Blog Taqeyyabella » Politik Islam

FIQH SIRAH
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan bagi kami untuk menghadiri sebuah syarahan umum anjuran IKIM yang menampilkan tokoh agama tersohor iaitu Syeikh Prof. Dr. Ramadhan Bouty hafizahullah dengan tajuk. “Aplikasi ‘Fiqh Sirah’ dalam realiti semasa”.

“Fiqh Sirah” adalah tajuk bagi sebuah buku yang telah ditulis oleh beliau. Tajuk sama telah juga ditulis oleh ulama tersohor sebelumnya iaitu Imam Al-Ghazali. Fiqh dari sudut bahasa adalah pemahaman yang mendalam. Sirah pula adalah perjalanan. Perjalanan yang dimaksud di sini adalah perjalanan Rasul terakhir iaitu Muhammad Bin Abdullah. Maka, Fiqh Sirah memberi penekanan kepada aspek-aspek yang tersirat disebalik Sirah Rasulullah. Hal ini perlu bagi memperlihatkan dengan jelas hakikat pengajaran-pengajaran dan aspek-aspek penting di sebalik perjalanan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW. Perjalanan itu yang bermula dari seawal detik kelahirannya hingga ke penghujung usia baginda merupakan suatu tempoh yang tidak akan berulang. Namun, perutusan baginda sebagai Nabi dan Rasul terakhir menjadikan detik-detik selama tempoh kehidupan baginda merupakan episod penting yang perlu sentiasa menjadi kajian serta rujukan oleh kita selaku umat baginda yang terkemudian. Hal ini sangat penting kerana beberapa hal utama antaranya :

1. Baginda (Muhammad Bin Abdullah) telah dilantik oleh Allah SWT menjadi Rasul (utusan) Allah yang terakhir. Baginda juga merupakan Imam kepada para rasul yang pernah diutus Allah SWT sebelumnya. Baginda merupakan individu termulia di sisi Allah yang bakal memimpin manusia menuju jannatullah kelak di hari yang telah dijanjikan.

2. Pada baginda diturunkan Al-Quran iaitu mukjizat terakhir yang diturunkan Allah kepada manusia. Tiada lagi mukjizat setelahnya. Al-Quran ini merupakan kalam Allah dan kitab Allah yang muktamad. Tidak akan ditambah dan dikurang. Tidak akan direvisi atau diedit semula oleh Allah. Malah, Allah SWT sendiri mempertanggungjawabkan perihal pemeliharaan kitab tersebut ke atas dirinya sendiri dan Allah SWT sendiri menjamin kerelevenan Al-Quran hingga ke penghujung usia bumi.

3. Baginda telah bersabda, “Addabani rabbi faahsana ta’dibi”  (Aku telah dididik oleh tuhanku maka terserlahlah kebaikan didikannya). Aisyah RA berkata, “Akhlak baginda adalah Al-Quran”. Firman Allah pula berbunyi, “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

4. Allah SWT berfirman, “Katakanlah (wahai Muhammad) jika kalian (benar-benar) menyintai Allah maka ikutilah aku maka Allah SWT akan menyintai kalian..”

Usaha Syeikh Boty ini adalah supaya kita yang terkemudian tidak hanya menikmati pembacaan akan sebuah sejarah ketamadunan gemilang yang terunggul lalu mengaguminya tanpa ada setitis usaha untuk mengambil pelajaran dan menerapkan dalam diri entah dari aspek sebagai seorang individu atau sebagai seorang ayah, seorang guru, seorang suami atau peranan-peranan lain yang telah ditunjukkan Rasulullah SAW.

Beliau pada pertemuan tadi turut menyentuh bahawa adalah wajar jika buku ‘Fiqh Sirah’ karangan beliau itu dijadikan contoh dalam berinteraksi dengan sirah Rasulullah SAW.  Beliau mencadangkan agar kita mula membincangkan mengenai Sirah Rasulullah dengan mendalam di dalam kelompok-kelompok, seminar-seminar atau apa saja bentuknya dimana terbuka ruang untuk saling memberi pendapat dan berkongsi agar ia memberi kesan yang lebih mendalam kepada diri. Akhirnya, kita mengharapkan perbincangan itu menumbuhkan rasa kasih dan sayang yang lebih mendalam terhadap Rasulullah SAW dan menghadirkan usaha gigih mencontohi baginda dalam segala aspek kehidupan.

Paling tidak ketika kita membaca Sirah Rasulullah perlulah menghasilkan beberapa perkara iaitu :

1. Mencipta sebuah gambaran kehidupan yang Allah SWT tunjukkan melalui kehidupan Rasulullah.

2. Mencipta wawasan, kefahaman dan penghayatan dalam ibadat yang bersifat ritual.

3. Melahirkan suatu sikap positif di dalam diri dalam menghadapi pelbagai situasi.

4. Membentuk suatu usaha yang berterusan dalam mewarnai kehidupan yang terarah dan berobjektif.

Buku Fiqh Sirah karangan Syeikh Boty telah dibaca oleh ramai orang Islam serata dunia. Bahkan ia telah diterjemah ke pelbagai bahasa. Kita berdoa semoga kita dalam menjelmakan sifat dan sikap yang sepatutnya seperti yang telah kita pelajari dari buku beliau.

Propaganda Musim Haji
Al-Quran mengungkap kisah Walid Bin Mughirah

Maksudnya ,

[11]

(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas  orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang  diri (tidak berharta dan anak pinak),

[12]

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,

[13]

Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.

[14]

Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.

[15]

Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;

[16]

Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang  dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh  Rasul Kami).

[17]

Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.

Ketika itu Rasullullah SAW dan pengikutnya sudah mula menyeru kepada penyembaan Allah SWT iaitu agama Tauhid secara terang-terangan. Mereka menyeru siapa sahaja yang ada di kota Mekah ketika itu. Penerimaan masyarakat Quraisy Mekah terhadap seruan itu sangat tidak memberangsangkan. Hanya segelintir sahaja dari golongan bangsawan yang mahu menjadi pengikut Muhammad yang dulu dikenal sebagai Al-Amin itu. Selebihnya, barisan pengikut Muhammad adalah dari golongan mustadh’afin (lemah) seperti para hamba dan fakir-miskin. Usaha Muhammad Rasulullah tidak terbantut di situ. Mereka mula menyebarkan Islam kepada para jemaah haji yang datang menziarahi Ka’bah.

Para pembesar Quraisy menyedari fenomena itu dan mereka resah untuk menentukan tindakan yang sepatutnya mereka lakukan. Para jemaah haji itu pasti akan menyahut seruan Muhammad kerana mereka tidak ada kepentingan untuk menolak kebenaran seruan tersebut. Para pemimpin Quraisy pula perlu menghalang itu kerana akibat dari seruan itu bakal merosakkan kredebeliti dan ‘periuk nasi’ mereka.

Seperti biasa, para pembesar Quraisy mula membincangkan isu ini pada perhimpunan mereka setiap hari. Musim haji semakin hampir. Sesuatu perlu dilakukan. Mereka pada akhirnya sepakat bahawa mereka perlu melakukan sebuah propaganda. Para jemaah haji perlu diberikan opini yang buruk terhadap Muhammad. Namun, mereka terdambar dalam kebingungan untuk menentukan isu yang mahu diwar-warkan.

Dalam ketika itu, Walid Bin Mughirah iaitu seorang yang terkemuka dikalangan pemimpin Quraisy telah bertemu dengan Abu Bakar Bin Abi Quhafah yang telah memperdengarkan Al-Quran. Secara spontan dan jujur terceplos (terucap tanpa sengaja) dari mulutnya, “Sungguh hebat Al-Quran ini, ia bukanlah syair, bukan juga sihir dan juga bukan kata-kata manusia. Ia sungguh merupakan kata dari Tuhan!”

Ucapan itu tentunya mendatangkan presepsi yang pelbagai pada para pemimpin Quraisy. Ada yang menyangka Walid mula berminatdengan Islam. Walau mereka belum pasti terhadap hal tersebut. Maka mereka mula berusaha untuk menyiasat hal yang sebenar yang berlaku kepada Walid. Namun ketika pertemuan itu, Walid malah berkata, “Patutkah diturunkan Al-Quran kepada Muhammad yang merupakan seorang yatim sedang aku ditinggalkan padahal akulah pembesar Quraisy dan pemimpin mereka. Malah akulah yang memiliki harta yang melimpah ruah dari emas dan perak. Tidak cukup dengan itu aku juga memiliki anak-anak yang banyak (10 orang) bahkan semua orang pun mengiktiraf kemampuan dan kehebatanku!?”

Ya! Walid mengharap agar dia yang dipilih sebagai nabi dan bukan Muhammad. Secara ciri-ciri fizikal mungkin ramai yang setuju untuk mengatakan dia layak. Tetapi seperti yang kita imani Kenabian dan Kerasulan tidak ditentukan dengan pencapaian bersifat keduniaan malah ia bukanlah suatu yang boleh diusahakan tetapi ia adalah sebuah pemberian dan pilihan dari Allah SWT.

Suatu hari berhimpunlah pembesar-pembesar Quraisy bagi membahas propaganda yang mahu mereka sebarkan kepada para jemaah haji yang akan hadir. Majoriti pembesar mengikuti perhimpunan itu seperti ‘Uqbah Ibnu Abi Mu’ith, Abu Jahal, Abu Sufyan, Nadhar Ibn Haris, Umayyah Bin Khalaf dan lain-lain.

Abu Jahal mula membuka perhimpunan itu. Ucapan pembukaan dari Abu Jahal ternyata mengungkit apa yang telah Walid sebutkan ketika mendengar bacaan Al-Quran oleh Abu Bakar As-Siddiq. Bahkan Abu Jahal mendedahkan bahawa Walid menjamah makanan bersama-sama Abu Bakar. Ia tentulah menjadi satu hinaan yang merosak nama baik Walid. Lantas Walid pun segera bangkit dan memberi keterangan, “Apakah ini yang diperkatakan kaumku mengenai diriku!? Tidak.. Demi Tuhan Ka’bah! Sungguh kalian cukup tahu mengenai kekayaanku dan aku tidak memerlukan harta mereka apatah lagi makanan dari Abu Bakar!”

Perbincangan diteruskan. Umaiyah Bin Khalaf  memberi cadangan. “Kita katakan kepada para jemaah haji bahawa Muhammad adalah seorang Pendeta!”

Walid segera bangkit dan membantah. Walid pasti ia tidak akan laku. Dia berkata, ” Itu tidak mungkin! Masyarakat tidak akan mempercayainya. Kita semua tahu dia bukan Pendeta, bahkan dia tidak pernah mengucapkan ucapan-ucapan seperti yang dilakukan pendeta..”

U’qbah kemudian bangkit, “Kita katakan bahawa dia seorang gila!”

Segera Walid bangkit dan membantah, “Itu juga tidak mungkin, lupakah kalian siapa yang begitu bijak menyelesaikan perbalahan antara kita ketika pembaikpulihan Ka’bah!? Dia seorang yang bijaksana.  Mana mungkin kita katakannya gila..”

Suasana menjadi agak panas. Abu Sufyan pula berkata, “Sepertinya engkau sedang membela Muhammad wahai Walid!?”

Segera Nadhar Bin Haris berkata, “Kita katakan dia sebagai penyihir!”

Walid sekali lagi membantah, “Itu tidak mungkin, kita tidak pernah mendengarnya membaca mentera atau menjalankan ritual seperti yang dilakukan para penyihir!”

Abu Jahal kemudian berkata, “Kita katakannya sebagai penyair!”

Walid masih tidak bersetuju. Dia melihat ke sekelilingnya menatap wajah para pembesar. Seakan-akan memperlihatkan ketidaksetujuannya lalu berkata, “Itu juga tidak benar. Masyarakat tidak akan mempercayai itu. Kita sendiri tahu bahawa syair memiliki intonasi dan ritma yang khusus sedang Muhammad tidak mengucapkan sesuatu yang seumpama itu. Bahkan kita juga tidak pernah melihat Muhammad di Pasar ‘Ukaz memperdengarkan karyanya kepada masyarakat seperti yang dilakukan para penyair!”

Perhimpunan itu gagal memberikan satu keputusan. Para pembesar Quraisy mula mempersalahkan Walid yang membantah semua cadangan yang diutarakan. Lalu mereka bertanya, “Jika demikian bagaimana pendapatmu wahai Walid, apakah gelaran yang sepatutnya kita berikan kepada Muhammad menurutmu!”

“Biarlah aku berfikir seketika”

Setelah beberapa ketika dia pun berkata, “Kita gelarkan Muhammad sebagai seorang penyihir melalui ucapannya!(ساحر الكلمة) Dia mampu menyihir manusia dengan kata-katanya dan dengan Qurannya. Lalu sihirnya itu memisahkan antara ibu dan anak-anaknya, antara suami dan isterinya. Bukankah kita punya bukti mengenai kemampuan Quran menyihir masyarakat kita!?”

Pendapat Walid itu dapat memuaskan para pembesar Quraisy. Mereka sangat yakin bahawa propaganda itu dapat menghambat seruan Muhammad. Para jemaah haji akan mempercayai apa yang mereka katakan. Walaupun demikian Allah SWT berkehendak memberikan hidayah kepada siapa yang Allah inginkan. Di kalangan jemaah haji ada yang menyahut seruan Muhammad. Sinar hidayah terus menyebar menyinari hati-hati mereka yang terpilih. Begitulah seterusnya sambungan dari Ayat-ayat di atas yang ditujukan khusus buat Walid Bin Mughirah. Seterusnya Allah berfirman yang maksudnya, “[18]Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -[19]Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?

[20]Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?[21]Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);[22]Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;[23]Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,[24]Serta ia berkata: ” (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

[25]“Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!”

Al-Mudatssir 11- 25.

Kemanusiaan Tercabar
Terasa bagai bergegar dunia ini. Sebuah peristiwa yang sangat besar sekali lagi tercoret dalam helaian sejarah kemanusiaan. Kita semua menjadi saksi akan hal ini dan akan diminta persaksian kelak di hari pembalasan.

Suasana tegang masih berterusan hingga ke hari ini. Para sukarelawan sudah pun diheret ke pusat tahanan Israel dan diberi dua peluang. Deportasi atau penjara. Rakyat di Tukri pula memberi respon yang tegas dengan ‘serangan’ ke kedutaan Israel di sana. Tidak kalah hebatnya demonstrasi yang dijalankan di kota-kota besar seperti Newyork dan London.

Peristiwa serangan bersenjata yang berlaku kepada kapal bantuan kemanusiaan yang membawa bekalan dan sekitar 500 orang sukarelawan ini telah dilakukan oleh Tentera Pertahanan Israel (Israel Defence Force). Danny Alayon, Israel Deputy Foreign Minister telah mengakui hal ini dalam sebuah sidang media. Katanya, “I want to report this morning that, the armada of hates and violence and supports of HAMAS organization was a premeditated violence and outrageous provocation, the organizer are well known their ties to Global Jihad, Al Qaeda and HAMAS bla.. bla.. bla.. the organizers intend are violence the methode was violence and the result was unfortunately violence.. ”

Bahkan di dalam sidang media yang sama Danny Alayon mengatakan bahawa armada tersebut membawa senjata. Malah boleh pula dia berkata seandainya bantuan ingin disalurkan maka mereka (Israel) akan berkerjasama dengan membuka ruang yang legal untuk penyaluran itu.

Hal ini sangat nyata kebohongannya. Israel sememangnya menyedari bahawa musuh mereka bukan hanya HAMAS, tetapi musuh mereka adalah keadilan. Musuh mereka adalah rakyat Palestin, siapa sahaja, agama apa sahaja. Ini sudah tidak perlu dibuktikan lagi kerana ia sudah menjadi rahsia umum yang telah diketahui oleh semua yang peduli akan Palestin. Bahkan Amarika sendiri pernah memiliki pengalaman pahit di’teror’ oleh Israel hanya saja media tidak mendedahkannya. Israel sangat tahu bahawa majoriti rakyat Palestin menyokong HAMAS seperti yang terbukti pada pilihanraya Palestin yang lalu. Apalagi di Gaza yang menjadi ‘sarang’ HAMAS.

Israel telah memperlihatkan kebencian dan permusuhan mereka terhadap seluruh rakyat Palestin yang berada di Gaza ketika mereka menyerang dengan ‘membabi-buta’ sehingga menggugurkan ribuan manusia yang kesemuanya adalah masyarakat awam. Sekolah, masjid dan tempat perkumpulan manusia menjadi sasaran serangan mereka pada awal tahun lalu 2009. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk melakukan pembunuhan masal. Mereka sangat terdesar kerana Gaza yang kecil dan serba daif itu tidak mampu mereka tumpaskan. Maka mereka mula menyedari bahawa cara yang paling logik yang mampu mereka lakukan adalah membunuh masyarakat awam yang terdiri dari kanak-kanak (kerana ketika mereka membesar pasti menjadi sukarelawan HAMAS) dan para ibu (yang bakal menjadi supplier manusia di Gaza).

Susulan dari serangan dan kehancuran yang Israel lakukan itu. Israel gigih berusaha untuk menyekat segala bantuan bagi menghidupkan kembali Gaza. Israel berjaya menyekat. Gaza kekurangan makanan. Bahan binaan tidak ada, rumah yang boleh melindungi dari panas dan dingin tidak mampu dibina. Israel semakin berjaya bilamana mendapat sokongan Republik Arab Mesir yang dipimpin oleh seorang Muslim yang memutuskan untuk enggan membuka perbatasan Rafah yang merupakan jalur paling dekat dan paling mudah bagi menyampaikan bantuan untuk Gaza.

Usaha mereka yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan tidak terhenti disitu. Setelah semua jalan darat yang mampu untuk dilalui menuju ke Gaza disekat, maka para sukarelawan melihat ruang yang tinggal hanyalah melalui kapal. Gaza seperti yang kita tahu ia terletak di sebelah Mesir yang memiliki pesisir pantai laut merah. Itu adalah satu-satunya ruang yang masih terbuka untuk menghantarkan bantuan kepada penduduk Gaza.

Apa yang lucu di sini adalah, Danny Alayon ada mengatakan bahawa jika mereka (sukarelawan) mahu menggunakan jalur rasmi yang berada dibawah cengkaman Israel, mereka (Israel) bersedia menyalurkan seluruh bantuan itu. Ini adalah satu penipuan yang sangat nyata. Semua orang pun tahu bahawa selama ini mereka (Israel) telah melakukan sekatan kepada Gaza. Bagaimana mungkin orang yang selama ini menyekat boleh menawarkan khidmat untuk menyalurkan? Sangat tidak masuk akal.

Danny Alayon telah mendapat penafian oleh Murat Mercan (Turkish Foreign Relations CMT), Murat menyatakan bahawa pihak Turki telah membuat pemeriksaan sebelum kapal tersebut berlayar. Kapal tersebut telah diberi kelulusan setelah disahkan tidak membawa apa-apa barang yang merbahaya seperti senjata dan sebagainya.

Ahmet Davutoglu (Turkish Foreing Minister) telah membentangkan kepada UN mengenai hal ini dan meminta agar UN mengambil tindakan. Ahmet menegaskan beberapa kesalahan yang telah mencabar nilai-nilai yang diperjuangkan UN iaitu, menyerang masyarakat civil. Lebih parah lagi serangan itu dilakukan ke atas kapal bantuan kemanusiaan di laut internasional.

Peristiwa ini sebenarnya telah memberikan satu sorotan yang luar biasa kepada dunia. Kekejaman dan kezaliman yang bergerak menentang keadilan dan kemanusia yang ditaja Israel sudah cukup nyata. Sudah sepatutnya dunia menyatakan ketegasan terhadap Israel.

Peristiwa ini perlu juga menjadi peringatan bagi semua muslim bahawa cabaran untuk mengembalikan Al-Aqsa pada tempatnya yang mulia hanya akan berjaya jika umat Islam mengembalikan iman ditempat yang selayaknya di hati masing-masing. Imanilah bahawa Al-Aqsa dan Palestin adalah cermin kekuatan iman dan islam umat Muhammad SAW. Jika kokoh iman masyarakat muslim maka sudah pasti Al-Aqsa menjadi terhormat.

Menjadi Sahabat Yang Baik..
MENJADI SAHABAT YANG BAIK

Manusia adalah makhluk yang secara semula jadinya hidup secara berkelompok. Ia makhluk social. Setiap individu dalam masyarakat memainkan peranan masing-masing sehingga menciptakan sebuah kehidupan sosial yang sangat baik. Masing-masing saling mencurah budi dan bakti sehingga manfaat dapat dikongsikan bersama. Nelayan menyumbang hasil tangkapan mereka, petani menyumbang hasil tanian, guru menyumbang dari sudut pendidikan dan begitulah terciptanya sebuah kehidupan yang sangat dinamis dalam masyarakat.

Selain dari keuntungan dunia yang bersifat material, manusia juga berkongsi manfaat dari sudut yang lain. Allah SWT berfirman, “Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kalian dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kalian berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenal (beramah mesra dan saling bertukar perkara ma’ruf antara kalian). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”  (Al-Hujurat : 13)

Hari ini, kemajuan dan taraf kehidupan manusia telah mencapai ke tahap yang sangat baik sekali. Suasana itu berubah dan turut mengubah keadaan. Cabaran untuk teguh di jalan yang Allah redhai menjadi satu usaha yang tidak lagi mudah. Bahkan, kerana cabaran yang dahsyat di sekeliling itu, orang-orang yang ada di sekeliling pun cenderung menyeru kepada kelezatan dunia yang dimurkai Allah. Seakan-akan sudah tiada lagi persahabatan yang berasaskan saling tukar manfaat dan kebaikan. Tiada lagi persahabatan yang mekar berputik dari pohon cinta yang berakar pada keimanan seperti yang disabda Rasulullah SAW, “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai sesuatu bagi saudaranya sepertimana dia mencintai sesuatu untuk dirinya”. Muttafaq alaih.

Melihat suasana sebegini, umat Islam perlu mengambil langkah yang proaktif bagi mengubahnya. Setiap individu muslim perlu meletakkan tekad di dalam diri mereka untuk menyumbang kepada perubahan yang signifikan mengenai perkara ini. Bagaimana caranya? Kita perlu menjadi sahabat yang baik terlebih dahulu kepada orang-orang sekeliling kita. Semoga dengan demikian mereka turut tergerak untuk menjadi orang yang baik bagi orang-orang sekeliling mereka. Mari kita lihat dua situasi yang boleh memberi kita inspirasi.

SITUASI PERTAMA

Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang bernama ‘Uqbah Bin Abi Mu’ith. ‘Uqbah merupakan teman yang sangat akrab kepada ‘Amru Ibn Hisyam yang lebih terkenal dengan gelaran Abu Jahal. Selain Abu Jahal, ‘Uqbah juga merupakan sahabat karib kepada Ubai Bin Kalaf. Suatu ketika ‘Uqbah telah mendengar Rasulullah SAW membacakan ayat-ayat dari Al-Quran. Hatinya terpaut dengan apa yang telah terkandung di dalam ayat-ayat Allah. ‘Uqbah memutuskan untuk memeluk Islam.

Berita mengenai kehadiran ‘Uqbah di majlis dakwah Rasulullah telah sampai kepada Ubai Ibn Kalaf. Segera Ubai bertemu sahabat karibnya dan berkata, “Benarkah apa yang aku dengar bahawa engkau telah menghadiri majlis Muhammad dan engkau mendengar apa yang telah dia katakana!? Jika benar maka sesungguhnya wajahku adalah haram bagi wajahmu (aku tidak akan lagi berbicara denganmu tidak juga menemuimu lagi). Seandainya engkau masih mahu bersahabat denganku pergilah kepada Muhammad dan buktikan kebencianmu kepadanya!”.

‘Uqbah resah dengan keadaan itu. Dia perlu memilih antara Islam yang baru sahaja dikenalnya dan persahabatan yang telah lama terjalin antara mereka. Malangnya, ‘Uqbah memilih persahabatan yang sangat merugikan. Dia pergi dan melakukan perkara yang tidak patut dilakukan kepada Rasulullah SAW. Sehingga turunlah firman Allah yang berbunyi, “Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata : “Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul!? Wahai celakanya aku, alangkah baik kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya).” Al-Furqan : 27,28 dan 29

SITUASI KEDUA

‘Ayyash Bin Abi Rabi’ah merupakan seorang sahabat kepada ‘Umar Bin Khattab. Ketika hijrah ke Madinah, ‘Ayyash keluar bersama ‘Umar Al-Khattab. Sebelum sampai ke Madinah Al-Munawwarah, Abu Jahal dan Harith dari keturunan Hisyam mendatangi ‘Ayyash dan mengugut agar dia pulang ke Mekah. Mereka berkata, “Pulanglah kamu ke Mekah, sesungguhnya ibu berkata bahawa dia tidak akan menyikat rambutnya dan tidak akan berteduh dari panas matahari sehinggalah kamu pulang ke pangkuannya.”

‘Ayyash berhadapan dengan situasi yang genting. Ibunya adalah segala-galanya. Amat sukar baginya meninggalkan ibunya dalam keadaan demikian. ‘Umar Al-Khattab berusaha mencegah namun gagal, ‘Ayyash telah memutuskan untuk pulang bersama kedua bapa saudaranya itu. Namun ‘Umar tidak berputus asa. ‘Umar menyerahkan untanya dan berkata, “Ambillah unta ini, semoga suatu hari engkau dapat menggunakannya untuk menuju ke Madinah.

Pulanglah ‘Ayyash ke Mekah. Seperti yang dijangkakan ‘Umar Al-Khattab, semua itu hanya lakonan semata-mata. ‘Ayyash disiksa dan dipaksa untuk meninggalkan Islam. ‘Ayyash akhirnya kembali kepada keadaan asalnya.

‘Umar Bin Khattab tidak berputus asa. Beliau masih mengirimkan setiap wahyu yang turun kepada sahabat baiknya ‘Ayyash, dengan harapan wahyu-wahyu itu dapat mengembalikannya ke pangkuan iman. Hinggalah pada ketika turunnya ayat yang menyebabkan ‘Ayyash kembali kepada Islam dan menuju ke Madinah. Ayat tersebut berbunyi, “Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”  Az-Zumar : 53

‘Ayyash menerima surat yang mengandung tulisan wahyu tersebut. ‘Ayyash membacanya lalu menangis. Segera dia mengambil unta yang dahulu diberikan ‘Umar kepadanya dan bergegas menuju ke Madinah.

SAHABAT ADALAH SYURGA ATAU NERAKA SESEORANG

Betapa malangnya ‘Uqbah Ibn Abi Mu’ith yang memiliki sahabat yang menjadi sebab masuknya dia ke dalam neraka. Betaba beruntungnya ‘Ayyash yang memilih ‘Umar sebagai sahabat. Seorang binasa kerana sahabat sedang seorang lagi selamat kerana sahabat.

Jadilah sahabat yang mampu menyeru kepada kebaikan, agar sahabat-sahabat kita turut menyeru kepada kebaikan. Kita berlindung agar Allah tidak menjadikan kita penyebab terjerumusnya seseorang ke dalam lembah kenistaan. Lalu si dia pula menjerumuskan orang lain ke lembah sama. Biarlah yang mengalir itu kebaikan bukan sebaliknya.

HULURKAN TANGAN

Kita perlu mendidik diri agar tidak bosan menghulurkan tangan. Bukalah ruang rahmat dihati kita, sambutlah tangan mereka dengan penuh kasih sayang. Tiada kesempurnaan dalam diri manusia, bersabarlah menghadapi sahabat yang pelbagai. Sungguh rasul pun diperintahkan demikian seperti yang Allah SWT firmankan,  “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.” Al-Kahf : 28

Kata Yang Mengislamkan..
Suatu hari, seorang pemuda bernama Jabbar Bin Salma memeluk Islam. Jabbar yang merupakan salah seorang yang tegas dalam menolak Islam tiba-tiba berubah haluan menjadi seorang yang menerima Islam, menyebabkan masyarakat Arab ketika itu kehairanan. Apakah gerangan yang mampu mengubah Jabbar secara tiba-tiba?

Ramailah penduduk ketika itu bertemu Jabbar untuk mengetahui apa disebalik keislamannya yang terlalu mengejut itu.

Jabbar mula menceritakan kisahnya. “Aku bertemu dengan seorang pemuda muslim, namanya Haram Bin Mulhan.” Haram merupakan salah seorang dari tujuh puluh pemuda yang diutus Rasulullah SAW bagi menyampaikan seruan kepada masyarakat.

“Aku segera melepaskan panahku dari busurnya. Panah itu tepat menembusi tengah antara dua bahu pemuda itu. Kekuatan panahan itu membuatkan mata anak panah itu keluar dari badannya. Aku melihat sendiri mata anak panah yang terkeluar itu.”

Pemuda itu begitu tenang menerima panahan itu. Dia kemudian mengatakan suatu yang membuatkan aku tertanya-tanya. Dia berkata, “Demi Tuhan Ka’bah aku telah menang!”

Jabbar tidak dapat menerima apa yang dia dengar dari pemuda itu. Tidak ada yang diucapkan seseorang sebelum mati melainkan ucapan itu sangat jujur dan benar. Tetapi bagaimana mungkin apa yang dia katakan itu benar sedangkan dia mati kerana anak panahku. Dia mati meninggalkan isteri yang menjadi janda, anak-anak yang menjadi yatim. Dia mati meninggalkan dunia yang penuh dengan nikmat dan menuju kubur yang gelita dan keseorangan. Lalu dimanakah kemenangan yang dimaksud pemuda itu!?

Jabbar tenggelam bahkan lemas dalam persoalan yang sangat mengganggu dirinya itu. Dia bertemu dengan orang-orang muslim dan mempertanyakan mereka akan maksud ucapan Haram.

Orang-orang Islam menjawap, “Itulah Syahadah. Dia telah memenangi anugerah Syahadah! Dia telah beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat. Seorang yang mati syahid tahu apa yang telah dimenangi dari kebahagiaan hakiki dan redha Allah SWT serta nikmat Jannah. Mungkin dia melihat atau seakan-akan melihat semua itu dengan matanya, lalu berkatalah dia “Demi Tuhan Ka’abah aku telah menangi!”.”

Kejadian itu memberi kesan yang mendalam kepada Jabbar. Dia mulai menyedari dan memahami mengenai kehidupan setelah kehidupan dunia ini. Dia mula menyedari bahawa disebalik segala kenikmataan dan kesenangan yang ada di bumi ini pasti akan ada kenikmatan dan kesenangan yang jauh lebih mempesona. Jauh lebih besar dan luas. Ia adalah kenikmatan dan kesenangan yang tanpa batas. Kehidupan yang tiada penghujung.

Allah SWT berfirman, “Maka tidaklah  seseorang itu tahu apa yang disembunyikan dari ‘Qurratu A’yun’ sebagai ganjaran atas apa yang mereka lakukan.” Sajadah : 17.

“Dan janganlah kamu mengira sesungguhnya mereka yang dibunuh itu mati tetapi (sebenarnya) mereka itu hidup dan diberi rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan segala yang Allah berikan kepada mereka dari Fadhl-Nya.” Ali Imran : 169 dan 170

Demikianlah dahsyatnya sebuah kalimah yang sangat sederhana tetapi aura yang keluar darinya sungguh luar biasa. Ia lahir dari hati yang suci tunduk kepada keimanan, diucapkan oleh lidah yang taat kepada perintah dan akur pada larangan Allah. Kata-kata yang menjadikan seorang Jabbar yang kafir memeluk Islam. Kata-kata yang menjadikan seorang pembunuh memeluk agama orang yang dibunuh. Agama yang diperangi selama ini. Betapa banyak kata-kata yang diucapkan orang mukmin yang mukhlis, menciptakan keajaiban, menghancurkan musuh, membuka negara-negara. Ya, hanya dengan kata-kata!