Blog Taqeyyabella » Sikap

Mendidik Sex
Akhbar online MalaysiaKini semalam melaporkan Persatuan Ulama Malaysia menggesa Kerajaan agar mengkaji semula pendidikan sex yang ingin diterapkan di dalam silibus sekolah bermula dari seawal tahun satu. Ia sememangnya wajar bagi kerajaan untuk merujuk perkara tersebut memandangkan ia suatu yang besar dan berkait banyak hal lain.

Sebelum memutuskan suatu perkara yang besar seperti pendidikan sex yang akan diterapkan di peringkat negara memang sangat wajar perbincangan yang mendalam dilakukan oleh para pakar. Pakar psikologi, pakar pendidikan, tokoh agama bahkan guru-guru kaunseling dan guru besar yang berpengalaman menangani kes-kes gejala sosial perlu duduk berbincang. Kita hari ini bukan berada di suatu keadaan yang boleh dilakukan ‘percubaan’ apalagi berkait dengan suatu yang mempunyai nilai risiko yang sangat tinggi. Bayangkan apa yang akan terjadi jika kesan dari pendidikan sex adalah suatu yang negetif.

Bicara mengenai positif dan negatif, kita perlu melihat dengan lebih mendalam. Positif dan negatif dalam hal ini perlu dinilai dari keadaan sosial masyarakat dan bukan jumlah bayi yang dibuang menjadi ukuran. Jika pendidikan sex memberi penerangan mengenai beberapa hal yang perlu diketahui setiap individu agar dapat mencegah  berlakunya pembuangan bayi maka itu bukan menutup kemungkinan akan tidak berlakunya hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Malah, amat menakutkan jika jumlah pembuangan bayi semakin berkurang tetapi perzinaan semakin berleluasa. Itu bahkan merupakan awal dari sebuah kehancuran.

Di barat sebagai contoh, atau di negara-negara lain yang majoriti penduduknya bukan Islam dan mengamalkan pendidikan sex disekolah sebenarnya bukanlah lebih baik dari Malaysia. Mungkin kita mengalami keadaan yang teruk, memalukan dan mungkin terasa hina bilamana kes buang bayi di Malaysia mencecah jumlah yang sangat banyak. Tetapi kita perlu menyedari bahawa walau seteruk itu, masyarakat kita masih lebih bersih dari masyarakat yang mengamalkan pendidikan sex tanpa berpandukan agama.

Gadis-gadis di Malaysia secara majoriti masih merupakan perawan dan jejaka-jejaka di Malaysia juga masih merupakan teruna sehinggalah mereka melangkahkan kaki ke gerbang perkahwinan. Saya tidak mempunyai fakta mengenai hal ini. Baiklah, katakanlah gadis-gadis dan jejaka-jejaka di Malaysia sudah pun melakukan hubungan sex seawal usia 15 tahun, adakah pendidikan sex dapat mengubah keadaan itu!?

Saya sangat yakin pendidikan sex tidak dapat mengubah keadaan itu. Ini kerana, pengetahuan semata tidak cukup menjadi penghalang. Malah, setelah mengetahui perkara berkaitan itu, mereka boleh mempraktikkan dengan mengambil jalan yang lebih selamat.

Amat menyedihkan apabila kita menemukan kes-kes yang jauh lebih buruk yang berlaku di Barat. Golongan petani di beberapa negara barat tidak membenarkan adanya perkahwinan kerana khawatir harta atau tanah mereka akan terpecah-pecah disebabkan perkahwinan. Seseorang boleh saja melakukan hubungan dengan anak gadis keluarga petani bahkan boleh memiliki anak dari hubungan itu selagi orang tersebut mahu tinggal disitu dan menjalankan tugas sebagai petani. Dengan demikian tanah tetap menjadi milik keluarga dan mereka tinggal bersama-sama. Malah, tidak menghairankan bagi mereka untuk melakukan hubungan sesama ayah/ibu dan anak dengan sukarela kerana bagi mereka hal itu hanyalah keperluan biologis.

Hal yang sama berlaku di barat ketika mereka mengakui bahawa hubungan sex boleh dilakukan dengan siapa sahaja asalkan dalam keadaan ‘win-win’. Aku perlu, kamu mahu, kita saling menikmati dan jika selesai maka berakhirlah segalanya, Saya tidak mengenali kamu dan kamu juga tidak pernah bertemu dengan saya. Masih banyak lagi perkara lain yang lebih dahsyat dari itu yang berlaku di negara-negara yang mengamalkan pendidikan sex di sekolah mereka.

Isu buang bayi di Malaysia memang kelihatan sangat buruk dan sangat memalukan, tetapi ia bukan kerana teruknya masyarakat Malaysia. Ia berlaku kerana sememangnya keadaan di Malaysia memaksa. Masyarakat kita tidak merestui hubungan yang tidak sah. Mereka yang terlanjur terpaksa membuang bayi itu sebagai solusi bagi mereka kerana sangat terdesak. Anak tanpa bapak yang sah susah di daftarkan dan susah untuk mendapatkan surat beranak. Bahkan di hospital pun diminta dokumen sah sebelum sambutan bayi dilakukan. Maka, mereka yang terlanjur ini tidak dapat menyelamatkan keadaan lagi. Mereka tidak berani untuk membeli kondom kerana malu atau mungkin juga tidak tahu fungsinya. Pada masa yang sama mereka juga tidak dapat mengawal lagi emosi mereka. Sana sini mereka melihat adegan pelukan ciuman di kebanyakan filem. Bahkan, mereka mungkin melihatnya di Internet. Semua itu menjadikan zina sangat mudah dan akhirnya bayi yang menjadi mangsa.

Jika pendidikan diterapkan, bayi tidak lagi dibuang, tetapi masyarakat semakin selesa dengan zina. Semua orang tahu bagaimana melakukannya dengan selamat. Semua orang tahu apa yang perlu dilakukan agar mencegah kehamilan. Lalu apakah yang tinggal untuk kita banggakan!?

Sebaliknya, kerajaan perlu yakin bahawa penyelesaiannya adalah dengan menerapkan Islam secara menyeluruh. Rancangan TV, drama, filem, perlu dikaji semula. Bahan bacaan, novel dan sebagainya perlu dikawal. Pergaulan antara lawan jenis perlu dibatasi dan dikawal. Perkahwinan perlu dipermudahkan. Para jejaka dididik untuk bertanggungjawab. Para gadis diberi pendidikan agar menjadi wanita sholehah yang mampu mendidik anak dengan baik. Jika pembentukan yang berasaskan agama dan ilmu yang kita terapkan. Maka kita akan menghasilkan masyarakat yang lebih sihat jasmani dan emosi. Masyarakat akan lebih berpotensi dan lebih kehadapan kerana masing-masing diperkenalakan mengenani peranan dan tanggungjawap.

Semoga Allah sentiasa memelihara kita dari segala keburukan. Pelihara aqidah dan akhlak masyarakat kita. Mereka yang telah berzina masih Allah berikan peluang untuk memohon taubat. Tapi mereka yang tidak percaya dengan hukum Allah, tidak percaya dengan agama Allah, tidak percaya dengan perintah Allah lalu ingin menggantikan dengan apa yang mereka fikirkan baik padahal mereka tidak tahu, maka sungguh itu lebih merbahaya dari sekedar melakukan dosa.. Wallahua’lam..

Sikap Terhadap Keilmuan
Masyarakat Islam di Malaysia akhir-akhir ini dikejutkan dengan sebuah kejadian bersejarah. Seorang bekas mufti ditahan oleh sebuah jabatan agama negeri. Katanya, penahanan adalah kerana beliau tidak mendapatkan tauliah dari jabatan tersebut.

Isu ini mengundang begitu banyak komentar. Bahkan isu ini juga menjadi bahan atau alat oleh golongan tertentu untuk menjayakan usaha mereka. Kita serahkan sahaja semua itu kepada Allah SWT.

Kehadiran sosok Mohd Asri Zainul Abidin ke Malaysia telah membawa sebuah arus yang baru. Arus ini menjadi besar dan mendapat perhatian masyarakat dengan serius ketika beliau menjawat sebagai mufti di Negeri Perlis.

Kehadiran beliau disambut dengan begitu banyak tindak balas entah itu bersifat mendukung atau pun membangkang. Bahkan gerakan beliau sering kali dikaitkan dengan gerakkan Wahabi atau Salafi.

Penulis tidak bercadang untuk membahas hal-hal berkaitan beliau kerana semamangnya penulis tidaklah mengikuti setiap yang berlaku ke atas beliau. Tidak pula mengikuti setiap tulisan dan ceramah beliau.

Apa yang ingin penulis ketengahkan adalah bagaimana kita merespon sesuatu terutama di dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama. Penulis sering kali mendengar orang-orang disekeliling penulis berkata tentang pengecualian bahagian dari keilmuan islam untuk diketahui oleh masyarakat awam. Mereka berkata sebagai salah satu contoh, “hal ini tidak perlu diberi tahu kepada masyarakat kerana akan menimbulkan banyak persoalan..” atau seperti, “buat apa isu ini dibahas masyarakat kitakan dah sebati dengan hal yang sebegini..”

Penulis bukanlah pengkaji atau pun pakar dalam bidang berkaitan sosiologi atau keagamaan. Tetapi apa yang penulis tahu bahawa Islam mewariskan sebuah khazanah ilmu dan disiplin ilmu dalam setiap cabang-cabangnya yang sangat melimpah ruah. Kajian ulama terdahulu terhadap teks Al-Quran yang bersifat maftuh (maftuh : terbuka, atau relevan sejak ia diturunkan sehingga akhir usia bumi) dan Sunnah Nabawiyyah menjadikan ulama-ulama terdahulu berijtihad dan memberi fatwa atas banyak hal-hal semasa mereka. Kajian-kajian menjadi bekal yang sangat-sangat berharga bagi umat Islam di zaman ini dan di zaman akan datang. Malangnya, kegairahan umat Islam bangkit dari keterpurukkan yang multidimensi membuatkan masyarakat Islam hari ini meninggalkan sebahagian besar atau malah keseluruhan dari khazanah ini. Lahirlah generasi yang hanya menerapkan Islam atas dasar ikut (taqlid). Jika ditanya mereka mengapa mereka lakukan ini dan itu mereka menjawap  kerana kami melihat nenek moyang kami melakukan seperti ini.

Hal ini sebenarnya sangat diperangi oleh Islam. Islam mewajibkan seluruh manusia untuk membaca (Iqra’, yang kemudian diartikan sebagai belajar, mengkaji dan sebagainya) agar manusia yang dibebankan tugas bertanggungjawab sepenuhnya atas segala perlakukan yang dilakukan selama dia hidup.

Masyarakat Islam di belahan bumi mana saja pada zaman ini tidak lagi menganggap perihal mengkaji khazanah keilmuan Islam sebagai suatu yang utama. Bahkan, tidak sedikit dari mereka yang menganggap bahawa kajian-kajian itu akan membuang banyak masa dan tenaga. Namun kesan dari sedikitnya ilmu, pada akhirnya membuatkan masyarakat Islam bingung dan cemas ketika dihadapkan dengan permasalahan yang memerlukan bekal maklumat dari khazanah Islam yang ditinggalkan tadi. Akhirnya masyarakat hanya mencuba nasib, jika beruntung, Islam selamat dan jika tidak, beruntung Islam tergadai.

Melihat realiti masyarakat seperti ini gerakkan ilmu perlu digoncangkan di dalam masyarakat. Masyarakat perlu menyedari bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung harap kepada pendapat orang lain dalam tindakkan sendiri. Tindakkan sendiri perlulah berlandaskan fahaman diri yang jelas dan mantap. Maka, mahu tidak mahu, suka tidak suka, masyarakat perlu dipalingkan kepada sebuah perkara besar iaitu khazanah keilmuan Islam.

Ilmu dalam Islam tentunya bersumberkan kepada Al-Quran sebagai nas maftuh yang layak dikaji dan dipelajari setiap saat. Memahami Al-Quran perlu didampingin As-Sunnah yang mengandung aspek sejarah dan penerangan dari Al-Quran. As-Sunnah berada ditahap kedua setelah Al-Quran.

Sifat nas Al-Quran yang bersifat maftuh membolehkan seseorang untuk menafsirkannya berpandukan disiplin-disiplin ilmu seperti penguasaan bahasa Arab dan segala cabang ilmunya, menguasai ilmu-ilmu tentang qiraat dan asbab nuzulnya dan lain sebagainya. Dengan demikian penafsiran seseorang amat sangat terdedah kepada kebenaran dan kesalahan. Jika dalam memahami Al-Quran sahaja halnya demikian maka tidak berbeza hal dalam memahami sunnah, fikah dan semua cabang ilmu Islam lainnya.

Imam As-Syafie sendiri pernah berkata, “Pendapatku benar condong kepada salah, dan pendapat selainku salah condong kepada benar..” Itulah hakikatnya manusia.

Berkait dengan fenomena Ust Asri, penulis perlu mengakui bahawa Ust Asri telah banyak berjasa mengajak masyarakat Malaysia yang dulu tidak concern akan perihal agama menjadi sangat concern. Tanpa perlu mempertikaikan pendapat beliau yang penulis yakin pasti sentiasa terdedah kepada silap dan salah seperti juga terdedahnya pendapat siapa saja. Apa yang penulis kecewakan adalah bagaimana tindak balas bagi mereka yang tidak setuju dengan beliau. Pada hemah penulis, dikarenakan beliau membawa gerakkan yang beliau namakan tajdid dalam agama melalui saluran keilmuan, maka adalah sepatutnya dan sewajarnya bagi mereka yang tidak bersetuju atau memiliki pendapat lain untuk turut menggunakan saluran yang sama iaitu saluran kelimuan.

Kita sudah perlu menyedari bahawa kita adalah manusia yang Allah SWT karuniakan akal. Betul akal manusia sangat terdedah kepada kesalahan, tetapi akal inilah sebenarnya menjadi ciri khas yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Ini kerana akal menjadikan manusia bertanggung jawap atas segala sikap dan tindakan. Maka, menggunakan saluran keilmuan adalah satu-satunya penyelesaian bagi konflik yang melanda ini. Benarlah kata-kata yang berbunyi, “jika kalian berselisih maka kembalilah kepada Al-Quran”. Mengapa? Kerana Al-Quran merupakan sumber utama keilmuan dalam Islam.

Jika Ust Asri berpendirian mengatakan suatu perkara adalah bid’ah dengan menghadirkan hujah-hujah yang beliau pegang. Maka, adalah sangat-sangat wajar bagi mereka yang tidak bersetuju mengatakan pendapat mereka dengan menghadirkan hujah-hujah mereka. Dengan demikian masyarakat telah dihulurkan dengan maklumat yang jelas dari setiap ulama yang ada di negara kita. Hal ini tentunya akan membantu masyarakat untuk bersikap dan bertindak dan memilih dari semua pendapat yang menurut mereka lebih baik dan lebih tepat. Barulah suasana keislaman berlandaskan faham dan bukan taqlid.

Umat Islam perlu berjiwa besar. Berjiwa besar untuk mampu menerima pendapat mereka yang tidak sama dengan kita. Berjiwa besar untuk menerima kesan dari perjalanan proses mendewasakan masyarakat dengan ilmu. Jangan kecil hati jika mereka tidak sependapat dengan kita. Dan jangan berkecil hati jika ada yang meninggalkan kita dan memilih pendapat selain kita. Bukankah kita hanya berusaha atas apa yang kita yakini dan kita fahami? Serahkanlah segalanya kepada Allah.

Pada akhirnya penulis ingin mengajak diri penulis dan semua pembaca tulisan ini agar kita mengingatkan diri kita bahawa kita bukan sahaja ditugaskan sebagai khalifah yang diantara tugasnya adalah menyeru kepada Allah, akan tetapi kita juga adalah madh’u (orang yang diseru kepada Allah). Jika kita adalah dai (yang menyeru) dan pada masa yang sama kita juga madh’u (orang yang diseru kepada Allah) maka adalah selayaknya bagi kita untuk menerima pandangan orang lain. Jangan hanya mahu menasihati tetapi kita juga perlu menerima nasihat orang lain. Kita tidak selamanya betul dan orang lain tidak selamanya salah. Rasulullah SAW saja mendapat nasihat dan teguran dari Allah. Inikan lagi kita yang tidak ma’shum. Carilah orang yang mahu menegur kita, dan menegur kelompok kita, siapa tahu dengan teguran itu kita akan lebih dekat kepada yang Maha Esa. Apa yang pasti kita semua akan menuju kepada Allah.

Curigai Diri Anda!
Curiga-mencurigai adalah suatu yang tidak baik. Apalagi kalau curiga yang mendorong kepada hasad dan dengki. Namun setelah kita menteliti dari beberapa peristiwa yang sering kita dengar dari sejarah akan perihal para sahabat Rasulullah SAW, kita menemukan bahawa mereka ternyata sangat suka bercuriga. Bezanya antara kita hari ini, curiga kita lebih kepada hal-hal yang tak patut dan melibatkan orang lain sedangkan mereka mencurigai hal-hal yang perlu dicurigai dan melibatkan diri mereka sendiri. Ya, mereka mencurigai diri mereka sendiri!!

Sering kita dengar mengenai para sahabat yang menangis kerana curiga amal mereka tidak diterima. Ramai dari mereka ketakutan mencurigai iman dan taqwa di hati mereka. Ramai dari mereka curiga amal mereka tidak ikhlas dan dipenuhi riak.

Contoh yang sering kita dengar kisah Saidina Umar RA yang bertanya kepada Huzaifah Bin Yaman RA. Huzaifah dikatakan sebagai seorang yang selalu bersama Rasulullah SAW lalu Saidina Umar bertanya adakah beliau pernah mendengar Baginda mengatakan perihalnya, Saidina Umar curiga dirinya tergolong dari mereka yang munafik.

Imam Hasan Basri pernah berkata, “Orang munafik selesa dengan kemunafikan mereka (sehingga tidak sedar akan diri mereka munafik) sedang orang mu’min gelisah takut diri tergolong dari mereka yang munafik (kerana sentiasa merasa diri mereka munafik)”

Sikap ini perlu kita contohi. Kita perlu sentiasa curiga akan diri kita sendiri. Curigailah hati dan kandungan iman serta taqwa di dalamnya. Curigailah niat anda siapa tahu ada riyak di dalamnya. Curigailah langkah anda siapa tahu menuju ke arah yang tidak sepatutnya. Curigailah ringan tulang anda siapa tahu anda mengharapkan sesuatu dari selain Allah. Curigailah harta anda siapa tahu ada hak orang lain padanya. Curigailah solat anda siapa tahu tiada khusyuk di dalamnya. Curigailah masa anda siapa tahu ada lagha di dalamnya. Curigailah makanan anda siapa tahu ada haram padanya. Curigailah kata-kata anda siapa tahu ada bohong padanya. Curigailah isteri dan anak anda siapa tahu mereka jauh dari kebaikan dan dekat pada kemungkaran. Curigailah curigailah dan curigailah.. Mari sama-sama kita mencurigai diri kita demi mencapai tahap yang lebih baik.

Madinah Al-Muanawwarah vs Republik Arab Mesir
Mungkin tajuk tulisan ini agak provokatif. Pasti yang membaca tertanya-tanya ‘vs’ seperti apakah yang ingin dibahas. Tulisan ini bukan untuk memenangkan mana-mana pihak atau mengalahkan pihak lainnya. Tulisan ini hanyalah menjadi coretan yang sesuai dibaca oleh mereka yang ingin membuat pilihan antara meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Mesir atau di Madinah.

Topik ini menjadi pilihan kerana dua sebab : 1. Adik penulis baru sahaja diterima di Universiti Islam Antarabangsa Madinah dan 2. Ramai sahabat-sahabat penulis yang selalu bertanya mengenai pendapat penulis antara kedua tumpuan penuntut ilmu ini.

Adik penulis bernama Abdul Musawwir Bin Shafruddin telah mendapat rahmat Allah SWT yang begitu besar dengan terpilihnya beliau sebagai pelajar yang telah lulus proses penapisan selama setahun. Pada Ramadhan tahun lalu beliau telah menyerahkan dokumen ketika temuduga di Universiti Islam Antarabangsa Madinah dan beberapa hari lepas beliau telah menerima khabar bahawa beliau tergolong dikalangan mereka yang diterima. Alhamdulillah. Sebuah nikmat yang tak terhingga besarnya bagi keluarga kami.

Beliau sebenarnya merupakan pelajar di Fakulti Usuluddin, Institut Studi Islam Darussalam (ISID). Jika diikutkan tahun depan beliau sudah layak menjadi Graduan dari institut tersebut. Hal ini turut mengundang persoalan kerana jika beliau meneruskan perjuangan beliau di Madinah bermakna beliau akan mengulang dari semester pertama. Sebahagian orang melihat bahawa ia sebuah kerugian kerana beliau harus menempuh 4 tahun lulus padahal beliau hanya perlu meneruskan setahun sahaja lagi untuk lulus di ISID.

Pernah suatu ketika ibunda mempersoalkan hal yang sama. Jawabku, mana mungkin layak untuk di bandingkan Madinah dan Ponorogo. Bahkan, Madinah dan Mesir sahaja tidak setanding. Madinah begitu mulia kerana menyimpan jasad sebaik-baik ciptaan Allah. Imam para rasul dan nabi, penghulu keseluruh manusia. Madinah mengandung belahan bumi yang dikenal sebagai ‘haram’. Tanah haram ini hanya ada tiga iaitu Makkah, Madinah dan Al-Quds atau Jerussalem. Ilmu yang telah beliau pelajar 2 tahun belakangan ini tetap sentiasa tersemat di hati walau tidak menghasilkan sijil.

Seorang sahabat semangat bercerita, “Saya dahulu diterima di Madinah namun, saya tolak kerana ingin mendapatkan ‘tarbiah’ di Mesir.”

Terkilan penulis mendengar kata-kata itu. Bahkan penulis tidak memberi apa-apa respon memandangkan sahabat baik itu sudah pun tiba di Mesir. Memang tiada guna untuk berkata kerana pilihan telah dibuat dan peluang telah lenyap.

Menurut penulis sahabat itu keliru beberapa hal. Pertama mengenai ‘tarbiah’. Apa yang kita faham tentang ‘tarbiah’. Bagaimana kita menyikapi ‘tarbiah’ dan berinteraksi dengan ‘tarbiah’. Tarbiah adalah pendidikan. Namun, ia digunakan sebagai istilah pendidikan khusus keagamaan dalam penerapan nilai-nilai suci agama ke dalam jiwa melalui pelaksanaan dan pengamalan. Tarbiah biasanya disediakan oleh mana-mana pertubuhan bagi membentuk rijal atau membentuk kader yang akan meneruskan perjuangan.

Secara peribadi penulis sangat menghargai dan mengagumi alasan sahabat tersebut dalam memilih Mesir sebagai tempat pengajian. Bahkan, jika dibanding dengan mana-mana tempat pengajian di dunia perlu penulis akui bahawa Mesir menyediakan seribu satu pengalaman berharga sebagai proses untuk mencapai target sebagai rijal. Namun, menurut hemat penulis mengutamakan Mesir dibanding Madinah adalah sebuah kesilapan yang amat besar.

Menurut penulis Mesir bukan satu-satunya tempat yang menyediadakan khidmat tarbiah. Bahkan tarbiah yang paling hebat adalah bukan selamat ditempat yang aman akan tetapi mampu menyelamatkan diri ditempat yang terancam. Seorang yang berusaha menyelamatkan diri dari seribu satu ancaman maksiat adalah orang yang lebih berjaya melalui tarbiah diri bahkan yang demikian lebih menjadikan dia seorang rijal hakiki.

Belajar di Madinah Munawwarah untuk sarjana muda selama empat tahun adalah sebuah rahmat yang sangat besar bagi seseorang. Ia menjadi rebutan jutaan orang walhal tempat yang disediakan hanya untuk beberapa ratus orang sahaja pertahun. Mereka yang telah menerima tawaran akan tetapi tidak pergi dianggap telah menzalimi orang yang gagal mendapatkan tawaran. Jika benar dia tidak ingin untuk pergi mengapa dia sebelumnya mengikuti temuramah. Ketidakpergian dia akan membuatkan satu quota untuk rakyat Malaysia hangus. Quota dia itu tidak akan diserahkan kepada orang lain. Sungguh ia merupakan sebuah kezaliman.

Hidup di Madinah itu sendiri merupakan sebuah rahmat yang tidak dapat dimungkiri. Ini jelas diperkukuh dengan hadis-hadis sohih mengenai kemuliaan Madinah, Mekah, Al-Quds di atas belahan bumi yang lain. Sebagai contoh hadis beriku :

وعن أبى سعيد الخدري رضي الله عنه فال فال رسول الله صلى الله عليه و سلم  لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد المسجد الحرام و مسجدى هذا و المسجد الأقصى متفق عليه

Dan dari Abi Sa’id Al-Khudri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak bersusah payah seseorang berpergian melainkan untuk menuju tiga buah masjid iaitu Majidil Haram, Masjidku ini dan Masjid Al-Aqsa (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas jelas menunjukkan keutamaan ketiga masjid ini dan kelebihan ketiga tanah suci ini. Belum lagi jika kita melihat dari sudut perbandingan pahala solat di ketiga masjid ini dengan masjid-masjid lain seluruh dunia. Keutamaan Madinah tidak kita nafikan lagi dengan terbukanya peluang bagi setiap pelajar di sana untuk dengan bebas melakukan umrah dan haji sesuka hati mereka. Subhanallah nikmat apakah yang lebih besar dari menjadi tamu Allah.

Terkelu diriku mendengar mereka yang terpilih namun enggan memenuhi tawaran tersebut. Nikmat seperti apakah yang lebih mulia dari berada disisi Rasulullah dan menjadi tetamu Allah di Masjidil Haram?

Sahabat yang lain pernah berkata, “Jangan belajar di Madinah, anda hanya akan menjadi wahabi!!??”

Mereka yang berfikiran sempit ini memang tidak pernah akan maju. Adakah semua orang yang menuntut di barat akan menjadi Kristien atau Atheist? Adakah mereka yang menuntut di Jepun akan menjadi penyembah matahari? Bahkan sejarah membuktikan pada zaman Fatimiyyah iaitu pemerintah yang mendirikan Azhar dan menjadikan Azhar sebagai sebuah institusi pendidikan Syiah terawal dan termaju namun tidak pun berjaya menukar Mesir menjadi negara Syiah walhal tempoh masa pemerintahan kerajaan Syiah cukup lama.

Apa yang lebih menarik lagi, jika mereka enggan belajar di Madinah lalu memilih Mesir, adakah Mesir begitu berbeza dari Madinah? Setahu penulis pengalaman solat berjemaah di Masjid Azhar menerapkan hampir 100% cara pelaksanaan ibadah seperti mana yang diterapkan di Masjid Annabawi dan Masjidil Haram. Mengapa tidak mereka mengatakan bahawa belajar di Mesir juga akan jadi wahabi!!

Ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang beranggapan demikian belum memahami tradisi keilmuan dalam islam dan tradisi bermazhab. Bahkan tidak salah jika kita mengatakan bahawa mereka ini mungkin dipengaruhi sikap fanatik yang tidak sihat.

Penulis tidak berusaha menafikan perbezaan yang ada antara Madinah dan Mesir. Bahkan adalah suatu yang sangat tidak logik jika tidak ada perbezaan antara dua benda atau perkara. Namun, penulis cuba mengajak agar kita melihat dengan pandangan yang lebih luas dan terbuka lalu mengakui segala kelebihan dan kekurangan di setiap tempat itu.

Menurut penulis, perbezaan yang terjadi antara Madinah dan Mesir atau tempat-tempat lain adalah perbezaan yang dapat diterima. Perbezaan-perbezaan itu tidak menjejaskan perkara yang bersifat usul. Kalau pun ada perselisihan di perkara-perkara usul ia merupakan perselisihan dari segi interpretasi dan bukan penafian atau penolakkan hal-hal usul itu sendiri. Ini dikuatkan lagi dengan tingginya dan kukuhnya Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama ilmu dalam Islam.

Jika kita lihat dari sudut pengajian sarjana muda maka kita akan menemukan bahawa peringkat ini, pelajar didedahkan kepada asas-asas utama setiap bidang sehingga pelajar tersebut bersedia membina rangka yang kukuh dan benar di dalam minda sebelum terjun dalam kajian diperingkat masters atau sarjana. Maka, peringkat ini merupakan peringkat penerapan nilai-nilai dan norma-norma yang diperlukan pelajar dilakukan. Hal-hal yang bersifat tsawabit tidak akan terjejas bahkan ditanam sebaik mungkin disamping keterbukaan minda dalam menilai dan berfikir diberi ruang yang cukup luas sehingga minda aktif menganalisa dan menilai tanpa terkeluar dari landasan kerangka yang sedang dibentuk.

Amatlah rugi seandainya seorang pelajar telah mempunyai sikap ‘tertutup’ sejak sebelum memasuki alam perkuliahan lagi. Sikap yang seperti ini menghambat seseorang untuk memahami kerangka yang cuba dibentuk dan ransangan mengkritik, fikir dan analisa yang cuba dibudayakan.

Seandainya seorang pelajar berpegang kepada prinsip, “الحق أحق أن يتبع”  atau “Kebenaran (Hak) lebih berhak untuk diikuti” maka pelajar tersebut tidak perlu risau untuk berada di universiti mana sekali pun. Kerana dimana saja kita belajar sumber yang Islam iktiraf sebagai sumber yang paling tinggi adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Kemudian setiap pelajar dibekalkan modal percuma oleh Allah SWT yang gunanya untuk mengistbat (membenarkan) atau menafikan. Berbekalkan prinsip ini dimana pun pelajar tersebut belajar maka kebenaranlah yang dijunjung.

Maka hilanglah kerisauan kita terhadap provokasi wahabi atau yang seumpamanya untuk belajar di Madinah mahupun Mesir kerana pelajar yang bijak tidak akan menyempitkan diri hanya di ruang yang sempit itu sahaja.

Jika anda yang membaca tulisan ini adalah lulusan SPM atau STAM yang memiliki kemampuan ingin penulis sarankan untuk mencuba nasib belajar di Madinah. Ramadhan adalah masa dimana Universiti Madinah membuka peluang untuk para calon pelajar datang ke universiti dan mengikuti temuduga. Anda hanya perlu mengisi borang yang dapat diperoleh dari website universiti atau kedutaan besar Arab saudi. Terjemahkan sijil SPM atau STAM anda ke bahasa Arab. Dapatkan surat Tazkiah (sokongan) dari alumnai Universiti Madinah seperti Dr Azwira UKM, Dr Habeeb Rahman UIA, Ust Safwan Badri dan Ust Abdullah Yasin. Dapatkan visa umrah dan tiket menuju ke Saudi. Laksanakan umrah kemudian hadirilah temuduga. Keputusan penerimaan akan diumumkan setelah setahun.

Maka dalam masa setahun menunggu anda boleh terus belajar di Mesir atau ditempat lain. Namun Mesir adalah dianjurkan. Ini kerana Mesir adalah sebuah negara yang menunjukkan keadaan sebenar masyarakat. Keberagaman mazhab dan pahaman. Kepelbagaian bangsa dan status masyarakat. Kemudian jika anda ditentukan lulus menjadi pelajar di Madinah maka anda sudah mempunyai bekal di minda bahawa anda nanti akan menghadapi masyarakat yang seperti ini. Lalu keberadaan anda di Madinah telah bermula dengan menyedari akhir cabaran yang bakal ditempuhi. Maka anda dapat menyesuaikan antara keadaan semasa, keperluan dan cabaran yang bakal dihadapi.

Pada akhirnya, kita perlu juga mengakui bahawa tempat dimana kita belajar hanyalah faktor luaran yang hanya menyediakan dukungan dan keadaan sahaja. Faktor utama dan terpenting sebenarnya adalah faktor diri kita sendiri. Jikalah benar faktor tempat menjadi penyebab utama hidayah sudah pasti tiada mereka yang fasik di tanah haram atau Mesir. Letaklah dimana saja namun jika jiwa kita tertutup, sempit, malas dan dihiasi seribu satu sifat dan sikap negatif lainnya sudah pasti kita tidak pernah akan maju dan berjaya.

Dikesempatan ini suka penulis ucapkan Tahniah kepada adinda Abdul Musawwir Bin Shafruddin yang telah menjadi antara golongan yang terpilih menikmati hari-hari indah di tanah penuh sejarah, tanah terbitnya sinar iman dan islam. Alfu Mabrook! Tidak lupa juga tahniah kepada seluruh sahabat-sahabat yang seangkatan dengan beliau nanti di Universiti Madinah seperti Ubaidillah Bin Habeeb Rahman. Semoga kesyukuran ini dalam lebih diterjemahkan dengan melakar kecemerlangan di sana nanti. Seeru ala barakatillah…

Gerakkan Mansuh ISA
Aku tidak berminat sebenarnya untuk menulis tentang hal ini. Namun, ingin juga berkongsi buah fikiran yang ada memandangkan beberapa soalan yang telah ditujukan kepadaku. Agak sedih bila terdengar suara adik-adik yang tidak faham.

Bagi pihak UMNO, kerajaan dan yang mempunyai kepentingan, mereka pasti mengatakan bahawa GMI adalah suatu yang mengarut. Bahkan tidak salah jika ada yang mengatakan bahawa ia juga merupakan kehendak politik Pakatan Rakyat.

Saya melihat walau GMI ini mendapat sokongan kuat Pakatan Rakyat ia tidak bererti perlu ditolak oleh golongan lain yang bukan Pakatan Rakyat.

Simpelnya begini, ISA adalah sebuah akta yang memberi ruang kepada pemerintah berlaku zalim. Pemerintah jika mahu berlaku zalim kepada siapa pun, pemerintah dalam melakukan kezaliman itu menggunakan akta ini. Tidakkah pernah rakyat berfikir seandainya pemerintah di masa akan datang diganti dengan parti yang bukan parti pemerintah sekarang akan tidak berlaku kezaliman jika akta ini masih ada?

Siapa sahaja yang memerintah, jika akta ini masih ada dapat melakukan kezaliman kerana akta ini memang memberi ruang bahkan memang diwujudkan demi kezaliman. Sekarang memang BN yang memerintah. Namun jika nanti Pakatan Rakyat memerintah tidak menutup kemungkinan mereka juga akan berlaku zalim kerana ruang itu ada pada akta ini. Itulah sebab yang paling dasar mengapa akta ini perlu dimansuhkan.

Idea ini sangat bertentangan dengan idea Islam sebagai Rahmat bagi seluruh alam. Hanya mereka yang banyak musuh sahaja yang memerlukan akta yang tidak jelas seperti ini demi menjaga kemashlahatan mereka.

Saya adalah seorang dari ribuan rakyat Malaysia yang kecewa dengan sikap pemerintah ketika menyikapi Gerakkan Anti ISA yang baru saja menyuarakan secara terbuka di Kuala Lumpur pada satu ogos lalu. Bahkan, Malaysia telah mencatatkan rekod kediktatoran yang paling teruk dengan mengerahkan hampir 5000 anggota polis.

Ada suara sumbang yang menyatakan bahawa kegiatan baru-baru ini menyusahkan rakyat. Lalu adakah puluhan ribu pemegang MyKad yang ingin menyuarakan pendapat mereka itu bukan rakyat Malaysia yang juga memiliki hak!?

Malaysia perlu mengubah sikap agar layak digolongkan dalam negara maju dan bertamadun. Mereka menuduh kegiatan ini sebagai tidak bertamadun padahal penganjur sudah sedaya upama menjadikan kegiatan itu menjadi sebuah kegiatan yang aman. Seharusnya pihak pemerintah Malaysia yang mengaku sebagai negara maju lagi bertamadun mengerahkan jentera kerajaan seperti polis untuk membantu terlaksananya kegiatan itu dengan aman. Sepatutnya pihak polis menawarkan khidmat agar kegiatan dapat berjalan secara teratur dan mengurangkan kesesakkan dan meningkatkan keamanan.

Saya melihat bahawa sikap pemerintah yang bertindak menggunakan kekerasan menjadikan rakyat semakin benci dan meluat. Pada akhirnya mereka yang akan menyokong parti pemerintah hanyalah mereka yang berkepentingan sahaja. Kerana parti pemerintah ketika mereka memerintah tidak lagi menawarkan nilai-nilai dan norma-norma asas kemanusiaan. Nilai demokrasi tiada. Nilai keterbukaan tiada. Nilai ketelusan tiada. Nilai keadilan tiada.

Saya berharap peristiwa kejam baru-baru ini yang seperti tidak dapat kita percayai berlaku di Kuala Lumpur itu menjadi sebuah hal yang wajar kita fikirkan dan kita semak. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berfikir secara logik dan adil.

Mungkin pihak GMI perlu mengeluarkan satu senarai siapa sahaja yang telah dizalimi menggunakan akta ISA dari tahun sekian ke tahun sekian kemudian menyediakan peratusan kebenaran akan tuduhan ‘mengancam keselamatan negara’. Saya amat yakin kita akan menemukan hasil yang sangat menyedihkan kerana kita hanya akan melihat bukti bahawa akta ISA dimanfaatkan untuk kezaliman dan kepentingan pihak tertentu semata-mata.

Seandainya parti pemerintah sekarang ikhlas dan jujur lalu ingin menterjemahkannya dengan keadilan. Maka langkah yang paling tepat adalah memansuhkan ISA. Itu akan mengambalikan citra baik yang telah lama hilang. Tapi saya amat yakin mereka tidak akan melakukan demikian kerana mereka sangat bergantung dan sangat memerlukan akta tersebut demi agenda mereka. Maka salahkah jika kegiatan umpama Protest Aman GMI 1 ogos 2009 menjadi pilihan terakhir?