Blog Taqeyyabella » Tazkirah

Kematian
Hari ini seorang dari jiran kami meninggal dunia. Nama beliau Pak Cik Ramly. Semoga amal baik beliau diterima Allah dan segala dosa diampunkan Allah. Isteri beliau dulu pernah meminta saya membantu beliau untuk mengembalikan memori terutama berkaitan bacaan dalam solat. Lama sudah diminta tetapi saya tidak sempat memenuhi permintaannya. Hinggalah suatu hari kami sepakat untuk melaksanakan aktiviti itu pada malam hari. Sebagai seorang yang telah mengalami stroke beliau memiliki kemampuan dan kekuatan yang terbatas. Alhamdulillah saya berjaya menghadirkan diri ke rumah beliau yang hanya dipisahkan oleh jalan raya. Rumah beliau disebelah kiri rumah di hadapan rumah saya. Pada hari berikutnya (hari setelah hari saya hadirkan diri ke rumah beliau), beliau telah jatuh di bilik air dan cedera. Setelah itu isteri beliau memberitahukan bahawa beliau sakit. Maknanya tidak ada lagi kelas sehingga beliau sembuh.

Ternyata Allah berkehendak untuk memanggil beliau sebelum kelas kedua berlangsung. Kelas itu merupakan yang pertama dan yang terakhir. Saya hanya membacakan bacaan solat dari mula hinggalah akhir. Ketika saya mengucapkan “assalamualaikum” tanda berakhirnya solat. Beliau mengulangi ucapan itu sambil terisak dan menangis. Semoga Allah mengampuninya dan menerima amalannya. Amin.

Ketika saya ziarah ke rumah beliau dan membacakan Surah Yasin, saya merenung bahawa setiap kita akan tiba giliran masing-masing. Malaikat maut menjenguk kita setiap hari.

Berfikir mengenai kematian. Kematian sebenarnya adalah sebahagian dari keimanan. Mempercayai dekatnya seseorang dengan mati akan menghantarkannya kepada ketaqwaan. Ibu bapa perlu sering mengingatkan sang anak mengenai kematian. Sang anak pula jangan bosan mengajak ibu bapa mengenaikan kematian. Biar bila kematian datang kita tidak terkejut. Sangat beruntung mereka yang menerima kunjungan malaikat maut dengan ketenangan. Berbekalkan ketaqwaan yang akan menjadi saksi di hadapan Tuhan.

Kematian akan datang kepada kita walau kita berusaha lari daripadanya. Malang bagi mereka yang pura-pura lupa tentang mati. Kerana ketika kematian tiba merekalah orang yang paling rugi. Harta dan kekuasaan yang dikumpul di dunia tak mampu diusung bersama keranda. Kekayaan mereka yang melengahkan mereka dari mengumpul kekayaan hakiki setelah kematian menjadikan mereka seorang yang fakir. Malang sekali. Sangat tepatlah ungkapan bahawa setiap yang mati akan menyesal. Menyesal akan sedikitnya kebaikan yang dilakukan dan menyesal akan keburukan yang telah dilakukan.

Ya Allah, jadikanlah kami tergolong dari mereka yang bersedia menerima kematian. Gigih mengumpul bekal pahala untuk dipersembahkan kepadaMu di hari hisab. Tergolong dalam golongan mereka yang Engkau beri nikmat dan dimasukkan ke dalam syurgaMu ya Allah. Amin.

Makan Dengan Nama Allah
Allah SWT menciptakan manusia secara semula jadinya bergantung kepada banyak hal seperti oksigen. Tanpa oksigen manusia tak bisa hidup. Selain dari oksigen, manusia juga bergantung kepada makanan yang menjadi sumber enegri. Tanpa makanan manusia akan mati kebuluran. Ketergantungan manusia kepada makanan dan minuman membuatkan manusia melakukan aktiviti makan dan minum berkali-kali satu hari. Ada yang sampai 5 kali sehari. Mereka yang miskin kadang berpuas hati dengan hanya sekali sehari. Tiada yang mampu hidup tanpa makan. Kalau pun boleh bertahan, ia hanya untuk jangka masa yang pendek sahaja.

Dalam ramai manusia yang makan pada waktu makan entah makan pagi, tengah hari atau malam, tidak ramai dari mereka yang benar-benar makan dengan perasaan penuh kesyukuran. Ada yang makan dengan keadaan yang tidak wajar. Ada juga yang makan sambil melakukan hal yang tak patut. Malah tidak sedikit yang makan sambil bergaduh.

Pernahkah kita berfikir apa yang membezakan seorang yang beriman dan seorang yang tidak beriman jika diperhatikan dari sudut makan memakan ni?

Satu hal yang ketara perbezaannya adalah doa.

Mereka yang beriman dituntut membaca doa. Antara doa yang masyhur dan pendek berbunyi, “Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan lindungi kami dari api neraka.”

Semua orang makan tapi tak semua orang mendapat keberkatan makanan.

Semua orang mendapat kenyang dari makanan tapi tak semua orang menggunakan kekenyangan untuk menghambakan diri kepada Allah. Untuk mempersembahkan kehidupan yang terbaik kepada Sang Pencipta. Semua orang makan tapi tak semua yang makan mendapat perlindungan Allah dari neraka. Semua orang makan tapi begitu sedikit mereka yang menjadikan makan sebagai sebab menuju syurga.

Masih tidakkah kita melihat siapa kita setiap kali kita makan?

Semoga setiap kali kita makan menempatkan kita di tempat yang sepatutnya. Menyedarkan kita akan kehambaan kita. Mendekatkan kita kepada yang memberi makanan. Agar makan bukan sekedar makan. Agar makan menjadi alasan terselamat dari neraka.

Allahumma barik lana fima razaktana wa qina azabannar.. Amin.

Sabar Separuh Daripada Iman??
Betulkah sabar itu separuh daripada Iman?

Ini adalah ungkapan para ulama yang telah memerhati dan menteliti perihal manusia dalam kehidupan di dunia ini. Manusia dalam kesehariannya pasti akan bertemu antara dua perkara, perkara yang menyenangkannya atau perkara yang sebaliknya.

Allah SWT menjadikan kehidupan manusia ini keseluruhannya adalah peluang untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan menuju ke arahNya. Maka, ketika hal yang menggembirakan berlaku pintu menuju Allah adalah syukur sedang ketika hal yang kurang disukai berlaku maka pintu yang terbuka adalah sabar.

Mengenai hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda, “Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang mukmin) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.” Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim (7425).

Nidaur Rahman
Nidaur Rahman atau seruan Rahman. Ar-Rahman sentiasa menyeru hamba-hamba yang dikasihi. Menyeru dengan bisikan nurani. Menyeru dengan peristiwa. Menyeru dengan petanda. Malah yang paling zahir Ar-Rahman menyeru dengan kata-kata.

Seruan berupa kata-kata Allah jelas termaktub di dalam Al-Quran yang wujudnya akan kekal sehingga hujung usia bumi. Adalah suatu yang wajar untuk menjawap atau paling tidak memberi perhatian ketika nama kita diseru.

Seandainya kita merupakn seorang Doktor dan kita sedang duduk semeja dengan beberapa orang teman yang bukan sejawat dengan kita, kemudian hadir seseorang dan menyeru, “Wahai Doktor” tentu kita akan memberi perhatian kepada dia yang menyeru itu. Hanya aku yang bergelar doktor di meja ini maka aku harus memberi perhatian kepadanya. Ada kesedaran dan perasaan kepemilikian. Bahkan kita akan merasa seakan-akan kita mengkhianati diri dan mengkhianati gelar kita jika kita bersikap tidak acuh atas seruan itu. Seandainya gelaran yang kita sandang itu besar nilainya disisi status masyarakat, maka sikap kita perlulah setaraf dengan ketinggian nilai gelaran kita itu. Perdana Menteri sebagai contoh. Ia merupakan gelar yang hanya disandang oleh satu orang sahaja di sesebuah negara. Seandainya dia yang menyandang gelar sebesar itu dan tidak mengendahkan ketika ada yang menyerunya dengan gelaran itu, maka dia sendiri telah membuat sebuah penafian terhadap dirinya dan terhadap gelarannya.

Begitu halnya dengan seruan yang datang dari Allah SWT Ar-Rahman. Ketika Allah SWT menyeru “wahai manusia..” maka seruan itu berupa sebuah seruan yang umum. Meliputi semua yang berkaki dua, bertangan dua, bermulut satu, bermata dua, bertelinga dua, mampu berfikir dan mampu berbicara. Maka adalah selayaknya mereka bercicikan itu untuk memberi perhatian atas seruan yang diucapkan.

Apabila Allah SWT menyeru “wahai orang yang beriman..” maka Allah SWT telah membuat sebuah pengkhususan. Sebuah pengkhususan yang membezakan sebuah golongan dari keseluruh manusia yang ada di atas muka bumi ini. Golongan yang paling mulia disisiNya dan disisi seluruh penghuni langit dan bumi. Gelar yang diberikan kepada golongan ini adalah harga, nilai dan martabat yang melayakkan golongan ini mendapat keistimewaan layanan dari Allah SWT.

Abdullah Ibn Mas’ud RA pernah suatu ketika diminta agar memberi wasiat kepada seseorang. Maka berkatalah Abdullah Ibn Mas’ud RA, “ketika Allah SWT menyerumu maka berikanlah kedua pendengaranmu kepada seruan itu. Sungguh tidak akan datang setelah seruan itu melainkan kebaikan yang akan diperintahkan atau keburukkan yang akan dilarang.”

Menangislah wahai kalian yang mengaku beriman sedang kalian belum memberikan sepenuh perhatian kalian kepada seruan Allah SWT. Menyesallah wahai kalian yang mengaku beriman jika seruan terhadap kalian belum kalian endahkan. Hinakanlah diri kalian yang mengaku beriman sedang seruan Ar-Rahman belum menarik hati kalian untuk memalingkan minda dan hati kalian kepadanya. Padahal yang menyeru merupakan Zat Maha Agung yang menciptakan kalian. Menghidupkan kalian dari tiada. Mematikan dan akan menghidupkan kalian semula lalu memberi setiap dari kalian ganjaran atas apa yang kalian perbuat. Ya, seruan itu berasal dari Zat Maha Tinggi yang selayaknya mendapat perhatian kalian lebih dari apa yang ada di bumi dan seluruh isinya. Seruan itu bahkan lebih bermanfaat dari ketujuh langit dan segala isinya. Seruan itu adalah dari Tuhan kepada kamu selaku hamba.

Mari kita ajak diri kita untuk memberikan sepenuh perhatian kepada seruan Ar-Rahman agar gelar yang diberikan kepada kita benar-benar menjadi identiti kita. Jika kita mendengar “wahai orang beriman..” serahkanlah seluruh anggota tubuh kita kepada seruan itu, agar ia berkesan di minda kita, terpahat di hati kita, terpancar di dalam seluruh pergerakkan kita. Barulah akhirnya kita layak mengakui sebagai seorang yang beriman.