Blog Taqeyyabella » Fikir
Allah Sengaja Sembunyikan
“Tahukah anda apa rahsia di sebalik كهيعص pada permulaan surah Maryam?” Seorang pemuda bertanya dengan wajah yang serius.
Ustaz Ali melihat wajah pemuda itu. “Jika saya katakan saya tidak tahu, agaknya mahukah anda terima kenyataan itu?”
Bukan jawapan yang diberikan malah soalan balik.
“Em.. Tapi, bukankah ada ayat yang mengatakan, “tanyalah kepada ahlalzikri jika kalian tidak mengetahui”?”
“Betul. Walaupun begitu yang ini istimewa.”
Agak sukar bagi Ustaz Ali memahamkan pemuda yang begitu ghairah dan semangat untuk mendapatkan rahsia disebalik kepelikan ayat pertama surah Maryam. Seharusnya, ketika kita mendengar sesuatu yang agak ganjil seperti ayat ini, wajar bagi kita untuk segera melihat akan ayat-ayat setelahnya. Itulah peran utama yang dimainkan oleh awal surah Maryam ini sama seperti 28 surah lain yang memiliki permulaan dengan huruf-huruf ini. Peran sebagai pencuri perhatian mereka yang mendengar.
Jawapan yang benar oleh Ustaz Ali sememangnya tidak dapat memuaskan hati pemuda tadi. Minda mereka mendesak dan meyakinkan dirinya bahawa pasti ada suatu rahsia yang pelik tersembunyi. Malahan pemuda  itu mengharap agar ia melihat dan mendapatkan sesuatu yang extraordinary dari ayat yang sememangnya pelik itu. Bertanyalah dia kepada orang lain yang mungkin dapat memberikan ‘sesuatu’ yang dia cari itu.
Pemuda itu menemui orang yang tepat. Orang itu memiliki jawapan. Jawapan yang tentunya dapat memuaskan hati sang pemuda. Paling tidak lebih puas dari sekedar sebagai alat untuk mencuri perhatian. Maka orang itu pun memberi jawapan kepada persoalan pemuda itu. Katanya, “”Ia adalah satu rahsia untuk satu kebenaran. Begini, saat Allah berfirman kepada nabinya Zakaria dari keturunan Yaakub. Bahawa Nabi Zakaria a.s. memohon Allah mengajarkan nama-nama yang dapat memadam kesedihannya ekoran ia tidak punya zuriat. Hadirlah Jibrail mengajarkan nama-nama; Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husin. Setiap kali Zakaria menyebut-nyebut nama Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan ia akan sentiasa berasa aman; akan tetapi saat ia menyebut nama Husin, hatinya kembali gundah gulana. Maka Zakaria pun bertanya kepada Tuhannya, ‘Apakah sebabnya hatiku ini akan berasa sebak duka dan bertangisan-tangisan tatkala nama Husin disebutkan?’ Maka Allah pun menyebutkan huruf-huruf muqaththa’ah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Adalah Kaf itu Karbala, Ha itu adalah Halakal ‘ithrah iaitu terbantainya keluarga suci Nabi SAW, ia itu Yazid, adapun Ain itu adalah ‘Athsyal Husin atau dahaganya al-Husin di Karbala sementara Shad bermaksud Shabruhu iaitu kesabarannya al-Husin. Sebaik mendengar kisah penuh yang menimpa Saidina Husin di Karbala, Nabi Zakaria a.s pun menangis dan meratap.”
“Oooh begitu rupanya..” Pemuda itu teruja. Girang mendapat jawapan kepada persoalan yang selama ini bermain di minda.
Persoalan yang timbul adalah, adakah kepuasan mendapatkan jawapan kepada sesuatu persoalan lebih penting dari kebenaran jawapan itu sendiri?
Malang kepada sang pemuda, lebih malang lagi kepada orang yang memberikan jawapan itu.
Para sahabat RA sangat berhati-hati dalam mengucapkan sesuatu berkaitan Al-Quran. Mereka sangat takut jikalau apa yang mereka katakan tidak seperti yang sebenarnya dimaksudkan. Langit manakah yang akan menaungi, bumi manakah yang akan dipijak jika apa yang dikatakan tidak sama seperti yang dikehendakki Allah. Teramat risau.
Seandainya kita mengiyakan kata-kata orang itu, bukankah kita secara tidak langsung meragui Rasulullah SAW? Ya, kita meragui baginda dalam melaksanakan tugas baginda! Belum sempurna apa yang baginda laksanakan, buktinya masih ada rahsia yang belum terungkap!? Sudah tentu kita mengimani bahawa baginda sudah menyempurnakan tugas baginda. Maka apa yang baginda biarkan menjadi rahsia adalah apa yang Allah SWT mahukan ia tetap menjadi rahsia.
Mari kita lihat dari sudut lain. Seandainya benar rahsia awal surah Kahfi itu merupakan rahsia yang hanya dimiliki oleh kelompok tertentu, tidakkah sepatutnya kita mempersoalkan kredibiliti keilmuan dan pemikiran para sahabat. Jika kita mengkaji sejarah pensyariatan, kita akan temukan betapa para sahabat memperlihatkan interaksi keilmuan yang hebat. Mereka sangat faham bahawa apa yang mereka sedang lalui adalah suatu yang muktamad dan akan menjadi warisan zaman berzaman. Kefahaman mereka itu mendesak mereka untuk mempertanyakan segala hal dengan terperinci. Malah, banyak perkara yang dipertanyakan tidak pun sempat bermain di minda kita. Ini menunjukkan betapa telitinya golongan terpilih ini.
Contoh yang paling nyata adalah pada ayat-ayat yang dimulakan dengan “yas alunaka..(mereka bertanya kepadamu)?” Ayat sebegini bukan satu atau dua tetapi banyak sekali. Seperti mengenai khamr wal maisir (arak dan judi), anfal (rampasan perang), ruh, ahillah (anak bulan) dan lain sebagainya.
Contoh lain seperti pengharaman arak. Saidina Umar RA beberapa kali berdoa agar Allah SWT memberikan keterangan mengenai arak. Kali pertama diturunkan ayat mengenainya belum memuaskan hati Saidina Umar lalu Saidina Umar berdoa lagi. Ayat kedua turun masih juga belum memuaskan hatinya sehingga dia berdoa lagi. Sehinggalah turun ayat yang terakhir mengenai arak yang diakhiri dengan fahal antum muntahun? Maka Saidina Umar pun menjawab,“Intahaina.. Intahaina..” (Hadis mengenai asbab nuzul ini pada martabat shahih seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, Hakim, Baihaqi, Nahhas, Ibnu Abi Hatim, Ali Ibnu Al Madani, Abu Ya’la, Dhiya Al Muqaddisi, Al Bazzar, Darul Qutni, Ibnu Jarir dan yang lainnya).
Banyak lagi peristiwa yang jelas menunjukkan ketajaman berfikir para sahabat yang hidup bersama-sama Rasulullah SAW. Golongan ini pasti tidak akan terlepas pandang mengenai ayat umpama, كهيعص atau الم atau يس dan yang seumpama dengannya. Maka, jika kita tidak menemukan keterangan mengenai ayat-ayat ini, menunjukkan bahawa sememangnya ayat-ayat ini tidak diterangkan oleh Rasulullah SAW.
Jika ditanya, “Mengapa tiada keterangan mengenainya?”
Kerana Allah SWT sengaja mahu menyembunyikannya. Atau malah Allah SWT mungkin sengaja membiarkannya tanpa makna. Demikianlah Allah berkehendak untuk menjadikannya sebuah persoalan demi menguji iman kita.
Walau demikian kepercayaan kita terhadap ayat seumpama ini, kita tidak pula dibiarkan untuk membuat andaian atau menerima bulat-bulat tanpa diberikan penjelasan yang jelas mengapa ia hadir tanpa keterangan atau maksud yang khusus. Ulama membuat kesimpulan mengenai hal ini dengan beberapa perkara berikut :
1. Huruf Muqoto’ah itu bertujuan untuk mendapatkan perhatian oleh mereka yang mendengarnya. Sudah tentu orang Arab yang mendengarkan huruf – huruf ini akan tertumpu dan menantikan apa yang akan diteruskan setelah pembacaan huruf-huruf itu.
2. Huruf-huruf ini yang terdapat pada 29 permulaan surah menjadi sebuah simbol cabaran dan tantangan Allah SWT kepada seluruh manusia khususnya bangsa arab yang bertutur dengan bahasa arab menggunakan huruf-huruf arab. Jika benar mereka bangsa yang hebat berbahasa dengan bahasa mereka, Allah mencabar, jika sememangnya mereka mampu, maka hadirkanlah sesuatu menggunakan huruf-huruf ini, menggunakan bahasa ini (arab) suatu yang seumpama Al-Quran. Ia diturunkan dalam beberapa surah agar ia mengingatkan kita betapa benar hakikat bahawa Al-Quran merupakan ‘mukjizat’ dan bukan rekaan Muhammad SAW.
Kita sedia maklum bahawa Allah telah mencabar untuk menghadirkan seumpama Al-Quran. Lalu Allah mengurangkan tantangan dengan mencabar untuk menghadirkan seumpama satu surah di dalam Al-Quran. Walaupun demikian manusia tetap tidak mampu menghadirkan walau dengan satu surah  yang seperti surah Al-Quran dari aspek kekuatan kandungan, keserasian bunyi, penyusunan huruf dan aspek-aspek lain. Maka, pengulangan huruf-huruf ini dalam 29 surah memberikan kesan yang mendalam kepada kita. Mengingatkan kita betapa Allah-lah yang mengfirmankan segala kandungan Al-Quran. Maka binasalah jika kita tidak mendengar dan mengambil manfaat daripadanya.
3. Huruf-huruf ini tidak mewakili apa-apa perkataan atau apa-apa rahsia. KFC merupakan singkatan kepada Kentuky Fried Chicken tetapi tidak bagi huruf-huruf ini. Kaedah umpama ini tidak digunapakai di dalam Al-Quran. Imam Arrazi menjelaskan hal ini dengan berkata, “Tidak boleh (tidak mungkin : penulis) bagi Allah untuk meninggalkan kitabnya dalam keadaan tidak merujuk kepada panduan bahasa, tidak ia secara hakikat dan tidak juga secara majaz, kerana jika Allah SWT membenarkan yang demikian (membuat penafsiran tanpa merujuk panduan bahasa) maka akan terbukalah kehadapan kita ruang untuk mentafsirkan menggunakan anggapan-anggapan bahawa pada setiap suatu yang zahir itu ada makna batin padahal dari aspek bahasa kita pasti tidak akan menemukan kebenaran dari hal ini. Tidak benar siapa yang mengatakan “ك” adalah “karim” atau “kabir” atau nama/sifat lain samaada ia dimaksudkan Allah, Rasulullah, Sahabat, Malaikat, syurga, neraka atau apa saja. Jika demikian semua akan terpengaruh hingga mengakibatkan ketiadaan “tahakkuman” (cara menilai atau meletakkan hukum) pada sesuatu.”
Ini jelas sebagai panduan agar tidak ada mana-mana kelompok membuat andaian mereka sendiri mengenai maksud dari huruf-huruf tersebut. Jika tidak, setiap kelompok akan membuat penafsiran mereka sendiri terhadap huruf-huruf tersebut. Maka akan banyaklah penafsiran sesuai keperluan masing-masing penafsir.
Cukup jelas bagi kita bahawa huruf-huruf tersebut sememangnya disebutkan demikian satu per satu. Ia tidak memiliki maksud melainkan rahsia yang menjadi hak milik Allah untuk menyimpannya.
Adapun mereka yang menafsirkan huruf-huruf tersebut berpandukan kisah, mimpi atau sebagainya, maka kita melepaskan diri darinya. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita dan memberikan petunjuk kepada kebenaran.
Sifat
“Apakah penerangan disebalik sifat-sifat  itu? adakah benar sifat 20 Allah itu hakikatnya ada pada makhluk ciptaanNYA!? Minta bantuan dari sahabat..”
Pertanyaan di atas baru saja saya terima dari seorang rakan di FB. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita dan memberi petunjuk. Allahumma amien. Terima kasih kerana mengemukakan persoalan ini. Tidak lama sebelum ini seorang guru yang bertugas di Sekolah Menengah Taman Desa Countryhomes Rawang juga bertanyakan soalan yang hampir serupa kepada saya. Sebagai topik yang boleh diperbincangkan ketika makan malam setelah sebelumnya saya diminta untuk berceramah di hadapan peserta ‘Kem Pemantapan Sahsiah” di sekolah itu.
Menurut guru tersebut, persoalan yang dikemukakan itu timbul apabila beliau melihat jumlah peserta yang semakin ramai menghadiri pengajian di sebuah surau yang kononnya mengajarkan sifat dua puluh. Sebenarnya memang di surau tersebut diajarkan mengenai sifat 20 namun pembahasannya mengalir tidak terarah dan bahkan kadang-kadang terjerat dengan permainan kata. Lebih menakutkan lagi apabila perbincangan mengenai sifat 20 itu bermuara di permasalahan berkaitan hakikat bahawa Allah ada pada makhluk ciptaanNya seperti pertanyaan sahabat FB di atas. Jika sampai seseorang itu meyakini bahawa hakikat adalah pada penyatuan antara manusia dan Tuhan maka dia sesungguhnya sudah pun terpengaruh fahaman wihdatul wujud.
Manusia tidak ada kuasa menggerakkan tangan. Ketika manusia menggerakkan tangan, siapakah sebenarnya yang menggerakkan tangan? Allah! Jika Allah yang menggerakkan tangan maka Allah ada dalam diri kita. Penghujungnya dia akan berkesimpulan bahawa solat itu tidak wajib! Ini adalah sedikit dari pola pikir fahaman ini. Tentunya sangat tidak adil jika saya mengatakan ia adalah seperti ini sahaja. Namun, dikarenakan kekurangan maklumat maka silalah rujuk sumber-sumber lain yang boleh menjelaskan mengenai wihdatul wujud dengan tepat dan benar.
Adapun mengenai sifat 20 yang dianggap sebagai pegangan aqidah ahli sunnah wal jamaah juga bukanlah topik yang ingin saya bincangkan di sini. Aqidah merupakan ilmu yang sangat luas. Menurut saya jika aqidah yang luas itu disempitkan dengan Asyairah dan Maturidiyyah semata-mata maka ia adalah sebuah penyempitan yang berteraskan kejahilan. Janganlah keluasan itu disempitkan.
Apa yang boleh saya kongsikan sebagai jawapan bagi persoalan di atas adalah berkaitan dengan ‘sifat’. Sifat adalah satu perkataan yang sudah kita sedia maklum. Tak perlulah bagi saya menjelaskan definisinya di sini. Bicara mengenai sifat, sentiasa perlu kita sandarkan kepada ZAT yang melakukan sifat tersebut.
“Basikal!” tentunya hadir di minda anda saat ini sebuah kenderaan berroda dua tanpa mesin atau enjin. Apabila saya menyebutkan, “kapal terbang!” Minda anda akan membayangkan sebuah kenderaan yang bersayap dan berkipas. Lalu ketika saya mengatakan “Basikal itu LAJU!” Adakah LAJU di situ sama dengan LAJU pada penyataan saya, “Kapal terbang itu LAJU!”
Tanpa perlu memberi tahu anda tentu akan mengatakan “tidak!”. Walaupun jelas sifat bagi keduanya adalah sama iaitu LAJU. Disebabkan Zat basikal yang berbeza dengan Zat kapal terbang maka ia menghasilkan sifat yang berbeza pula.
Berbicara mengenai Allah, maka kita akan bertemu dengan nama-nama Allah yang mulia. Sudah lazim di telinga kita lantunan nasyid asmaul husna yang menyenaraikan di dalamnya nama-nama Allah. Antara nama-nama tersebut ada yang disandarkan kepada Zat Allah dan ada pula yang disandarkan kepada sifat Allah.
Ar-Rahman dan Ar-Rahim sebagai contoh. Kedua-duanya berasal dari kata yang sama iaitu ra-ha- mim atau rahmah jika diambil pada masdarnya. Rahman dalam wazan fa’lan (فعلان) yang bermaksud sangat sedang Rahim dalam wazan fa’il (فعيل) yang bermaksud berterusan atau sentiasa. Rahman, sangat rahmat. Rahim pula sentiasa rahmat. Sama tapi berbeza.
Ketika kita melihat dengan lebih teliti ternyata antara Rahman dan Rahim memiliki perbezaan yang sangat jauh. Cuba anda perhatikan ayat-ayat berikut :
الرَّحْمَـٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ
“Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.” Surah Taha : 5
الرَّحْمَـٰنُ ﴿١﴾ عَلَّمَ الْقُرْآنَ ﴿٢﴾ خَلَقَ الْإِنسَانَ ﴿٣﴾ عَلَّمَهُ الْبَيَانَ ﴿٤
“(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (1) Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2) Dia lah yang telah menciptakan manusia; – (3) Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.” Surah Ar-Rahman : 1-4
Kedua-dua ayat di atas menggunakan nama Allah Ar-Rahman. Sememangnya Allah yang bersemayam di atas Arasy itu Maha Rahmat. Sesungguhnya Tuhan yang mengajarkan Al-Quran, menciptakan manusia, mengajarkan mereka bertutur merupakan Tuhan yang Maha Rahmat. Kedua-dua ini merujuk kepada zat Allah yang melakukan sesuatu. Zat itu merupakan zat yang sangat atau maha rahmat.
Mari kita perhatikan ayat berikut ini.
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿١٢٨
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” Surah At-Tawbah 128
Sila perhatikan dengan betul ayat di atas. Ayat di surah At-Tawbah ini ternyata menggunakan kata RAHIM sebagai sifat kepada seorang Rasul yang datang dari kalangan kamu sendiri. Bagaimana mungkin kata “Ar-Rahim” yang kita rujuk maknanya kepada Allah SWT boleh digunakan oleh Allah SWT sendiri di dalam QuranNya bagi menerangkan sifat seorang Rasul!?
Maka ketika kita berfikir, dan melihat dengan lebih mendalam terutama dari sudut kajian bahasa, kita akan menemukan perbezaan yang ketara antara Rahman dan Rahim. Perbezaan itu adalah, ketika Allah SWT menggunakan Rahman ia merujuk kepada ZAT Allah. Maka ia tidak boleh dikongsi. Ketika ia menggunakan Rahim ia merujuk kepada sifat Allah yang mana sifat boleh dikongsi seperti kongsinya basikal dan kapal terbang pada sifat LAJU. Walau keadaannya tidak pernah sama antara lajunya basikal dan lajunya kapal terbang, begitulah bezanya sifat Rahimnya Allah dan Rahimnya seorang Rasul.
Maha Suci Allah SWT yang mendidik kita dengan menjadikan diriNya sebagai contoh yang paling agung. Jika anda ingin belajar sifat rendah diri Allah-lah zat yang paling merendah diri. Jika anda ingin belajar sifat pemurah maka Allah-lah zat yang paling pemurah. Namun ketika anda sombong segeralah sedar bahawa ada zat yang lebih sombong. Jika anda kejam sedarlah ada zat yang jauh lebih dahsyat kekejamannya.
Allah SWT yang maha mulialah yang menciptakan kita. Diciptanya kita dari tanah dan air yang merupakan dua unsur yang turut diciptakan olehNya. Segala sifat yang kita miliki juga merupakan anugerah yang diberikan kepada kita. Malah dialah yang mengajarkan kita untuk memahami segala perkataan. Kaitan antara kita dan Allah adalah kaitan makhluk dan pencipta. Sifat-sifat yang kita miliki adalah apa yang kita faham dari apa yang diajarkan kepada kita. Berdasarkan itu Allah mengajarkan kepada kita sifat-sifatnya sesuai dengan maklumat yang mampu diterima oleh minda kita. Selebihnya, hanya dia yang Maha-lah yang mengetahui hakikat sebenar.
Jika ada manusia yang penyabar. Ketahuilah bahawa Allah SWT-lah yang Maha sabar kerana dialah yang menamakan dirinya Shabur  صبور  . Kesabarannya maha tinggi sehingga dia tidak pernah mengazab sesuatu kaum melainkan pada saat yang telah ditetapkan sebagai rahmat dan peluang bagi suatu kaum untuk bertaubat walaupun kaum tersebut sudah terlalu melampaui batas. Maka, sabarnya manusia tidak sama dengan sabarnya Zat yang menciptakan sabar. Sungguh fahaman kita terhadap sabar adalah sesempit maklumat yang kita miliki, sedangkan sabarnya Allah seluas ilmu miliknya yang tentunya jauh berbeza dengan kita. Rumusannya satu, berbeza Zat maka akan menghasilkan sifat yang berbeza walau istilah sifat yang digunakan adalah sama. Wallahu a’alam bishshowab..
Antara Dua Situasi
Kebelakangan ini saya diajak oleh sekeliling untuk melihat dengan teliti keadaan yang berlaku. Seorang sahabat datang menceritakan pengalamannya melihat ‘night life’ di sekitar Kuala Lumpur. Sangat mengejutkan. Saking terkejut dengan keadaan itu beliau segera menceritakan pengalamannya kepada saya. Betapa terkejutnya beliau ketika menemankan temannya berwarganegara asing untuk masuk ke salah satu tempat di Jalan Changkat. Temannya yang bukan muslim itu bertanya, “So in this place how many percentage is Malay?” Melihat sekeliling, terpaksa dia mengakui kebenaran yang terasa sangat pahit. “70 t0 80 percent i guess!”. Bagaimana tidak pahit sedang mereka dengan selamba meminum air yang diharamkan Allah.
Kisah dari sahabat ini memberikan saya satu ruang untuk memahami hakikat bahawa masyarakat malaysia berbangsa Melayu sebenarnya sudah pudar keislaman mereka. Walaupun sering kita dengar para pejuang melayu hari ini berseru, “Memperjuangkan Melayu sama dengan memperjuang Islam!”
Ruang untuk merenung ini tidak tertutup begitu sahaja. Saya malah dikejutkan pula dengan satu kelompok Melayu yang lebih kritikal. Mereka ini bukan sekedar tidak mentaati hukum Allah, seperti tidak melakukan rukun Islam dan melakukan maksiat. Lebih dahsyat dari itu, mereka hari ini sudah berani dengan sekuat suara melaungkan slogan-slogan anti Islam bahkan anti Tuhan. Ya, mereka tidak percaya kewujudan tuhan! Apalagi mentaati agama! Semua itu bullshit menurut mereka.
Situasi ini adalah sebuah situasi yang sangat menyedihkan kerana beberapa perkara. Pertama, ia menyedihkan memandangkan masyarakat Malaysia dan Melayu khususnya dianggap sebagai masyarakat yang kuat beragama. Kedua, Malaysia dipandang sebagai negara Islam kerana majoriti masyarakat Muslimnya melebihi 50%. Ketiga, Malaysia berharap menjadi peneraju dan negara yang kehadapan dikalangan negara-negara Islam walhal realitinya sebegini rupa. Keempat, situasi ini memilukan kerana sepatutnya peratusan Melayu Muslim yang tinggi itu memberi kesan dari keislaman mereka kepada masyarakat awam dan masyarakat umum di seluruh negara.
Saya kira, dengan menilai dari satu sudut ini, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat Malaysia Muslim selaku majoriti gagal mempertahankan gagasan Islam pada kehidupan realiti di Malaysia sendiri. Mungkin dalam bahasa inggris dapat kita ungkapkan dengan, “Muslims in Malaysia are failing Islam in their country.” Pedih dan pedas bunyinya, tapi itulah realiti. Islam di Malaysia hari ini tinggal sekedar simbol. Ketika perayaan dan perkahwinan mereka agak peduli perihal Islam, selebihnya, hidup mereka sama dengan orang yang bukan Islam. Itu pun pada perayaan keagamaan itu telah dicemari bid’ah-bid’ah yang menyesatkan.
Situasi satu : Masyarakat muslim sebagai majoriti tetapi kualiti keimanan dan keislaman sangat rendah.
Situasi dua : Masyarakat muslim minoriti dan menjadi gologan tertindas tetapi kualiti keimanan dan keislaman sangat tinggi.
Situasi kedua ini dialami oleh masyarakat muslim di negara-negara bukan Islam khususnya di negara super power seperti Amerika Syarikat dan England.
Muslim di Barat atau Eropa secara menyeluruh menghadapi situasi yang sangat berlainan dengan apa yang dialami di Malaysia. Mereka mendapat layanan yang didouble standardkan. Hak-hak mereka sebagai individu serta merta hilang kerana mereka menganut akidah Islam. Mereka secara tiba-tiba mendapat layanan pendatang asing walau hakikatnya memiliki warna kulit yang sama dengan pribumi lain hanya kerana keislaman mereka. Tudung cukup sebagai bukti yang menunjukkan bahawa mereka ini seorang terorist dan merbahaya. Sungguh tak masuk akal dan sangat memuakan suana itu.
Ketika saya dihidangkan dengan dua situasi ini. Saya bertanya kepada diri saya beberapa soalan :
1. Bagaimanakah nasib golongan minoriti di negara majoriti Islam seperti Malaysia?
2. Apakah yang menyebabkan umat Islam di Barat gagah mengharungi kepedihan hidup di sana?
3. Mengapakah kualiti keislaman masyarakat Malaysia sangat rendah?
4. Apakah kesan yang dirasakan oleh masyarakat bukan Islam dan alam sekitar dari kualiti keislaman masyarakat majoriti Muslim di Malaysia?
5. dan apakah kesan yang dirasakan oleh masyarakat bukan Islam dan alam sekitar dari kualiti keislaman masyarakat minoriti Islam di Barat?
Persoalan-persoalan ini dan yang seumpamanya telah mendorong saya untuk memerhatikan dan membaca pemikiran tokoh Islam di Barat. Untuk saat ini tokoh yang paling terkenal sehingga dianggap mengancam lalu diharamkan kemasukannya ke Amerika Syarikat pada pemerintahan Bush menarik untuk diteliti. Beliau adalah Tariq Ramadhan Buthi. Anak kepada Ramadhan Buthi seorang tokoh ulama Islam Sunni yang terkenal yang berdomisili di Syiria. Ramadhan Buthi merupakan menantu kepada tokoh pencetus dan pendiri harakah Islamiyyah atau gerakan Islam yang muncul dalam alam realiti dengan nama Ikhwanul Muslimin di Mesir iaitu Al-Imam Hasan Al-Banna.
Tariq Ramadhan membawa arus baru dalam masyarakat berbilang kaum dan bangsa di Barat. Beliau sering kali diundang sebagai mewakili suara umat Islam di Barat ke pelbagai forum yang melibatkan pelbagai isu. Tentunya isu yang paling sering diperbicarakan adalah mengenai Hijab, Burqa, Human Rights, Terrorisme dan lain-lain yang berkaitan kepada Islam.
Sungguh tidak mudah untuk Tariq Ramadhan bagi mengajak masyarakat Barat mengubah mindset mereka yang terlebih dahulu sudah mempunyai impression yang buruk terhadap Islam. Namun, Tariq Ramadhan berjaya menyampaikan mesejnya kepada masyarakat barat. Apa mesej Tariq Ramadhan?
Saya sejujurnya tidak dapat menjawap persoalan ini dengan tepat kerana saya tidak pun membaca buku-buku tulisan beliau termasuklah buku terbaru beliau “What I believe” yang saya kira merupakan sebuah buku penting untuk memahami arah dan hala tuju yang ingin beliau seru dalam gerakan beliau di Barat. Namun, dari apa yang saya dengar melalui ucapan-ucapan beliau dan dialog-dialog yang beliau hadiri. Mungkin boleh saya simpulkan bahawa fikrah asas yang ingin beliau seru adalah, “Ayuh lihat sendiri, cari sendiri, pelajari sendiri apa yang Islam kata mengenai Islam!”
Seruan ini memberikan implikasi yang besar. Salah faham terhadap Islam dapat diperbaiki apabila mereka tidak melihat Islam hanya dari apa yang mereka dengar, tetapi malah bergerak untuk usaha mencari mengenai Islam dari pelbagai sumber yang berbicara mengenai Islam. Hasilnya, mereka dapat melihat betapa besarnya Islam, betapa rumitnya permasalahan yang berkait Islam, betapa teruknya fitnah yang dihamburkan kepada Islam dan perkara-perkara lain yang melibatkan Islam.
Masyarakat Barat yang terdedah kepada semangat membaca, terdedah kepada keterbukaan minda, terdedah kepada perbincangan kritikal dan terdedah kepada kepuasan diri (melakukan sesuatu demi kepuasan diri bukan desakan kepentingan) menjadikan seruan Tariq ini mendapat balasan dan disambut dengan meriah. Masyarakat Barat mula melirik Islam dari kaca mata Islam sendiri.
Turut mendapat kesan, masyarakat Muslim di Barat. Mereka mendapat suntikan baru. Mereka mula sungguh-sungguh mempelajari Islam yang diturunkan sebagai rahmat kepada sekelian alam. Mereka mula memahami bahawa walaupun mereka merupakan golongan minoriti tetapi peranan mereka sebagai individu dalam sebuah masyarakat tetap perlu disumbangkan. Akhirnya, mereka yang selama ini memencilkan diri atau lebih tepatnya mengasingkan dari masyarakat mula mencari kekuatan untuk tambil ketengah-tengah masyarakat dan terlibat secara langsung dalam segala isu yang dihadapi masyarakat. Dengan demikian mereka menjadi duta-duta Islam yang memancarkan kilauan keindahan Islam dalam suatu bentuk yang dapat dilihat oleh mata. Bukan lagi keindahan Islam yang sifatnya imajinatif dan tersimpan di dalam kitab-kitab lama.
Namun cabaran tetap ada. Dalam isu ini, cabaran yang paling dahsyat adalah setiap individu melaksanakan Islam yang mereka faham. Lalu bagaimana jika pemahaman mereka salah dan mereka menyandarkan kefahaman yang salah itu kepada Islam. Lalu kelakuan salah itu dikatakan sebagai kehendak Islam. Dan menurut saya, isu inilah juga yang ditakuti oleh pihak berkuasa di negara-negara yang bermajoriti Islam.
Tetapi kekhawatiran terhadap kesalahfahaman itu saya kira dapat diselesaikan. Jika semua individu dipupuk sikap gigih berusaha untuk memahami Islam, maka sebagai masyarakat Muslim, kita mestilah sudi untuk mengadakan perbincangan yang serius terhadap setiap isu dan berusaha bersikap terbuka. Lalu bagaimana untuk berhadapan dengan interpretasi yang salah? Kita hadapi dengan mengemukakan hujah serta dalil bagi pendapat kita. Maka dengan demikian, orang yang memiliki fahaman yang berbeza itu boleh menilai semua fahaman mereka dan jika mereka mahu mereka akan bersetuju dengan kita secara sukarela dan bukan kerana terpaksa.
Budaya sihat yang cuba dipupuk dan dikembangkan di Barat ini akan menghasilkan sebuah perkembangan yang baik. Alhamdulillah, kita sendiri dapat lihat bagaimana cepat dan pesatnya perkembangan Islam di Barat. Kita akan terus melihat dan memperhatikan perkembangan ini. InsyaAllah jika Allah berkehendak kita dapat melihat bagaimana umat Islam di Barat mempersembahkan Islam dengan baik pada 10 atau 20 tahun akan datang.
Membandingkan situasi di Barat dan situasi di Malaysia dan negara-negara yang bermajoriti rakyat muslim. Saya kira ada hal yang sama-sama perlu kita perhatikan. Hal yang paling utama adalah bagaimanakah Islam yang diwarisi dari masa ke masa dan dari generasi ke generasi itu benar-benar memberi kesan kepada seorang individu muslim. Seandainya kita katakan bahawa keadaan masyarakat Muslim Malaysia yang hilang identiti keIslamannya  adalah disebabkan oleh kegagalan mendapatkan ‘kesan’ atau ‘pengaruh’ dari Islam dan ajaran Islam kepada individu. Adakah kenyataan yang demikian salah? Apakah mungkin bahawa dakwaan sebahagian pihak yang menyatakan bahawa, “usaha memisahkan Islam dan ajaran Islam dari diri individu muslim sehingga menjadi seorang muslim tetapi tidak langsung Islam pada kelakuan, kefahaman dan keimanan” telah berjaya?
Saya akan meninggalkan pembaca sekalian dengan persoalan ini. Akhir sekali saya simpulkan bahawa kita perlu kepada gerakan, ‘pengislaman’ semula Islam, kefahaman Islam dan keislaman diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita.
Mengurus Perasaan dan Fikiran Menghadapi Anti Islam
Sungguh tidak mudah untuk berhadapan dengan mereka yang memiliki ain sukhti (pandangan buruk) kepada Islam. Kesabaran mungkin tercabar. Antara mahu membela kebenaran dan menahan emosi yang membakar. Sikap skeptik sebahagian pihak yang anti Islam ini memang menyebalkan. Penafsiran mereka terhadap sesuatu jauh dari kebenaran. Sangkaan mereka terhadap suatu isu sama sekali tidak ada kaitan dengan hakikat yang dirasakan atau dipercayai umat Islam lain. Maka, demi meluruskan penafsiran dan sangkaan itu kadang kala bahkan sangat sering kita menjadi melatah.
Ada dua perkara yang perlu kita pertimbangkan ketika berhadapan dengan mereka yang anti Islam. Pertama, usaha menyampaikan kebenaran. Kedua, usaha membuatkan mereka menerima kebenaran.
Apabila kita mengatakan suatu yang benar dengan cara yang salah atau suatu yang benar dengan intonasi yang tidak sesuai maka, ketahuilah bahawa kita sedang melakukan suatu yang sia-sia. Kalau pun kata-kata kita itu dituruti tapi ketahuilah bahawa kata-kata kita itu bakal meninggalkan kesan yang membekas pada diri seseorang.
Sebagai contoh mudah, seorang pemuda ingin menyuruh adiknya menutup lampu. Sambil meningking dia berterik galak, “Woi, tutup lampu!!”. Adiknya itu tersentak. Hatinya seakan-akan tersentap dan tercabut dari tempatnya. Dengan longlai adiknya itu menutup lampu. Pemuda itu berjaya. Lampu sudah pun tertutup. Malangnya, pemuda itu mendapat sumpah serapah yang diucapkan adiknya tanpa dia mendengarnya. Dendam dan kebencian terhadap abangnya membuak-buak di dada dan minda.
Alangkah beruntungnya pemuda itu jika dia memilih kata-kata yang lebih indah di dengar seperti, “Eh, adik.. Lampu bilik adik tu masih menyala. Kita dilarang untuk membazir. Boleh adik tolong tutupkan lampu tu.”
Perkara di atas masih sangat baik kerana adik pemuda itu dalam situasi yang tidak menafikan bahawa lampu memang perlu ditutup ketika tidak digunakan. Maka dia menerima walau pun terpaksa menelan kepahitan bahasa abangnya. Cuba kita bayangkan jika adik pemuda itu tidak dapat menerima atau memahami mengapa lampu perlu ditutup. Menurutnya pada malam hari, lampu perlu dinyalakan walau tiada orang di situ. Itu sudah menjadi keyakinan yang dipegangnya. Maka, ketika abangnya menggunakan kuasa ‘keabangan’nya dengan kata-kata yang kasar itu, dendam dan kebencian menjadi berlipat kali ganda. Bagaimana tidak? Dia sudah membenci dan mendendami terhadap bahasa kasar yang digunakan lalu ditambah pula dengan kebencian dan dendam terhadap ke-tidakmasukakal-an mengenai hal yang diperintahkan.
Situasi yang sama berlaku dengan mereka yang anti Islam dan orang-orang Islam.
Kita tidak cukup menjadikan matlamat untuk sekedar menyampaikan apa yang benar. Betul, ‘menyampaikan’ merupakan suatu yang penting. Tapi, tidakkah keberkesanan penyampaian perlu di ambil perhatian?
Kita sudah tahu dia tidak menerima Islam malah benci terhadap Islam, secara manusiawinya akankah mereka yang sedang sarat dengan kebencian itu akan mahu menerima apa yang disampaikan kepadanya dengan cara yang teramat sangat tidak menggiurkan.
Hal ini boleh dianalogikan seperti seorang yang memiliki makanan yang sangat sedap. Orang ini ingin sahabatnya menikmati kesedapan makanan yang dimilikinya. Sahabatnya enggan malah berkata, “Yelah tu sedap, tengok warna pun aku dah boleh agak benda tu tak sedap!”. Kesal dengan sikap sahabatnya itu, dia segera mengambil makanan yang sedap itu lalu melemparkannya tepat di muka sahabatnya sambil berkata, “Aku kata makan, makan jelah, sedap tu!!”. Kita boleh bayangkan apa yang bakal terjadi.
Sungguh banyak aspek  Indah yang dimiliki Islam. Sangat banyak hal yang boleh ditawarkan kepada mereka ini untuk mahu melihat Islam dari sudut yang berbeza.
Betapa Indah Islam mengajarkan umatnya melihat beberapa hal demi mengurus perasannya dalam menghadapi mereka yang anti terhadap Islam. Sebahagian yang ingin saya utarakan disini antaranya :
1. Menjadikan kemampuan menahan marah sebagai senjata utama.
2. Tidak bersangka buruk terhadap sesuatu.
3. Mehamami hakikat hidayah.
Rasulullah SAW tidak pernah marah. Tidak cukup dengan memberikan contoh secara praktikal mengenai hal ini Baginda SAW bersabda, “ليس الشديد بالصرعة  إنما الشديد من يملك نفسه عند الغضب” “Bukanlah syadid (keras, tegas, dll) dengan pergaduhan, tetapi sesungguhnya syadid itu siapa yang mampu memiliki dirinya (mengawal diri) ketika marah.” Dari Abu Hurairah dan diriwayatkan oleh Muslim.
Orang yang melulu dengan kekerasan sebenarnya telah diperguna oleh kemarahan. Kemarahan itu adalah api dan syaitan.  Maka, tidak hairan jika kemarahan itu perlu dipadamkan dengan wudhu’. Dengan duduk jika sedang berdiri dan baring jika sedang duduk. Berapa ramai yang menyesal dengan kemarahan kerana tindakan mereka ketika itu tidak terkawal.
Pekara penting yang mampu mengawal perasaan dan fikiran kita dalam situasi seperti ini adalah dengan mengelakkan diri dari bersangka-sangka. Elakkan diri dari membuat sangkaan kerana sangkaan kita itu tidak akan pernah mengubah kebenaran. Jika kita menyangka seseorang melakukan apa yang dilakukan kerana sengaja, atau kerana itu dan ini. Maka kita telah meletakan satu keadaan yang menghambat diri kita untuk bersikap jernih dan bersikap terbuka.
Kita tidak pernah memahami apa yang sebenarnya orang itu alami. Kita tidak pernah tahu keadaan yang mendorong mereka melakukan hal yang telah mereka lakukan. Kita tidak tahu orang-orang Islam seperti apakah yang berada sekeliling dia sehingga menjadikannya begitu skeptik terhadap Islam. Kita tidak tahu suasana kehidupan seperti apakah yang menjadikannya membenci Tuhan dan tidak meyakini kewujudananya. Seribu satu hal yang kita tidak tahu mengenai dia. Maka, memadailah kita menasihatkan dan mengatakan sesuai maklumat yang kita miliki tanpa perlu tergesa-gesa menghukum.
Sangkaan akan mempengaruhi tindak balas kita. Jika sangkaan kita tidak tepat maka tindak balas yang bakal kita berikan juga tidak mengenai sasaran. Akhirnya, dia semakin ke utara kita malah semakin ke barat. Bukan malah mendekatkan dia dengan Islam malah menjadikannya berlari menjauhi Islam. Tidakkah situasi begini menjadi tanggungjawab kita jika kelak dipastikan bahawa semakin jauhnya dia dengan Islam adalah akibat dari tindak balas tidak tepat kita itu kerana sikap kita yang suka bersangka-sangka.
Hal yang terpenting dalam membahas perkara ini adalah. Pemahaman kita terhadap konsep Hidayah. Dalam buku saya, Al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan, ada dibahaskan mengenai pembahagian hidayah. Pertama pembahagian hidayah menurut wujudnya seperti, ilham, fitrah dan agama. Kedua pembahagian hidayah menurut pemberian atau penerimaan. Kita tidak akan membincangkan bentuk-bentuk hidayah.
Apa yang ingin saya tegaskan adalah, hidayah dari sudut pemberian dan penerimaan terbahagi menjadi dua. Satu, umum dan dua, khusus. Hidayah umum diberikan kepada seluruh manusia. Semua orang mendapatkan akal yang mampu digunakan untuk berfikir. Setiap umat diutus nabi dan rasul bersama kitab Allah bagi membimbing kita menuju kebenaran. Setiap manusia diberikan kecenderungan kepada kebenaran melalui fitrah. Kesemua ini bersifat umum kerana setiap manusia mengalaminya.
Hidayah yang mampu menggerakan hati untuk mahu dan mampu mengubah dari maklumat kepada penghayatan dan pelaksanaan adalah hidayah khusus. Ia dikenal juga dengan hidayah maunah atau hidayah taufiq. Hidayah inilah yang dimaksudkan dalam Firman Allah, “Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi hidayah kepada siapa yang engkau cintai akan tetapi Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya”
Hidayah ini merupakan anugerah yang Allah karuniakan kepada hamba-hamba yang terpilih. Seribu satu hujjah, seribu satu bukti, seribu satu seruan jika tidak diikuti dengan kesepakatan Allah memberikan kepada seseorang hidayah khusus ini maka orang itu sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk.
Kita beriman hari ini kerana kita terpilih mendapatkan hidayah Allah. Allah memberikan hidayah itu kepada kita mungkin kerana ibu bapa kita yang ikhlas mendidik dan berdoa, atau mungkin sahabat-sahabat kita yang ikhlas memohon kepada Allah agar kita diberi hidayah. Atau mungkin guru-guru kita yang menjadi sebab. Maka tidak ada alasan untuk kita angkuh dan merasakan diri lebih baik dari mereka yang sedang anti terhadap Islam.
Kita berlindung dengan keagungan Allah dari hal yang akan kita bicarakan ini. Kita yang hari ini dikaruniakan hidayah khusus ini, lalu kita menggunakan kata-kata kasar, cara yang tidak baik, penuh keangkuhan dengan ‘keislaman’ kita.  Bayangkan jika Allah menarik balik hidayahnya ini dari kita. Kita berubah menjadi seorang yang menolak keislaman yang dulu dipelihara. Sungguh kita mampu sesuka hati menggunakan tangan, kaki, mata, lidah, dan seluruh anggota tubuh lain kecuali beberapa hal yang mungkin selama ini tidak kita sedari. Kita tak dapat meminta jantung untuk berhenti berdetak. Kita tidak tahu bagaimana untuk menyuruh darah untuk berhenti mengalir. Kita juga tidak tahu bagaimana caranya untuk mengawal makanan yang sedang diproses dalam usus kita. Sama seperti hal-hal tadi, hati kita juga berada diluar kekuasaan kita. Iman dan Islam yang berada di hati kita itu bukan di dalam kekuasaan kita. Hati kita sangat mudah dibolak-balikkan dan diubah-ubahkan oleh Allah SWT. Tiada ruang untuk kita angkuh dan sombong dengan islam yang kita miliki kerana sungguh ia merupakan pemberian atau anugerah.
Kita juga dilarang keras mengutuk dan menghukum mereka yang menolak Islam. Mengapa? Kerana kita tidak tahu bila, dimana dan bagaimana Allah akan memberikan hidayah kepada seseorang. Mungkin hari ini kita melihat dia menolak Islam dengan bersungguh-sungguh. Tapi itu bukan bermakna dia akan selamanya dalam keadaan itu. Mungkin saja Allah akan memberi hidayah hanya kerana satu peristiwa lalu dia meraih iman dan islam yang jauh lebih berkualiti dari kita. Sungguh kita tidak pernah akan tahu apa yang bakal berlaku.
Uruslah perasaan dan fikiran kita dalam menghadapi situasi seperti ini dengan meletakkan diri dalam keadaan yang selamat. Manfaatkan segala yang telah Islam ajarkan. Bersikaplah dengan sikap-sikap yang direstui Allah. Berdoalah agar kita dapat menjadi penyebab kepada sampainya hidayah khusus Allah pada seseorang. Doalah agar Allah mempergunakan kita untuk memasukkan iman dan islam dalam diri seseorang. Usahalah gigih agar Allah menjadikan kita terpilih melaksanakan misi agung ini seperti yang telah dilakukan dengan sangat baik oleh para Nabi, para Shiddiqin, para syuhada dan para sholihin. Cukuplah kita melakukan terbaik yang kita mampu dengan mencontohi empat golongan istimewa yang telah mendapat nikmat Allah ini.
Sekarang kita fahamkan mengapa Nabi masih bertahajjud sambil menangis hingga membasahkan janggut bahkan air matanya bercucuran ke tanah padahal dia telah mendapat pengkhabaran akan terampunnya dosa-dosanya yang telah lalu dan akan berlaku kelak.  Ya kerana dia teramat cinta kepada umatnya dan tidak sanggup melihat umatnya hancur dan hanyut lalu dengan tegas bersabda, “Celakalah mereka yang membaca ayat ini (surah Ali Imaran 190) lalu tidak memikirkannya.”
Fahamlah kita mengapa para sahabat sentiasa merasakan bahawa diri mereka munafiq padahal telah datang pengkhabaran melalui Jibril bahawa 10 dikalangan mereka telah disahkan diterima di jannah. Kerana mereka tahu iman mereka meningkat dan menurun. Kerana mereka sangat sedar iman mereka sangat-sangat mungkin ditarik balik pada hari-hari mendatang sebelum kematian mereka. Mereka memahami segalanya dengan pahaman yang mantap. Maka mereka sangat-sangat khawatir bahawa mereka tergolong dari kelompok munafik. Mereka tahu hati yang mengaku dipenuhi iman itulah yang paling tidak beriman. Tepatlah kata Ibnu ‘Atoillah, “من أثبت لنفسه تواضعا فهو المتكبر حقا” yang bermaksud, “Siapa yang menetapkan (mengaku) bagi dirinya perasaan rendah diri maka sesungguhnya dialah sebenar-benar orang yang sombong”
Kandungan Lebih Penting
Antara perantara dan kandungan manakah yang lebih penting?
Jika saya menjawab sebagai seorang guru, saya akan katakan bahawa perantara lebih penting dari kandungan.
Dalam hal ini, perantara yang saya maksud adalah metedologi atau tariqah. Metedologi atau tariqah adalah lebih utama dari kandungan kerana, apabila seorang guru telah menerapkan sistematika bertariqah yang betul atau menyebatikan metedologi menjadi mendarah daging kepada seseorang, pelajar itu akan berjaya walau apa juga kandungan yang diberikan kepadanya. Seorang yang telah mempunyai metedologi dan ilmu-ilmu alat akan menjadi pakar dalam apa juga bidang yang disodorkan sebagai objek kajian. Maka dalam sistem pendidikan apa yang penting bukan sekedar menyampaikan kandungan, tetapi lebih dari itu, metedologi dalam penyampaian perlulah tepat agar proses pendidikan bukan bergantung kepada guru tetapi kepada teknik. Hasil dari kaedah ini, pelajar akan menjadi active leaners dan bukan pasif leaners yang hanya membuka mulut minta disuap.
Prespektif ini akan berubah apabila kita melihat dari sudut yang berbeza. Misalkan dalam bidang selain pendidikan. Kita tidak perlu sibuk dengan perantara tetapi yang penting apa kandungan yang diterima. Sebagai contoh masalah politik atau isu semasa. Seorang tokoh politik tidak peduli bagaimana suatu maklumat itu disampaikan. Apa yang penting baginya adalah masyarakat menerima maklumat yang betul atau menerima makluman yang dia inginkan. Kepentingan pada kandungan.
Masih banyak lagi perkara lain yang menuntut kita melihat lebih teliti kepada kandungan dan membolehkan kita mengabai perantara. Aqidah adalah salah satu dari perkara itu. Ketika isu pertembungan aliran dalam pemahaman Aqidah dan mazhab Fiqih (Fikah) menjadi hangat secara tiba-tiba sebagai kesan sampingan perbalahan politik (baca : kekuasaan dan pengaruh), timbul persoalan, apakah yang lebih penting? Aliran dan mazhab yang diperjuangkan atau kandungannya?
Menurut saya secara peribadi apa yang penting adalah kandungan. Siapa yang peduli sama ada seseorang itu bermazhab salaf atau khalaf? Apa yang kita peduli adalah sejauh mana kandungan Aqidah itu menyerap di dalam minda kita dan masyarakat kita! Itu yang saya peduli.
Jika saya memiliki anak dan ingin saya sekolahkan, maka yang masuk dalam ciri-ciri sekolah pilihan adalah, adakah sekolah itu mampu menerapkan Aqidah ke dalam diri anak saya secara teori dan amali? Saya tidak akan menjadikan persoalan mereka, menggunakan aliran apa dalam pendidikan Aqidah? Malah, untuk zaman yang serba canggih ini, saya memerlukan sekolah yang dapat mengajarkan kesemua aliran agar anak saya itu nanti bukan sekedar menjiwai tauhid yang benar tetapi juga dapat menjadi pemersatu umat islam!
“Ustaz mudahlah kerana ustaz paham! Bagaimana pula dengan kami yang tak faham pun apa itu khalaf dan salaf, apatah lagi kesannya dalam pendidikan Aqidah!”
Memang benar juga kenyataan yang dilontarkan itu. Ketika ramai tokoh agamawan negara memperkatakan bahawa main stream yang dikenal dengan istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) terdiri dari Asya’irah dan Maturidiyyah, ramai yang mula bingung dengan permasalahan ini.
Permasalahan umat seperti ini memang tidak mudah dirungkai. Apatah lagi jika mereka hanya menginginkan kesimpulan tanpa sedikit pun rela mengeluarkan usaha. Berbicara perihal aliran dalam khazanah Aqidah umat Islam memerlukan usaha dan kegigihan. Kemudian kita sekali lagi perlu bergantung kepada metedologi dan disiplin di dalam keilmuan. Metedologi dan disiplin sangat penting agar kita mengkaji atas dasar keilmuan dan bukan atas dasar emosi. Apa yang sukar untuk dilakukan adalah melepaskan diri dari keterikatan emosi bagi mereka yang telah terjebak dengan cinta atau dalam bahasa keilmuannya ta’assub.
Jika kita berpandukan metedologi dan disiplin ilmu, kita perlu meletakan objektif yang ingin kita capai dalam suatu mata pelajaran itu. Mata pelajaran Aqidah untuk peringkat sekolah tidak akan sama dengan mata pelajaran Aqidah untuk peringkat mahasiswa fakulti Usuluddin. Apa yang membezakan? Yang membezakan adalah objektif dari mata pelajaran itu.
Objektif di peringkat sekolah adalah untuk memahamkan konsep Aqidah ke dalam jiwa dan minda pelajar sedangkan objektif di peringkat perguruan tinggi adalah untuk memperkenalkan aliran-aliran, perbezaan-perbezaan dan seterusnya.
Sekiranya kita sudah mengenal pasti objektif maka, tugas guru adalah menyediakan sukatan pelajaran yang mencapai kepada tujuan itu. Seandainya kandungan menggunakan aliran tertentu menjadikan sukatan terlalu berat maka mengapa harus dipaksa? Pastilah lebih baik jika menggunakan kandungan dari aliran yang lebih mudah dirangka dalam sukatan sehingga objektif dapat dicapai. Bukankah yang utama adalah objektif!?
Semoga kita menjadi masyarakat yang lebih mengutamakan kandungan dari sekedar mempergaduhkan perantara. Apa pun alirannya jika tidak berjaya menerapkan kandungan kepada sasaran maka ia adalah sebuah kegagalan yang memalukan. Apa pun alirannya tetapi jika berjaya memastikan kandungan sebati dalam jiwa sasaran maka itu merupakan kejayaan yang sesungguhnya.