda berkhutbah, mata baginda memerah, suara baginda tinggi, jika dia marah maka dahsyatlah kemarahan baginda seakan-akan baginda memberi peringatan dalam peperangan. Jika baginda berkhutbah ketika peperangan, baginda memegang busur panah dan jika baginda berkhutbah ketika keadaan aman baginda memegang tongkat.

Baginda mempunyai kata-kata yang manis, ia berkata secara lepas dan beralunan. Jika baginda berkata-kata, baginda akan tersenyum.

Baginda sangat merendah diri. Baginda makan dan minum di atas tanah. Baginda menjahit pakaiannya sendiri, menganyam seliparnya sendiri, berkhidmat kepada keluarganya, menyahut seruan orang fakir, bersikap lembut walau dengan pembuat roti dan mahu duduk bersama-sama orang yang miskin.

Baginda lebih sering diam dan sangat jarang ketawa. Jika baginda ketawa maka akan ditutup mulatnya dengan tangan. Bercanda atau bergurau sedikit dan tidak berkata-kata melainkan yang benar.

Baginda sangat tinggi perasaan malunya. Jika berjabat tangan dengan seseorang maka baginda tidak akan melepaskan tangannya melainkan orang tersebut sudah terlebih dahulu melepaskan tangannya.

Baginda memiliki kepala yang besar, kedua tangan yang besar dan kedua kaki yang besar. Tidaklah baginda itu tinggi dan tidak pula rendah.

Jika berjalan, baginda tidak berpaling, jika berpaling maka baginda akan memalingkan seluruh tubuh.

Baginda adalah seorang yang sangat berani dan perkasa.

Baginda berdiri di hadapan tuhannya dengan mengerjakan solat sehingga bengkak tumitnya. Malah baginda bersikap lemah lembut kepada sesama manusia, binatang, pepohonan dan bahkan benda mati.

Baginda merupakan seorang yang ma’shum, walaupun begitu baginda adalah orang yang paling banyak membincangkan apa-apa perkara dengan sahabat-sahabatnya, baginda menundukkan ijtihadnya kepada ijtihad majoriti.

Baginda menyifatkan dirinya, “Addabani rabbi faahsana ta’dibi” maksudnya, “Tuhan telah membentukku (mendidik dan mengajar) maka sangat baiklah bentukku”. Isterinya Aisyah RA pula menyifatkan bahawa “sungguh akhlaknya adalah al-Quran” sedangkan Allah menyifatkan dalam Al-Quran surah Qalam ayat 4, “Dan sesungguhnya engkau dalam keperibadian yang sangat agung”.

Allahumma salli wasallim alaih..

MEROSAKKAN BUKAN SEBUAH PEMBAHARUAN
“Merosakkan bukanlah sebuah pembaharuan” itulah yang dapat saya simpulkan setelah menghadiri sebuah seminar ringkas anjuran Ikatan Pondok Modern (IKPM) iaitu sebuah badan yang menaungi alumni dari Pondok Modern Darussalam. Seminar dengan tajuk, “Pembaharuan Pemikiran Islam : Tajdid atau Taghrib”. Jangan keliru, ‘taghrib’ bukan ‘targhib’. ‘Taghrib dari kata gharb atau barat.

Liberalisme yang menjadi barah dalam pemikiran Islam hari ini sebenarnya merupakan wajah atau frontpage bagi mem-promote idea pemikiran barat. Sebelum kita ceritakan serba sedikit bisa yang dibawa leberalisasi agama. Sangat menarik jika kita sorot persaingan peradaban dan keyakinan yang menjadi faktor ‘behind the scene’ lalu mendalangi semua ini.

Percayakah anda peristiwa Sepetember 11 merupakan suatu yang benar-benar terjadi!? Atau adakah ia satu drama yang disutradarai oleh pihak yang berkepentingan!?

Ada beberapa yang mendorong perkara ini berlaku.

Pertama, teori evolusi yang menjadi keyakinan kebanyakan manusia di barat mempengaruhi pemikiran sesetengah manusia. Prinsipnya mudah, “Hanya yang gagah sahaja yang akan survive. Jika tidak menindas maka kita akan ditindas”.

Kedua, skeptik terhadap agama. Barat telah mengharungi era kegelapan dimana agama menjadi satu autoritas yang kejam. Gereja memainkan peranan yang sangat buruk dalam mencengkam masyarakat barat ketika itu. Kezaliman gereka telah meninggalkan parut yang sangat besar di minda masyarakat barat.

Kedua-dua perkara ini adalah antara banyak perkara lain yang menjadi alasan bagi masyarakat barat untuk membuat sebuah perubahan besar dari segi cara berfikir. Agama mula ditinggalkan kerana tidak lagi releven dengan nilai-nilai modernisasi. Ya! Modernisasi adalah istilah yang tepat untuk menggambarkan perubahan ini.

Barat telah berjaya melepaskan diri dari agama. 2 langkah diambil. Pertama, memerangi gereja dan agamawan yang ekstrimis atau lebih tepat memerangi autoriti agama. Dua, mengubah kandungan dari agama itu sendiri.

Tidak menghairankan hari ini kita melihat kristian telah sangat jauh menyimpang dari asalnya. Perintah-perintah yang menjadi beban kepada mereka segera mereka hapuskan. Text di dalam bibel diubah. Konteks dan cara penafsiran juga diubah dengan menggunakan Hermeneutika. [Hermeneutika (dari bahasa Yunani Ερμηνεύω hermēneuō: menafsirkan) adalah aliran filsafat yang bisa didefinisikan sebagai teori interpretasi dan penafsiran sebuah naskah melalui percobaan. Biasa dipakai untuk menafsirkan Alkitab, terutama dalam studi kritik mengenai Alkitab.]

Setelah barat berjaya keluar dari era kegelapan mereka. Modernisasi menjadi produk baru yang mereka handalkan. Satu dunia mereka keliling untuk menerapkan Modernisasi setelah sebelumnya menguras habis segala kekayaan di tempat itu.

Sekian lama mereka melakukan agenda besar ini. Penjajahan dilakukan. Bangsa lain yang dianggap mundur dibohongi dan dipermainkan menggunakan agen-agen mereka yang sedarah dan sewarna kulit dengan penduduk asal. Mereka inilah pengkhianat yang menjual negara dengan habuan modernisasi. Mereka hampir berjaya untuk menundukkan seluruh manusia di seluruh penjuru bumi menggunakan idea modernisasi ini. Hanya saja, mereka gagal menerapkannya secara menyeluruh kepada umat Islam. Mereka gagal mempengaruhi umat Islam untuk menerima modernisasi ala mereka. Lebih membengangkan mereka, modernisasi oleh umat Islam dilayan dengan bijaksana. Segala yang sesuai dengan prinsip asas Islam diterima tetapi pada masa yang sama mereka gagah mempertahankan prinsip-prinsip asas Islam.

Jika kita lihat dengan lebih teliti, barat telah berjaya memporak-porandakan umat manusia khususnya umat Islam menjadi generasi manusia yang hidup dalam kesibukkan memikirkan negara masing-masing. Manusia terpecah tumpuan kepada kepentingan negara sendiri, negeri sendiri, rumah sendiri dan diri sendiri. Kita dapat menemukan juga bagaimana mereka menguasai ekonomi dengan menjadikan transaksi kita bergantung kepada wang yang tidak sah menurut Islam. Bagaimana mungkin benda yang dijadikan wang adalah suatu yang tidak tetap nilainya. Maksudnya begini, kita membeli ayam dengan lima ringgit. Bererti nilai lima ringgit boleh mendapatkan ayam. Malangnya jika kita menyimpan wang yang sama dalam masa 10 tahun, nilai lima ringgit itu tidak akan sama lagi. Walaupun ia tertulis di atasnya 5 ringgit tetapi ia tidak lagi mampu mendapatkan ayam kerana nilai itu sudah pun turun. Menurut Islam wang tidak boleh bersifat demikian. Wang perlulah bersandar kepada sesuatu yang nilainya tetap atau meningkat. Itulah sebabnya Dinar dan Dirham merupakan emas dan perak yang tidak akan berubah nilainya. Bukan kertas yang dicopkan tulisan 5 ringgit yang bila-bila dapat menjadi suatu yang tanpa harga. Dua perkara ini adalah contoh dari sekian banyak hal yang telah berjaya diterapkan oleh barat ke atas kita. Berlakulah sebuah penjajahan baru. Ketergantungan manusia terhadap sistem mereka menjadikan mereka kaya tanpa usaha.

Kebencian mereka memuncak kepada Islam. Sangat pelik mengapa hanya Islam yang dimusuhi. Sungguh pelik mengapa Islam mendapat layanan yang sangat luar biasa curang. Bahkan, sangat menghairankan bagaimana mereka sanggup merekayasa sebuah drama yang menghancurkan bangunan megah dunia dan mengorbankan bukan puluhan jiwa tetapi ribuan hanya demi memburukkan imej Islam. Dengan harapan opini masyarakat berkembang kepada membenci agama dan gerakan membebaskan diri dari cengkaman agama berjaya dilakukan. Khususnya bagi penganut agama Islam.

Dengan bertopengkan modernisasi ala barat mereka menaja semua pihak yang mahu menjadi agen penyebar idea ‘anti-agama’. Mereka mula menyerang dengan memisahkan umat Islam dari kehidupan yang Islami. Agama dijadikan sebagai sampingan kepada keseluruhan matlamat kehidupan. Seiringin pula dengan kemunduran umat Islam secara fizikal (teknologi, ekonomi dan lain-lain) menjadikan umat Islam lebih berminat untuk terjun ke bidang-bidang fizikal yang bakal memberikan kepuasan fizikal lalu menyisihkan keutamaan dalam memelihara agama.

Hari ini, umat Islam di Malaysia antara umat Islam di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara berkembang lainnya mengalami satu keadaan di mana, umat Islam mula menyedari bahawa Islam merupakan suatu asas yang perlu dipertahankan dan bukan lagi satu hal sampingan. Mungkin, kesedaran ini timbul setelah mereka mencapai kejayaan material namun gagal menikmati kejayaan itu kerana melihat keadaan sekeliling yang semakin binasa. Keruntuhan moral sehingga membinatangkan manusia membuatkan sebahagian golongan cerdik pandai berfikir.

Namun, barat turut menyedari perubahan yang terjadi ini. Maka mereka juga perlu menyediakan pola baru dalam memperjuangkan usaha mereka. Pendekatan yang paling realistik yang mampu mereka bawa adalah dengan mengajak manusia melihat agama Islam sebagai suatu yang boleh dimajukan dengan menggunakan kaedah-kaedah modernisasi.

Teringat pertanyaan seorang penganut kristian yang diceritakan seorang panel di seminar ini (Seminar 03 Julai 2010), “Kita sudah masuk ke era modern, bagi tahu saya apa yang telah diperbaharui dalam Islam agar sesuai dengan kemordenan?”

Mereka menuntut perubahan ketara lalu menganggapnya suatu keperluan. Ia adalah kemajukan!! Kemodernan!!

Malangnya, umat Islam yang menyambut idea ini dengan melihat bahawa ia adalah suatu jihad dalam usaha ‘memperbaharui’ Islam dan keislaman. Keliru pada konsep pembaharuan atau tajdid lalu mengira bahawa usaha mereka yang sebenarnya hanya menyokong idea barat itu adalah tajdid.

Idea ini disambut sebahagian masyarakat muslim yang tidak mempunyai keimanan yang kokoh. Keilmuan mereka tentang Islam juga sangat minim. Kekaguman mereka kepada barat dalam segala aspeknya pula sangat besar. Semua ini menjadikan mereka ‘agen’ barat tanpa mereka sedari.

Hal yang paling kontras perbezaannya antara khazanah barat dan Islam adalah, Islam masih berpegang kepada satu perkara yang dinamakan iman. Iman itu adalah percaya dengan sangat. Umat Islam beriman bahawa Allah itu Esa. Lalu Allah yang Esa itulah yang menurunkan Al-Quran. Maka Al-Quran tidak sama dengan teks-teks lain kerana ia adalah kalam Allah. Maka, teks Al-Quran tidak boleh sewenang-wenangnya diperlakukan sepertimana yang dilakukan oleh orang kebanyakan kepada teks-teks lain. Nilai ‘kesakralan’ yang dimiliki Al-Quran sangat tinggi sehingga ia bukan sekedar dikagumi kehebatannya, malah juga dihormati wujud fizikalnya berupa mushaf.

Keimanan inilah yang menjadi penghalang bagi barat dalam menerapkan segala cara mereka untuk merosakkan makna di dalam Al-Quran.

Islam ketika menyikapi suatu masalah mereka akan merujuk terlebih dahulu apa teks Al-Quran yang berbicara mengenai hal berkaitan. Kemudian mereka melihat konteks sejarah teks tersebut diturunkan. Kemudian mereka mencari segala hadis Rasulullah SAW berkaitan teks tersebut. Kemudian mereka melihat pendapat para mufassirun yang muktabar dalam membahas teks-teks itu. Jika hal itu berkait dengan isu undang-undang atau fiqah dah usulnya maka pendapat ulama dalam bidang tersebut perlu terlebih dahulu disemak dan dijadikan rujukan.

Dengan demikian, disiplin ilmu dalam Islam begitu ketat. Setiap satu kata di dalam teks Al-Quran dibahas dengan mendalam. Epistimologi bagi setiap satu perkataan di dahulukan perbincangannya.

Sangat susah bagi barat untuk merosakkan disiplin ini. Namun, akhir-akhir ini khususnya di Indonesia kita menemukan bercambahnya usaha di Universiti Islam yang mula merosakkan kemurnian ini dengan menerapkan kajian-kajian berteraskan ‘ketiadaan disiplin’ dalam keilmuan. Ya! Pedoman mereka adalah tanpa pedoman. Disiplin mereka adalah tiada disiplin. Ertinya, mereka tidak lagi mengiktiraf disiplin keilmuan yang indah tersusun dalam khazanah Islam. Malah, mereka menganggap bahawa disiplin itu adalah suatu yang kuno dan tidak lagi relevan. Dengan demikian mereka menjadikan konsep ‘tanpa pedoman atau tanpa disiplin’ sebagai methode kajian. Tentu sahaja usaha yang sebegini tidak dapat diterima akal dan tidak pula berfaedah.

Alang-alang mahu menerapkan Islam yang menurut andaian-andaian mereka, mengapa tidak sekaligus buat sahaja agama baru tanpa mengaitkan dengan Islam.

Mari kita lihat bagaimana mereka rosakkan pemikiran masyarakat yang semamangnya lemah ilmu agama. Mereka akan bertanya, “apa kata Ibnu Katsir mengenai ayat ini?” Ketika kita sudah jelaskan maka dia akan menjawab, “itukah pendapat Ibnu Katsir! Belum tentu tepat!” lalu dia mula membuat pendapatnya sendiri mengenai ayat tersebut. Dia terlupa bahawa ada beza yang begitu jauh antara dirinya dan diri Ibnu Katsir. Dirinya tidak pun mampu berbahasa Arab. Dirinya tidak pun menguasai ilmu yang menceritakan tentang sejarah penurunan Al-Quran. Dirinya tidak pun menguasai ilmu hadis. Dirinya tidak pun bertemu dengan golongan yang dekat dengan Rasulullah. Setelah semua ini bagaimana mungkin dia berani membandingkan dirinya dengan Ibnu Katsir.

Bukan bermakna kita mengatakan Ibnu Katsir dan penafsir-penafsir lain tidak pernah salah dalam penafsiran mereka. Cuma kita hendak meletakkan kehormatan kita dan tata tertib kita berinteraksi dengan ilmu. Barulah dengan demikian kajian yang kita lakukan berada di dalam jalur yang benar. Bukannya kajian yang syok sendiri, yang teramat jauh menyimpang disebabkan kebodohan dan kesombongan.

Apa yang menyedihkan adalah, jika diamati dengan seksama kita dapat melihat bahawa sikap masyarakat Malaysia dalam beragama telah menunjukkan indikasi-indikasi bahawa masyarakat Muslim Malaysia telah terpengaruh dengan idea Modernisasi ala barat.

Semangat mempelajari Islam adalah sangat baik. Tapi biarlah menggunakan saluran yang betul. Kenalilah Islam dari tokohnya. Mulalah dengan menguasai bahasa Arab sehingga masing-masing dari kita mampu membuat penilaian sendiri terhadap apa yang telah dibukukan oleh ulama’ Islam terdahulu dan bukan bergantung semata-mata dengan terjemahan apatah lagi jika ia diterjemahkan oleh golongan ‘orientalis’. Selami terlebih dahulu asas-asas dan teras-teras khazanah keilmuan Islam. Islam adalah agama yang terpaut dengan sejarah kerana ia terpaut dengan Nabi terakhir. Islam tidak dapat dipisahkan dari ikatan waktu. Maka, untuk menghidupi kehidupan yang Islami di zaman ini kita masih tetap harus melihat apa yang ada di masa lalu. Jika tidak bukan Islam tulen yang kita guna pakai tetapi Islam yang tidak berasas dan tidak bersumber. Semoga Allah memelihara kita dan memperteguhkan kita untuk menempuh jalan penuh liku mencari Islam dan cahayanya. Sungguh shortcut hanya akan mengundang nestapa. Wallahu a’lam..

Hantarkanlah Ketaqwaan..
“Salam, saya tertarik dengan penerangan tentang ‘kad yang salah’, cuma saya nak tanya bagaimana pula tentang hantaran. Adakah saudara setuju trend sekarang yang berlumba-lumba dengan jumlah Rm ribu2?”

Tulisan di atas saya temukan di dalam sebuah mesej di peti masuk akaun FB saya. Seorang sahabat yang mengirimkannya.

Sekali lagi perlu saya tegaskan saya bukanlah orang yang pakar dalam bidang fikih. Namun, apa yang bakal saya berikan hanyalah sebagai pendapat peribadi yang saya pegang sesuai dengan sudut pandang yang saya fahami dari pembacaan dan pembelajaran saya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membacanya.

‘Hantaran’ yang saya faham adalah sejumlah wang dan sejumlah hadiah yang diserahkan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan juga sebaliknya. Biasanya, hantaran ini menjadi kesepakatan antara pihak keluarga kedua-dua belah pihak. Keadaan status sosial keluarga, kawasan tempat tinggal, keturunan dan budi bicara turut memainkan peranan dalam penetapan kadar hantaran.

Hantaran berbentuk wang biasanya digunakan untuk walimah dan juga untuk keperluan pengantin. Tetapi kadang-kadang ada juga anak yang baik hati menyerahkan wang hantaran itu sebagai hadiah atau sagu hati untuk ibu bapa mereka.

Hantara berbentuk hadiah pula biasanya dibawa oleh pengantin ketika akad nikah. Biasanya setiap pihak akan menyediakan hantaran untuk pasangan mereka. Sang pengantin lelaki menyediakan beberapa jumlah hadiah maka sang pengantin perempuan pula menyediakan beberapa buah hadiah sebagai balasan.

Hantaran di sini tidak bercanggah. Bila ia bersifat hadiah ia suatu yang dianjurkan oleh agama. Sebuah hadis ada yang berbunyi, “Saling menghadiahkanlah sesungguhnya ia akan membuatkan kalian saling mencintai” (atau seperti yang dikatakan). Bila wang diserahkan untuk membuat walimah. Itu juga satu yang mulia. Memberi makan kepada orang-orang terdekat, jiran tetangga, fakir-miskin dan sebagainya sangat dianjurkan oleh agama.

Namun, perlu diperhatikan disini, hadiah hanya dapat diberikan jika seseorang itu memiliki. Saya memiliki kereta ini maka barulah saya mampu untuk menghadiahkan kepada seseorang. Kerana sememangnya kereta itu milik saya. Jika kereta itu bukan milik saya, adakah boleh saya hadiahkan? Tentu sahaja tidak!

Lalu, bagaimanakah agaknya keadaan seseorang yang dipaksa untuk memberikan hadiah?

“Eh! Mana ada kami paksa!?” Kami cuma kata, “kalau nak nikah dengan anak kami, kami nak letak hantarannya RM 10,000 memandangkan anak kami ini pun seorang doktor. Jika tak sanggup kita boleh bincang. Pihak lelaki sanggup bayar berapa?”

“Ha, macam mana Mamat!” Ayah kepada calon pengantin lelaki melemparkan soalan kepada anaknya.

Segera Mamat mencongak. Gaji aku sebulan RM 1200. Dalam akaun ada RM 5000. Kalau simpan RM 500 sebulan insyaAllah 10 bulan dapatlah RM 5000.

“Ayah! Ayah bagi tahulah pihak perempuan insyaAllah kita sanggup bayar jumlah tu. Tapi akad nikahnya tahun depanlah. Kita tunang sajalah dulu.” Mamat berbisik ke telinga ayahnya sambil menyeka keringat walau ruang tamu itu berhawa dingin.

“Beginilah. Kami setuju, tapi akad nikahnya tahun depan.”

“Alhamdulillah..” Keluarga perempuan bersorak.

Semua gembira, semua tersenyum tetapi hanya Mamat yang resah hatinya. 12 bulan diperlukan untuk menyimpan wang. “Ah! Tak apa demi cinta..” Pujuk hatinya.

Syukurlah si Mamat seorang yang mampu. Paling tidak dia mempunyai kerja tetap. Masih mungkin baginya untuk mengumpul wang. Keperluan peribadinya juga tidaklah banyak kerana dia masih tinggal bersama keluarga. Lalu bagaimana pula dengan mereka yang tidak seberuntung Mamat?

Tahukah kita kisah mereka yang tidak pernah terdetik di benak mereka soal rumah tangga. Bukan kerana tidak ada keinginan. Cuma kerana tidak sanggup menerima kenyataan bahawa diri tidak mampu.

Ramai yang tidak sedar akan hal ini. Saya sendiri baru perasan bila melihatnya sendiri. Pada mulanya, budaya hantar menghantar ini menjadi amalan golongan yang berada  sahaja. Lama kelamaan ia semakin merebak. Apa lagi jika suasananya di kampung. Masing-masing suka bersaing. Siapa yang anaknya kerja di Kuala Lumpur dengan pekerjaan yang terpandang, tentulah akan mengisi senarai hantaran termahal. Tanpa sedar masing-masing mula bersaing walau tiada yang menyuruh tidak juga menganjurkan.

Pernah suatu ketika saya mendengar kisah yang berlaku di sekitar kampung saya. Seorang teman ibu masuk rumah dengan keadaan agak pucat dan tidak lalu makan. Segera dia berkata, “jiran awak pun meletak hantaran sedemikian tinggi! Lalu anak kita ni nanti nak kawin dengan siapa??” Seakan-akan dia tidak dapat menerima kenyataan mereka yang faham Islam turut membudayakan amalan ini. Jika orang yang memahami Islam sahaja belum mampu meninggalkan budaya ini bayangkanlah bagaimana penerimaan orang yang tidak memiliki idea Islam di dalam minda mereka.

Mungkin inilah rahsia mengapa Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat yang kaya raya untuk melaksanakan walimah hanya dengan kambing sahaja. Walhal, mereka sanggup sekali untuk laksanakan dengan penuh kemewahan. Unta mereka bukan satu dua tetapi ratusan. Bayangkan apa yang terjadi kepada umat Islam bilamana budaya ini menjadi kebiasaan. Seluruh sahabat yang kaya melaksanakan walimah yang hebat dan mewah. Tiba giliran orang miskin, sudah pasti mereka akan rasa begitu rendah diri. Hendak menjemput jiran yang kaya pun akan terasa segan. Terpecahlah umat Islam kepada golongan-golongan yang dahulu telah dihapuskan sejak awal penyebaran Islam.

Orang-orang kaya yang mampu untuk memberi hantaran yang tinggi melaksanakan majlis yang mewah perlu untuk berfikir kembali kesannya kepada diri dan masyarakat. Orang-orang kayalah yang harus mendidik masyarakat cara hidup sederhana. Barulah orang yang sememangnya tidak terlalu kaya, selesa dengan apa adanya mereka. Sungguh tidak ada manusia yang mahu dinilai lebih rendah dari manusia-manusia lain.

Saya selalu bertanya kepada diri. Seandainya seorang wanita meletakkan hantaran untuk dirinya sebanyak RM 10,000. Dia kemudian dinikahi oleh seseorang yang mampu. Selesai. Namun, beberapa tahun setelah itu gilirin adiknya pula untuk menikah. Akankah seorang yang tidak mampu menyediakan RM 10,000 mahu masuk meminang? Jika berani sekali pun dia tentulah seorang yang nekad! Nasib malang untuk si adik seandainya dia terpaksa menjawat gelar ‘andartu’ sebagai kesan dari ‘kebaikan di tempat yang salah’ yang dilakukan oleh keluarganya kepada kakaknya.

Lalu jika 7 dari 10 buah rumah mengamalkan budaya hantaran yang tinggi ini di sebuah kampung. Orang dari kampung seberang pasti tidak akan berani memilih gadis-gadis dari kampung itu. “Jangan!! Penduduk kampung itu hantarannya tinggi!!” Nasihat penduduk sesama mereka.

Maka, apa yang terjadi hari ini tidak lagi menghairankan. Kita tidak perlu hairan mengapa ramai lelaki bahkan wanita dalam usia mereka yang hampir menceceh kepala empat pun masih tidak berkeluarga. Jawapan yang sering akan kita dengar, “Aku kahwin nantilah. Nak kumpul duit dulu!!”

Kita perlu faham bahawa perkahwinan ini suatu yang suci. Ia adalah ikatan iman. Mahar pula sebagai tanda pengikat. Jika hantaran dibebankan pula ia bukan lagi menjadi simbol kesucian. Bahkan tidak berlebihan jika kita katakan bahawa ia merupakan pencemar yang merosakkan kesucian nikah.

Lebih menyedihkan lagi, wang yang banyak itu, bukan digunakan dengan sebaiknya. Ia dibazirkan dalam pembaziran yang tentunya tiada nilai di sisi Allah. Bukan sekedar membazir, segala sen yang dibayar itu seakan menempah tiket ke neraka. Bagaimana tidak segalanya sarat dengan dosa!

Saya masih ingat kisah yang berlaku kepada seorang teman serumah saya dahulu. Ceritanya dia ditugaskan untuk membawa seorang tokoh Universiti Al-Azhar Mesir. Nama beliau, Mustafa Dusuki. Ketika dalam perjalanan menuju tempat tujuan dia meminta sahabat saya selaku sopir itu untuk singgah sebentar di walimah temannya. Itu juga diputuskan memandangkan, kewajipan menghadiri jemputan dan keluangan masa yang ada. Tiba di walimah itu, beliau sangat terkejut dengan walimah yang disambut dengan meruntuhkan segala prinsip-prinsip Islam. Melihat suasana itu, beliau berkata, “Jangan kalian minum atau makan apa-apa dari tempat ini. Sungguh tiada keberkatan di majlis ini. Jika tidak kerana hubungan kami (beliau dan pihak yang menjemput) tidak baik sungguh aku akan meninggalkan majlis ini serta merta.” Setelah sebentar, beliau pun meninggalkan tempat itu.

Beliau memberikan contoh kepada kami betapa isu keberkatan itu menjadi satu hal yang sangat penting. Berkat itu dinilai dari sudut yang sangat luas. Beliau tidak mengatakan makanan itu haram kerana sememangnya makanan-makanan itu tidak haram. Namun, suatu yang halal sekalipun tidak semestinya penuh berkah. Sebuah apel yang diberikan seorang yang bertaqwa jauh berbeza dengan apel yang diberikan oleh seorang yang fasik. Keberkatan berbeza disitu walau status halalnya sama.

Isu sebegini perlu dilihat dari sudut yang bukan bersifat direct tetapi perlu dilihat dari sudut kesan-kesan perubahan yang bakal berlaku kepada sesebuah masyarakat. Budaya zina hari ini sebenarnya bukan berlaku tiba-tiba di masyarakat kita. Ia menjelma dari sumbangan seluruh mereka yang memberikan beban kepada lelaki untuk berkahwin. Menjelma kerana kita sendiri yang mempersusah perkahwinan. Betul, mereka yang berzina adalah yang lemah iman. Tapi kita yang kuat iman ini hanya mempertahankan diri lalu menghambakan diri kepada adat sehingga menyebabkan adat diterimapakai lalu mereka yang lemah iman pula menjadi mangsa!

Saya sangat yakin, naluri lelaki, sangat-sangat ingin untuk memberi. Bahkan, lelaki secara semulajadinya tidak risau untuk berkongsi miliknya dengan orang lain apalagi sang isterinya sendiri. Tetapi hati-hati, berkongsi tak sama dengan membeli. Lelaki akan menjadi ‘lain’ jika pendekatan yang digunakan adalah jual beli.

Saya pernah mendengar perbincangan dengan teman-teman kaum hawa mengenai hal ini. Menurut mereka mahar yang tinggi dan hantaran ini boleh dijadikan ‘insuren’ jika nanti tiba-tiba berlaku perceraian dan sebagainya. Para artis yang memenuhi dada akhbar bersama berita perceraian mereka di mahkamah itu tidak terlepas dari isu mahar dan hantaran ini. “Kita dah tak ada cinta so i nak hak i!”

Menurut saya, bukan itu sebagai jaminan. Apa yang boleh menjamin adalah keimana dan ketaqwaan. Jika anda seorang yang beriman dan bertaqwa, Allah pasti akan menjodohkan dengan orang yang beriman dan bertaqwa juga. Orang yang bertaqwa memberi jaminan bukan seperti jaminan mahar dan hantaran itu. Orang yang beriman ketika menceraikan isterinya, dia pasti akan takut kepada Allah dan menjalankan tugasnya selaku bekas suami kepada bekas isteri dan anak-anak sebagaiman yang Allah perintahkan. Mereka tidak akan menceraikan dan sudah. Titik. Tidak begitu. Tanggungjawab yang mereka emban ketika akad bukan sekedar kepada isteri tetapi juga kepada Allah.

Jika boleh saya cadangkan, ayuh sama-sama kita kembali kepada sunnah. Tidak salah menceriakan suasana dengan penyerahan hadiah di hari penuh sejarah tetapi biarlah sekedarnya. Biarlah ia benar-benar hadiah yang bukan diberikan kerana terpaksa. Pihak perempuan jika mahu menerima dari pihak lelaki silakan terima. Tapi tidak perlulah meminta apa yang tidak sepatutnya dipinta.

Lalu bagaimana nak buat kenduri? Buatlah dengan apa yang ada. Sahabat dulu, walimah mereka hanya dengan susu. Ada juga yang hanya dengan tamar. Bahkan saya sendiri pernah menghadiri sebuah walimah pada tahun lepas di sebuah kampung berdekatan kota Iskandariah Mesir yang hanya menjamu air kotak untuk masyarakat yang hadir. Tidak pun ada yang mencemuh. Tidak pula pihak keluarga pengantin perempuan dan lelaki rendah diri. Sungguh yang demikian lebih baik. Sama-samalah kita hantarkan ketaqwaan pada hari bahagia ini.