Blog Taqeyyabella » Motivasi

Sabar & Syukur
Pada zaman Khalifah Al-Mansur, salah seorang menterinya Al- Ashmu’i keluar berburu. Mengenjar haiwan buruan merupakan suatu kegiatan yang memerlukan tahap fokus yang tinggi. Tumpuan yang penuh dalam memburu membuatkannya terpisah dari kelompoknya. Tersesatlah dia keseorangan ditengah padang pasir yang sangat luas.

Cuaca panas padang pasir membuatkannya kehausan. Kehausan yang dialami memuncak sehinggalah dia melihat sebuah kemah dikejauhan. Kemah itu merupakan satu-satunya yang ada disitu. Terpisah dan terasing sendirian. Segera saja dia memacu kudanya kearah kemah itu dengan pantas. Betapa terkejutnya dia ketika mendapati seorang wanita muda yang cukup anggun di kemah itu.

“Bolehkah aku meminta air minum?”

“Aku memiliki air tapi ia telah kusiapkan untuk suamiku, namun aku masih memiliki sisa air minumkum, jika engkau mahu ambillah!”

Tiba-tiba wajah wanita itu berubah. Sugul dan segera merapikan tempat minum yang telah disediakan untuk suaminya itu. “Suamiku datang..”

Kelibat lelaki itu muncul setelah beberapa ketika. Memeranjatkan! Wajahnya jelek, tua, bengis dan sangat menakutkan. Seakan tidak percaya dan sangat tidak sesuai jika dipadukan dengan isterinya. Sungguh tidak seperti pinang dibelah dua. Apa yang lebih memeranjatkan adalah kejelekan sifat dan perangai yang tidak kalah dengan kejelekan wajah lelaki itu. Dia hadir dengan wajah yang bengis dan semua yang keluar dari mulutnya adalah jeritan dan herdikkan.

Tidak cukup dengan itu, Al-Ashmu’i semakin kehairanan melihat tindak balas sang isteri yang begitu sabar dan ridha. Tidak pun dia melawan, memperlihatkan ketidaksukaan atau kebencian, malah dia menghulurkan minuman dengan penuh kesopanan.

Tiba masanya Al-Ashmu’i meninggalkan persinggahannya itu. Dia perlu melepaskan apa yang terbuku di hatinya. “Engkau muda, cantik dan setia. Pasangan yang teramat jarang untuk ditemui. Mengapa engkau korbankan dirimu  untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk?”

Jawapan wanita itu ternyata lebih memeranjatkan. Dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Agama itu terdiri dari dua bahagian, syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kepadaku usia muda, kecantikan dan perlindungan. Ia membimbingku berakhlak baik. Aku telah melaksanakan setengah agamaku. Kerana itu, aku ingin melengkapkan agamaku dengan setengah lagi, yakni dengan bersabar.”

Semoga kisah yang ringkas ini bermanfaat bagi kita yang mahu bersabar sepertimana kemahuan kita untuk bersyukur. Ya Allah berikanlah kami kesyukuran yang tinggi dan berikanlah juga kesabaran yang hebat.. Amin..

Aspek Kemanusiaan Rasulullah SAW
Maha suci Allah SWT yang telah mengutusakan para rasul dan nabi yang merupakan manusia. Tak terkecuali rasul terakhir yang amat dicinta, juga seorang manusia. Ketika semarak sambutan maulidurrasul, minda tertumpu pada sebuah kata iaitu “maulid” atau “kelahiran”. Bagi manusia maulid adalah proses yang telah kita ketahui. Al-Quran turut memperjelaskannya dengan terperinci dimana ia bermula dengan setitis benih kemudian menjadi segumpal darah lalu membentuk tulang barulah ditumbuhi daging dan seterusnya. Proses lazim yang pasti dilalui setiap individu kecuali dua orang, Nabi Adam selaku manusia pertama dan Nabi Isa selaku anak tanpa bapa. Maha suci Allah yang telah memperlihatkan kuasaNya kepada kita.

Memperingati maulid nabi membawa kita untuk merenung aspek kemanusiaan sang utusan Allah SAW itu. Manusia pada dasarnya berkongsi keadaan yang sama. Jika tidak makan akan lapar. Jika tidak tidur akan mengantuk. Itu adalah antara aspek kemanusiaan yang dikongsi bersama oleh kesemua manusia. Lalu manusia juga berkongsi Qada’ dan Qadar Allah. Segala usaha manusia tidak mutlak dari manusia kerana sentiasa terkait ketetapan Allah dan segala ketetapan Allah pasti akan seiring dengan usaha yang manusia kerahkan. Ini terbukti dengan apa yang terjadi kepada kita hingga hari ini. Kegigihan, kesungguhan dan kesabaran kita telah menyebabkan kita mencapai apa yang telah kita capai. Walaupun begitu kita juga tidak dapat menafikan peluang, kesempatan dan seribu satu faktor ‘ketetapan Allah’ lain yang memungkin semua ini terjadi.

Melihat dari aspek ini, sedarlah kita bahawa apabila Muhammad Bin Abdullah diangkat menjadi nabi dan rasul, maka telah terbeban ke atas bahunya sebuah amanah yang teramat berat. Amanah itu tidak akan terlaksana tanpa pengorbanan yang luar biasa. Lebih dahsyat lagi amanah yang dapat menggegarkan gunung yang kukuh kerana keberatannya itu dipikul oleh seorang manusia biasa. Inilah yang menjadikan baginda seorang yang luar biasa.

Menyedari hal ini, kita perlu mengajak diri merenung keadaan baginda selaku manusia ketika membaca setiap lembaran sirahnya. Barulah dengan demikian kita dapat melihat sudut yang sama iaitu sisi kemanusiaan. Tidak timbul lagi ungkapan, “itukan nabi.. kita mana nak mampu..” sebagai alasan melepaskan diri kerana malas berkorban dan berjuang. Runtuh jugalah tembok yang memisahkan kita antara cara hidup baginda dan cara hidup kita.

Mengajak diri berfikir dan melihat dari aspek ini bukan bererti kita mahu menyamakan diri dengan para nabi dan para rasul. Maha suci Allah yang telah berselawat keatas nabi sebagai pengiktirafan akan ketinggian baginda dalam segala aspek maka hanya kebodohanlah yang akan – dengan tidak malunya- menyamakan diri dengan para nabi dan rasul khususnya Muhammad SAW. Apa sepatutnya diperoleh dari adalah sebuah kesedaran bahawa pengutusan nabi dan rasul itu merupakan sebuah sebab untuk suatu akibat. Pengutusan rasul menjadi satu sebab yang kukuh mengapa kita perlu taat dan patuh hanya kepada Allah. Akibatnya, setelah pengutusan rasul tiada lagi alasan yang akan diterima oleh Allah untuk tidak taat dan tidak patuh kepadaNya. Utusan Allah yang kepadanya diutuskan juga Al-Quran adalah hujah yang terkuat. Tiada lagi dalih. Tiada lagi alasan. Apa yang tinggal hanyalah, “kami dengar dan kami taat!”.

Ramai pengkaji yang berminat untuk melihat lebih dekat sosok Muhammad bin Abdullah. Hasilnya, mereka menjadi sangat terkesima. Sama ada suka atau pun tidak, mereka yang jujur dan telus dalam kajian akan mengaku akan keluarbiasaan dan kehebatan tingkat tinggi pada segala aspek kemanusiaan bagi sosok Muhammad bin Abdullah itu. Ya, mereka memuji dan mengakui kehebatan sosok kemanusiaan Muhammad walau pun mereka bukan beragama Islam! Namun bagi kita yang merupakan seorang muslim, kehebatan sosok kemanusiaan pada baginda tidak cukup sekedar diakui dan dipuji. Ia mengandung nilai yang lebih iaitu nilai keimanan, nilai ketauladanan dan nilai-nilai sumber hukum.

Nilai keimanan ini sangat penting bagi seorang muslim. Ia adalah kayu ukur keimanan. Seorang muslim melihat Muhammad Bin Abdullah sebagai seorang rasul (utusan Allah). Allah SWT telah merestui segala yang ditampilkan baginda, entah ia berupa perbuatan, perkataan  mahu pun keputusan. Istilah yang digunakan adalah ma’shum. Seandainya Muhammad Bin Abdullah melakukan kesilapan, maka ia akan mendapat teguran dari Allah serta-merta. Itulah konsep keimanan yang perlu ada dalam diri seorang muslim.

Nilai ketauladanan pula tidak kalah pentingnya. Mengimani kerasulan Muhammad bin Abdullah tidak cukup jika belum disusuli dengan ketauladanan. Seorang muslim hendaklah meniru satu per satu sifat dan tingkah laku baginda tanpa terkecuali. Sosok kemanusiaan yang dibawa baginda adalah yang paling cemerlang dan yang paling sempurna. Kesopanan tingkah laku, keindahan tutur kata, keluhuran budi kesemuanya perlu ditiru. Malahan perlu ditegaskan bahawa menjadikan baginda sebagai tauladan adalah prasyarat mendapatkan cinta Allah. Allah SWT berfirman, “Katakanlah, “jika kalian menyintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mencintai kalian”!”. Surah Ali-Imran.

Aspek terakhir yang perlu kita tegaskan adalah aspek sumber hukum. Banyak perkara yang dibiarkan ringkas tanpa penjelasan mendalam di dalam Al-Quran. Keringkasan tersebut dijelaskan dengan terperinci melalui tindakan atau kelakuan Rasulullah SAW. Contoh mudah mengenai solat.  Allah SWT menegaskan di dalam kitabNya akan kewajipan mendirikan solat. Kemudian mengenai kewajipan untuk menunaikan solat pada waktu-waktu yang telah ditetapkan. Ada pun cara melakukan solat dan waktu-waktu solat tidak dijelaskan. Di sinilah utusan Allah memainkan peranan bagi memperlihatkan kepada kita bagaimana solat yang benar dan bila ia sepatutnya dilakukan. Dengan demikian baginda menjadi sumber hukum yang terpenting.

Sudah sewajarnya kita mengajak diri kita untuk mengenang dan merenungkan bagaimana Rasulullah SAW selaku manusia biasa melalui episod-episod yang getir dalam melaksanakan amanah Allah ini. Sudahlah berat menerima pangkat kenabian dan kerasulan, baginda kemudian berhadapan dengan tentangan yang dahysat. Bermula dengan hinaan dan perlecehan, lalu berkembang menjadi menentangan fisik, berkembang lagi menjadi permusuhan kelompok dan akhirnya menjadi sasaran pembunuhan. Betul, pada hakikatnya Allah SWT telah pun memelihara baginda dari segala keburukan dan kecelakaan namun lihat aspek kemanusiaan baginda dan bayangkan betapa getirnya saat-saat itu serta betapa gigihnya baginda melaluinya dengan penuh kesabaran!

Bayangkan bagaimana para pembesar dan pengikut mereka memperlekahkan baginda di depan Ka’bah. Kotoran unta dituangkan ke atas baginda yang sedang sujud. Bahkan sekecil Fatimah RA menangis melihat penghinaan terhadap bapanya itu. Mereka kemudian mengancam dan merekayasa pelbagai perkara buruk demi menyakiti baginda. Desakkan para pembesar itu menyebabkan bapa saudara baginda sendiri memohon agar baginda menghentikan seruan itu. Baginda kemudian berkata, “Kalaulah mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku nescaya itu teramatlah mudah bagiku jika mahu dibandingkan dengan amanah yang perlu dilaksanakan ini” (Aw kama qal). Begitulah baginda melihat tanggungjawab yang dipikulnya sebagai Rasul. Baginda mempertaruhkan segala-galanya demi untuk melaksanakan dengan sebaik mungkin.

Mengapa baginda sanggup mengorbankan segalanya dan mengharungi segala yang penuh derita?

Dua perkara. 1. Kerana ketakutan dan kecintaan yang teramat tinggi kepada Allah, Tuhannya. 2. Kerana kecintaan yang teramat tinggi kepada umatnya.

Baginda merupakan utusan Allah, maka baginda tentunya lebih tahu mengenai Allah dari kita. Baginda pernah diangkat bertemu Allah pada penyerahan perintah solat (israk mi’raj). Diperlihatkan syurga (jannah) dan nereka (narr). Sudah tentulah ketakutan dan kecintaan itu memenuhi hati baginda.

Baginda juga sangat mencintai umatnya. Beliau tahu apa yang bakal berlaku dan teramat risau. Kerisauan itu dizahirkan dengan jelas. Malahan, baginda tidak segan silu mengistiharkan kecintaannya. Suatu hari baginda menziarahi kubur lalu berkata, “Assalam ke atas penduduk kampung orang yang beriman. Kalian telah mendahului dan kami pasti akan menyusul kalian. Aku amat menginginkan untuk bertemu dengan saudara-saudaraku.” Para sahabat bertanya, “bukankah kami saudaramu ya Rasulallah!?” Baginda menjawab, “Tidak, kalian adalah sahabat-sahabatku, sedang saudara-saudaraku adalah mereka yang tidak pernah menemuiku tetapi mereka beriman denganku..”

Sungguh luar biasa! Ungkapan cinta yang sangat dalam. Jika demikian perasaan kasih yang baginda simpan untuk mereka yang tidak berpeluang bertemu baginda di dunia, cuba kita bayangkan bagaimana kasih baginda kepada para sahabat yang sempat bersama-sama baginda di dunia. Maka tidak menghairankan para sahabat memperlihatkan rasa cinta yang luar biasa terhadap baginda. Baik lelaki mahu pun wanita semua dari mereka mencara peluang dan kesempatan untuk mendapat keberkatan baginda. Tak kira sama ada dengan cara menggadai nyawa. Menjadi perisai di medan perang. Membiarkan diri disengat kala jengking. Meminta untuk dikuburkan berdekatan baginda. Bahkan dengan cara yang sangat unik seperti yang dilakukan oleh Sawad. Beliau sengaja keluar dari barisan (saf) ketika sebelum sebuah peperangan. Setelah beberapa kali ditegur maka beliau disebat dengan cemeti oleh Rasulullah SAW kerana gagal mematuhi arahan. Sawad mengadu sakit dan meminta agar Rasulullah SAW bertanggungjawab. Maka Rasulullah SAW membuka bagian perutnya dan menyuruh Sawad untuk melakukan seperti mana yang telah diperlakukan kepadanya. Sawad kemudian terus mencium bahagian badan Rasulullah SAW tersebut. Dia mengharap akan gugur bertemu Allah pada peperangan itu maka dia sangat ingin agar kulitnya menyentuh kulit Rasulullah SAW dengan harapan agar dengan keberkatan baginda SAW kulitnya tidak akan diazab oleh Allah..

Percintaan yang mencuit hati, berteraskan kecintaan kepada Allah. Meski pun begitu, mengungkapkan rasa cinta tiada erti jika ia hanya diterjemahkan dalam bentuk kata-kata semata. Cinta perlu dizahirkan dalam bentuk usaha sehabis baik seperti mana Rasulullah SAW berusaha semampu baginda untuk menyebarkan risalah Islam ke penjuru dunia. Mengucap dibibir cuma tanpa usaha adalah umpama menipu diri sendiri. Bahkan itu hanyalah hipokrasi dan bukan cinta sejati. Justeru menterjemahkan cinta dalam mencontohi gaya hidup baginda SAW merupakan sebuah cabaran yang luar biasa hebat. Tidak semudah membalikkan tangan. Ia perlulah bermula dengan berhadapan kehendak hati yang selalu cenderung kepada nafsu dan syahwat. Harta, pengakat, wanita dan segala keindahan dunia lainnya bersifat materil yang mampu dilihat mata sedang Rasulullah SAW, syurga, neraka bahkan Allah SWT tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Itulah cabarannya, pada iman dan taqwa.

Ya Rasulallah! Kami memperingatimu, kami berselawat ke atasmu, kami memohon syafaatmu. Kami bersaksi engkau telah melaksanakan tugasmu, menasihatkan umatmu, membuka segala yang sebelum ini tersingkap dan menyingkirkan keraguan. Allahumma salli ala muhammad.. Allahumma barik ala muhammad. Allahummaj’alna min ummati muhammad. Ya Allah kuatkanlah kami untuk sentiasa mencontohi sunnah RasulMu ya Allah..

Pemuda Kahfi
Kisah Pemuda Kahfi adalah sebuah kisah yang tidak asing bagi kita. Beberapa pemuda ditidurkan oleh Allah SWT di dalam gua untuk satu tempoh yang lama. Ketika mereka terjaga barulah mereka sedari bahawa dunia disekeliling mereka sudah jauh berubah dek lamanya mereka tidur.

Kisah menarik ini telah ditempatkan oleh Allah SWT di dalam sebuah Surah yang namanya bersempena kisah mereka iaitu Surah Al-Kahfi. Sebuah surah yang penting. Merupakan anjuran yang besar untuk membacanya pada setiap Jumaat. Ia sangat penting bagi menjana keperibadian dan pergerakkan seorang individu muslim.

Saya sendiri bercita-cita untuk menulis sebuah buku motivasi agama dengan menjadikan kandungan surah ini sebagai sorotan. Semoga suatu hari ia menjadi kenyataan.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah beberapa aspek yang perlu kita pelajari dan fahami dari kisah Pemuda Kahfi ini.

Pemuda-pemuda ini sebenarnya tidak pun merancang untuk bertemua. Mereka tidak saling kenal. Tidak pernah bertemu. Masing-masing dari mereka memiliki kehidupan yang berbeza antara satu dan yang lain. Tapi mereka bukanlah orang-orang miskin atau orang yang lemah malah mereka dikatakan dari golongan yang berada dan dari keluarga yang mempunyai pengaruh di masyarakat.

Ketika itu, masyarakat akan mengadakan pesta tahunan yang di dalamnya akan dilaksanakan maksiat dan syirik kepada Allah SWT. Para pemuda yang telah dikaruniakan iman ini tidak rela untuk ikut serta dalam melakukan maksiat dan syirik yang sangat tidak layak dilakukan oleh manusia. Mereka memutuskan untuk tidak menyertai pesta itu malah mereka lari ke suatu tempat yang jauh dan terpencil dari tempat pesta itu.

Mereka yang sebelumnya belum kenal merasa sangat hairan dengan keberadaan orang selain di mereka yang melarikan diri dari pesta tersebut sama seperti apa yang mereka lakukan. Maka, mereka pun saling bertanya akan sebab keberadaan setiap dari mereka di tempat yang jauh dari pesta itu. Terungkaplah rahsia keimanan masing-masing yang selama ini tersembunyi rapat tanpa pengetahuan siapa pun.

Keimanan mengikat hati-hati mereka. Perasaan lemah dan tak berdaya yang mereka rasai berubah menjadi semangat dan gigih akibat pertemuan itu. Pesta sudah pun berakhir dan  masing-masing perlu pulang ke keluarga masing-masing. Pertemuan yang singkat memang. Namun penuh erti.

Mereka kembali ke rumah dengan suatu semangat yang berbeza. Penuh tekad dan keazaman. Mereka menabur bakti di tempat atau kampung masing-masing. Mereka yang lemah, fakir dan golongan terpinggir mendapat perhatian mereka. Mereka membantu dengan cara mereka masing-masing. Usaha mereka ini telah menyebabkan mereka mendapat tempat di hati masyarakat. Mereka dikenali ramai orang dengan sifat-sifat yang terpuji. Tidak hanya kebaikan dan bakti mereka sahaja yang diketahui oleh masyarakat. Malah, keimanan mereka kepada Allah SWT turun diketahui oleh masyarakat.

Masa bergerak pantas. Mereka semakin terkenal. Berita mengenai mereka telah pun sampai kepada Raja. Sudah tentu kewujudan mereka merupakan virus yang perlu segera dirawat. Keberadaan mereka ditengah-tengah masyarakat menjadikan masyarakat tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pemerintah. Malah mereka mengajarkan agar mensyukuri Allah dan meminta juga kepada Allah. Kredibiliti dan keegoan pemerintah tercalar dan terancam. Segera Raja memerintahkan tenteranya untuk memburu mereka. Tentulah mereka akan dipaksa untuk mensyirikkan Allah jika mereka ditangkap. Maka, menyerah diri adalah suatu yang tidak mungkin. Untuk menentang mereka juga tidak mungkin memandangkan kekuatan tentera sangat hebat. Pilihan yang tinggal hanyalah melarikan diri.

Gua telah menjadi tempat mereka bersembunyi. Dengan kehendak Allah SWT mereka selamat dari buruan Raja dan tentera. Segala yang mereka alami tentunya membuatkan mereka lelah dan kesemua mereka tertidur. Tidur yang sangat panjang.

Maha suci Allah yang berkuasa mematikan (menidurkan) dan menghidupkan semula. Mereka kembali dihidupkan setelah satu tempoh yang sangat lama. Rupa fizik mereka pun sudah berubah. Penampilan mereka ketika itu boleh menyebabkan orang lari ketakutan. Rasa lapar tentu sangat ketara kerana tubuh mereka sudah tidak menerima makan bagi tempoh yang lama. Seorang dari mereka pergi mencari rezeki dari Allah di pasar. Sangat memeranjatkan ketika ditemukan bahawa wang yang dibawa adalah sebuah wang yang purba. Malah masyarakat yang hidup ketika itu adalah masyarakat yang beriman kepada Allah. Kisah mereka terungkap dan akhirnya mereka mati di gua itu.

Allah SWT berfirman : Surah Al-Kahfi 9 – 29 (Terjemahan Tanzil.Info)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. (10) Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11) Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (12)Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (13) Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (14) (Mereka berkata pula sesama sendiri): “Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah. (15)Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna”. (16)Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.(17) Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. (18)Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. (19) ”Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya”. (20)Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (28)Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (29)

PERKARA YANG PERLU DIPERHATIKAN

Allah SWT ingin menegaskan kepada kita bahawa kemenangan dari kacamata Allah SWT bukan pada apa yang kita lihat hasilnya. Para pemuda Kahfi mungkin pada mulanya merasa lemah dan tidak dapat membuat perubahan. Mereka ditakdirkan bertemu dan mereka mula berusaha untuk melakukan usaha walau pun kecil. Kisah mereka berakhir dengan sebuah bencana bilamana Raja mendapat tahu dan memburu mereka. Namun, Allah SWT ingin mengajar kita agar kita mengambil pelajaran. Allah SWT tidurkan mereka dan bangkitkan mereka semua untuk sebuah tujuan iaitu agar manusia tahu bahawa jika Allah SWT berkehendak maka sangatlah mudah baginya mengekalkan suatu kaum dan menghapuskan satu kaum yang lain.

Jangan dikira usaha mereka itu sia-sia malah sebenarnya usaha mereka itu menjadi benih yang mula tumbuh walau hasilnya hanya akan dilihat setelah suatu tempoh yang sangat panjang. Allah SWT memperlihatkan kepada mereka sebelum mematikan mereka semula.

Dalam konteks berkerja kita perlukan kegigihan. Apa jua bentuk pekerjaan itu kegigihan dan kesungguhan menjadi syarat terpenting dalam kejayaan. Namun begitu, kejayaan itu akan luput dengan beredarnya waktu. Apatah lagi jika kejayaan itu berteraskan suatu kemunkaran. Ia akan luput seperti hilangnya debu yang ditiup angin. Maka demi meraih kelestarian kejayaan tersebut diperlukan satu hal lagi yang kita kenal dengan istilah ‘keikhlasan’. Keikhlasan menjadi syarat diterimanya suatu amalan di sisi Allah. Jika suatu yang hebat ikhlas dipersembahkan untuk Allah maka Allah akan memeliharanya sehingga semakin ramai dari manusia yang menerima kebaikan dari kejayaan tersebut.

Perkara yang kedua adalah, merupakan suatu kesalahan bagi mereka yang mengharapkan suatu yang disegerakan. Jika melakukan sesuatu kita mengharap agar hasilnya disegerakan oleh Allah. Itu adalah satu yang tidak baik. Lupakah kita bahawa orang-orang kafir sering mencabar rasul-rasul mereka dengan berkata, “Jika benar kami dalam kesesatan, mengapa kami tidak pun diazab oleh Allah!?”. Mereka ingin disegerakan azab agar terbukti bahawa mereka dalam kesesatan, jika tidak mereka enggan beriman. Mereka tidak tahu jika diturunkan azab maka tidak berguna lagi penyesalan dan tidak ada lagi jalan pulang. Maka bertaqwalah kepada Allah dan janganlah meminta agar disegerakan sesuatu.

Suka saya ingatkan diri saya mengenai peristiwa Thalut melawan Jalut. Allah SWT menceritakan kisah ini dengan memberi penekanan pada aspek tapisan yang Allah SWT lakukan. Sedikit demi sedikit tentera Thalut berkurang. Berkurang dengan pemilihan Thalut sebagai ketua. Ramai yang tidak setuju lalu berpaling dari perang. Kemudian berkurang lagi apabila gagal mematuhi perintah agar minum sekali sahaja dari cedukan tangan ketika mereka melalui sebuah telaga. Ramai yang gagal menahan diri dan minum lebih dari satu cedukan. Berkurang lagi. Jelas disini di dalam melakukan dakwah yang ikhlas kepada Allah maka kita memerlukan kesabaran yang tinggi. Diantara pantulan kesabaran itu adalah keteguhan kita bekerja tanpa berharap agar disegerakan hasil. Itulah hikmahnya para pemuda Kahfi dihidupkan semula setelah satu tempoh yang sangat panjang. Agar kita mengambil pengajaran bahawa hasil tidak datang sekelip mata, malah ia mungkin perlu menempuh sebuah tempoh yang sangat panjang maka bersabarlah.

Perkara ketiga dan yang terakhir yang ingin saya ketengahkan kali ini adalah perlunya sikap berjiwa besar dan berlapang dada. Jangan pernah ada di hati kita keraguan terhadap usaha orang lain yang juga melakukan sesuatu kerana Allah SWT hanya disebabkan pendapat mereka berbeza dengan pendapat kita. Atau disebabkan cara mereka lain dengan cara kita. Atau disebabkan aliran mereka berbeza dengan aliran kita. Perlu sentiasa kita sedar bahawa kesatuan kita adalah pada penghambaan diri kita kepada Allah. Ya, kita bersatu di dalam sujud kita kepada Allah. Kita bersatu dalam melakukan segala ibadah kerana Allah. Kita bersatu dalam membela agama Allah walau dengan cara kita masing-masing. Hal ini disentuh pada akhir kisah Al-Kahfi ini dalam firman Allah berikut :

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖوَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨﴾

Maksudnya :

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. Al-Kahfi : 28

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan dalam meneruskan kehidupan ini dengan mempersembahkan sebuah usaha yang cemerlang di sisi Allah. Semoga Allah SWT melapangkan hati kita dalam bekerja untuk Allah. Semoga Allah SWT memberikan kita kesabaran. Amin Allahumma amien.

Salam Maal Hijrah 1432

Jangan Marah!!
“Gedebuk!!! Kan dah kene pelempang sekali. Sabar aku dah habis!!” Sobir serta-merta jatuh dan memegang wajahnya yang berbirat kemerahan. Kecuaiannya telah menyebabkan teh tumpah. Pedih di mukanya lebih pedih lagi di hatinya.

Memang kadang-kadang kita berada di satu tahap yang kita rasakan bahawa tiada ruang lagi melainkan diletuskan segala kemarahan. Tiada lagi sabar yang dapat menjadi pembendung kemarahan. Adakah sememangnya ‘sabar’ mempunyai batasan tertentu pada seseorang?

Sabar ternyata merupakan suatu yang tidak tebatas. Jika saja seorang mengaku bahawa kesabarannya habis pada tahap yang tertentu maka itu menunjukkan bahawa orang tersebut merupakan seorang yang lemah. Lemah kerana tidak mampu menahan marah. Lemah kerana kekuatan sebenar adalah pada sabar.

Abu Hurairah RA pernah berkata, “seorang pemuda datang lalu berkata, “Wahai Rasulullah, berwasiatlah kepadaku!” Rasulullah SAW kemudian bersabda, “Jangan marah!” Pemuda tadi belum puas lalu mengulang apa yang dikatakan kepada Rasulullah SAW beberapa kami namun Rasulullah SAW tetap memberi sabda yang sama, “Jangan marah!”" Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari.

Mungkin pemuda itu tadi menganggap “Jangan marah” tadi merupakan wasiat yang kecil, wasiat yang berbentuk seperti nasihat. Maka pemuda tadi mengulang permintaannya agar diberikan suatu wasiat yang lebih besar. Lebih penting. Maka ketika Rasulullah SAW mengulang kata-kata yang sama, fahamlah pemuda itu bahawa wasiat ‘jangan marah’ bukan suatu yang kecil di sisi Allah SWT. Bahkan ia merupakan suatu yang besar dan agung.

Kita perlu faham bahawa apabila sesuatu itu dilarang maka sebenarnya ia merupakan perintah untuk melakukan hal yang bertentangan dengan hal yang dilarang itu. Jika ‘marah’ merupakan suatu yang dilarang maka lawannya iaitu ‘tidak marah’ adalah yang dianjurkan. Seseorang tidak akan mampu untuk ‘tidak marah’ di dalam suatu keadaan genting melainkan jika dirinya sarat dengan khasiat bernama ‘sabar’.

Larangan agar ‘jangan marah’ ini jelas merupakan suatu perintah agar kita mengambil seribu satu penyebab yang dapat membantu kita agar merealisasikan kemampuan menahan marah itu. Bahkan, ia merupakan perintah agar kita melatih diri kita untuk sentiasa mampu mengawal diri.

Seandainya saja kita membawa diri untuk melihat peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh para nabi dan rasul, kita akan temukan satu ciri khas yang ada pada mereka, iaitu ketahanan diri yang tinggi sehingga tidak marah dan sebaliknya sangat sabar dalam setiap situasi. Bahkan, ketika kita melihat mereka yang mendapat gelaran “ulul azmi” dikalangan rasul, kita akan temukan bahawa mereka ini adalah yang dikaruniakan tahap kesabaran yang maha tinggi. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahqaf ayat 35 :

credit to Quran.com

Mafhumnya :

“(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul “Ulil-Azmi” (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik – derhaka.”

Ada yang berkata, marah adalah keadaan jiwa. Jika dalam keadaan diam pun seorang yang marah masih tetap marah (marah tidak selamanya dilihat dari zahir kerana marah adalah berkait dengan keadaan emosi). Maka ketahuilah bahawa seorang  yang tidak memperlihatkan marahnya malah berusaha menguburkan kemarahan dengan duduk menyediri atau bahkan membaringkan dirinya adalah sebuah usaha yang mulia dan bakal mendapat ganjaran yang besar.

Kita tidak menafikan jika marah itu bakal mencul di jiwa terlebih dahulu. Lalu barulah ia akan diterjemahkan berbentuk kata-kata atau tindakan. Usaha yang mampu kita lakukan adalah menahan diri agar marah tadi tidak menyebabkan kita melakukan suatu yang buruk baik berupa kata-kata mahu pun tindakan. Malah barang siapa yang mampu melakukan itu dia sesungguhnya tidak lagi marah. Di situlah kita dapat melihat betapa hebat dan kuatnya seseorang itu. Hebat dan kuat akal fikirannya, dan hebat dan kuat jiwanya.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “ليس الشديد بالصرعة إنما الشديد الذى يملك نفسه عند الغضب” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari. Mafhumnya, “Bukanlah seorang yang kuat itu, seorang yang shur’ah tetapi seorang yang kuat itu adalah yang mampu mengawal dirinya ketika marah.”

Semoga kita menjadi insan yang kuat dan gagah. Ya Allah jadikanlah kami orang yang sabar…

Harimau mati meninggalkan belang,
“Harimau mati meninggalkan belang, ramadhan pergi meninggalkan taqwa. Lalu bila manusia mati, membawa amalan mereka bersama..”

Air yang lembut menitis di atas batu yang keras jika berlaku secara berterusan untuk suatu tempoh yang panjang bakal memberikan kesan yang dahsyat. Siapa yang sangka ternyata kekerasan batu boleh retak dan terbelah dengan kelembutan air. Itulah hakikat apabila suatu interaksi yang terus-menerus berlaku kepada sesuatu. Ia bakal meninggalkan kesan. Bila kena cara dan gayanya, kesan itu boleh menjadi suatu yang dahsyat dan tidak terbayang.

Begitulah juga halnya dengan interaksi istimewa yang umat Islam alami dalam sebuah program khas anjuran Allah SWT. Ibadah berpuasa di bulan ramadhan boleh disifatkan sebagai sebuah latihan tubi. Tempohnya pula sengaja Allah SWT panjangkan sehingga sebulan penuh. Tidak cukup dengan itu, Allah SWT mengkaitkan pula dengan sejarah dengan memilih bulan istimewa ini sebagai bulan yang diturunkan Al-Quran. Maka, sempurnahlah tarbiah rabbaniyyah yang sempurna lagi syumul dari seluruh aspeknya. Semua aspek kemanusiaan yang bebas lagi berkemampuan dihidupkan dalam sebuah kerangka kehambaan. Kembali meletakkan manusia ke tempat asalnya selaku hamba walau dipinjamkan kekuasaan sementara. Walau mampu untuk makan dan minum tanpa perlu bersusah payah menyeksa diri, namun tetap dilaksanakan demi memenuhi fitrah kehambaan kepada yang Maha memberi perintah.

Tidak berhenti disitu, Al-Quran menjadi satu teman akrab dalam melalui tempoh rehabilitasi ini. Bacaan Al-Quran dan usaha merenung isi kandungannya menjadi ibadah yang sangat mulia. Sengaja Allah SWT melipat kali gandakan pahala bagi pembacanya di bulan ini sebagai sebuah bentuk motivasi bagi manusia memanfaatkannya. Bahkan, ia menjadi bahan yang penting dalam memulihkan dan mengembalikan manusia kepada fitrah asal. Hal yang sama berlaku kepada ibadah-ibadah lain seperti solat, zikir, sedekah dan sebagainya.

Apabila kita telah melalui proses ini dengan sungguh-sungguh sebagai pemain di lapangan (bukan sekedar penonton yang duduk menyaksikan dari bangku) maka, kita sebenarnya telah menjalani sebuah proses terus-menerus lagi konsisten yang dahsyat. Tentunya ia bakal menghasilkan kesan yang dahsyat juga. Dan kesan utama itu adalah ‘taqwa’.

Taqwa tak boleh diraih dengan hanya membuka buku lalu membaca ciri-ciri dan sifat-sifatnya. Ia juga bukan berupa barang yang boleh diberi dan diterima oleh seseorang kepada orang yang lain. Ini kerana taqwa merupakan keadaan hati yang takutnya tidak dibuat-buat dan harapnya bukan lakonan. Keadaan hati ini hanya mampu mancapai taqwa dengan melalui proses-proses seperti yang ada dalam sebulan ramadhan.

Jika kita mahu mengetahui keberhasilan ramadhan pada tahun ini, lihat betapa taqwanya hati kita setelah bulan mulia itu berlalu. Semakin bersungguhkah kita mengejar pahala dan keredhaan Allah? Semakin gigihkah usaha kita menjauhkan diri dari segala yang dimurka Allah? Jika, “Ya” ketahuilah bahawa anda telah memperoleh kesan ketaqwaan yang ditinggalkan ramadhan.

Semoga pepatah, “Harimau mati meninggalkan belang, ramadhan pergi meninggalkan taqwa” menjadi motivasi bagi kita untuk terus berusaha secara gigih dalam meramadhankan bulan-bulan yang ada, sebelum kehadiran ramadhan berikutnya. Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal ya kareem..