Blog Taqeyyabella » Peribadi

Kami Mohon Rahmat Ya Allah..
Sebentar tadi, aku baru sahaja menunaikan solat subuh secara berjemaah di sebuah surau di dekat kawasan tempat aku tinggal. Kebetulan pula aku menjadi imam pada hari ini. Usai solat seperti biasa, aku hanya mendiamkan diri sambil berzikir di dalam hati. Kedengaran dari belakang suara seorang individu yang sangat aku kenali berwarganegara Yaman. Beliau menyebut, “Kabbiru..” atau “bertakbirlah..” Aku memahami dan mendengar ucapan itu. Sepatutnya sebagai imam aku perlu melaungkan takbir itu. Namun, takbir itu tak terucap secara lantang dari mulutku. Ia hanya mengeluarkan ‘bisikan’ yang hanya terdengar oleh telingaku sendiri.

Sungguh keadaan itu merupakan suatu yang membingungkan buatku. Malah buat seluruh umat Islam. Hal ini berpunca dari ketidak samaan penetapan tarikh. Ia bukannya hal yang remeh malah sebenarnya mengundang perselisihan yang besar. Aku agak menyesali mengapa tadi tidak melantangkan suara ketika takbir namun aku juga lega kerana risau ada yang menyangka solat sunat raya akan dilakukan pada hari ini.

Implikasi dari penetatap tarikh di bulan Dzulhijjah lebih kritikal dan penting dibandingkan dari bulan syawwal. Ini adalah kerana ibadah puasa ramadhan tidak terkait dengan tempat tertentu. Ibadah puasa jika berbeza waktu mulanya agak tidak menjejaskan apa-apa memandangkan ia hanya kaitan antara waktu tetapi tiada kaitan dengan tempat. Ertinya disetiap tempat ibadah tersebut dijalankan. Berbeza dengan ibadah haji pada bulan Dzulhijjah. Kaitan dalam ibadah haji ada dua perkara iaitu waktu dan tempat. Tidak ada haji diselain bulan Dzulhijjah dan tidak ada haji diselain Makkah di mana tanah haram dan Ka’bah berada. Maka, berbeza dengan puasa, haji dilihat pada ketika jemaah menjalankan wuquf di Arafah. Hari yang dijalankan padanya ibadah wuquf itu menjadi hari yang disunatkan kepada umat Islam yang tidak mampu hadir ke Arafah untuk berpuasa. Sedangkan hari setelahnya, iaitu 10 Dzulhijjah adalah hari yang haram bagi umat Islam berpuasa. Tentunya ini bakal memberikan kekacauan yang jelas terasa seandainya penetapan tarikh tersebut berbeza-beza antara negara-negara Islam. Jika mereka wuquf pada hari Isnin maka ditempat lain juga perlu berpuasa sunat Arafah pada hari isnin kerana kaitan ibadah itu dengan waktu dan tempat seperti yang telah dikatakan di atas. Begitu juga keesokkan harinya yang menjadi hari yang haram untuk berpuasa.

Kecelaruan ini adalah sangat rumit. Ia rumit kerana membabitkan kesatuan umat Islam. Malah ia jelas menunjukkan ketidaksepakatan umat Islam. Malah lebih dahsyat lagi, ia merupakan tanda hilangnya rahmat Allah kepada kita. Seperti firman Allah,

لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعاً مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُم

“Jika engkau infaqkan segala yang ada dibumi sungguh engkau tidak mampu menyatukan hati-hati mereka tetapi Allah-lah yang menyatukan diantara mereka.”

Walaupun kesatuan pada ayat diatas mungkin mempunyai bahasan yang tersendiri dan mungkin diluar kaitan dengan kesamaan dalam penetapan tarikh namun ia cukup memberi kesan bagi mereka yang merenungkan keadaan. Tiada lain yang kita inginkan melainkan curahan rahmat Allah kepada umat ini.

Kursus
Alhamdulillah, pujian kepada Allah SWT yang telah mengizinkanku menyertai sebuah kursus. Kursus pertama yang saya ikuti setelah meninggalkan Mesir sejak September 2009. Wah, satu tempoh yang lama! Dulu, di alam perkuliahan kursus adalah satu kegiatan yang sangat kerap dilakukan. Macam-macam jenis kursus dianjurkan oleh banyak pihak. Persatuan, kedutaan, jabatan dan sebagainya. Meninggalkan alam mahasiswa akan seiring dengan meninggalkan segala jenis kegiatan ilmu yang sebegini. Selain sibuk, kehilangan status pelajar memberikan beban yang lebih bila teringin menyertai mana-mana kursus. Tiada lagi keistimewaan membayar dengan harga pelajar. Bagi mereka yang memilih untuk masuk ke sektor kerajaan atau syarikat swasta yang kukuh, peluang berkursus pasti banyak disediakan oleh jabatan HR masing-masing.

Kursus kali ini saya ikuti bukan sepenuhnya kerana keinginan saya. Mungkin jika mahu bersikap jujur, saya menyertainya kerana prosedur yang memaksa. Jika tidak mungkin dengan sukacita akan meninggalkan kursus ini. Kerana sudah terpaksa untuk menyertai, maka saya bertekad untuk benar-benar memanfaatkan waktu kursus ini untuk menceduk sebanyak mungkin ilmu.

Kursus ini dianjurkan oleh PKPU (Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama) JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Masjid Putra. Ia dikenal dengan “Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam”. Ia dilansungkan selama dua hari (7&8 Mei 2010) dengan Jumlah materi sebanyak 11 materi. Jika boleh dibahagikan maka meteri-meteri itu dapat dikelompokkan kepada beberapa kelompok. Pertama, tentang persediaan individu yang meliputi materi seperti : Akhlak, Akidah, Ibadah dan Pengurusan Kesihatan. Kedua, pendedahan tentang perkahwinan yang meliputi : Perkahwinan, Prosedur Perkahwinan, Perkhidmatan Rundingancara, Pembubaran Perkahwinan. Ketiga dan terakhir mengenai Pendedahan Alam Perkahwinan yang meliputi materi -materi berikut : Hubungan Dalam Keluarga, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Stress & Konflik dan Pengurusan Wang dan Masa.

Secara keseluruhan saya sangat bersyukur dengan menghadiri kursus ini. Banyak ilmu dan peringatan yang saya dapatkan. Apa yang lebih menyenangkan adalah, tempat pelaksanaan yang sangat selesa. Auditorium D di Komplek D, Putrajaya merupakan tempat yang cukup memuaskan. Walaupun demikian, saya melihat kursus sebegini sebenarnya masih boleh ditingkatkan mengenai kualiti. Apatah lagi jika hadirin yang datang merupakan golongan terpelajar dan kakitangan kerajaan yang tentunya agak berpendidikan tinggi. Saya kira tidak ada salahnya jika pembahasan lebih dimendalamkan atau lebih ditinggikan sedikit dari modul yang sedia ada.

Saya mengatakan seperti ini bukan memandangkan saya seorang pelajar timur tengah yang lebih terdedah kepada pengajian Islam. Tidak sama sekali tidak. Tetapi jika JAKIM bercadang untuk meningkatkan mutu kefahaman dan penghayatan masyarakat dengan Islam dan Keislaman, maka saya kira, ruang kewajiban kursus ini perlu dipergunakan dengan lebih maksimal. Ruang ini perlu diubah dari sekedar ‘prosedur’ yang memaksa, kepada sebuah ‘madrasah’ express yang berkesan.

Praktikalnya begini, ketika kita membicarakan tentang kesediaan individu seperti materi, Akhlak, Ibadah, Akidah dan Pengurusan Kesihatan perlu kiranya kita membandingkan antara maklumat awam dan tahap kefahaman dan penghayatan yang disasarkan. Jika kita sebagai penganjur mensasarkan untuk melahirkan keluarga yang faham maka kita perlu memastikan bahawa modul kita tidak hanya menyenaraikan  poin-poin dalam materi-materi tersebut yang dahulu pernah kita pelajari di KAFA sekolah rendah. Revision ringkas itu tidak sepatutnya memerlukan dikursuskan. Ya sepatutnya, walaupun pada realitinya memang sangat tidak patut. Namun, menurut pandangan saya, penekanan dalam kursus sebegini adalah kepada keperluan yang lebih besar.

Apa keperluan itu?

Keluarga adalah kelompok masyarakat yang paling kecil. Keluarga-keluarga yang ada di dalam satu Kariah akan membentuk satu masyarakat kecil. Masyarakat kecil dalam kariah-kariah dalam sebuah daerah, kemudian negeri dan negara membentuk sebuah masyarakat besar. Maka, mempersiapkan individu yang akan mendirikan sebuah partikel terkecil dalam sebuah masyarakat adalah sebuah keperluan yang sangat mendesak. Kegagalan membentuk partikel terkecil ini akan menyebabkan kita gagal membentuk sebuah masyarakat dalam sebuah negara.

Keperluan itu menjadi sangat jelas bila dirungkai sebegini. Maka, modul yang hanya menyenaraikan poin-poin penting belum memadai. Perkara yang perlu ditonjolkan adalah, bagaimana sikap ibu bapa terhadap Akhlak, Ibadah, Akidah dan Kesihatan. Bebankan kepada mereka seribu satu alasan mengapa mereka bukan hanya perlu menguasai semua materi itu tetapi mereka bahkan perlu bersedia memahamkan kesemua itu kepada anak-anak yang bakal dilahirkan.

Fitrah manusia berkahwin untuk mendapatkan keturunan. Lalu keterkaitan Akhlak, Akidah, Ibadah dan Kesihatan dengan keturunan perlu menjadi perbincangan yang serius dalam kursus ini. Saya sangat percaya jika kesedaran hal-hal ini ditekankan kepada ibu bapa dapat mengubah keadaan sosial kita yang menyedihkan hari ini.

Bayangkan betapa berkesannya jika seorang yang pulang dari kursus ini terkenang betapa mereka perlu berakhlak mulia, berakidah yang benar, beribadah dengan cara yang tepat dan menghidupi kehidupan yang sihat  demi menciptakan generasi yang berbudi pekerti, kuat beragama, gigih beribadah dan kuat tubuh badan. Anjakan paradigma mungkin akan berlaku kepada calon ayah dan ibu bila mengenangkan suasana sosial hari ini adalah akibat dari kehancuran institusi keluarga. Maka kesedaran menciptakan institusi keluarga yang kukuh dan berprinsip lahir dari naruni si calon ibu dan ayah.

Dalam mendedahkan kehidupan kekeluargaan yang pasti akan dilanda pasang surut, kita dituntun untuk tidak hanya melihat dari zahir sahaja. Zahir hubungan suami isteri. Zahir hubungan dengan mertua masing-masing. Zahir masalah kewangan dan waktu. Zahir kasih sayang dan perhatian. Tidak cukup sekedari itu. Maksud saya zahir adalah menyelesaikan masalah yang kita nampak seperti tata cara bicara. Perbezaan kecenderungan antara lelaki dan perempuan. Konflik-konflik nilai antara yang haq dan yang batil dalam keluarga perlu didedahkan. Konflik-konflik dalam mengharungi cabaran pemikiran, cabaran budaya seperti hedonisme cabaran sosial seperti perzinaan dan arak semua itu perlu didedahkan kepada mereka. Sebagai contoh pernahkah kita fikirkan bagaimana seorang ayah perlu menghadapi anak yang terjebak di dalam perzinaan hingga hamil. Benar, mungkin terlalu awal untuk membicarakan topik sebegini ketika mereka belum pun berkahwin tetapi adakah ruang selain dari kursus ini yang boleh dimanfaatkan?

Inilah sebahagian kecil dari hal yang perlu sama-sama kita renungkan. Sikap hangat-hangat tahi ayam dalam perlaksanaan sebuah ketentuan dan penguatkuasaan adalah sebuah pembaziran yang nyata. Mengapa tidak pemaksaan untuk mendapatkan sjil ini benar-benar dijadikan sebab bagi meningkatkan taraf kehidupan masyarakat kita.

Semoga pandangan peribadi ini mendorong kita untuk bersemangat meningkatkan mutu dan merangsang kita untuk semakin gigih bekerja demi sebuah perubahan yang kita percaya.

Tidak saya lupakan, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada para penceramah yang sudi berkongsi ilmu, pihak penganjur yang gigih memastikan program berjalan lancar dan para peserta semua yang sangat tertib dan memberi tumpuan yang baik. Semoga Allah beri ganjaran berlipat ganda kepada kita semua. Amin. Selamat mendirikan rumah tangga dan Semoga dipermudahkan segala urusan.

Terus Belajar!
“Awak buat apa sekarang?” Tanya seorang teman lama.

Sudah sekian lama berpisah. Masing-masing sudah pun menentukan hala tuju masing-masing. Ramai yang sudah menyelesaikan sarjana muda. Tidak sedikit yang sudah memulakan hidup baru dalam dunia pekerjaan. Hanya beberapa orang yang masih bertungkus lumus menyelak lembaran buku sama ada untuk ijazah sarjana muda atau bahkan ijazah sarjana.

“Enta dah habis belajar? Berapa lama enta di sana?” Seorang teman lain menghentikan mulutku yang baru saja ingin bicara. Tidak ramai yang masih menggunakan ana dan enta, ciri khas pelajar-pelajar sekolah agama seperti sekolah kami. Walaupun kami hanya berkongsi kelas selama 6 tahun dibangku sekolah rendah tapi ikatan yang terjalin antara kami sungguh luar biasa. Itulah hal yang sangat membezakan dan yang dapat kami bangga. Jika difikirkan faktor yang membuatkan hubungan kami erat antara lain masa persekolahan yang panjang iaitu bermula dari jam 8 pagi hinggalah 4 petang. Keadaan ini memberi ruang kepada kami untuk banyak beraktiviti bersama. Faktor kedua adalah kerana kecilnya bilangan kami. Hanya kurang dari 30 orang sekelas.

“Aku baru je balik ke Malaysia, 16 September yang lalu.” Sengaja menggunakan aku. Kini ia agak lebih akrab bagi semua kawan-kawan.

“Alhamdulillah sudah selesai pengajian di sana. 4 tahun aku di Mesir.”Aku meneruskan bicara setelah melihat wajah penantian semua yang hadir.

Sebuah kesyukuran yang besar bagiku. Aku sudah pun lulus dengan purata markah akhir yang dikategorikan ke dalam Jayyid. Purata akhir markah dalam pengajian adalah sangat penting. Ia adalah penentu bagi mereka yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang seterusnya. Banyak universiti di Timur Tengah bahkan di seluruh dunia, yang meletakkan syarat pendaftaran bagi sarjana adalah lulus sarjana muda dengan markah akhir Jayyid dan bagi yang ingin meneruskan peringkat doktor filsafat (PhD) perlulah mendapat markah akhir sarjana tidak kurang dari Jayyid Jiddan. Aku masih diberi peluang oleh Allah untuk mengintai kesempatan meneruskan pengajian ke peringkat sarjana.

“Cepat juga ye. Ingatkan perlu masa yang lebih lama.” Kawan yang bertanya tadi segera memberi komen. Mungkin dia sudah maklum perihal pengajian di Mesir secara umumnya dan Azhar secara khusus. Tidak ramai yang berjaya menyelesaikan pengajian dalam tempoh empat tahun. Bahkan tidak sedikit yang menghabiskan 8 tahun atau lebih untuk pengajian tingkat pertama universiti itu!

“Alhamdulillah berkat rahmat dan fadhilat Allah, sokongan teman-teman, doa ibu-bapa dan kerja keras banyak pihak yang membantuku selama di Mesir.” Aku berkata seadanya. Kejayaanku ini memang tidak murni usaha aku. Bahkan ianya sarat dengan sumbangan orang dan belas kasihan Allah kepadaku.

“Apa plan enta?” soalan yang tadi belum sempat dijawab kembali diulang.

“Ana nak tolong mak dan ayah ana. Aku nak jadi petani.” Aku tersasul menggunakan ana dan segera menggunakan aku. Aku sangat risau jika menggunakan istilah itu akan mengubahkan sikap teman-teman kepadaku. Aku menyedari hakikat bahawa amat sukar bagi seorang yang belajar di Mesir seperti aku untuk lari dari panggilan ‘ustaz’. Bagi aku panggilan itu sangat-sangat tidak sesuai bagiku lafzan wa ma’nan! Itu membuatkan aku gigih untuk mengelak dari terjebak dengan panggilan tersebut. ‘Aku’ adalah senjata ampuh untuk meletakan diri di tengah-tengah ‘dunia’ teman-temanku.

Ramai yang terkejut mendengar jawapanku ‘menolong mak dan ayah’. Mungkin ia tidak pun pernah terlintas dalam diri ramai orang untuk memasukan ke dalam senarai cita-cita dan kerjaya atau malah dalam to do list mereka. Aku bersyukur bahawa aku telah diberi kesedaran ini. Aku juga sedar bahawa aku tidak mempunyai wang untuk membahagiakan ibu dan bapaku. Bahkan, jika aku berwang sekali pun aku yakin itu tidak membahagiakan mereka. Maka aku perlu memperuntukkan waktu untuk berbakti barang seketika sebelum aku meneruskan perjalanan hidupku yang baru.

Mungkin presepsi orang bila mendengar jawapan seperti itu adalah tidak bekerja. Zaman sekarang ini, ibu-bapa yang diperingkat usia ibu-bapaku, amat risau jika anaknya yang sebaya denganku berada dirumah. Kerana yang demikian bukan hanya menyakitkan mata malah menambahkan beban! Teringat kata-kata seseorang kepada ibuku,

“Ni nak bagi tau. Ini jaga cucu ni sebab terpaksa!”

Anak-anak sudah hilang pertimbangan. Bukan salah meninggalkan anak kepada nenek tapi adakah hal itu dilakukan kerana memang terpaksa?, atau kerana sang anak itu memang malas untuk memikirkan hal anaknya sendiri dan menjadikan nenek sebagai ‘mangsa’?

“Dulu kita susah payah jaga dia, sekarang ni diorang relax bersenang-senang, anak diorang pulak diorang bagi kat aku!” Mak cik tadi meneruskan bicara dengan nada penuh kekesalan.

Aku sentiasa memohon agar aku tidak dijadikan beban kepada mereka malah menjadi utusan yang meringankan beban mereka. Amin.

“Engkau nak tanam apa? Kat mana?” Mereka masih penasaran menanti kisah diriku. Bukan suatu yang biasa bagi seseorang yang telah mendapatkan sarjana muda untuk terjun ke dalam dunia pertanian. Apalagi seorang yang berkelulusan dari Mesir. Aku bahkan sangat selalu menerima persoalan dari ramai orang yang mempertanyakan mengapa aku tidak menceburi bidang-bidang lain sesuai dengan apa yang aku dulu pelajari di Mesir. Bahkan tidak sedikit yang kecewa dengan keputusanku menjadi petani. Mereka malah memujukku untuk mahu menjadi pensyarah atau pegawai di jabatan seperti JAKIM atau JAIS.

Menjadi petani adalah sebuah proses pembelajaran bagiku. Ia tidak kalah penting dengan mempelajari pelajaran di universiti. Bezanya seorang petani yang menjadi cita-citaku adalah petani yang menuntut ilmu Allah terus dari Allah.

Dulu, manusia menunggu suatu yang luar biasa terjadi bagi meletakkan seseorang ditempat yang istimewa dikalangan masyarakat. Nabi dan Rasul AS adalah antara mereka yang telah Allah SWT karuniakan keistimewaan berupa mukjizat yang membuktikan segala keMahaan Allah dan keberanan para utusan.  Manusia yang melihat mukjizat lalu merenung dan berfikir pasti akan mengimani Allah dan para rasul. Ya, bermula dari sebuah mukjizat!

Zaman sekarang mukjizat sudah tidak pernah akan berlaku lagi kerana Nabi dan Rasul sudah tiada lagi. Hal-hal yang ajaib yang berlaku kepada orang biasa tidak selalunya menjadi sebab kita akan beriman. Malah kita sendiri kebingunan membezakan keajaiban itu antara karamah atau istidraj. Tetapi walaupun demikian Allah tetap Maha segala Maha. Kerana Allah SWT yang dulu memberikan mukjizat kepada para Nabi dan Rasul, adalah Allah yang aku sembah juga, Allah yang sama.

Allah berfirman, “Tidakkah kalian melihat mata air bagaimana ia diciptakan, dan langit bagaimana ia diangkat (ditegakkan), dan gunung-ganang bagaimana ia menjadi pasak, dan bumi bagaimana ia dihamparkan..”

Mengapa tunggu mukjizat baru beriman? Mengapa tunggu keajaiban untuk menggerakkan hati?

Walhal seluruh yang ada disekeliling kita ini hakikatnya adalah ajaib. Keajiaban yang tidak setanding dengan akal fikiran kita. Siapa yang boleh menjelaskan bagaimana sebutir benih yang bertahun-tahun tidak berubah bentuk dan warna. Namun setelah direndam di dalam air hanya satu malam telah mengeluarkan akar. Setelah seminggu sudah pula bertunas. Adakah ia sebuah kebetulan? Hukum alam?

Ya, ia kebetulan yang telah disusun oleh yang Maha pencipta. Ya, ia hukum alam yang telah Allah tetapkan di dalam ilmuNya. Jauh diluar jangkauan pemikiran manusia. Semua orang melihat dedaunan bertunas setiap hari. Tapi berapa banyakkah yang mahu melihat semua itu dengan mata hati yang menggerakkan minda dan hati. Aku melihat Allah dalam segala sesuatu. Tidak ada pelarian dari hal yang satu ini.

Bertani adalah jalan yang aku pilih untuk melihat kebesaran Tuhan yang telah menghidupkanku. Bertani adalah jalan yang aku pilih untuk menghidupkan jiwa merdeka dalam kehambaan kepada yang Maha Esa. Bertani adalah jalan yang aku pilih untuk terus belajar dan belajar dan belajar. Belajar ikhlas, belajar sabar, belajar tawakkal, belajar disiplin, belajar gigih, belajar kuat, belajar untuk belajar..

“Aku akan menanam cili di Sungai Ramal. Doakanlah.. Kalau ada peluang marilah datang..” Aku menjawap soalan temanku tadi dengan senyuman. Segera aku mengakhiri temu ramah teman-temanku dengan berkata, ” Eh engkau kerja kat mana sekarang?” Tumpuan beralih ke sahabat yang satu ini dan kisahku pun tamat.

*kisah di atas hanyalah rekaan semata-mata..

Kita Memang Berbeza..
Penulis baru sahaja pulang dari sebuah makan malam anjuran Jemaah Islam Malaysia (JIM) di PERMATA Petronas, Bangi. Majlis yang diberi nama MAN ’09(Malam Amal Nusantara) itu, telah dihadiri oleh ramai orang tetamu, kumpulan Nasyid Mirwana, pelajar-pelajar dari Acheh, Vietnam dan Sri Lanka yang merupakan mereka yang mendapat tajaan JIM dalam program-program pembangunan pasca bencana alam, turut menghadiri majlis beberapa orang wakil dari NGO dan Madrasah-madrasah Islam dari pelbagai negara Nusantara.

Kesyukuran yang teramat tinggi penulis panjatkan kepada Allah yang telah memberi peluang kepada penulis untuk sekali lagi hadir ke majlis yang sedemikian. Kerusi penulis telah ditaja oleh seorang sahabat karib yang akrab dengan panggilan Bro Nash. Beliau adalah rekan penulis yang pernah sama mendeklamasikan sajak pada sebuah majlis amal “Bersamamu Palestin” anjuran JIM pada tahun 2006.

Pada majlis tadi, ada sebuah persembahan atau ucapan terima kasih dari beberapa pelajar dari pelbagai negara yang mendapat saluran dana dari JIM. Mereka berbicara dengan bahasa rasmi negara mereka. Bahasa mereka itu tidak dapat penulis dan sebahagian besar atau mungkin keseluruhan orang yang datang fahami kerana bahasa mereka itu asing. Sejenak penulis tersentak dan hati penulis segera berbisik, “ternyata kita memang berbeza!”.

Penulis terbawa kepada sebuah renungan dengan hati yang tidak dapat tidak melainkan mengakui kehebatan Allah yang begitu nyata ini. Kehebatan Allah dan kekuasaanNya menciptakan kita semua sama tetapi berbeza. Bahkan samanya kita adalah berbeza. Kita sama-sama memiliki mata namun setiap mata kita pasti berbeza. Kita sama-sama memiliki rupa tetapi rupa kita tetap akan berbeza. Kita sama-sama berinteraksi dengan kata-kata, tetapi kata-kata kita berbeza.

Entah dari sudut mana kita ingin melihat kita pasti akan menemukan perbezaan disebalik persamaan. Sama ada dari kaca mata individu atau dari kaca mata kelompok. Kelompok ini dan kelompok itu berbeza disebalik segala persamaan seperti mana berbezanya setiap individu dengan individu lain disebalik ciri-ciri yang sama. Sungguh menakjubkan.

Namun, penulis agak terkejut bila mana ada sebahagian kelompok atau beberapa individu yang tidak dapat menerima perbezaan disebalik persamaan. Ya, kelompok dan individu seperti ini masih wujud! Mereka menafikan perbezaan. Bahkan perbezaan bagi mereka adalah sebuah malapetaka. Apalagi seandainya perbezaan itu menjadi penyebab suatu perselisihan, mulalah mereka melatah dan menuding jadi demi mempersalahkan dan menyalahkan. Mangsa yang terpaksa menanggung dan menerima nasib malang itu adalah ‘perbezaan’. Seperti kata orang putih, “Just because you or they are different!“.

Kepada mereka-mereka ini penulis ingin mengajak untuk kembali merujuk kepada sebuah ayat Al-Quran yang begitu sering kita dengar dan baca. Terjemahannya berbunyi, “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling berbakti dan bertakwa di antara kamu.” (Al-Hujurat: 13)

Tidakkah ayat ini memberikan penerangan yang jelas bahawa manusia sesungguhnya telah diciptakan dalam keadaan berbeza-beza!? Berbeza dalam individu, berbeza dalam kelompok-kelompok kecil, bahkan turut berbeza dalam kelompok-kelompok besar.

Allah SWT bahkan menyatakan sebab disebalik perbezaan yang sengaja dijadikan iaitu lita’arafu. Ramai ulama yang menterjemahkan ta’aruf ini sebagai berkenal-kenalan. Selain dari itu, ta’aruf ini mengandung erti lain yang sering kita dengar iaitu ma’ruf atau kebaikan. Melihat dari kedua makna ini, kita dapat melihat dengan sesungguhnya bahawa perbezaan yang diciptakan itu ternyata perlu mencapai hasil yang positif. Hasil murni yang mana dengan kepelbagaian dan perbezaan itu terjadi pertembungan yang positif sehingga membuahkan lebih banyak gagasan dan idea kemudian menciptakan lebih banyak ruang untuk berbakti dan menciptakan lebih banyak saluran untuk berbuat dan seterusnya. Proses berkenalan adalah sebuah interaksi atau hubungan antara individu atau kelompok yang akan mempertemukan banyak hal dan pengalaman. Seorang yang tinggal disebuah pelosok terpencil mempunyai pengalaman-pengalaman hidup dan kebiasaan-kebiasaan yang jauh berbeza dengan seorang yang tinggal disebuah pusat bandar. Perkenalan antara mereka membuahkan interaksi yang sihat dan pertukaran maklumat sehingga antara kedua itu dalam menghasilkan sebuah kinerja yang sihat. Itulah sebabnya, dalam masyarakat Islam, seorang yang lemah sentiasa mendapat pembelaan dari mereka yang kuat. Kerana perbezaan antara kuat dan lemah terjalin dengan sebuah perkenalan yang akan menghujung kepada sebuah perlindungan dari yang mampu kepada yang memerlukan. Begitu juga antara kaya dan miskin. Hubungan perkenalan inilah yang menjadi perantara kerana sesungguhnya memang ia adalah ‘supaya’ dari ketentuan asal penciptaan seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas.

Hanya dengan perkenalanlah seseorang itu tahu bahawa individu di depannya lemah atau memerlukan. Hanya dengan perkenalan jugalah seseorang itu tahu kepada siapa dia perlu merujuk bila berada dalam kesusahan.

Memahami konsep ini dengan hati terbuka, seharusnya membuat kita berlapang dada untuk melihat perbezaan-perbezaan kelompok-kelompok kecil dan kelompok-kelompok besar disebalik persamaan-persamaan yang ada. Perkenalan antara kelompok-kelompok kecil atau minoriti dan kelompok-kelompok besar yang dominan juga seharusnya menghasilkan sinergi dan kinerja yang sama seperti yang dinyatkan di atas. Dengan demikian kelompok besar tidak rela menindas malah gigih melindung sambil rela menelan segala pahit dan masin perjuangan dalam menuju ke arah itu.

Dari tulisan ringkas ini, penulis menyeru khususnya kepada rekan-rekan yang belia dan muda mari sama-sama kita nikmati perbezaan ini untuk kita pertingkatkan nilai-nilai yang sama antara kita. Maka dengan usaha gigih ini Allah sudi memberikan kepada hati-hati kita rahmat sehingga selesa dan tenang bilamana berada dikalangan mereka yang shaleh walau dalam pelbagai pakaian yang berbeza. Walau anfaqta ma fil ardhi jami’a ma allafta baina qulubihim wa lakinnallaha allafa bainahum..

Kami Generasi Harapan dan Masa Depan!!
Antara nikmat yang paling besar selama aku menetap di Mesir ini adalah kesempatan yang Allah berikan kepadaku untuk bertemu dengan rekan-rekan yang berada di dalam barisan HAMAS. Setiap pertemuan dengan mereka membekas kedalam jiwa dan minda aku walaupun pertemuan yang berlaku hanya seketika. Mereka adalah golongan yang benar-benar suci dan matang dalam memahami dan melaksanakan jihad yang sebenar.

Seperti yang pernah aku tuliskan dahulu, pancaran wajah bersih mereka adalah gambaran akan keyakinan, keteguhan harap, dan sikap positif yang mereka miliki. Mereka yang melihat kematian pada setiap hari begitu yakin akan harapan yang ada dalam setiap detik dan hembusan nafas mereka. Mereka bukan golongan yang berputus asa.

Rezeki aku – Alhamdulillah- Allah susunkan sebuah pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Palestin iaitu Fathi Hammad. Beliau yang baru pulang dari beberapa negara menetap beberapa hari di Mesir untuk melakukan pembedahan mata. Semoga Allah segerakan kesembuhan kepada beliau.

Kami bertemu beliau di sebuah hotel di daerah Kota Nasr. Pertemuan kami itu tidaklah ilegal kerana beliau mendapat permit berada di Mesir. Setelah menyelesaikan segala urusan yang sulit. Aku memanfaatkan peluang untuk menyerap semangat dan taujih dari beliau. Satu persatu isu kami bincangkan. Isu yang dibincangkan bukan merupakan isu-isu berkaitan politik Palestin akan tetapi isu lebih menjurus kepada isu pembentukan dan pendidikkan umat. Isu harapan, cita-cita dan realiti.

Ketika aku menceritakan nasib satu kelompok yang ditahan di lapangan terbang dan dirampas wang yang diperuntukkan untuk Gaza sejumlah satu juta ringgit itu, beliau dan tim beliau tidak sedikit pun terkejut, mengeluh atau merasa kerugian. Respon mereka sangat tenang seakan-akan ia bukan merupakan suatu yang sangat besar. Itu bukan berarti hati mereka kering atau keras tetapi mereka adalah golongan yang benar-benar memahami dan melaksanakan apa yang kita sebut dengan redha dan tawakkal. Penyerahan diri mereka kepada Allah bukanlah sebuah retorik atau slogan semata tetapi ia benar-benar mendarah daging dan sebagi dengan jiwa mereka. Maka, ketika berita yang begitu mereka terima mereka tidak terkejut atau kecewa. Mereka bahkan telah melihat yang lebih dari iaitu pembunuhan massal masyarakat mereka yang berulang kali berlaku. Lebih mengagumkan lagi, wajah dan kata-kata mereka tidak sedikit pun berunsurkan keluhan, kebencian, kemarahan, kebengangan apalagi permusuhan.

Beliau kemudian mula menceritakan apa yang mereka (Kementerian Dalam Negeri) lakukan. Sambil kami berbicara satu persatu proposal projek-projek yang disediakan oleh asisten beliau diserahkan kepadaku. Aku tidak ingat pasti berapa jumlah proposal projek yang diberikan yang pastinya ianya lebih sepuluh. Beriku adalah antara proposal projek yang diserahkan :

1. Projek perkahwinan massal.

2. Projek perikanan.

3. Projek telur.

4. Projek ternak lembu susu.

5. Projek ternak lembu.

6. Projek pembangunan.

7. Projek pertanian.

8. Projek besi.

9. Projek kedai runcit.

10. Projek Hospital.

11. Projek kilang jahit.

12. Projek perfileman.

13. Projek ternak ayam.

14. Projek kajian pembinaan bangunan dengan tanah liat.

15. Projek ibu tunggal.

Seorang bawahan beliau menjelaskan betapa Projek perkahwinan massal ini antara projek prioriti saat ini. Hal ini adalah penting dan memerlukan tindakkan segera. Ia menjadi projek prioriti satu pasca perang. Ini kerana ramai ibu tunggal yang kehilangan suami akibat serangan Januari lalu. Dan ibu-ibu tunggal ini relatif muda iaitu antara 15-35 tahun. Perkahwinan massal adalah solusi untuk memberikan perlindungan kepada ibu-ibu tunggal ini. Untuk itu, mereka harus menyediakan paling tidak rumah untuk ibu-ibu ini yang mahu berkeluarga. Bagaimana golongan lelaki mahu menyediakan rumah sedang majoriti mereka tidak memiliki pekerjaan. Untuk itu kerajaan perlu mencari dana agar mereka ini dapat memulakan hidup baru. Gaza merupakan kota kecil yang perkembangan atau pertumbuhan penduduknya sangat cepat. Beliau sendiri (Fathi Hammad – Menteri Dalam Negeri) memiliki 15 orang anak dan 3 orang dalam kandungan. Beliau memiliki empat orang isteri. Pertumbuhan penduduk adalah satu-satunya jihad golongan ibu yang paling utama demi masa depan Palestin. Apa ertinya sebuah negara tanpa rakyat. Sedang Israel dari masa ke masa menyusun strategi untuk pembunuhan massal dalam setiap serangan mereka. Itulah rahsianya mengapa kita sering tertanya-tanya, “tidak pernah habiskah rakyat Palestin ini?”

Beliau kemudian menjelaskan kepada kami plan tindakkan mereka yang proaktif dalam menghadapi sekatan ekonomi yang dilakukan terhadap Palestin. Projek perikanan mereka sebagai contoh telah berjaya menghasilkan 30 ton pada tahun ini setelah setahun ia dilaksanakan. Mereka juga sedang melihat peluang bagaimana untuk mampu menghasilkan lembu, kambing dan ayam. Buat masa sekarang ini mereka belum memulakan lagi projek ternak lembu akan tetapi mereka sudah mula merancang. Demikian halnya dengan pertanian. Ada sebahagian buahan dan sayuran yang telah mereka hasilkan dengan cemerlang. Setelah penjelasan yang panjang lebar mereka jangkakan masalah sekatan akan sepenuhnya dapat diselesaikan dalam masa dua tahun jika mereka mampu menghasilkan penghasilan sendiri.

Pembicaraan kami kemudian beralih kepada perang saraf atau propaganda. Efektifiti dan peranan media massa. Beliau menceritakan bagaimana pusat maklumat (tv dan radio) telah dihancurkan sebanyak dua kali dan telah menelan jutaan Dolar Amerika. Tetapi mereka telah  memaksimalkan penggunaan internet dan media sehingga mereka menganggap permasalahan propaganda hampir berjaya. Saat ini masyarakat dunia sudah mula tahu bagaimana mencari maklumat dari pihak Palestin sendiri dan tidak menerima bulat-bulat laporan dusta media anti Islam dan anti Palestin. Akan tetapi kita perlu mengakui bahawa dipesada antarabangsa media dari Palestin belum meluas dan belum mendapat jangkauan menyeluruh.

Antara projek yang sedang dalam pembinaan adalah menubuhkan sebuah kota bernama Asdaa’. Kota ini akan menjadi kota pelancongan dan kesenian Palestin. Ia terletak di Khanyunish. Ia menyerupai Hollywood di Amerika. Buat saat ini kota ini telah menghasilkan Filem sulung mereka berjudul Imad Aqil, kisah seorang pejuang terkenal Palestin. Mereka saat ini sedang memikirkan bagaimana agar filem tersebut dapat dipasarkan. Maka mereka sangat memerlukan alat-alat yang dapat membantu mereka menghasilkan produk yang berkualiti. Mengenai Kota Asdaa’ ini anda boleh melawat laman webnya atau membaca Akhbar Edisi Khas yang dapat anda akses di sini.

Penduduk Palestin masih mempunyai harapan yang sangat tinggi. Kematian yang mengancam mereka setiap masa tak mampu membuatkan mereka gerun. Mereka bahkan sangat gigih mengkaji dan mempelajari ilmu-ilmu teknologi berlandaskan asas agama yang kuat. Mereka mahu tampil kepada dunia sebagai representative of the real muslims. Anda salah jika mengira mereka lemah. Anda salah jika berkasihan kepada mereka. Anda salah jika bersimpati terhadap mereka. Anda salah jika memandang remeh kepada mereka. Anda tidak pernah akan memahami mereka sebelum anda bertemu dengan mereka. Harga hidup mereka sangat bernilai kerana telah mereka infakkan sepenuhnya kepada Allah. Etos kerja mereka sangat maksimum dan dahsyat sebab mereka tidak mengukur dengan ganjaran murah duniawi. Di akhir pertemuan setelah memberikan kata-kata nasihat dan penutup kepada kami. Beliau mengingatkan bahawa kami akan sentiasa bersungguh dalam usaha kami ini kerana Allah. Kami akan terus tingkatkan teknologi kami untuk mampu bersaing dengan Israel dan dunia. Kami tidak pernah menggantungkan harap kepada bantuan kalian, akan tetapi kami membuka ruang seluas-luasnya bagi kalian untuk turut berjihad bersama-sama kami dengan harta kalian. Bukankah jihad ini tugas umat Islam secara keseluruhannya dan bukan hanya kewajipan kami di Palestin?? Sungguh kami tidak pernah menggantung harap pada sumbangan kalian kerana kami miliki Allah. Mari sama-sama berjihad bersama kami..

Aku melangkahkan kaki penuh semangat meninggalkan mereka. Begitu banyak tugas yang perlu kita semua sebagai umat Islam lakukan. Tiada masa lagi bagi kita untuk berlengah. Ya Allah tunjukkanku jalan menujumu ya Allah.