Blog Taqeyyabella » Gontori

Belajar di Indonesia
Ummu Imran meminta saya untuk menceritakan sedikit berkaitan dengan pembelajaran di Indonesia untuk peringkat menengah dalam bidang agama. Sebelumnya, suka saya ucapkan terima kasih kepada Ummu Imran yang sudi berkunjung dan sudi bertanya.

Indonesia merupakan sebuah negara yang besar. Secara fizikal mungkin boleh kita katakan bahawa Malaysia lebih maju. Apa yang menarik di sana adalah mereka memiliki sekolah-sekolah agama yang sangat pelbagai. Kepelbagaian kaum dan suku menambahkan lagi warna-warni dalam bentuk pendidikan di sana. Apa yang akan saya tuliskan di sini hanyalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian ketika saya berada di sana.

Secara keseluruhan sistem pendidikan agama di Indonesia terbahagi kepada dua sistem. 1) Sistem pendidikan tradisional dan 2) Sistem pendidikan modern.

Sistem Pendidikan Tradisional

Sistem ini dikenali juga dengan istilah “salaf” atau “salafi”. Biasanya kita akan memanggil sekolah agama yang sebegini dengan “pondok salaf”. Salaf di sini bukanlah salaf yang digunakan sebagai istilah dalam ilmu agama. Ia sekedar nama popular untuk sekolah yang bersistemkan sistem ini.

Sistem Tradisional mungkin sangat mirip dengan sistem ‘talaqqi’ yang banyak di temui di negara-negara Arab. Biasanya seorang Syeikh atau Ustaz akan mengajarkan sebuah mata pelajaran menggunakan sebuah buku. Sebagai contoh buku ‘Safinatunnajah’ yang membahaskan permasalahan fiqih dalam mazhab Syafie. Syeikh tadi akan memberi syarahan mengenai kandungan buku tersebut dari muka surat pertama hinggalah muka surat paling akhir. Jika ia mengambil masa 3 bulan maka dalam masa tiga bulan itu buku tersebut akan dipulun sehingga selesai. Setelah selesai barulah mereka akan pindah ke buku seterusnya.

Sehingga hari ini sistem ini masih di kekalkan. Bahkan ada usaha pembaharuan yang dilakukan dengan membuat jam pelajaran sehingga satu hari mereka bahagikan ke dalam beberapa jam pelajaran untuk beberapa mata pelajaran.

Kelebihan sistem ini adalah penguasaan mata pelajaran oleh murid-murid mengenai buku yang mereka pelajari. Syeikh membuat syarahan terperinci dan membimbing sambil memastikan para murid benar-benar menguasai apa yang diajarkan. Ini menyebabkan tempoh pembelajaran menjadi lama tetapi mendatangkan hasil yang sangat baik.

Kekurangan sistem ini adalah para pelajar tidak mengetahui apa-apa mengenai mata pelajaran tersebut selain dari buku yang mereka pelajari. Contoh mengenai fiqih. Kerana mereka hanya memberi tumpuan pada buku “Safinatunnajah” maka wawasan fiqih mereka hanya dalam ruang lingkup perbahasan yang dibangkitkan dalam buku “Safinatunnajah” sahaja.

Mereka yang mempelajari bahasa Arab menggunakan sistem ini akan sangat menguasai nahu dan saraf. Namun, sistem pembelajaran ini tidak menjadikan mereka mampu untuk bertutur dalam bahasa arab dengan baik. Pertuturan memerlukan latihan kerana bahasa termasuk hal yang berkait dengan keterampilan.

Ciri khas pondok-pondok salaf ini adalah mereka tidak mempunyai disiplin. Mereka tidak mempunyai seragam. Bahkan, kadang-kadang mereka tidak memiliki asrama yang teratur. Guru tidak perlu marah atau denda. Anak murid menghadiri kelas tanpa dipaksa. Kelas biasanya dijalankan di surau atau masjid. Tentunya bagi mereka yang nakal, sistem seperti ini akan memberikan mereka ruang yang luas untuk mengikut kepala mereka.

Sistem Pendidikan Modern

Sistem Pendidikan Modern dalam sistem pondok pesantren (asrama)  telah lama berkembang. Modern dari sudut sistem ini berkait dengan proses pembelajaran, kelas, sistem pengaturan guru, mata pelajaran dan seterusnya. Ia mungkin tidak jauh dari sistem pendidikan yang kini diterapkan di negara kita. Bezanya, elemen kepondokan itu tidak dilenyapkan atau disingkirkan. Tidak juga tenggelam akibat usaha modernisasi.

Sistem modern ini lebih mampu bersaing dari sudut survival sekolah. Ia disebabkan beberapa perkara. Sistem pendidikan tradisional biasanya fokus kepada Syeikh yang mengajar. Jika Syeikh tersebut meninggal dunia biasanya sekolah tersebut akan turut meninggal sepertimana meninggalnya syeikh tersebut. Isunya bukan kerana tiada pengganti. Tetapi kerana selama ini mereka menerima dari Syeikh maka ketika syeikh diganti dengan warisnya maka timbullah satu perbandingan antara syeikh dan penggantinya. Hasil dari perbandingan itu menyebabkan sekolah tersebut turut mati.

Survival kedua adalah dari aspek pembangunan sekolah. Modern memiliki kemampuan untuk mengatur kewangan dengan efisien. Sekolah mampu berkembang dari masa ke masa.

Dari sudut pembelajaran pula, sistem pendidikan modern telah mengkaji teknik dan cara untuk membuat sukatan pelajaran sesuai mengikut tingkatan masing-masing. Kelebihan penggunaan sukatan ini adalah, pelajar dapat mempelajari pelbagai matapelajaran dalam setiap tahun. Maklumat dari mata pelajaran adalah sesuai dengan objektif yang ditentukan oleh guru.

Sistem pendidikan modern turut menitikberatkan aspek-aspek lain seperti kokurikulum, kebersihan, disiplin, kepimpinan dan lain-lain.

Pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo

Jika bicara mengenai sistem pendidikan pondok pesantren khususnya yang menerapkan sistem modern maka kita tidak boleh lepas dari melihat kepada Gontor. Ini kerana Gontor merupakan Institusi yang mencetus sistem pendidikan modern sejak sebelum Indonesia merdeka lagi. Ia masih berdiri tegak menghasilkan graduan-graduan yang banyak mewarnai Indonesia malah Dunia.

Gontor adalah sebuah Institusi pendidikan yang telah berjaya mengekalkan warna dan bau kepondokan sambil menerapkan kemodernan. Maka Gontor menamakan Institusi mereka dengan nama, “Balai Pondok Modern Darussalam”. Institusi ini menawarkan khidmat pendidikan selama 24 jam sehari, 350 hari setahun. Pendidikan secara keseluruhan ini akan dipimpin oleh tiga orang pimpinan sekolah.  Ketiga mereka ini akan bertanggung jawap menjaga semua badan yang ada di dalam Balai Pendidikan Ini.

Antara badan-badan itu adalah :

1) Badan Pengasuhan Santri (Bahagian Hal Ehwal Pelajar)

Badan ini akan memastikan proses pendidikan selama 24 jam sehari berjalan lancar. Ia dianggotai oleh para guru yang akan menetap di dalam kampus. Setiap kegiatan bermula dari bangun tidur hinggalah melelapkan mata adalah dibawah pengawasan mereka.

2) Sekolah yang diberi nama “Kulliyyatul Mu’allimin Al-Islamiyyah” atau “Maktab Perguruan Islam”

Badan ini adalah badan yang akan mengatur proses belajar-mengajar bermula dari jam 7 pagi hinggalah jam 1 tengah hari. Badan ini bertanggungjawab mengatur jadwal pelajaran bagi setiap kelas, mengatur jadwal guru-guru pengajar, guru-guru petugas.

3) Badan Kesejahteraan Guru

Badan ini adalah sebuah badan ekonomi. Profit yang diperoleh oleh badan ini akan disalurkan sebagai sara hidup guru-guru. Jadi, guru tidak diberi makan, wang saku, kos sara hidup dari wang yuran pelajar-pelajar. Guru dididik agar berkhidmat secara percuma dan ikhlas lillahi ta’ala.

Selain badan-badan ini masih ada badan-badan lain sama ada yang melakukan kegiatan ekonomi atau pun kegiatan lain. Namun semuanya akan menyumbang kepada pembangunan sekolah.

Secara strukturalnya, apabila seorang pelajar diterima, maka ia akan diterima sebagai pelajar di Balai Pendidikan Pondok Modern Darussalam Gontor. Namun nanti ketika mereka pulang sebagai graduan maka mereka akan membawa pulang sijil dari Kulliyyatul Muallimin Al-Islamiyyah. Bahkan, Balai pendidikan Pondok Gontor dan Kulliyyatul Muallimin Al-Islamiyyah adalah satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Ertinya, tidak ada yang hanya boleh mendaftar di Balai Pendidikan Pondok Gontor tanpa mendaftar di Kuliyyatulmuallimin Al-Islamiyyah atau sebaliknya.

Badan Pengasuhan Santri memainkan peranan penting dalam membentuk pendidikan yang berterusan. Sistem yang berterusan ini menjadikan Gontor mampu untuk mengawal ribuan pelajar dengan sangat tertib. Para pelajar wajib berbahasa Arab dan Inggris sentiasa. Disiplin ditegakkan. Pengawasan berterusan. Maka tidak pelik jika mereka berjaya menjadikan seseorang mampu bertutur dalam bahasa arab hanya 3 bulan sahaja. Kegiatan berjalan sangat pantas. Pelajar tidak memiliki waktu untuk bersenang-senang atau bersantai-santai. Sentiasa saja ada kegiatan yang harus mereka jalankan.

Perjalanan sekolah dipandu oleh loceng. Loceng akan dibunyikan tepat pada masanya. Suatu yang malang jika seseorang tidak berada ditempat yang sepatutnya ketika loceng dibunyikan. Itu maknanya dia telah melakukan sebuah kesalahan. Begitulah perjalanan pendidikan dikawal dengan sangat rapi.

Badan Kulliyyatul Muallimin Al-Islamiyyah pula memberi penekanan pada aspek pembelajaran formal dikelas. Sebuah kerja yang tentunya luar biasa bagi mengatur 4500 pelajar dan 450 guru. Apalagi dengan 7 mata pelajaran sehari. Mereka aktif merekodkan data, mengkaji dan membaik pulih.

Pemantauan tidak hanya dilakukan kepada kelas, dan pelajar sahaja. Mereka juga memantau guru-guru agar dapat memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Kajian sukatan pelajaran juga mereka kaji dari tahun ke tahun.

Badan ini juga menyediakan segala sarana dan pra-sarana juga alat-alat bantu mengajar. Lab biologi, kimia, bahasa dan komputer antara lab yang mereka miliki.

Suka saya letakkan disini mengenai pencapaian mereka dari sudut kajian sukatan pelajaran. Kita ambil sebagai contoh mata pelajaran fiqh.

Pada tahun pertama mereka akan mempelajari fiqh menggunakan sebuah buku sukatan yang disediakan oleh KMI (Kuliyyatul Muallimin Al-Islamiyyah). Ia memiliki dua jilid. 1) mengenai ibadat 2) mengenai muamalat. Ia ditulis di dalam bahasa Indonesia dan bermazhab Syafie. Objektif mereka pada tahun pertama ini adalah agar pelajar dapat melakukan ibadat dan muamalat seperti zakat dengan benar dan tepat.

Pada tahun kedua mereka akan mempelajari buku lain tetapi masih mengenai topik-topik yang sama namun mediumnya adalah di dalam bahasa Arab. Objektifnya adalah agar pelajar semakin mantap penguasaan fiqih dan memperkenalkan kepada pelajar istilah-istilah arab dalam mata pelajaran fiqih sekaligus memantapkan bahasa arab para pelajar.

Pada tahun ketiga dan keempat mereka akan mempelajari fiqh menggunakan buku “Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam” Karangan Ibn Hajar Al-’Asqolani. Objektif pada tahun ketiga dan keempat ini adalah agar para pelajar belajar untuk mengembalikan setiap permasalahan fiqh kepada sumbernya iaitu Quran dan Sunnah. Fiqh yang berkaitan dengan ibadat lebih banyak keterangan dari sumber sunnah. Ini sesuai dengan pemilihan buku tersebut kerana pengarangnya menyenaraikan senarai hadis-hadis sesuai dalam topik masing-masing.

Pada tahun kelima dan keenam, pembelajaran fiqh mereka akan diteruskan menggunakan buku “Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid” sebuah buku karangan Ibnu Rusyd. Objektifnya adalah memberi pendedahan kepada para pelajar akan keluasan ilmu Islam yang memiliki empat mazhab dominan. Ini mendidik para pelajar untuk berinteraksi secara luas dan terbuka dengan ilmu pengetahuan.

Akhirnya mereka lahir sebagai seorang yang tidak bingung dengan kepelbagaian dan tidak kaku dalam sesebuah mazhab.

Antara aspek kemodernan yang diterapkan adalah aspek kepimpinan.

Gontor membuka ruang kepada para pelajar untuk melatih kepimpinan mereka. Walaupun adatnya pemimpin hanya satu atau dua. Namun pada akhirnya setiap dari kita perlu memimpin paling tidak diri kita dan keluarga. Maka, mahu tidak mahu kepimpinan tetap perlu dididik. Gontor menyediakan ruang yang sangat luas sehingga semua mendapat peluang untuk memimpin. Entah itu memimpin bilik, asrama, klub dan sebagainya. Maka tidak hairan jika klub olahraga seperti bola terdiri dari 6 buah kelab. Bola keranjang, enam buah kelab. Bola tampar, takraw dan lain-lain. Malah setiap pelajar diwajibkan untuk mengikuti latihan pidato setiap minggu tiga kali dalam tiga bahasa, English, Arab dan Indonesia.

Ramai yang telah membuat kajian mengenai sistem modern dalam pendidikan Islam ini. Bahkan ada beberapa buku dipasaran Indonesia yang mengkaji secara terperinci mengenai hal ini.

Jika menurut saya peribadi, adalah sangat sukar untuk menentukan sama ada belajar di Indonesia itu adalah suatu yang baik. Ini kerana di Indonesia terdapat pelbagai  hal-hal yang rumit untuk kita fahami. Sebagai contoh isu liberalisme dan pluralisme dalam beragama yang sangat berkembang pesat di Indonesia. Pondok-pondok tidak terkecuali, turut sama diserang virus yang bahaya ini. Contoh lain seperti Pondok Azzaytun di Indramayu. Sebuah sekolah agama yang sangat elit, mewah dan luxury. Tapi ia agak diragui kerana didakwa berkait dengan LDII/NII iaitu sebuah kelompok yang tidak jelas status sebenar mereka. Kerana kemewahan pondok Azzaytun ini, sangat ramai pelajar Malaysia di sana. Namun hakikat sebenar aqidah dan prinsip-prinsi keagamaan yang lain hanya Allah saja yang tahu.

Semoga tulisan ini dapat membantu Ummu Imran khususnya dan pembaca lainnya. Semoga bermanfaat.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="480" height="385" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/4ru60r_MT70?fs=1&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="480" height="385" src="http://www.youtube.com/v/4ru60r_MT70?fs=1&hl=en_US" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Orang Baik!
“Telah kau sedari bahawa orang baik yang berada di tempat pembuangan sampah sekalipun pasti akan berjasa dan mulia kerana ia telah menyingkirkan sampah yang mengganggu masyarakat. Namun, sebaliknya, orang yang jahat, sekalipun bertahta di tempat yang terhormat, ia adalah perosak dan pengacau masyarakat kerana dia sebetulnya adalah sampah” – KH. Hasan Abdullah Sahal

Manusia perlu dikenalkan dengan Tuhan yang menciptanya. Lalu diberitahukan tujuan penciptaannya. Lalu dijelaskan pula matlamat penciptaannya itu. Lalu dibekalkan pula dengan berita dan kisah-kisah terdahulu mengenai cabaran dan hakikat kehidupan yang sentiasa menjadi tempat persaingan antara baik dan buruk, hak dan batil, kebenaran dan kesesatan.

Mereka yang berjaya diperkenalkan kepada hal-hal di atas dan hal-hal lain yang berkaitan kemudian memilih jalan yang telah Allah SWT selaku tuhan tetapkan itu pasti akan menjadi seorang yang baik. Baik buruknya seseorang bukan pada jawatan yang disandang. Bukan pula pada jenis pakaian dan kenderaan yang dipakai dan ditunggang. Tidak perlu kaya untuk menjadi baik. Tidak perlu berkuasa untuk menjadi baik. Tetapi yang namanya baik sentiasa susah. Sentiasa sedikit.

Ayuh berusaha menjadi baik. Jangan bosan menjadi orang baik.

Gontor
Seorang pengunjung blog ini meminta saya untuk bercerita mengenai Gontor. Kadang-kadang agar sukar bagi saya menulis mengenai Gontor. Ini kerana, seorang suami tidak dapat menggambarkan hal sebenar mengenai isterinya. Cinta sang suami itu akan membuatkan kentut busuk isteri menjadi harum bahkan seharum kasturi. Cinta telah membutakan mata penilaian sang suami. Saya telah jatuh cinta kepada Gontor. Cinta yang sangat mendalam. Cinta yang amat sukar digambarkan. Namun demi memenuhi permintaan Puan Zarifah, saya akan cuba menceritakan beberapa perkara yang berjaya menawan hati saya, atau mungkin hati ibu bapa saya untuk menghantar saya ke sana satu ketika dahulu.

Gontor adalah nama glamor bagi sebuah institusi pendidikan yang nama penuhnya adalah Balai Pendidikan Pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo. Institusi ini menawarkan pendidikan 24 jam sehari. Urusan akademik di Insitusi ini diurus oleh sekolah yang diberi nama Kulliyyatul Muallimin Al-Islamiyyah.

Balai pendidikan ini menggunakan sistem pendidikan ‘secara langsung’ atau dalam bahasa arab diistilahkan sebagai, ‘attariqah almubasyarah’. Pelajar baru akan mendapat pendidikan bahasa arab ‘secara langsung’ sehingga dalam masa 3 bulan sudah diwajibkan untuk mampu berbahasa arab. Pelajar diajar untuk mampu mandiri (berdikari) secara langsung. Pelajar dididik untuk mampu memimpin secara langsung. Semua yang dilakukan disekolah ini adalah secara langsung. Apa yang dimaksudkan dengan ‘secara langsung’ adalah bila pihak sekolah mahukan pelajar-pelajarnya mampu berbahasa arab maka mereka secara langsung bercakap bahasa arab dengan mereka. Segala pengumuman dan taklimat disampaikan dalam bahasa arab.  Sekolah ini tidak berpegang pada prinsip, belajar dulu nanti kalau sudah pandai baru kita praktikan. Bahkan, begitu banyak hal disekolah ini didahulukan dengan praktikal barulah kemudian disusul dengan teori. Sehingga ketika teori diajarkan di kelas, ia sudah menjadi gabungan antara pengalaman dan maklumat. Suasana ini menjadikan proses pembelajaran sangat menarik. Contoh lain dalam penerapan sistem secara langsung dapat kita lihat dalam hal ibadah. Kita tidak hanya membicarakan bahawa umat islam perlu solat berjemaah untuk kesatuan ummat, tetapi kita terus melaksanakan teori itu. Pelajar yang belajar di Gontor selama enam tahun sepatutnya -insyaAllah- akan solat berjemaah 5 kali sehari setiap hari dalam setiap tahun.

Methedologi yang diguna pakai Gontor ini berpijak diatas falsafah pendidikan mereka yang berbunyi, “Semua yang didengar, dilihat, dirasakan, dialami, dilakukan adalah pendidikan. Mendidik dengan pembiasaan, mendidik dengan pemaksaan, mendidik dengan tauladan.”

Kesungguhan Gontor semakin terserlah dalam usaha melahirkan individu muslim berkualiti apabila sekolah ini meletakan perihal akhlak sebagai keutamaan. Jika kita melihat report card yang dikeluarkan Gontor kita akan menemukan penilaian 3 perkara selain mata pelajaran iaitu suluk atau keperibadian (akhlak), muwazobah atau kerajinan, dan nazofah atau kebersihan. Ketiga-tiga penilaian ini sangat penting kerana ia akan memberi kesan kepada kelulusan. Di Gontor, jika pelajar gagal dalam peperiksaan maka pelajar tersebut tidak dibenarkan untuk naik ke tingkat yang berikutnya. Maknanya, jika seorang pelajar itu mendapat purata keseluruhan markah melampaui batas lulus, pelajar itu belum tentu akan disahkan lulus. Mengapa? Kerana kelulusan di Gontor 100% ditentukan oleh penilaian tiga hal tadi yang merupakan sikap. Apa guna ilmu jika seorang pelajar itu biadap. Lalu apa gunanya memberi kelulusan kepada seorang yang genius tetapi malasnya tuhan saja yang tahun. Apa juga gunanya kelulusan kepada seorang yang hanya sibuk dengan pelajarannya tanpa memperhatikan diri sendiri apatah lagi lingkungan. Penilaian ini akan dilakukan terus menerus pada setiap semester.

Sistem sebegini sudah digunapakai sejak dahulu kala lagi. Alhamdulillah, tidak ada kes ibu bapa mengamuk minta anaknya diluluskan. Kerana jika ibu bapa berani berbuat demikian, bukan hanya anak itu akan dibuang sekolah, ibu bapa itu juga turut diusir dari sekolah. Kewibawaan inilah yang diperlukan oleh sebuah institusi pendidikan. Meletakan nilai (value) pada tempat yang paling tinggi di dalam pendidikan.

Gontor selain menjadikan Islam sebagai matlamat utama, Gontor juga bercita-cita untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berdedikasi, berjiwa besar, gigih, tabah dan gagah untuk membawa syiar Islam keseluruh dunia. Alhamdulillah hari ini ia bukan sekedar cita-cita tetapi telah pun menjadi kenyataan. Tokoh seperti KH Hidayat Nur Wahid (Mantan Ketua MPR IND dan Mantan Presedin PKS), Din Syamsuddin (Pemimpin Muhammadiah), KH Hasyim Muzadi (Pemimpin Nahdatul Ulama), KH Abu Bakar Baasyir (Pemimpin Majlis Mujahideen Indonesia) dan ramai lagi tokoh-tokoh yang bersaing untuk menyumbang bakti kepada masyarakat.

Demi mencetak pemimpin. Latihan kepimpinan perlu diberikan. Ia keras seperti besi. Kejam seperti petir. Lembut seperti air. Hidup dengan disiplin. Menanggung beban, tanggung jawab sambil perlu men-survive-kan diri.

Gontor mempunyai satu falsafah yang sangat hebat dan sentiasa dipegang dan dipelihara iaitu, “Gontor di atas dan untuk semua golongan”.

Walaupun ia mudah dibaca dan mungkin mudah juga difahami secara verbal tetapi sesungguhnya implikasi dari falsafah ini ternyata begitu besar. Itulah rahsia mengapa alumni Gontor yang mula mewarnai masyarakat begitu pelbagai. Dikalangan Gontor ada yang memfokuskan dakwah dengan manhaj salafi, ada juga yang menjadikan khalaf sebagai dasar dakwah mereka, ada pula yang menjadikan jihad sebagai keutamaan, ada pula yang memimpin pemikiran barat (liberal) dan lain sebagainya.

Ini bukan bererti Gontor tidak berjaya menghasilkan alumni yang berpendirian. Tetapi ini menunjukan kefahaman jelas Gontor terhadap kepelbagaian. Gontor hanya menyediakan asas dan landasan. Asas ini dapat digunakan untuk membina bangunan megah, landasan ini dapat dituju seluruh arah. Keharmonian tercipta antara seluruh aliran dan pendekatan dakwah menjadikan ia sebuah perkembangan yang sihat. Menciptakan fikrah, win-win situasion sebegini memerlukan tempoh juang, tenaga, kesabaran yang tidak sedikit.

Gontor diatas dan untuk semua golongan. Gontor menerima salaf. Gontor menerima Khalaf. Gontor menerima harakah munazzamah. Gontor menerima harakah jihadiyyah. Tetapi Gontor tidak menerima segala yang telah jelas dan disepakati kesesatannya seperti mu’tazilah, irhabiyyah dan liberal sebagai contoh.

Hingga hari ini kita dapat rasakan betapa kesan pendidikan Gontor kepada masyarakat. Gontor berjaya mendidik para pelajarnya untuk sudi menyumbang walau dalam kesederhanaan. Gontor berjaya mendidik santrinya untuk bangga  walau hanya menjadi guru Al-Quran di sebuah desa yang terpencil untuk seorang pelajar yang tua bangka. Gontor berjaya mendidik agar para pelajarnya yang menjadi menteri tidak angkuh dan bongkak, tidak korupsi, dan tidak zalim terhadap rakyat.

Bagaimana Gontor mampu berjaya sebegini? Jika boleh saya menjawap bagi pihak Gontor, jawapannya hanya satu iaitu Keikhlasan pendirinya.

Keikhlasan para pendirinya telah meresap dan merebak kepada seluruh penerus perjuangan Gontor, turut merebak kepada seluruh santri-santri Gontor, wali-wali kepada para santri. Keikhlasan itu terpancar sehingga kesannya terasa hingga sekarang.

Pada akhirnya, kita perlu mengakui bahawa Gontor adalah sebuah usaha dan ikhtira’ manusia sahaja. Maka sama seperti zat manusia yang lemah dan penuh kekurangan, Gontor masih banyak kekurangan untuk diperbaiki dan ditingkatkan. Semoga Gontor sentiasa meningkatkan potensi, memperbaiki dan muhasabah diri. Ya Allah peliharalah Gontor ini dalam rahmat dan redhaMu ya Allah..

Jangan Seperti Kambing!
Suasana riang-ria Aidilfitri pastu kurang dinikmati bagi mereka yang harus segera meninggalkan keluarga tersayang demi tujuan tertentu. Bagi keluarga kami, Aidilfitri hanya akan disambut paling banyak 3 hingga 10 hari. Ini kerana sistem persekolahan di Gontor mengharuskan perpisahan terjadi sebelum 10 syawwal. Pondok Modern Darusssalam Gontor menetapkan 11 Syawwal adalah hari dimana “Upacara Permulaan Tahun Ajaran Baru” akan dilaksanakan. Tidak menghadirkan diri pada hari tersebut adalah sebuah kesalahan yang amat besar. Ia menunjukkan ketidaktaatan terhadap disiplin. Meremehkan disiplin bererti meremehkan pendidikan dan maruah diri sendiri. Oleh itu, bagi keluarga kami, sejak 1998 lagi, Syawwal adalah hari kegembiraan yang disambut dengan kesedihan. Gembira dengan kemenangan menahan diri selama Ramadhan. Sedih kerana dengan datangnya syawwal kami yang di Gontor perlu berpisah dengan ibu bapa dan keluarga.

Suasana seperti ini sudah 11 tahun keluarga kami lalui. Bermula pada tahun 1998 saat aku diutus ke Gontor. Hinggalah hari ini dan masih akan terus berlangsung sehingga keseluruhan kami lulus dari Pondok Modern Darussalam ini. Syawwal 1430 mencatatkan sejarah yang tidak jauh berbeza. Malah, pada tahun ini, perpisahan itu terjadi seawal 5 Syawwal. Ini kerana salah seorang dari kami telah dilantik menjadi tenaga pengajar setelah lulus. Sebagai tenaga pengajar baru, beliau perlu menyertai penataran guru baru sebagai persediaan mental, fizikal dan lebih utama lagi persiapan keupayaan. Menyiapkan diri agar siap atau menyediakan diri agar bersedia.

Aku sendiri yang baru saja diperintahkan pulang ke Malaysia pada 16 September 2009 setelah berada di Mesir sejak 2005, mendapat tugas khas iaitu menjadi pendamping sekaligus wali bagi adik-adikku untuk ke Gontor. Peluang ini merupakan peluang yang sungguh istimewa. Aku akan mengunjungi Gontor yang menyimpan 1001 rahsiaku selama 7 tahun berada di sini. 6 tahun sebagai pelajar dan setahun sebagai pengajar. Kunjungan yang akan membuatkan aku melihat si kecil aku memainkan peran dan watak sebagai pelajar di Gontor. Aku bernostalgia.

Kali terakhir aku memijakkan kaki ke Gontor adalah pada awal tahun 2005. Lebih 4 tahun aku tidak memijakkan kaki ke Gontor. Mereka yang berada di Gontor saja sudah ramai yang tidak mengenali diriku. Bahkan, anak-anak murid yang telah aku ajar dulu sudah ramai sekali yang lulus. Aku benar-benar menjadi orang asing di Gontor. Hanya satu dua orang yang senior yang masih mengenalku dan menyapaku mesra. Selebihnya semua wajah baru.

Aku sungguh menikmati kunjunganku kali ini. Aku tidak ke mana-mana melainkan menghabiskan masa berada di Gontor. Mengenang kembali semua nostalgia lama. Membuka kembali kotak memori yang mengandung jutaan pesan dan nasehat. Membuat secara sepintas check and recheck. Memperbaharui kembali Panca Jiwa dan Motto yang mengalir di dalam jiwa dan ragaku. Aku ingin lahir kembali dengan semangat ingin berdakwah dan berbakti seperti saat aku baru lulus dulu.

Kemuncak kunjungan ini adalah keberadaan aku di “Upacara Pembukaan  Tahun Ajaran Baru”. Upacara yang dihadiri oleh hampir 5500 atau bahkan 6000 jika ditambah dengan para ibu-bapa yang menghantar. 5500 itu terdiri dari barisan tenaga pengajar dan siswa-siswa.

Kandungan pertemuan itu tidak jauh berbeza dengan upacara-upacara tahunan sebelumnya. Poin-poin utama yang disampaikan masih yang itu-itu juga. Permulaan tahun ajaran baru berarti hadir dengan semangat baru, jiwa yang baru, wawasan yang baru, cita-cita yang baru, kegigihan yang baru bahkan baju dan buku juga baru!

Aku sibuk mengambil gambar sambil mendengar dengan teliti ucapan pimpinan pondok.

“Jadi hidup itu jangan hanya seperti kambing!” KH. Abdullah Syukri mengakhiri keterangan panjang lebarnya mengenai filsafat kambing.

Kambing seperti mana makhluk-makhluk yang lain diciptakan memang untuk dimanfaatkan manusia. Maka, kambing tidak dikaruniakan akal dan kehendak. Kambing hanya menghidupi kehidupannya tanpa perlu memutuskan apa-apa tindakkan atau menanggung apa-apa tanggung jawab. Kehidupan kambing adalah kehidupan tanpa beban. Mengalir mengikuti masa yang berlalu tanpa menghiraukan apa yang bakal terjadi. Menerima apa saja yang berlaku kepada dirinya tanpa sedikit mampu berfikir atau berusaha ke arah yang lebih baik. Semua itu adalah kerana kambing adalah kambing. Bagaimana pun juga kambing tetap  kambing.

Lalu bagaimana pula dengan mereka yang cuba menghidupi kehidupan kambing?

Mereka yang memiliki potensi penuh berharga berupa akal namun menghidupi kehidupan yang tidak hidup.

Manusia tidak diciptakan secara tiba-tiba atau tidak sengaja atau tanpa tujuan. Tujan dan matlamat penciptaan manusia sudah jelas dan sering kita perbincangkan. Namun, keselesaan hidup sering kali menjadi penyakit yang bahaya yang mampu membuatkan manusia terlupa lalu tanpa sedar menghidupi kehidupan kambing. Kehidupan individual yang hanya memikirkan kekenyangan perut sendiri, kesejahteraan diri sendiri dan keselesaan diri sendiri sahaja.

Sebagai manusia, kita perlu siap untuk berjuang dan berkorban. Siap menempuh ujian dan cabaran untuk hadir dengan sebuah perubahan atau hadir dengan sebuah manfaat bagi manusia lain atau alam semesta. Itulah sebabnya kita perlu terus berjasa tanpa meminta jasa. Teruslah berbuat melebihi apa yang telah orang sebelum kita perbuat. Hargailah diri dan potensi diri tanpa perlu minta dihargai oleh orang lain.

Mari terus berbakti sebagai usaha mencari bekal untuk menuju abadi. Agar nanti tiada penyesalan terjadi. Di hari semua menjadi pasti.

Komen Santri Pacaran
Terima kasih saya ucapkan kepada Saudari Nisa yang sudah mengunjungi blog saya ini dan kemudian melontarkan sebuah soalan.

Saya tamat dari Darussalam Gontor pada 2003 dan mengabdi pada 2004.

Apa komen saya tentang santri (pelajar) Darussalam yang pacaran?

Pertama, kita cukup jelas bahawa yang halal itu adalah halal dan yang haram itu adalah haram. Antara halal dan haram adalah perkara yang syubhah yang perlu kita hindari. Dengan bahasa lain, yang haram sudah jelas dan yang halal juga sudah jelas (bayyin).

Kedua, saya tidak pasti mengapa Saudari Nisa melontarkan soalan ini. Adakah kerana kesemua santri Gontor yang saudari kenal pacaran?

Jika jawapannya adalah ya. Hal itu amat menakutkan. Wal’iyazubillahi.

Ketiga, perlu saya akui bahawa santri Gontor memiliki keyakinan diri yang agak tinggi, semangat yang mantap dan daya kerja yang sangat baik. Secara peribadi, saya rasakan hal-hal tersebut mempengaruhi (yuatsir) kepada diri yang menyebabkan kita agak PD (percaya diri) berhadapan dengan wanita.

Di sisi lain, santri Gontor yang begitu lama hidup dalam dunia Gontor akan menghadapi suatu culture shock. Bertahun-tahun hidup dalam penjara suci yang semua penghuninya adalah sejenis kemudian dibayangi dengan disiplin yang tinggi di Gontor sungguh jauh berbeza ketika berada diluar Gontor. Ketika keluar secara manusiawinya, mereka menemukan suatu yang selama ini dirasakan hilang. Perasaan dan keinginan mempengaruhi pertimbangan mereka yang menyebabkan mereka gagal membuat keputusan yang tepat.

Namun, menurut amatan saya perkara yang demikian biasanya hanya bersifat seketika dan tidak selamanya. Biasanya mereka bakal gila-gilaan pacaran pada satu, dua tahun pertama sahaja setelah lulus Gontor. Ketika mana saat itu darah mereka masih muda dan mata mereka dikelabui perasaan sepi yang kian lama dirasai ketika di Gontor. Menganjak tahun ketiga dan keempat setelah keluar dari Gontor biasanya mereka bakalan (akan) buka mata dan mula menghadapi realiti (realitas). Saat itu kuliah S1 (degree) mereka sudah pun hampir selesai. Fikiran mereka mula sibuk dengan urusan meneruskan S2 atau kerja dan sebagainya. Keadaan ketika itu membuatkan mereka mula meninggalkan pacaran dan lebih serius menghadapi hidup.

Saya belum menemukan anak Gontor yang pacaran sehingga zina. Walaupun saya tahu memang mungkin ada. Namun, jika digeneralisasikan kebanyakkan mereka hanya sebatas berkawan dan tidak sampai melakukan hal-hal yang lazimnya orang pacaran lakukan. Mereka tidak melakukan perkara-perkara yang jelas-jelas ditentang syara’ seperti ciuman atau zina. Jika memang mereka sampai melakukan perkara tersebut sudah selayaknya mereka tidak lagi diakui sebagai santri Gontor.

Keempat, sistem Gontor yang begitu dinamis dan bebas sangat-sangat bertentangan dengan segala yang bersifat kongkongan. Ia mendarah daging. Ini saya rasakan ketika sangat sulit saya peribadi menerima gagasan mereka yang mati-matian memisahkan antara wanita dan lelaki. Menurut saya yang demikian tidak sihat. Namun, ianya sangat sihat bagi situasi di sekolah sebagai contoh.

Apa yang saya maksud adalah, memisahkan wanita dan lelaki agar tidak bergaul adalah suatu yang tidak mungkin. Bahkan saya berani mengatakan bahawa Islam tidak pernah memerintah hal yang demikian. Apa yang Islam ajarkan adalah bergaul sesuai dengan batasan yang ditetapkan. Kita dibolehkan bergaul akan tetapi kita diperintahkan untuk menjaga pandangan. Kita diperbolehkan bertemu akan tetapi kita diperintahkan agar tidak berdua-duaan. Kita dibolehkan keluar dari rumah akan tetapi dengan menutup aurat yang mampu menarik perhatian lawan jenis. Itu semua tidak cukup, Islam kemudian memerintahkan kita menjauhi segala yang mungkin menyebabkan dan mendekatkan seseorang kepada zina. Fahami bagaimana Islam meletakkan batasan-batasan sehingga pergaulan antara lelaki dan wanita tidak memudaratkan mana-mana pihak.

Perlu kita akui juga demi menjalankan hal ini tidaklah mudah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Realiti di alam nyata begitu bertentangan. Kerana itulah kita memerlukan pembinaan dalaman pada setiap individu agar sentiasa selamat dari tipu daya syaitan. Maka hal yang paling berperan bagi aspek ini adalah spiritual.

Kelima, anak Gontor sangat-sangat aktif. Bahkan tidak salah dikatakan hyperaktif. Mereka digodok (direbus) dalam sistem pendidikan yang sangat berdinamika. Kehidupan mereka penuh dengan pergerakkan dan kegiatan. Ketika mereka meninggalkan Gontor mereka hilang lapangan untuk bergiat. Maka masa-masa kosong yang dulunya terisi dengan kegiatan yang sihat, minta untuk diisi. Faktor ini menyebabkan mereka berkesempatan dan memilih untuk melakukan kegiatan tambahan yang  selama ini tidak pernah mereka alami.  Akhirnya waktu yang ada mereka gunakan untuk pacaran.

Anak Gontor yang sedar akan hal ini tidak akan menjebakkan diri. Mereka akan mengarahkan kegiatan mereka kepada yang syari’. Kerana mereka tahu masa luang bakalan merusak mereka. Kegagalan mendapatkan saluran untuk beraktiviti menyebabkan mereka masuk ke dalam perihal yang negatis seperti pacaran.

Keenam, Saya masih menemukan banyak dari teman-teman Gontor yang masih iltizam dengan batasan-batasan agama yang mereka sedia maklum. Bahkan antara mereka ada juga yang mutasyaddid (keras) sehingga melarang pergaulan lelaki wanita secara mutlak. Juga masih banyak yang mampu bergaul dengan tata cara yang sopan dan manis dipandang mata.

Ketujuh, Gontor sangat tegas dalam permasalahan ini. Walaupun Gontor memiliki kampus putra dan putri mereka tidak memiliki peluang untuk saling kenal. Ia menyebabkan seakan-akan Gontor putra dan Gontor putri dua sekolah yang berbeza. Jaraknya saja hampir ratusan KM. Namun, siswa dan siswi kadang pinter mencari peluang terutama ketika liburan. Walaupun demikian hubungan mereka tidak bisa berterusan kerana terhambat disiplin yang begitu ketat. Keseriusan Gontor berkaitan permasalahan ini jelas ketika setiap mereka yang berhubung dikenakan sangsi (hukuman) buang sekolah atau DropOut. Tidak main-main.

Itulah usaha Gontor yang merupakan sebuah sistem. Dan ia telah pun berjaya mengawal selama mana si santri berada di Gontor. Ketika si santri melangkah keluar dari Gontor dan keluar dari sistem Gontor mereka  kembali kepada hati nurani mereka. Jika bersih hati mereka insyaAllah mereka bakal terlindung dari hal-hal yang tidak sihat. Setiap institusi mampu membuat sistem akan tetapi tidak mampu mencipta hati. Hati mutlak milik individu. Masing-masing mewarnainya sesuai yang mereka inginkan. Gontor hanya mampu menyediakan sarana agar masing-masing mudah mewarnai hati masing-masing dengan warna yang Islam redhai. Intinya (kesimpulannya) semuanya kembali ke individu.