Blog Taqeyyabella » Bahasa dan Sastera

Indah Al-Quran
Indah! Orang terpana dan terpesona. Tiada kata yang mampu diucap. Lenggokkan mencuri minat. Semua orang berpaling mencari, umpama tersihir. Mereka yang berjalan tiba-tiba berhenti. Terpaku kaki. Ia mengangkat semakin tinggi. Tinggi dan tinggi lagi. Kemerahan mula mewarnai wajah yang suci. Seketika semua yang menonton menelan air liur. Sebuah babak selesai lalu dimulakan lagi. Mula dari bawah sekali dan dengan sangat mendatar ia mula memainkan lagi. Terasa umpama dibelai lembut udara sepoi-sepoi. Sejuk di luar dingin di dalam. Sungguh mendamaikan.

Itulah antara pesona Al-Quran. Sebuah mukjizat yang datang dari tuhan. Menakjubkan. Hebat pada susunan, indah pada lantunan, tepat kata yang dipilih, dalam maksud yang tersimpan.

Karen Amstrong dalam sebuah temu bual untuk sebuah filem dokumentari mengatakan bahawa Al-Quran begitu mempesona. Ada orang yang memeluk Islam hanya kerana mendengarkan lantunannya. Pengiktirafan dan pengakuan yang begitu adil bagi Al-Quran olehnya yang bukan seorang muslimah.

Anda tidak dapat membayangkan betapa kehadiran Al-Quran menjadi sebuah fenomena hebat ketika itu, jika anda tidak cuba melihat dengan lebih mendalam. Jika mahu diambil permisalan yang ada pada saat ini, bolehlah kita gambarkan seperti industri muzik yang mendapat perhatian masyarakat. Setiap penyanyi memiliki genre mereka sendiri. Setiap genre ada peminat dan penyokong mereka sendiri. Bila mana artis pujaan mereka muncul mereka akan hadir memberikan sokongan. Memuji dan menyorak. Mereka berusaha menyokong dengan pelbagai cara. Menghadiri konsert, membeli album, menyertai kelab peminat dan sebagainya. Demikian juga suasana masyarakat arab ketika itu. Penyair mendapat tempat yang sangat tinggi dalam masyarakat. Ia menjadi pusat perhatian dan tumpuan. Mereka sentiasa menghabiskan masa untuk membuat bait-bait syair yang hebat. Syair itu kemudian dipertarungkan di sebuah gelenggang terkenal seperti Suq ‘ukaz. Penyair tidak perlu risau mengenai kehidupan kerana profesi mereka menjanjikan kemewahan. Jika mereka menciptakan syair yang dapat mengangkat suku atau keluarga mereka, atau orang besar dikalangan mereka maka tentunya dia akan mendapatkan habuan bagi usahanya itu.

Setiap suku, kaum dan orang yang berpengaruh memiliki penyair mereka sendiri. Kegemaran mereka bergaduh dan bersaing tidak hanya pada fisik tetapi juga pada gelanggang pertaruhan syair. Tidak menghairankan jika hanya disebabkan sebait syair peperangan yang memusnahkan dan merugikan boleh terjadi. Semakin hebat penyair yang suatu suku, kaum, keluarga bahkan individu miliki maka akan semakin besar pengaruh dan semakin hebat suku, kaum, keluarga atau individu tersebut.

Syair yang hebat akan dihafal oleh semua orang. Menghafal syair akan menjadi sebuah amalan, bahkan pendidikan formal mereka adalah pada menghafal bait-bait syair. Syair akan menjadi gudang yang menyimpan nasab mereka. Peristiwa-peristiwa hebat akan mereka rakamkan dengan terperinci dalam bait-bait syair agar ia menjadi peringatan penting dan warisan berharga. Tidak terkecuali kata-kata hikmah dari kepahitan dan kemanisan pengalaman hidup turut mereka simpan dalam bait-bait syair. Maka adalah suatu yang tidak mustahil bagi masyarakat itu untuk menghafal ratusan bait atau bahkan ribuan kerana sememangnya begitulah cara mereka hidup.

Suasana ini tentunya memberi kesan kepada mereka. Tahap bahasa mereka menjadi sangat tinggi. Bahkan jati diri mereka dinilai dari kemampuan mereka berbahasa. Kata-kata mereka sentiasa teratur, tepat dan padat. Kiasan dan perumpamaan mereka sangat mendalam. Mudahnya, mereka adalah masyarakat yang sangat berbudi bahasa.

Dalam suasana itu hadir seorang yatim, miskin, tidak berpengaruh namun terkenal dengan keluhuran budi dan kredibilitinya, mengungkapkan ayat-ayat yang bukan merupakan syair. Walau ia bukan merupakan syair tetapi nilai ketinggian bahasa, ketajaman maksud, keindahan bunyi seakan-akan menenggelamkan dan mengalahkan kehebatan para penyair yang sedia ada. Tidak cukup sekedar itu, ia kemudian didakwa oleh pemiliknya merupakan wahyu dari tuhan sebagai kabar gembira dan peringatan untuk umat manusia.

Alif, lam, mim, kaf, ha, ya ain, shad. Huruf-huruf itu adalah huruf-huruf yang sama yang telah masyarakat arab pergunakan untuk mencipta syair. Huruf-huruf itu juga yang mereka guna dalam pertuturan mereka seharian. Adakah sukar bagi mereka untuk membuat ayat yang dapat menandingi apa yang disampaikan oleh sang yatim itu! Tentunya hal ini menjadi suatu yang amat memalukan. Puas mereka berusaha memang mereka tidak mampu untuk menghadirkan sesuatu yang seperti Al-Quran. Allah SWT malah memberikan mereka tekanan dengan mencabar mereka untuk mendatangkan sesuatu yang sama seperti Al-Quran. Mereka tidak mampu lalu Allah SWT turunkan lagi menjadi satu suruh. Tidak mampu juga maka Allah SWT hanya meminta satu ayat. Maha suci Allah SWT menciptakan Al-Quran dari bahasa mereka sendiri namun gagal bagi mereka mendatangkan yang sepertinya. Ketidakmampuan mereka itu akhirnya menyebabkan mereka cuba mengatakan bahawa wahyu itu merupakan sihir, mantera, jampi bahkan mengatakan bahawa sang yatim itu gila.

Apapun yang mereka usahakan, hasilnya tetap sama. Al-Quran terus memukau dengan keindahan bunyinya sebelum memukau dengan ketajaman dan keluasan kandungannya. Ia masih berperan menjadi penyebab manusia mendapat hidayah. Ia masih menjadi bahan yang paling banyak penghafalnya. Ia masih menjadi penawar bagi jiwa dan raga.

Dulu, pemimpin Quraisy menasihatkan para pengunjung kota Mekah agar tidak mendengarkan ayat-ayat itu. Ada dikalangan pengunjung yang menutup telinga mereka dengan kapas kerana termakan hasutan itu. Betul! Hanya dengan tidak mendengarkan ayat-ayat Al-Quran-lah yang dapat menyelamatkan seseorang dari terjangkit cahaya keimanan. Namun, pada akhirnya mereka gagal kerana suara lantunan ayat-ayat itu terdengar di mana-mana. Maka berubahlah manusia menjadi taat kepada tuhan mereka. Sungguh berjasa para sahabat yang mempertaruhkan nyawa hanya demi memperdengarkan Al-Quran pada manusia. Mereka dibelasah dengan sangat kejam hanya kerana berani memperdengarkan Al-Quran. Itu usaha mereka dan telah kita lihat hasilnya.

Hari ini, manusia mula melupakan Al-Quran setelah “Islam” mereka warisi dari datuk nenek mereka. Tidak mereka mendengarnya, tidak pula membacanya apatah lagi merenungkan kandungannya. Akibatnya juga tetap sama, jadilah mereka golongan yang semakin jauh dari cahaya. Tersesat dari kebenaran yang nyata.

Betapa seronoknya jika kita mula mengadakan majlis dimana seorang qari dijemput lalu sama-sama kita nikmati lantunan ayat-ayat Al-Quran. Semoga lantunan tersebut menggetarkan hati kita dan menambahkan iman kita. Bertambah menarik jika diiring oleh bacaan terjemaah bagi ayat yang dibaca. Ia pasti akan sungguh menarik. Idea ini mungkin telah hadir dalam bentuk cd seperti yang diterbitkan oleh Pelima Media, iaitu sebuah buku bertajuk Sumbu Jiwa yang memuatkan beberapa surah penting bersama terjemahan yang disertakan dengan bacaan Quran oleh Syeikh Masyari Rashid Al-Afasi dan bacaan terjemahan oleh Tuan Nasran Hassan.

Perlu kita renungkan betapa Al-Quran diturunkan untuk kita dengar, untuk kita baca, untuk kita fahami dan akhir sekali untuk kita amalkan. Seperti yang telah Allah SWT firmankan,

Maksudnya, “Thaahaa. (1) Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; (2) tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), (3)yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (4) (Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas ‘Arsy. (5)Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah. (6) Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahasia dan yang lebih tersembunyi. (7) Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang baik),” Surah Taha 1-7

Semoga Allah menumbuhkan kecintaan kepada Al-Quran yang membuatkan kita suka mendengarnya, suka membacanya dan suka merenung akan kandungannya. Semoga video bacaan saudari berikut ini dapat kita nikmati bersama..

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="349" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/NmL21g0mgQI?fs=1&hl=en_US&rel=0" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="349" src="http://www.youtube.com/v/NmL21g0mgQI?fs=1&hl=en_US&rel=0" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Sifat
“Apakah penerangan disebalik sifat-sifat  itu? adakah benar sifat 20 Allah itu hakikatnya ada pada makhluk ciptaanNYA!? Minta bantuan dari sahabat..”

Pertanyaan di atas baru saja saya terima dari seorang rakan di FB. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita dan memberi petunjuk. Allahumma amien. Terima kasih kerana mengemukakan persoalan ini. Tidak lama sebelum ini seorang guru yang bertugas di Sekolah Menengah Taman Desa Countryhomes Rawang juga bertanyakan soalan yang hampir serupa kepada saya. Sebagai topik yang boleh diperbincangkan ketika makan malam setelah sebelumnya saya diminta untuk berceramah di hadapan peserta ‘Kem Pemantapan Sahsiah” di sekolah itu.

Menurut guru tersebut, persoalan yang dikemukakan itu timbul apabila beliau melihat jumlah peserta yang semakin ramai menghadiri pengajian di sebuah surau yang kononnya mengajarkan sifat dua puluh. Sebenarnya memang di surau tersebut diajarkan mengenai sifat 20 namun pembahasannya mengalir tidak terarah dan bahkan kadang-kadang terjerat dengan permainan kata. Lebih menakutkan lagi apabila perbincangan mengenai sifat 20 itu bermuara di permasalahan berkaitan hakikat bahawa Allah ada pada makhluk ciptaanNya seperti pertanyaan sahabat FB di atas. Jika sampai seseorang itu meyakini bahawa hakikat adalah pada penyatuan antara manusia dan Tuhan maka dia sesungguhnya sudah pun terpengaruh fahaman wihdatul wujud.

Manusia tidak ada kuasa menggerakkan tangan. Ketika manusia menggerakkan tangan, siapakah sebenarnya yang menggerakkan tangan? Allah! Jika Allah yang menggerakkan tangan maka Allah ada dalam diri kita. Penghujungnya dia akan berkesimpulan bahawa solat itu tidak wajib! Ini adalah sedikit dari pola pikir fahaman ini. Tentunya sangat tidak adil jika saya mengatakan ia adalah seperti ini sahaja. Namun, dikarenakan kekurangan maklumat maka silalah rujuk sumber-sumber lain yang boleh menjelaskan mengenai wihdatul wujud dengan tepat dan benar.

Adapun mengenai sifat 20 yang dianggap sebagai pegangan aqidah ahli sunnah wal jamaah juga bukanlah topik yang ingin saya bincangkan di sini. Aqidah merupakan ilmu yang sangat luas. Menurut saya jika aqidah yang luas itu disempitkan dengan Asyairah dan Maturidiyyah semata-mata maka ia adalah sebuah penyempitan yang berteraskan kejahilan. Janganlah keluasan itu disempitkan.

Apa yang boleh saya kongsikan sebagai jawapan bagi persoalan di atas adalah berkaitan dengan ‘sifat’. Sifat adalah satu perkataan yang sudah kita sedia maklum. Tak perlulah bagi saya menjelaskan definisinya di sini. Bicara mengenai sifat, sentiasa perlu kita sandarkan kepada ZAT yang melakukan sifat tersebut.

“Basikal!” tentunya hadir di minda anda saat ini sebuah kenderaan berroda dua tanpa mesin atau enjin. Apabila saya menyebutkan, “kapal terbang!” Minda anda akan membayangkan sebuah kenderaan yang bersayap dan berkipas. Lalu ketika saya mengatakan “Basikal itu LAJU!” Adakah LAJU di situ sama dengan LAJU pada penyataan saya, “Kapal terbang itu LAJU!”

Tanpa perlu memberi tahu anda tentu akan mengatakan “tidak!”. Walaupun jelas sifat bagi keduanya adalah sama iaitu LAJU. Disebabkan Zat basikal yang berbeza dengan Zat kapal terbang maka ia menghasilkan sifat yang berbeza pula.

Berbicara mengenai Allah, maka kita akan bertemu dengan nama-nama Allah yang mulia. Sudah lazim di telinga kita lantunan nasyid asmaul husna yang menyenaraikan di dalamnya nama-nama Allah. Antara nama-nama tersebut ada yang disandarkan kepada Zat Allah dan ada pula yang disandarkan kepada sifat Allah.

Ar-Rahman dan Ar-Rahim sebagai contoh. Kedua-duanya berasal dari kata yang sama iaitu ra-ha- mim atau rahmah jika diambil pada masdarnya. Rahman dalam wazan fa’lan (فعلان) yang bermaksud sangat sedang Rahim dalam wazan fa’il (فعيل) yang bermaksud berterusan atau sentiasa. Rahman, sangat rahmat. Rahim pula sentiasa rahmat. Sama tapi berbeza.

Ketika kita melihat dengan lebih teliti ternyata antara Rahman dan Rahim memiliki perbezaan yang sangat jauh. Cuba anda perhatikan ayat-ayat berikut :

الرَّحْمَـٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ

“Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.” Surah Taha : 5

الرَّحْمَـٰنُ ﴿١﴾ عَلَّمَ الْقُرْآنَ ﴿٢﴾ خَلَقَ الْإِنسَانَ ﴿٣﴾ عَلَّمَهُ الْبَيَانَ ﴿٤

“(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (1) Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2) Dia lah yang telah menciptakan manusia; – (3) Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.” Surah Ar-Rahman : 1-4

Kedua-dua ayat di atas menggunakan nama Allah Ar-Rahman. Sememangnya Allah yang bersemayam di atas Arasy itu Maha Rahmat. Sesungguhnya Tuhan yang mengajarkan Al-Quran, menciptakan manusia, mengajarkan mereka bertutur merupakan Tuhan yang Maha Rahmat. Kedua-dua ini merujuk kepada zat Allah yang melakukan sesuatu. Zat itu merupakan zat yang sangat atau maha rahmat.

Mari kita perhatikan ayat berikut ini.

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿١٢٨

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” Surah At-Tawbah 128

Sila perhatikan dengan betul ayat di atas. Ayat di surah At-Tawbah ini ternyata menggunakan kata RAHIM sebagai sifat kepada seorang Rasul yang datang dari kalangan kamu sendiri. Bagaimana mungkin kata “Ar-Rahim” yang kita rujuk maknanya kepada Allah SWT boleh digunakan oleh Allah SWT sendiri di dalam QuranNya bagi menerangkan sifat seorang Rasul!?

Maka ketika kita berfikir, dan melihat dengan lebih mendalam terutama dari sudut kajian bahasa, kita akan menemukan perbezaan yang ketara antara Rahman dan Rahim. Perbezaan itu adalah, ketika Allah SWT menggunakan Rahman ia merujuk kepada ZAT Allah. Maka ia tidak boleh dikongsi. Ketika ia menggunakan Rahim ia merujuk kepada sifat Allah yang mana sifat boleh dikongsi seperti kongsinya basikal dan kapal terbang pada sifat LAJU. Walau keadaannya tidak pernah sama antara lajunya basikal dan lajunya kapal terbang, begitulah bezanya sifat Rahimnya Allah dan Rahimnya seorang Rasul.

Maha Suci Allah SWT yang mendidik kita dengan menjadikan diriNya sebagai contoh yang paling agung. Jika anda ingin belajar sifat rendah diri Allah-lah zat yang paling merendah diri. Jika anda ingin belajar sifat pemurah maka Allah-lah zat yang paling pemurah. Namun ketika anda sombong segeralah sedar bahawa ada zat yang lebih sombong. Jika anda kejam sedarlah ada zat yang jauh lebih dahsyat kekejamannya.

Allah SWT yang maha mulialah yang menciptakan kita. Diciptanya kita dari tanah dan air yang merupakan dua unsur yang turut diciptakan olehNya. Segala sifat yang kita miliki juga merupakan anugerah yang diberikan kepada kita. Malah dialah yang mengajarkan kita untuk memahami segala perkataan. Kaitan antara kita dan Allah adalah kaitan makhluk dan pencipta. Sifat-sifat yang kita miliki adalah apa yang kita faham dari apa yang diajarkan kepada kita. Berdasarkan itu Allah mengajarkan kepada kita sifat-sifatnya sesuai dengan maklumat yang mampu diterima oleh minda kita. Selebihnya, hanya dia yang Maha-lah yang mengetahui hakikat sebenar.

Jika ada manusia yang penyabar. Ketahuilah bahawa Allah SWT-lah yang Maha sabar kerana dialah yang menamakan dirinya Shabur  صبور  . Kesabarannya maha tinggi sehingga dia tidak pernah mengazab sesuatu kaum melainkan pada saat yang telah ditetapkan sebagai rahmat dan peluang bagi suatu kaum untuk bertaubat walaupun kaum tersebut sudah terlalu melampaui batas. Maka, sabarnya manusia tidak sama dengan sabarnya Zat yang menciptakan sabar. Sungguh fahaman kita terhadap sabar adalah sesempit maklumat yang kita miliki, sedangkan sabarnya Allah seluas ilmu miliknya yang tentunya jauh berbeza dengan kita. Rumusannya satu, berbeza Zat maka akan menghasilkan sifat yang berbeza walau istilah sifat yang digunakan adalah sama. Wallahu a’alam bishshowab..

Ingin Menjadi Mereka..
Sejenakku bertanya apa yang terjadi dengan dunia,

begitu hebatkah sang iblis sehingga ramai tergoda,

ataukah terlalu tolol dan bengap makhluk bernama manusia,

makhluk yang menjadikan ibilis – musuhnya sebagai pembela,

bahkan, dengan suka rela menggemari dan mencintai makhluk penuh nista,

tidaklah menghairankan jika iblis berbangga dengan pencapaiannya,

namun seperti yang Allah katakan masih ada yang menggenggam sumpah setia,

setia mentaati Allah tuhan alam semesta,

setia mencontohi Muhammad SAW insan mulia,

setia memerangi Iblis dengan segala cara,

setia menegakkan Islam walau dimana berada,

setia menebar rahmat kepada alam dan juga manusia,

setia menelusuri jalan ini dengan sabar dan ikhlas hanya untuk Tuhannya.

jumlahnya memang segelintir cuma,

sememangnya tiada makna pada angka,

apa yang penting kegigihan mempersembahkan usaha,

kecintaan mereka bukan lagi berbunga-bunga tetapi jelas di kelompak mata,

ada wujudnya bahkan jelas bentuk dan rupa,

harta benda, dunia, atau apa saja yang biasanya diperguna Iblis bagai tak berdaya,

tak berdaya menjadi umpan bagi memerangkap jiwa,

tak berdaya menghumban ke lembah duka,

kerana Allah telah menyediakan khidmat memelihara,

bahkan memperuntukkan ganjaran istimewa yang berlipat ganda,

sebagai balasan atas penderitaan walau seketika cuma,

sungguh itulah bukti betapa Maha rahmat sang Rahman dan Rahim,

maka masihkah mahu mengejar dunia? Padahal aku sangat ingin menjadi mereka..

Berani Mati!
“Ayah, tentera Jepun mai!” Pekik Melati yang ketakutan. Semua jadi kelam kabut. Mak yang di dapur pun berlari masuk ke bilik. Beras simpanan sudah lama ditaburkan disetiap inci lantai rumah. Berlapis-lapis tikar menutupinya. Itulah barang yang paling berharga saat itu.

Melati melihat ayahnya sedang kalut. Ternyata ayah sedang risau. Senapang miliknya itu boleh menjadi penyebab salah sangka. Tentera Jepun pasti akan menyangka yang ayah merupakan seorang tentera. Ayah tidak kehabisan akal. Senapang patahnya itu diambil lalu dilemparkan dengan sangat kuat melalui lubang aliran angin. Senapang itu sepatutnya mendarat di kawasan kebun pisang sebelah rumah.

Tentera Jepun baru sahaja memasuki kampung kami. Menurut berita dari kampung-kampung sebelah yang lebih dulu ditawan Jepun. Tentera Jepun akan memeriksa setiap rumah bagi memastikan mereka benar-benar rakyat jelata. Bagi mereka, tentera yang menyamar sebagai rakyat adalah ancaman besar kerana mereka ini berpotensi mempengaruhi rakyat menentang Jepun. Seperti biasa, ketika mereka membuat rondaan, mereka akan berkelakuan sesuka mereka. Beras dan keperluan asas dengan sewenang-wenangnya dirampas. Jika bernasib malang, anak dara turut dibawa bersama mereka.

“Hang pa semua duduk ja dalam rumah. Jangan buat apa-apa!” Pesan terakhir ayah sebelum bertindak. Baginya, lebih baik berdepan dengan Jepun dan membuatkan mereka yakin untuk tidak memeriksa rumah ini.

Nama sebenar ayah adalah  Haji Amad Tok Liat. Liat itu sesuai  dengan dirinya yang keras hati. Pernah suatu ketika dia terjangkit kudis buta di hujung jari telunjuknya. Kudis itu sangat teruk dan sangat menyakitkan. Kerana terlampau keras hati Tok Liat ini, dia mengambil sebilah parang dan memotong sebahagian jarinya yang terkena kudis itu. Bayangkah sahaja betapa liatnya hati Tok Liat!

Tok Liat keluar dan cuba berbicara dengan Tentera Jepun. Tentunya mereka saling memahami dengan isyarat. Usaha memahamkan satu sama lain dengan bahasa  gagal walau mereka tetap saling bicara. Melati yang meneropong semua itu dari celah dinding kayu rumahnya terkejut melihat ‘drama’ itu. Ayahnya membongkokkan badan dan menyodorkan kepala ke arah Jepun. Hampir sama dengan posisi seorang yang sedang rukuk dalam solat cuma kepala agak ditinggikan. Ayah memberi isyarat kepada Jepun untuk memenggal kepalanya. Seakan-akan ayah cuba berkata, “Kalau kalian tak percaya bahawa kami ini rakyat jelata dan bukan tentera, penggal saja kepala ini!”

Tok Liat tidak banyak berfikir ketika itu. Keberaniannya membuatkan dia berani mencabar jepun-jepun keparat ini. Setelah agak lama menyodorkan kepala, tiba-tiba diri Tok Liat diselubungi ketakutan yang dahsyat. Kakinya terketar-ketar. Wajahnya mulai pucat. Mungkin jika tidak kuat, dia pasti sudah terkencing. Bagaimana Tok Liat tidak takut, senapang yang tadi dilemparnya terlihat berada di beberapa meter di belakangnya . Senapang itu terlihat kerana dia membungkukkan badan sehingga matanya berleluasa melihat pemandangan terbalik antara kedua kakinya. Tak disangka senapang itu jelas kelihatan dari tempat dia berdiri saat ini.

Komando Tentera Jepun itu memang terpengaruh dengan tindakan Tok Liat. ‘Drama’ lakonan Tok Liat itu berjaya menguburkan niat Jepun untuk memeriksa rumah. Bahkan kawasan pokok pisang di tepi rumah pun tidak mereka dekati. Sambil memberi isyarat, Komando itu berlalu meninggalkan Tok Liat yang masih terpaku dan membatu dalam ketakutan yang dahysat. Tentera Jepun telah meninggalkan kawasan rumahnya. “Gedebukk!!” Tok Liat rebah ke bumi. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Andai saja salah seorang dari mereka melihat senapang itu. Ah! Tak taulah apa yang terjadi..

*Kisah warisan keluarga. Diceritakan kepada generasi cucu-cicit agar mengerti susahnya kehidupan dan perjuangan.

Jalan Itu Semakin Mudah
Dulu, alasan yang sering diutarakan adalah kurangnya ‘tools’ yang dapat membantu seseorang mempelajari Bahasa Arab. Tiada pengajarlah. Terlalu banyak yang perlu dihafallah. Tiada bukulah. Seribu satu alasan dikeluarkan demi membuktikan betapa sukarnya mempelajari bahasa yang satu ini. Hal ini memang tak dapat kita nafikan. Namun, apabila kita meletakan keutamaan untuk sesuatu hal, pasti kita akan menemukan jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Bagaimana tidak padahal kita sangat terdesak untuk meraih kepentingan dari sesuatu yang utama itu.

Syukur Alhamdulillah ada di antara manusia yang telah memilih untuk menjadikan khidmat kepada Bahasa Arab sebagai suatu yang utama. Maka mereka bersungguh-sungguh menyediakan solusi kepada masalah-masalah yang sering kita lontarkan itu. Kali ini saya ingin memperkenal kepada sidang pembaca mereka yang telah bertungkus lumus merealisasikan cita-cita mereka ini. Mereka adalah para pelajar yang bergiat dalam kelompok studi bahasa (Language Research Group) di University Of Leeds. Hasil karya yang sangat baik dan saya yakin sangat bermanfaat telah dipersembahkan oleh seorang pelajar bernama Kais Dukes. Beliau telah bertungkus lumus membuat sebuah laman web yang menyediakan khidmat i’rab bagi ayat-ayat Al-Quran. Laman yang saya maksudkan adalah : http://corpus.quran.com/ Bukan hanya itu, laman ini juga memberi banyak kemudahan lain seperti terjemahan per kata, kamus Al-Quran. Pendedahan secara ringkas mengenai ilmu-ilmu penting yang menonjol dalam sejarah manusia seperti nama kaum yang terkenal. Atau mungkin juga yang berkaitan dengan sains dan sebagainya.

Laman ini jelas memberi banyak ruang dan peluang bagi kita yang ingin mendalami ilmu Allah SWT. Bahkan laman ini dapat menjadi ‘guru’ yang membantu kita merangsa otak kita berfikir. Jelaslah semakin mudah bagi kita untuk mendekatkan diri dengan kitab Allah.

Kita doakan semoga usaha yang sangat baik ini mendapat restu dari Allah SWT. Semoga makin ramai yang mendapat faedah darinya. Maka saya sangat berterima kasih kepada sahabat saya yang memperkenalkan laman ini kepada kami. Pada mulanya beliau hanya ingin bertanyakan mengenai tamyiz. Namun, ketika beliau memberikan link laman ini, saya seketika itu juga terkesima dengan usaha yang telah di lakukan Dukes dan teman-temannya. Apa yang ada di laman ini bukanlah berbeza dengan apa yang tersimpan rapi di dalam kitab-kitab turats. Namun, apa bila ia disajikan dalam bentuk perisian komputer yang mana penggunaannya  sangat efisien dan mudah maka ia menjadi sebuah usaha yang layak dipuji.

Jika kita membuka laman corpus.quran ini kita dapat menggunakan kemudahan ‘irabul quran yang disediakan Dukes. Beliau menggunakan istilah ‘syntactic treebank’. Mari kita lihat contoh berikut.

inna merupakan harfunnashbi yang tugasnya membuatkan apa setelahnya menjadi manshub atau berbaris atas. Nashiatallaili merupakan dua kata yang menjadi satu kerana berlaku idafah pada kedua kalimat itu. Nasyiatallaili disini menjadi mubtada’ sedangkan khabar bagi mubtada’ ini adalah jumlah “hiya asyaddu watan wa aqwamu qilan“. Kewujudan  Inna menjadikan mubtada’ berubah keadaan dari marfu’ menjadi manshub. Setiap mubtada’ berbaris dhommah pada hukum asalnya. Khabar kepada mubtada’ itu pula menjadi khabarul inna. Apa yang menarik pada khabar di sini adalah, ia mengandung tamyiz.

Apakah itu tamyiz?

Tamyiz adalah suatu kata atau ayat yang menerangkan apa yang ada pada sebelumnya atau apa yang diketahui dari zatnya atau nisbahnya.

Contoh bagi sesuatu yang digunakan untuk mengetahui zat, “saya membeli seguni beras.” Pada contoh ini seguni menjadi suatu yang tidak cukup maklumatnya jika tidak disertakan dengan beras sesudahnya. Keberadaan ‘beras’ pada contoh tadi memberikan kita maklumat mengenai zat bagi seguni tadi. Beras di

Contoh bagi sesuatu yang digunakan untuk menjelaskan nisbah, “dia lebih besar dari kami dosa.” Besar di sini menunjukan kepada nisbah yang tidak diketahui. Setelah ia dipertemukan dengan ‘dosa’ maka kita mengetahui bahawa yang besar padanya adalah dosa.

Dosa dan beras pada kedua contoh ini adalah contoh mudah bagi tamyiz. Maka, semua yang dikatakan bagi menjelaskan apa yang ada pada sebelumnya dan menghilangkan ketidakjelasan pada yang sebelumnya adalah tamyiz.

‘Asyadduwat an’ pada contoh di atas menerangkan keadaan ‘nasyiatallaili‘. Maka dia berada di posisi tamyiz yang menjelaskan dan menghilangkan ketidakpastian mengenai hal bangun malam. ‘Wa aqwamu qila‘ pula hadir setelah itu. Wa merupakan kata sendi yang menghubungkan apa yang ada selepasnya dengan apa yang ada sebelumnya. Maka wa di sini menyambungkan aqwamu qila dengan asyaddu wath an. Secara posisi, ‘aqwamu qila’ menumpang ‘asyaddu wath an’ maka ia turun menjadi tamyiz di sini.

Tamyiz banyak digunakan di dalam Al-Quran. Jika di bahas lebih teliti, kita akan menemukan bagaimana tamyiz memainkan peranannya menerangkan keadaan fail, maf’ul bihi atau mubtada’. Keterangan yang hadir pula mungkin berupa satu kalimah, atau sebuah jumlah.

Demikianlah sedikit perkongsian ringkas mengenai tamyiz. Saya sangat bersukacita untuk mempromosikan laman corpus.quran.com ini. Saya yakin ia akan memberikan banyak faedah kepada ramai orang. Semoga usaha yang sangat bernas ini menambahkan lagi kegigihan kita dalam mencari segala yang tersirat disebalik yang tersirat yang terungkai indah dalam sulaman kalam-kalam Allah. Allahummaj’alna min ahlil quran.. Amien..