Whats in taqeyyabella's mind » Agama

Kad yang salah!!
“Apa pendapat ustaz tentang kad jemputan kahwin yang ada ayat al-Quran dan nama Allah?” kelihatan wajah penanya begitu serius.

“Ha! Bab ni penting. Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa menulis bismillah dan ayat Quran dalam kad jemputan adalah makruh kerana kad itu pasti orang akan buang.” Ustaz sempat  berjenaka sambil terus memberi ulasan.

Mendengar perbincangan seperti ini saya terdiam dan berfikir. Ada yang tak kena dengan jawapan itu. Saya menghormati pendapat ustaz itu dan alasan yang dibagi juga boleh diterima. Memang benar ada sebahagian umat Islam yang tidak peka mengenai hal-hal ini. Malah agak menyakitkan hati bila mana orang Islam tidak lagi peduli pada kemuliaan ayat al-Quran. Tapi, saya ada pendapat yang berbeza.

Rasulullah SAW ketika mengutuskan surat-surat kepada pemimpin-pemimpin dunia ketika itu memulakan suratnya dengan tulisan, “Bismillahirrahmanirrahim”. Surat itu tidak diutuskan kepada orang islam. Ia diutuskan kepada pemimpin Rom, Parsi, Mesir dan sebagainya. Adakah Rasulullah SAW tidak terfikir resiko yang bakal berlaku kepada surat-suratnya itu.

Sejarah telah menceritakan bagaimana balasan yang diberikan oleh mereka. Ada yang mengoyak surat yang tertulis di atasnya nama Allah itu. Surat itu dihinakan. Bahkan pembawa surat itu dipenggal.

Peristiwa ini sudah cukup memperlihatkan kepada kita betapa besar dan agungnya risalah yang dibawa. Risalah penting itu perlu dicatatkan padanya nama Allah agar ia menjadi lebih agung dan lebih berwibawa. Ia bukan sekedar tulisan. Bayangkan apa yang terbayang di minda seseorang ketika membaca, “Dengan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim”. Tentunya ia menghadirkan kewibawaan yang lain. Ia menghantar minda dan hati kepada satu sasaran yang ingin dituju. Ia meletakan matlamat dan sebab. Matlamat yang mahu diraih dan sebab serta musabab dalam mencapai apa yang akan dicapai.

Bismillah menjadi suatu amalan yang membudaya dalam masyarakat Islam. Bahkan setiap perkara yang dianggap penting sangat dianjurkan untuk dimulakan dengan Bismillah. Memasukkan tangan kanan ke dalam baju pun dianggap penting maka perlulah dimulakan dengan bismillah. Inikan pula jemputan penuh kemuliaan. Walimah adalah suatu yang mulia. Jika zina adalah suatu kekejian maka nikah pula adalah suatu kemuliaan. Maka menjemput kepada suatu yang mulia sangat layak dan perlu dimulakan dengan menyebutkan nama Sang Maha Mulia.

Sungguh amat mengejutkan bagi saya apabila mendengar bahawa kad jemputan walimah tidak dianjurkan meletakkan nama Allah kerana takut dibuang dan dipijak. Apa yang menghairankan saya adalah mengapa kad yang salah? Seakan-akan kad yang tidak layak dituliskan diatasnya nama Allah. Menurut hemat saya, kad itu benda mati yang tidak mampu berfikir. Justeru, manusia selaku makhluk yang mampu berfikir dan bertindak sepatutnya mampu untuk  melindungi dan memelihara serta menjaga kad yang mulia kerana terdapat nama Allah yang mulia padanya. Manusia yang menjadi lalai dan tidak bertanggungjawap tetapi kad pula yang dipersalahkan.

Saya sangat menganjur kepada diri saya sendiri agar sentiasa menanamkan budaya membaca basmalah dalam setiap urusan saya. Tidak cukup dengan itu, segala yang penting perlu dimulakan dengan basmallah secara bertulis. Tujuannya hanya satu agar mengajak diri dan semua yang membaca tulisan itu untuk  tajdid kembali niat. Malah, saya berpendapat kita sebagai umat Islam perlu meletakkan ayat-ayat al-Quran dalam kad-kad kita agar ayat-ayat itu memainkan fungsinya sebagai peringatan. Ayat-ayat  al-Quran tidak diturunkan sebagai perhiasan semata-mata. Ia diturunkan sebagai peringatan, pengajaran, pendidikan, teguran, motivasi, penawar, cahaya dan sebagainya. Ketika kita menuliskan ayat itu, kita mengharapkan mereka yang membacanya mendapat manfaat. Kita mendidik orang yang menerima kad itu agar melihat asas suatu perkara itu dilakukan.

Mungkin, kerana kita ini sudah terlalu jauh dari al-Quran itulah sebabnya majlis-majlis kita sangat jauh dari kehendak dan tuntutan Islam. Kita sendiri sudah segan untuk meletakkan ayat al-Quran dalam jemputan yang penting ini.

Ayuh kita kembali kepada al-Quran. Betul ayat-ayat al-Quran dan asmaullah al-husna perlu dipelihara tapi memeliharanya bukan dengan melenyapkannya dari kehidupan kita. Bukan memeliharanya dengan membiarkan al-Quran tak tersentuh sehingga rupanya setelah 10, 20 tahun masih sama seperti hari pertama ia dibeli. Memeliharanya dengan menjaga setelah mengambil manfaat darinya. Memeliharanya dengan menyampaikan kepada sekeliling kita.

Ya Allah peliharalah umat ini. Peliharalah kami. Jadikanlah kami golongan yang dekat dengan al-Quran. Dekat dengan rahmat dan maghfirahmu. Dekat dengan redhaMu. Jadikanlah kami pencinta al-Quran. Terlalu cinta sehingga dalam setiap keadaan kita selalu gembira dan bersemangat untuk menyebarkan apa yang al-Quran katakan kepada kita dalam setiap keadaan dan suasana. Sebarkanlah ayat-ayat al-Quran. Biarlah ia menjadi air sejuk yang mendamaikan dan menyegarkan hati yang gersang dan gelisah. Semoga Allah merahmati kita dengan al-Quran. Amin..

Demam Kenduri
Hari ini, 12 Jun 2010, di sekitar rumahku ada dua kenduri kahwin, satu pertunangan dan dua keluarga lelaki yang menuju rumah pengantin perempuan untuk melaksanakan akad nikah. Beberapa minggu lepas juga ada dari kalangan jiran terdekatku melaksanakan kenduri. Kemudian yang masih menunggu giliran juga banyak termasuklah rumah yang aku tempati saat ini. Jika dibuat statistik perkahwinan untuk kawasan rumah kami, aku yakin tahun ini bakal menjadi tahun yang paling banyak berlangsungnya kenduri.

Bicara soal kenduri banyaklah persoalan yang timbul. Bahkan, aku sendiri jarang sekali mampu menyelamatkan diri dari diserang soalan-soalan ‘ganas’ mengenai kenduri dan akad nikahnya. Biasanya ramai yang ingin mendengar pendapatku mengenai adat dan syariat. Aku sendiri sedar bahawa aku bukanlah orang yang tepat untuk membahas perkara ini kerana aku sendiri tidak pernah mengenal adat dengan sungguh-sungguh. Pada sisi syariat pula, pengetahuanku amat terbatas walau pun mungkin masih dalam kadar memadai sebagai seorang individu muslim.

Kerana ramai yang berkahwin di sekitar kawasan rumahku maka banyaklah juga cerita yang sampai ke telinga ini. Ada kisah mengenai keluarga bakal pengantin perempuan yang menyatakan bahawa majlis merisik tidak perlu dilaksanakan memandangkan anak masing-masing sudah saling kenal. Maka majlis merisik itu secara automatik berubah menjadi majlis lamaran atau pertunangan. Ada pula kisah mengenai majlis kenduri kahwin yang sangat superb! Bagaimana tidak, singgahsana megah menjadi tempat persandingan berlatar belakangkan tasik Shah Alam yang cantik di suasana petang yang ceria.

Ada hal yang menghairankan mengenai perkahwinan bagi masyarakat muslim Malaysia khususnya dan muslim serata dunia umumnya. Masyarakat muslim kelihatannya lebih mudah menerima untuk tidak mengamalkan hal-hal yang bersifat khurafat walaupun ia (khurafat) merupakan warisan turun-temurun. Mereka ketika sudah dihidangkan dengan pelbagai dalil mereka mampu menerima dan menolak amalan tidak berasas itu. Ini contoh untuk hal yang berkait dengan akidah. Dalam syariat pula tidak jauh beza. Solat sebagai contoh, umat Islam mudah diajar untuk mengikuti sunnah. Dalam hal yang harus tidak terkecuali. Kita selesa untuk makan dengan tangan kanan dan melangkah masuk bilik air dengan kaki kiri. Sunnah mudah diutamakan. Kehairanan hadir bila menyangkut bab perkahwinan. Mengapa ketika membahas bab yang satu ini, kehendak sunnah mula diketepikan. Alasan yang diberi, “jika adat tidak menyalahi syariat maka ia dibolehkan?”

Adat adalah perkara yang diwariskan dari turun-temurun oleh satu kelompok atau bangsa.

Segala perkara pada asal-usulnya adalah ‘harus’ atau ‘dibolehkan’ selagi tidak ada perintah untuk ditinggalkan. Ini kaedah asas yang boleh diaplikasikan kepada segala aspek dalam kehidupan.

“Pertunangan itu tidak salah. Siapa nak tunang dulu apa salahnya. Kalau nak terus kahwin pun apa salahnya? Perkara kecil saja ini tidak perlu diperdebatkan!” Jelas seorang agawaman.

Secara sekali imbas pernyataan ini tidak menonjolkan apa-apa masalah. Tidak bercanggah dengan syarak. Tetapi apabila kita keluar ke dunia nyata adakah apa yang berlaku di masyarakat sama seperti yang difahami dari penyataan di atas?

Masyarakat sudah mula keliru dengan istilah. Jika dulu kita kenal dengan istilah ‘merisik’ iaitu usaha mengenal pasti si calon dan keluarganya dengan lebih mendalam. Biasanya yang dibawa dalam majlis ini adalah orang tua-tua agar kita dapat memastikan hubungan mereka tiada halangan seperti kerabat atau sebagainya. Mungkin saja kita menyangka si calon itu orang luar tetapi hakikatnya dia masih bau-bau bacang yang belum pernah kita kenal. Itulah pentingnya membawa orang tua-tua bersama.

Setelah dipastikan bahawa perkahwinan antara kedua calon boleh diteruskan. Juga setelah kedua calon bertekad untuk saling menjadi pasangan untuk masing-masing pihak. Maka ikatan perjanjian untuk menikah pun dilakukan. Ikatan ini bermula ketika kedua-dua calon dan keluarga masing-masing bersetuju untuk menyatukan mereka dengan ikatan suami isteri dan ia akan terus terikat sehinggalah hari akad nikah dilaksanakan. Ikatan ini kita kenal dengan istilah pertunangan.

Merisik dalam syariat dikenal juga dengan istilah taarruf (berkenalan). Pertunangan pula dalam syariat dikenal dengan istilah khitbah (lamaran).

Islam begitu teliti dalam menjaga umatnya. Maka, ulama membahas keadaan perkenalan atau majlis merisik itu dilakukan. Pertemuan hendaklah tidak hanya berdua-duaan. Hanya wajah dan tapak tangan yang diperbolehkan untuk dilihat dan lain sebagainya.

Pertunangan pula memberi aplikasi yang besar setelah ikatan itu dijalin. Perempuan yang dikhitbah (yang sudah dilamar atau ditunang) tidak lagi boleh ditunang oleh orang lain walaupun ikatan perkahwinan belum dijalankan. Maka siapa yang lebih cepat dialah yang lebih layak walaupun jika orang yang melamar setelah orang pertama itu lebih baik dari beberapa segi. Seandainya ikatan pertunangan itu terputus dan pernikahan yang dijanjikan tidak akan dilaksanakan maka perempuan itu menjadi tidak terikat lagi dan boleh menentukan apa yang terbaik bagi dirinya.

Perlu diperhatikan di sini bahawa, pertunangan belum menghalalkan seseorang untuk pasangannya. Maka pergaulan antara kedua masih perlu dipelihara. Jika, pertunangan tidak mengubah apa-apa. Masing-masing masih dalam keadaan sama seperti sebelumnya. Hanya saja, pertunangan mendorong masing-masing untuk bersedia menunggu kehadiran hari yang dinanti.

Jika demikian halnya dengan pertunangan, maka kita akan faham mengapa tiada anjuran untuk mengumumkan pertunangan. Tiada keperluan untuk mengumumkan maka tiada anjuran untuk diumumkan. Para agamawan perlu memahamkan bahawa pertunangan sememangnya dianjurkan sebagai ikatan tanda kesediaan mempersuamiisterikan pasangan dalam masa yang terdekat. Agamawan juga perlu memahamkan bahawa pertunangan tidak perlu diistiharkan. Agamawan juga perlu menegaskan bahawa pertunangan tidak sepatutnya dilaksanakan bagi mereka yang belum pun memikirkan untuk berkahwin. Sangat lucu jika kita dengar, “Saya dah bertunang tapi kahwin tak tahu lagi bila? Tengok la dua taun lagi atau lepas belajar ke?” Lalu apakah fungsi pertunangan jika demikian?

Setelah masing-masing mengikat janji dan menyediakan diri untuk menuju gerbang perkahwinan. Dokumen-dokumen disediakan. Hari yang ditunggu pun tiba. Akad nikah dilaksanakan. Satu pasangan rasmi menjadi suami isteri yang sah. Ketika itu, masyarakat sekeliling perlu diberitahu sesegera mungkin. Jangan sampai ada yang menyangka bahawa si fulan ini melakukan maksiat kerana bersama seorang wanita asing. Itu akan melukakan imej dan menjatuhkan maruah seseorang. Seandainya si fulan merupakan imam di masjid sebagai contoh, masyarakat akan mula berfikir dua kali untuk menjadikan seorang yang fasik sebagai imam. Fikiran itu muncul kerana perkahwinan yang tidak diistiharkan. Maka, demi memelihara maruah individu muslim Islam mencurahkan perhatiannya dengan menganjurkan penganutnya mengistiharkan perkahwinan.

Keutamaan di sini adalah menyegerakan pengistiharan. Sangat tidak wajar untuk menangguhkan pengistiharan kerana setelah satu hubungan dihalalkan, maka mereka sangat mungkin mendapat karuniaan terbesar setelah itu. Seandainya pengistiharan dilambatkan maka dikhawatiri bakal menimbulkan salah faham dan fitnah.

Pengistiharan dilakukan dengan menjemput masyarakat, kaum kerabat, sahabat handai dan yang memerlukan untuk hadir meraikan pertalian suci itu. Majlis sebegini kita kenal dengan istilah kenduri atau walimah.

Gambaran ini sudah cukup bagi kita untuk membandingkan antara keadaan yang sebenarnya digalakkan dan keadaan yang sebenarnya berlaku di masyarakat kita. Merisik hilang fungsi kerana sememangnya mereka sudah saling kenal. Pertunangan sudah mengambil peran pernikahan kerana diistiharkan dan diraikan secara besar-besaran lalu kehidupan mereka sudah umpama suami isteri hanya saja belum tinggal sebumbung. Kenduri pula menjadi upacara memperlihatkan kekayaan. Pesta dilaksana secara mewah dan megah. Wang yang dikumpul bertahun-tahun dihabiskan demi memuaskan diri sebagai raja walau untuk hanya sehari.

Ada yang bertanya, “Bolehkah kita bersuka-ria dan bergembira?”

Mungkin soalan sebegini muncul bila beberapa agamawan menegur majlis walimah yang over dalam meraikan perkahwinan. Sepatutnya sambutan itu dilaksanakan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran bukan di sambut dengan kemaksiatan dan kelalaian.

Bergembira dan berbahagian adalah fitrah. Tapi ia masih perlu berada di dalam kerangka yang disetujui Allah dan ditetapkan ciri-cirinya melalui agamaNya islam. Lebih menarik lagi bila kita renungkan sebuah ayat yang terjemahannya berbunyi, “Katakanlah, dengan fadhilat yang Allah turunkan dan rahmat maka bergembiralah sungguh yang demikian lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” Surah Yunus : 58.

Ayat ini cukup jelas dan lunak namun mengandung renungan yang dalam jika diperhatikan. Kegembiraan dikaitkan dengan fadhilat dan rahmat dari Allah. Tiada fadhilat yang lebih besar dan rahmat yang lebih berharga selain dari fadhilat Al-Quran dan rahmat Islam sebagai agama. Kegembiraan diexpresikan ke dalam memenuhi kehendak al-quran dan tuntutan agama. Bahkan jika kita renung lebih dalam lagi kita akan fahami bahawa walau kegembiraan tidak semeriah kegembiraan mereka, namun kegembiraan dengan apa yang diturunkan dalam al-Quran dan agama Islam jauh lebih bernilai dan berharga dari segala apa yang mereka kumpulkan.

Ayat ini perlu dijadikan prinsip oleh semua orang muslim. Menggunakan ayat ini kita akan bertanya kepada diri kita adakah majlis kita menepati kehendak ayat ini? Jika kita memperuntukkan wang yang banyak tanyakan adakah ia sesuai dengan kehendak Islam yang menganjurkan agar sederhana dalam segala suatu. Jika di majlis kita akan persandingan dan segala adat-adat yang lain tanyakan kepada diri kita adakah ia selamat dari larangan tabarruj, larangan membazir, larangan menggantungkan diri kecuali hanya kepada Allah dan larangan yang lain sebagainya.

Semoga Allah SWT pelihara kita dan relakan hati kita untuk tetap mengutamakan kehendak Islam dalam segala urusan. Amin.

Semantap Manakah Iman anda?
Iman adalah satu aspek terpenting dalam diri seorang muslim. Semakin mantap iman maka akan semakin mantap juga segala yang terpancar darinya. Islam mengajar umatnya bahawa setiap tingkah laku perlu bersandarkan kepada iman. Maka pancaran iman yang hebat akan terpantul pada kelakuan dan tingkah laku yang hebat pula. Tetapi tidak sebaliknya. Bukan setiap kelakuan dan tingkahlaku yang kelihatan hebat sebenarnya benar-benar hebat. Kerana suatu yang hebat secara fizikal akan belum mencapai kehebatan tertinggi bila belum didukung dengan kekuatan yang Maha Hebat. Dukungan dari kekuatan yang Maha Hebat inilah yang kita sebut dengan keimanan.

Keimanan bermula dengan mempercayai Allah dan segala kekuatanNya. Bermula pada titik inilah mengalir ilmu yang tiada batas. Bagaimana mungkin kita membatasi suatu yang sememangnya tidak berbatas. Allahhu Akbar! Teramat sangat besar untuk mampu dibatas. Mengetahui Allah Maha segala maha tidak sama dengan mempercayai bahawa Allah maha segala Maha. Mempercayai Allah Maha segala Maha tidak sama dengan mengimani bahawa Allah maha segala maha.

Mereka yang mengimani akan ke Mahaan Allah akan menggantungkan dirinya kepada Allah atas desakan iman itu. Mereka yang sekedar percaya pula tidak terdesak oleh apa-apa kerana kepercayaan masih memberi ruang bagi dia untuk memilih sama ada mahu menggantungkan diri atau pun tidak. Mereka yang hanya mengetahui bahawa Allah maha berkuasa belum meletakkan apa-apa kesan disebalik pengetahuannya itu. Ia tidak berbeza dari mereka yang menerima sesuatu hanya sebagai maklumat. Teori. Mungkin benar atau mungkin juga salah. Golongan ini sangat mudah terpengaruh kerana pengetahuan mereka sekedar pengetahuan yang tidak memberikan keteguhan. Tidaklah menghairankan jiga golongan ini lebih berminat untuk menggantungkan diri kepada bomoh dan jin sebagai contoh.

Bicara mengenai pemantapan, maka kita memahami bahawa ia adalah usaha untuk mengubah dari titik sekedar tahu menjadi percaya lalu sampai kepada mengimani. Untuk meraih pengetahuan sentuhan yang digunakan adalah penyaluran maklumat. Untuk meraih percaya pula sentuhan ‘mengalami’ dan ‘menikmati’ perlu diterapkan. Keimanan pula hanya akan timbul apabila kepercayaan yang teguh itu dizahirkan dalam sebuah perjuangan melahirkan ‘tingkahlaku’ dan ‘tindakan’.

Adakah anda percaya jika dengan berzikir (mengingati Allah dengan melafazkan zikir atau mendirikan solat) dapat menenangkan hati anda?

Sebahagian orang mungkin mengetahui hal ini dari kata orang.

Sebahagian orang lagi percaya perkara ini kerana dia sendiri telah mengalami.

Mereka yang mengimani akan hal ini tidak akan pernah renggang dari zikir kerana hilangnya zikir adalah suatu ketidaktenangan bagi dirinya. Maka dia berjuang mempertahankan zikir agar sentiasa berada dalam dirinya walau dalam apa juga keadaan.

Tahapan dalam hal ini tidak habis disini. Keimanan sentiasa akan diuji kerana manusia beredar seiring dengan waktu. ‘Sunnatullah’ bakal mempertemukan manusia dengan seribu satu keadaan, suasana bahkan turut juga dihadapkan kepada konflik-konflik yang menguji keimanan. Mereka yang bijak memperteguhkan keimanan itu lalu mengisinya dalam segenap rongga tubuh, kemudian memanfaatkan tubuh untuk bergerak dalam penzahiran ibadah samaada ritual atau pun non ritual akan mula melangkah naik anak-anak tangga Ihsan.

Ihsan adalah keadaan di mana sang hamba sedar bahawa Allah SWT sedang mengamati persembahannya dan sang hamba itu pula sedar bahawa dia benar-benar perlu untuk bersungguh-sungguh mempersembahkan yang terbaik kepada Allah SWT. Beribadat seperti sedang melihat Allah atau seperti sedang dilihat oleh Allah SWT.

Pengalaman bersama sahabat-sahabat dari Jabatan Jururawat Universiti Darul Iman selama tiga hari dua malam di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM yang berlokasi di Jelebu Negeri Sembilan adalah pengalaman yang sangat menarik. Sabagai fasilitator, perubahan pada diri sahabat-sahabat mula terpancar. Tentunya kadar perubahan itu pelbagai bagi masing-masing individu. Namun, apa yang perlu sahabat-sahabat ketahui adalah iman akan mantap apabila ia diteguhkan dengan kelakukan dan tindakkan. Iman tidak pernah akan mantap jika ‘kepercayaan’ atau ‘keimanan’ cuma diletakkan dalam kotak minda sahaja. Iman perlu dibiarkan mengalir seperti mengalirnya darah di dalam tubuh.

Bagaimana caranya?

Caranya tidak susah. Musuhi syaitan dan hawa nafsu. Taati Allah pada segala perintah dan larangannya. Tiada jalan selain itu. Jalan yang perlu sama-sama kita tempuh. Jalan yang telah ditempuh dengan jayanya oleh orang-orang sebelum kita dari mereka yang diberi nikmat.

Semoga pengalaman berharga ini tidak dibiarkan begitu sahaja. Sudah seyugiyanya pengalaman berharga ini menjadi titik mula sebuah perjalanan panjang dalam usaha menghampirkan diri kepada sebuah titik kesempurnaan dalam mempersembahkan kehidupan penuh erti dan nilai kepada Allah SWT. Selamat berjuang sahabat-sahabat. Bersabarlah mengisi minda dengan maklumat-maklumat berharga tentang Islam dan segala khazanahnya. Bersabarlah untuk menempuh proses agar mencapai percaya. Bersabarlah dalam mempertahankan kepercayaan sambil gigih memperteguhkannya agar meraih keimanan. Bersabarlah dalam berjuang menjunjung keimanan dalam menaiki anak-anak tangga ihsan.

Doaku agar kalian dapat menjadi jururawat yang cemerlang di sisi Allah. Amin.

Antara Dua Situasi
Kebelakangan ini saya diajak oleh sekeliling untuk melihat dengan teliti keadaan yang berlaku. Seorang sahabat datang menceritakan pengalamannya melihat ‘night life’ di sekitar Kuala Lumpur. Sangat mengejutkan. Saking terkejut dengan keadaan itu beliau segera menceritakan pengalamannya kepada saya. Betapa terkejutnya beliau ketika menemankan temannya berwarganegara asing untuk masuk ke salah satu tempat di Jalan Changkat. Temannya yang bukan muslim itu bertanya, “So in this place how many percentage is Malay?” Melihat sekeliling, terpaksa dia mengakui kebenaran yang terasa sangat pahit. “70 t0 80 percent i guess!”. Bagaimana tidak pahit sedang mereka dengan selamba meminum air yang diharamkan Allah.

Kisah dari sahabat ini memberikan saya satu ruang untuk memahami hakikat bahawa masyarakat malaysia berbangsa Melayu sebenarnya sudah pudar keislaman mereka. Walaupun sering kita dengar para pejuang melayu hari ini berseru, “Memperjuangkan Melayu sama dengan memperjuang Islam!”

Ruang untuk merenung ini tidak tertutup begitu sahaja. Saya malah dikejutkan pula dengan satu kelompok Melayu yang lebih kritikal. Mereka ini bukan sekedar tidak mentaati hukum Allah, seperti tidak melakukan rukun Islam dan melakukan maksiat. Lebih dahsyat dari itu, mereka hari ini sudah berani dengan sekuat suara melaungkan slogan-slogan anti Islam bahkan anti Tuhan. Ya, mereka tidak percaya kewujudan tuhan! Apalagi mentaati agama! Semua itu bullshit menurut mereka.

Situasi ini adalah sebuah situasi yang sangat menyedihkan kerana beberapa perkara. Pertama, ia menyedihkan memandangkan masyarakat Malaysia dan Melayu khususnya dianggap sebagai masyarakat yang kuat beragama. Kedua, Malaysia dipandang sebagai negara Islam kerana majoriti masyarakat Muslimnya melebihi 50%. Ketiga, Malaysia berharap menjadi peneraju dan negara yang kehadapan dikalangan negara-negara Islam walhal realitinya sebegini rupa. Keempat, situasi ini memilukan kerana sepatutnya peratusan Melayu Muslim yang tinggi itu memberi kesan dari keislaman mereka kepada masyarakat awam dan masyarakat umum di seluruh negara.

Saya kira, dengan menilai dari satu sudut ini, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat Malaysia Muslim selaku majoriti gagal mempertahankan gagasan Islam pada kehidupan realiti di Malaysia sendiri. Mungkin dalam bahasa inggris dapat kita ungkapkan dengan, “Muslims in Malaysia are failing Islam in their country.” Pedih dan pedas bunyinya, tapi itulah realiti. Islam di Malaysia hari ini tinggal sekedar simbol. Ketika perayaan dan perkahwinan mereka agak peduli perihal Islam, selebihnya, hidup mereka sama dengan orang yang bukan Islam. Itu pun pada perayaan keagamaan itu telah dicemari bid’ah-bid’ah yang menyesatkan.

Situasi satu : Masyarakat muslim sebagai majoriti tetapi kualiti keimanan dan keislaman sangat rendah.

Situasi dua : Masyarakat muslim minoriti dan menjadi gologan tertindas tetapi kualiti keimanan dan keislaman sangat tinggi.

Situasi kedua ini dialami oleh masyarakat muslim di negara-negara bukan Islam khususnya di negara super power seperti Amerika Syarikat dan England.

Muslim di Barat atau Eropa secara menyeluruh menghadapi situasi yang sangat berlainan dengan apa yang dialami di Malaysia. Mereka mendapat layanan yang didouble standardkan. Hak-hak mereka sebagai individu serta merta hilang kerana mereka menganut akidah Islam. Mereka secara tiba-tiba mendapat layanan pendatang asing walau hakikatnya memiliki warna kulit yang sama dengan pribumi lain hanya kerana keislaman mereka. Tudung cukup sebagai bukti yang menunjukkan bahawa mereka ini seorang terorist dan merbahaya. Sungguh tak masuk akal dan sangat memuakan suana itu.

Ketika saya dihidangkan dengan dua situasi ini. Saya bertanya kepada diri saya beberapa soalan :

1. Bagaimanakah nasib golongan minoriti di negara majoriti Islam seperti Malaysia?

2. Apakah yang menyebabkan umat Islam di Barat gagah mengharungi kepedihan hidup di sana?

3. Mengapakah kualiti keislaman masyarakat Malaysia sangat rendah?

4. Apakah kesan yang dirasakan oleh masyarakat bukan Islam dan alam sekitar dari kualiti keislaman masyarakat majoriti Muslim di Malaysia?

5. dan apakah kesan yang dirasakan oleh masyarakat bukan Islam dan alam sekitar dari kualiti keislaman masyarakat minoriti Islam di Barat?

Persoalan-persoalan ini dan yang seumpamanya telah mendorong saya untuk memerhatikan dan membaca pemikiran tokoh Islam di Barat. Untuk saat ini tokoh yang paling terkenal sehingga dianggap mengancam lalu diharamkan kemasukannya ke Amerika Syarikat pada pemerintahan Bush menarik untuk diteliti. Beliau adalah Tariq Ramadhan Buthi. Anak kepada Ramadhan Buthi seorang tokoh ulama Islam Sunni yang terkenal yang berdomisili di Syiria. Ramadhan Buthi merupakan menantu kepada tokoh pencetus dan pendiri harakah Islamiyyah atau gerakan Islam yang muncul dalam alam realiti dengan nama Ikhwanul Muslimin di Mesir iaitu Al-Imam Hasan Al-Banna.

Tariq Ramadhan membawa arus baru dalam masyarakat berbilang kaum dan bangsa di Barat. Beliau sering kali diundang sebagai mewakili suara umat Islam di Barat ke pelbagai forum yang melibatkan pelbagai isu. Tentunya isu yang paling sering diperbicarakan adalah mengenai Hijab, Burqa, Human Rights, Terrorisme dan lain-lain yang berkaitan kepada Islam.

Sungguh tidak mudah untuk Tariq Ramadhan bagi mengajak masyarakat Barat mengubah mindset mereka yang terlebih dahulu sudah mempunyai impression yang buruk terhadap Islam. Namun, Tariq Ramadhan berjaya menyampaikan mesejnya kepada masyarakat barat. Apa mesej Tariq Ramadhan?

Saya sejujurnya tidak dapat menjawap persoalan ini dengan tepat kerana saya tidak pun membaca buku-buku tulisan beliau termasuklah buku terbaru beliau “What I believe” yang saya kira merupakan sebuah buku penting untuk memahami arah dan hala tuju yang ingin beliau seru dalam gerakan beliau di Barat. Namun, dari apa yang saya dengar melalui ucapan-ucapan beliau dan dialog-dialog yang beliau hadiri. Mungkin boleh saya simpulkan bahawa fikrah asas yang ingin beliau seru adalah, “Ayuh lihat sendiri, cari sendiri, pelajari sendiri apa yang Islam kata mengenai Islam!”

Seruan ini memberikan implikasi yang besar. Salah faham terhadap Islam dapat diperbaiki apabila mereka tidak melihat Islam hanya dari apa yang mereka dengar, tetapi malah bergerak untuk usaha mencari mengenai Islam dari pelbagai sumber yang berbicara mengenai Islam. Hasilnya, mereka dapat melihat betapa besarnya Islam, betapa rumitnya permasalahan yang berkait Islam, betapa teruknya fitnah yang dihamburkan kepada Islam dan perkara-perkara lain yang melibatkan Islam.

Masyarakat Barat yang terdedah kepada semangat membaca, terdedah kepada keterbukaan minda, terdedah kepada perbincangan kritikal dan terdedah kepada kepuasan diri (melakukan sesuatu demi kepuasan diri bukan desakan kepentingan) menjadikan seruan Tariq ini mendapat balasan dan disambut dengan meriah. Masyarakat Barat mula melirik Islam dari kaca mata Islam sendiri.

Turut mendapat kesan, masyarakat Muslim di Barat. Mereka mendapat suntikan baru. Mereka mula sungguh-sungguh mempelajari Islam yang diturunkan sebagai rahmat kepada sekelian alam. Mereka mula memahami bahawa walaupun mereka merupakan golongan minoriti tetapi peranan mereka sebagai individu dalam sebuah masyarakat tetap perlu disumbangkan. Akhirnya, mereka yang selama ini memencilkan diri atau lebih tepatnya mengasingkan dari masyarakat mula mencari kekuatan untuk tambil ketengah-tengah masyarakat dan terlibat secara langsung dalam segala isu yang dihadapi masyarakat. Dengan demikian mereka menjadi duta-duta Islam yang memancarkan kilauan keindahan Islam dalam suatu bentuk yang dapat dilihat oleh mata. Bukan lagi keindahan Islam yang sifatnya imajinatif dan tersimpan di dalam kitab-kitab lama.

Namun cabaran tetap ada. Dalam isu ini, cabaran yang paling dahsyat adalah setiap individu melaksanakan Islam yang mereka faham. Lalu bagaimana jika pemahaman mereka salah dan mereka menyandarkan kefahaman yang salah itu kepada Islam. Lalu kelakuan salah itu dikatakan sebagai kehendak Islam. Dan menurut saya, isu inilah juga yang ditakuti oleh pihak berkuasa di negara-negara yang bermajoriti Islam.

Tetapi kekhawatiran terhadap kesalahfahaman itu saya kira dapat diselesaikan. Jika semua individu dipupuk sikap gigih berusaha untuk memahami Islam, maka sebagai masyarakat Muslim, kita mestilah sudi untuk mengadakan perbincangan yang serius terhadap setiap isu dan berusaha bersikap terbuka. Lalu bagaimana untuk berhadapan dengan interpretasi yang salah? Kita hadapi dengan mengemukakan hujah serta dalil bagi pendapat kita. Maka dengan demikian, orang yang memiliki fahaman yang berbeza itu boleh menilai semua fahaman mereka dan jika mereka mahu mereka akan bersetuju dengan kita secara sukarela dan bukan kerana terpaksa.

Budaya sihat yang cuba dipupuk dan dikembangkan di Barat ini akan menghasilkan sebuah perkembangan yang baik. Alhamdulillah, kita sendiri dapat lihat bagaimana cepat dan pesatnya perkembangan Islam di Barat. Kita akan terus melihat dan memperhatikan perkembangan ini. InsyaAllah jika Allah berkehendak kita dapat melihat bagaimana umat Islam di Barat mempersembahkan Islam dengan baik pada 10 atau 20 tahun akan datang.

Membandingkan situasi di Barat dan situasi di Malaysia dan negara-negara yang bermajoriti rakyat muslim. Saya kira ada hal yang sama-sama perlu kita perhatikan. Hal yang paling utama adalah bagaimanakah Islam yang diwarisi dari masa ke masa dan dari generasi ke generasi itu benar-benar memberi kesan kepada seorang individu muslim. Seandainya kita katakan bahawa keadaan masyarakat Muslim Malaysia yang hilang identiti keIslamannya  adalah disebabkan oleh kegagalan mendapatkan ‘kesan’ atau ‘pengaruh’ dari Islam dan ajaran Islam kepada individu. Adakah kenyataan yang demikian salah? Apakah mungkin bahawa dakwaan sebahagian pihak yang menyatakan bahawa, “usaha memisahkan Islam dan ajaran Islam dari diri individu muslim sehingga menjadi seorang muslim tetapi tidak langsung Islam pada kelakuan, kefahaman dan keimanan” telah berjaya?

Saya akan meninggalkan pembaca sekalian dengan persoalan ini. Akhir sekali saya simpulkan bahawa kita perlu kepada gerakan, ‘pengislaman’ semula Islam, kefahaman Islam dan keislaman diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita.

Update-lah Pengetahuan Agama
Ada ustaz ni dia teguh memegang sunnah. Dia tidak mengamalkan wirid secara beramai-ramai setelah solat. Namun dia tidak hadir ke tengah-tengah masyarakat lalu memarahi jemaah yang sudah terbiasa dengan wirid secara beramai-ramai. Dia mengikuti rentak masyarakat. Sampai satu ketika dia menerangkan bahawa wirid secara beramai-ramai ini tidak ada sunnah yang jelas yang menganjurkannya. Masyarakat menerima dan cuba berubah. Setelah lama kelamaan masyarakat berkata, “Ustaz susahlah bagi kami nak baca wirid sendiri-sendiri. Dahlah tak paham, bacaannya pun kadang tak tepat. Kita buat sama-sama sajalah..” Akhirnya mereka kembali membacakan wirid secara beramai-ramai..

Petikan kisah di atas saya dengarkan di radio IKIM sebentar tadi. Ia menjadi bahan perbincangan ketika ada penanya yang menanyakan hal berkaitan khilaf basmalah dimana sebahagian imam membaca dengan jelas dan sebahagian lagi tidak membacanya dengan jelas dalam sembahyang.

Tulisan kali ini tidak bertujuan untuk membahas perihal khilaf, tidak pula tentang pahaman atau mazhab yang asing lalu diketengahkan ke masyarakat dan tidak pula mengenai wirid. Semua itu di Malaysia ini menjadi isu yang sensitif. Semoga kita terpelihara dari fitnah yang amat merugikan. Semoga Allah pelihara hati kita agar tidak sedikit pun memiliki perasaan benci terhadap sesama muslim.

Apa yang ingin diketengahkan pada tulisan ini adalah betapa contoh kisah di atas menunjukan sebuah sikap yang sedang di alami masyarkat muslim Malaysia.

“Ustaz susahlah nak hafal. Dahlah tak faham..” Adalah salah satu bentuk penyataan yang kurang enak di dengar.

Penyataan sama sering kita dengar pada hal yang lain seperti. “Tak payahlah belajar bahasa Arab, buang masa saje. Lagi pun kita dah boleh pelajari agama tanpa menguasai bahasa Arab.”

“Agama ni tak perlu belajar tinggi-tinggi. Belajar agama, kalau sudah lulus nanti nak bagi makan anak isteri apa? Kita jadi jurutera. Cukuplah kita tahu baca Al-Quran, tahu fardhu ain, halal haram sikit-sikit. Lagi pun kalau ada masalah kita tanya sajelah dengan ustaz-ustaz.”

Sikap yang terpancar jelas dari penyataan di atas amat meresahkan.

Berkobar-kobar kita ingin jadikan negara kita ini negara Islam, tapi asas dalam Islam seperti bahasa Arab pun tak ada yang peduli. Islam dari mana dan yang macam mana ini?

Ketika timbul masalah khilaf, ramai tokoh-tokoh yang memberi alasan bahawa perkara yang asing yang diketengahkan itu tidak relevan bagi masyarakat. Menjadi penyebab salah faham dalam masyarakat dan bla.. bla.. bla.. Apa yang pelik adalah tidak ada pun usaha yang menjelaskan dengan penjelasan yang secukupnya.

Masalah perbezaan mazhab di negara ini sebagai contoh, kita terlalu sibuk untuk menghalau pengaruh mazhab selain Syafie untuk masuk ke dalam masyarakat, tetapi bila ditanya kepada masyarakat, “Anda tahu tak pendapat mazhab Syafie dalam perihal solat?” semua menggeleng kepala.

Saya mencadangkan kepada para asatiz yang tidak suka dengan kehadiran mazhab-mazhab lain dalam fiqih atau pun aqidah agar mengubah cara penyampaian dari menghujat mazhab lain kepada menerangkan tentang mazhab yang majoriti itu sendiri. Sehingga masyarakat memahami apa yang diperjuangkan atas dasar ilmu dan bukan ikut-ikutan. Maka, usaha yang dilakukan dengan memenuhi minda masyarakat dengan pahaman sebenar mazhab syafie dalam fiqih justeru akan memberi suntikan baru dalam suasana keagamaan di Malaysia ini.

Sangat menghairankan pada zaman yang serba canggih ini, semua orang ingin mendapatkan yang terbaik. Jika peralatan elektronik kita mahu yang paling latest. Paling up to date. Demi itu kita di suruh belajar di universiti dengan sungguh-sungguh agar mampu melahirkan generasi yang mampu mencorak dunia dengan kemajuan teknologi. Malangnya bila tiba bab agama, mulalah kita berkata, ”Kita ambil dari ustaz itu sajalah.”  ”Tak usahlah buang masa kaji pasal agama ni, cukuplah kita buat apa yang telah dibuat nenek moyang kita.”

Ayuh kita ubah rentak. Kita utamakan usaha memperdalam ilmu agama agar tidak tersesat dalam kemelut yang melanda umat Islam ini. Jadilah masyarakat yang paling up to date  dalam hal pengetahuan agama. Kita jadi masyarakat yang benar-benar faham bukan sekedar tahu atas orang. Sibukanlah diri kita dengan yang utama kerana dunia jika dikejar memang tak ke mana..

*sekali lagi kami tegaskan, tulisan ini hanya berusaha mengkritik sikap masyarakat yang hanya menganggap pengetahuan agama cukuplah sekedar sahaja sedang ilmu-ilmu lain sampai ke lubang biawak pun sanggup di cari. Sikap diskriminasi terhadap ilmu agama seperti ini sudah selayaknya kita perangi dan hapuskan dari minda masyarakat.

Pandangan Terhadap Wali
Seorang sahabat bertanya, “Apa pandangan maqasid syari’ah terhadap wali?”.

Sukar untuk saya berikan jawapan yang tepat mengenai soalan yang ditanyakan. Pertama sekali perlu saya akui, saya bukanlah seorang yang pernah mengkaji usul fiqih secara mendalam dan tidak juga menjadikan syariah sebagai kajian utama saya.

Dalam keadaan ini, saya lebih suka untuk mengajak diri saya, sahabat yang bertanya, dan pembaca sekalian untuk kembali menyemak apakah sebenarnya ‘wali’ itu, apa peranan dan fungsinya.

Wali secara garis besarnya adalah orang yang bertanggung jawab atas sesuatu. Wali bagi sebuah bandar atau kota, adalah orang yang bertanggung jawab mentadbir dan mengurus bandar atau kota tersebut. Wali murid adalah orang yang bertanggung jawab atas seorang murid, bertanggung jawab untuk membayar yuran sekolah dan menyediakan buku serta kelengkapan. Guru biasanya akan berurusan dengan wali kepada murid yang bertanggung jawab ke atas murid walaupun wali itu bukan ibu bapanya.

Pada zaman sekarang perkataan wali sudah jarang didengar kerana memang keadaan sudah berubah. Ekonomi masyarakat sudah semakin baik. Hampir semua keluarga sudah mampu untuk menghidupi keluarga masing-masing. Berbeza dengan keadaan dahulu ketika masih ada kasta dalam masyarakat, atau ketika zaman perang berlaku. Waktu-waktu seperti itu, masyarakat hidup dalam kemiskinan. Ramai yang tidak mampu menjaga anak mereka. Orang yang kaya dari sanak saudara atau mungkin juga orang luar yang baik hati menawarkan jasa untuk bertanggungjawab atas anak itu. Orang-orang seperti ini kita kenali dengan istilah wali.

Di dalam Al-Quran pula Allah SWT berfirman,

“Allah adalah wali bagi mereka yang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya sedangkan mereka yang kafir menjadikan taghut sebagai wali mereka. Dia (wali orang kafir) mengeluarkan mereka (orang kafir) dari cahaya kepada kegelapan. Mereka itulah penduduk neraka dan mereka akan berada di dalamnya selama-lamanya.” Al-Baqarah : 257

Allah SWT dengan jelas menyatakan tanggung jawabNya terhadap mereka yang beriman. Ya, Allah-lah yang akan mengeluarkan umat Islam yang bertaqwa kepadanya dari kegelapan dosa dan maksiat. Dan Allah jugalah yang akan menghadirkan cahaya bagi hamba-hambanya. Cahaya yang menerangi jalan mereka menuju Allah. Betapa beruntung mereka yang beriman kepada Allah, yang yakin dengan Allah, yang taat menjalani perintah Allah, yang taat menjauhi larangan Allah, mereka inilah yang telah terjamin pembelaan mereka oleh Allah SWT.

Demikian secara ringkas penggunaan istilah wali. Namun jika kita membincangkan perihal syariat atau fiqih kita akan temukan istilah wali digunakan paling tidak untuk dua kegunaan. Pertama, digunakan bagi orang yang bertanggung jawab ke atas harta warisan anak yatim yang belum mampu mengurus harta itu kerana belum dewasa, tidak waras atau sebagainya. Biasanya orang yang dipilih ini adalah orang yang ada hubungan darah dengan anak yatim itu dan merupakan seorang yang dipercaya atau tsiqah. Kedua, wali digunakan bagi orang yang bertanggung jawab menyerahkan tanggung jawab seorang wanita kepada calon suaminya dalam sebuah upacara penyerahan yang kita kenal dengan akad nikah.

Malaysia sebagai negara Islam menubuhkan badan khusus yang menjadi penguatkuasa bagi segala yang berkait dengan syariah. Badan-badan ini bernaung dibawah sultan setiap negeri. Kerajaan Selangor sebagai contoh, menyerahkan segala hal ehwal yang berkaitan dengan Islam kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). JAIS sebagai penguatkuasa membuat enakmen bahawa setiap perkahwinan harus didaftarkan. Mereka juga menjadikan syarat sah akad adalah dengan adanya wali hakim dari JAIS. (Kalau tak salah saya lebih kurang begitulah). Pertanyaan yang timbul, apakah fungsi wali sebenar dalam akad nikah? Lucutkah peran wali dalam akad nikah itu dengan adanya wali hakim?

Pertanyaan-pertanyaan ini mula timbul ketika terjadi pelbagai kes di negara kita. Kes tak sah akad kerana wali yang tak jelas dan yang seumpamanya. Secara syariat Islamnya, sebuah akad nikah sah jika wali menyerahkan tanggung jawabnya kepada calon suami jika disaksikan oleh beberapa orang saksi. Wali yang dimaksud dalam hal ini adalah orang yang bertanggung jawab ke atas wanita tersebut. Tidak ada yang lebih bertanggung jawab kepada seorang wanita melebihi ibu dan ayahnya. Allah SWT sentiasa akan mempertanyakan tanggung jawab ibu bapa terhadap anak perempuan. Anak perempuan dan seluruh kehidupannya adalah dibawah tanggung jawab ibu dan bapa. Bermula dari makan minumnya, pakaiannya, pendidikannya, pergaulannya, semua itu dipertanggung jawabkan Allah kepada ibu dan bapa. Maka keterkaitan perihal wanita sebelum ia berkahwin dan sesudah ia berkahwin amat besar. Ikatan perkahwinan memberi implikasi dan kesan yang sangat besar kepada wanita dan lelaki. Jika seorang wanita sebelum kahwin perlu melaporkan segala kegiatannya di rumah dan di luar rumah kepada ibu dan bapa selaku walinya, maka setelah perkahwinan laporan itu tidak lagi disampaikan kepada  bapa dan ibu tetapi malah kepada sang suami. Jika seorang wanita sebelum perkahwinan dipertanggung jawabkan kelakukannya seperti menutup aurat kepada ibu bapa (ibu bapa wajib memperhatikan, menegur, dan sentiasa menyuruh untuk menutup aurat) maka setelah perkahwinan tanggung jawab itu beralih dari bapa dan ibu kepada sang suami. Suami yang paling bertanggung jawab atas kelakuan isterinya. Ya, sebegitu berat tanggung jawab ibu dan bapa dan sebegitu berat tanggung jawab seorang suami!

Ketika kita memahami peran wali yang cukup luas ini. Kita akan paham mengapa wali yang memiliki peran yang paling utama dalam sebuah perkahwinan. Wali perlu benar-benar tahu siapa yang bakal menerima tanggung jawab besar menjaga anaknya itu. Memilih calon suami yang beriman dan bertaqwa menjadi suatu tugas wali yang paling sukar dan berat. Itulah sebabnya ada hadis yang menyatakan, “jika datang kepadamu (melamar) orang yang beriman dan bertaqwa maka hendaklah lamaran itu diterima.”

Pada hari ini kita menemukan kecelaruan dalam hal ini. Seorang anak perempuan telah dibiasakan hidup bebas mengikuti kehendak sendiri sejak ia mengenal ‘abc’ lagi. Ibu bapa tidak pernah kesah perihal anak, ke mana dia pergi, dengan siapa dia bergaul, apa yang dilakukan sehinggalah kepada perkahwinan. Mereka juga tidak kesah siapa yang akan menerima tanggung jawab besar itu. Malah mereka menjadikan itu sebagai suatu kesempatan untuk meraut banyak keuntungan. Anak mereka dijadikan seperti ‘barang’ yang diperjual belikan dengan hantaran yang melangit tinggi. Hal ini secara tidak langsung mencalari ke-wali-an seseorang terhadap anaknya.

Bagaimana pula jika  bapa selaku wali tidak ada?

Dalam sebuah keluarga yang kehilangan bapa sebagai pemimpin keluarga, tugas itu akan jatuh kepada anak lelaki yang paling tua dalam keluarga itu. Dialah yang perlu bertanggung jawab menyara keluarga itu, menjaga adik-adiknya dan juga ibunya dari segala keburukan dan ancaman di dalam atau pun diluar rumah. Maka dia jugalah yang paling berhak menjadi wali kepada adik atau kakaknya ketika akad nikah dilaksanakan.

Adakah sah akad nikah jika seorang itu mengambil wali hakim tanpa mendapat restu dari wali sebenarnya?

Untuk masalah sah atau pun tidak sah, ada banyak keadaan dan ada banyak perbahasan yang boleh menjadikan ia sah dan boleh juga menjadikan ia tidak sah. Perbahasan itu diluar kemampuan saya. Tetapi apa jelas adalah, seandainya bapa dan ibu yang sudah sekian lama memberikan perhatian kepada seorang anak sejak ia lahir hingga dewasa, sekian lama memberi didikan agama, sekian lama melindungi sang anak dari segala ancaman, adakah tergamak dan tega (sanggup) sang anak untuk mengetepikan bapa dan ibunya dalam memutuskan tanggung jawab mereka ke atasnya dan memberikan tanggung jawab itu kepada orang lain tanpa sepengetahuan mereka?

Hanya mereka yang bermasalah saja yang sanggup melakukan hal demikian. Masakan kebaikan dan kasih sayang dibalas dengan perlakuan biadab sebegitu. Wahai para anak, percayalah, ada seribu satu kebaikan dalam mentaati ibu bapa selagi mereka berada di dalam lorang Allah. Mana mungkin kebahagiaan dikecapi dengan cara begini.

Demikian perkongsian yang mampu saya sampaikan. Terima kasih kerana bertanya dan semoga bermanfaat!

2 Perkara Utama
Ada dua perkara yang paling utama yang perlu dikenal pasti oleh seorang yang mahu mengaku muslim. Perkara pertama adalah ‘ta’arruf’ atau perkenalan dengan Tuhan (Allah). Perkara kedua pula berkenalan dengan diri sendiri.

Kedua perkara ini merupakan perkara paling utama dan asas. Ramai orang mengaku diri mereka muslim tetapi masih terjebak dengan persoalan remeh mengenai dua perkara tadi.

Mengenali Allah SWT sebagai Tuhan yang Esa dan Maha segala maha melahirkan kepercayaan kepadaNya. Kepercayaan ini kemudian dijadikan asas dalam tauhid. Mereka yang percaya kepada Allah selaku tuhan, perlu mempercayai malaikat yang sentiasa patuh melaksanakan tugas yang Allah arahkan. Percaya kepada Allah dan pesuruhnya malaikat kemudian akan membawa seseorang kepada mempercayai kitab Allah yang diturunkan. Mempercayai kitab yang diturunkan adalah hasil dari mempercayai Allah sebagai pencipta dan pemberi kitab juga mempercayai malaikat sebagai petugas yang menghantar kitab. Tidak cukup dengan itu mempercayai kitab akan menyebabkan seorang muslim percaya adanya para nabi dan rasul yang merupakan utusan Allah sebagai penerima kitab. Mempercayai kitab bererti mempercayai kandungannya. Kandungan kitab adalah cerita perihal mereka yang terdahulu, cara (syariat, panduan dan hikmah) menghidupi kehidupan sekarang, dan pengkabaran tentang hal yang akan terjadi pada masa akan datang yang bersifat ghaib. Ia melahirkan kepercayaan baru iaitu mempercayai hari pembalasan, hari perhitungan, hari yang dijanjikan, hari kiamat. Pengenalan dengan Allah menghasilkan kepercayaan yang berkait. Akhir sekali kita mempercayai dan mengimani bahawa segala ketetapan dan ketentuan yang terjadi ke atas diri kita dan ke atas alam ini semuanya di dalam ilmu Allah. Semuanya merupakan kehendak Allah. Bukan semula jadi dan bukan juga kebetulan. Maka suatu yang buruk bukan sekedar suatu yang malang atau sial tetapi ia lebih dari itu. Ia sebuah ketetapan. Ketetapan yang perlu disyukuri atau bersabar menghadapinya.

Mengetahui perkara pertama ini dengan teliti lalu diikuti dengan keimanan yang kukuh belum sempurna jika seorang muslim itu tidak mengenal siapa dirinya. Mengenali diri dan batas-batas diri adalah penting. Ia bagi menjaga agar kita sentiasa berada di dalam saluran yang benar dan tidak termakan oleh bisikan syaitan yang sangat mahir bertipu daya. Manusia pada hakikatnya tetap akan menjadi manusia walau apa yang terjadi. Manusia tidak akan lucut darinya segala bentuk kemanusiaan entah yang berupa tugas mahupun berupa ciri-ciri kemanusiaan itu sendiri. Manusia sesekali tidak pernah akan berubah menjadi malaikat. Manusia juga tidak pernah sekali-kali berubah menjadi apa saja yang bermain di imajinasi seorang manusia.

Manusia adalah makhluk yang Allah SWT ciptakan dengan tujuan tertentu seperti mana makhluk-makhluk yang lain. Manusia diciptakan untuk mempersembahkan ibadah hanya kepada Allah. Manusia juga diciptakan untuk menjadi penyemarak bumi, pemelihara kelestariannya, pembaik pulih segala kerosakannya dan pelindung dari segala ancaman yang mengancamnya. Ibadah yang bersifat ritual menjadi input yang membentuk pribadi sehingga seorang muslim mampu mengeluarkan output yang baik dalam menjalankan tugas sebagai khalifah Allah, sebagai penduduk bumi.

Tugas ibadah  yang dibebankan ke atas manusia dirumuskan dalam rukun Islam iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Tugas khilafah pula merupakan seluruh  kehidupan manusia itu sendiri bermula dari membentuk diri yang muslim, keluarga yang muslim kemudian masyarakat yang muslim. Menegakan kebenaran. Menyeru manusia kepada Allah. Membela yang lemah dan melawan yang batil. Meneraju ketamaduanan dan kemajuan. Mencurahkan bakti kepada alam semesta dan segala yang seumpamanya.

Tidak ada pengecualian dalam perihal yang berkaitan dengan tugas yang diemban manusia. Tiada manusia yang dapat melepaskan diri dari beban-beban ini.  Al-Quran menceritakan kisah sebahagian manusia yang merasa diri mereka dekat dengan Allah lalu meninggalkan tugas yang dibebankan kepada mereka. Perkara ini pernah dilakukan kaum yahudi. Bahkan mereka berkata, walaupun kami nanti dicampakan ke dalam neraka, kami pasti akan dimasukkan ke dalam neraka untuk masa yang singkat! Anggapan mereka ini mendapat teguran Allah. Teguran itu bahkan diabadikan di dalam Al-Quran.

Mengenal Allah merupakan Iman sedang mengenal diri sendiri merupakan Islam. Iman dan Islam tidak dapat dipisah. Seorang yang beriman pasti akan memenuhi rukun Islamnya dan seorang yang Islam pasti melandaskan pekerjaannya di atas tiang-tiang iman. Kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Demikianlah dua perkara yang begitu penting untuk kita ketahui. Usahalah untuk mengetahui tentang Allah, sungguh ia bakal menebalkan keimanan kita. Usalah untuk mengenal diri sendiri, sungguh ia bakal mempergigih usaha kita menyelam di dalam jiwa hamba.

Wahai mereka yang mengaku mengenal Allah, mencintai Allah tetapi meninggalkan ibadah kepadanya, meninggalkan segala perintahnya, meredah segala larangannya, wahai semua yang telah menzalimi diri mereka ketahuilah bahawasanya anda masih dan selama-lamanya akan menjadi manusia. Jika para nabi dan rasul yang jelas kedekatan mereka dengan Allah masih terus menjalankan tugas selaku manusia dan hamba kepada Allah. Mengapa anda  yang tidak setaraf para nabi dan rasul berani meninggalkan syariat? Mengapa anda berani melanggar perintah dan meredah larangan?

Ketahuilah Nabi Nuh AS masih gigih menyeru anak dan isterinya menyembah Allah hingga ke saat akhir. Nabi Ibrahim mewasiatkan kepada anak-anaknya agar tetap berada di dalam agama yang lurus. Nabi Zakaria berkata kepada anaknya Nabi Yahya, “ambillah kitab ini dengan kuat (sungguh-sungguh)!”.  Nabi Isa AS berpesan kepada pengikutnya yang sedikit, berpegang teguhlah kepada Injil dan berhati-hatilah dengan apa yang bakal berlaku. Nabi Muhammad SAW sebelum pemergiannya masih risau perihal solat bagi umatnya yang menjadi kayu ukur keseluruhan hidup seorang manusia. Nabi Muhammad SAW yang merupakan kekasih Allah dan imam para rasul yang juga mendapat penghormatan sujud, solawat dan salam dari seluruh ciptaan Allah, masih berdiri (solat) di hadapan Allah menangis memohon ampun dan rahmat sehingga air mata membasahi janggut. Adakah kita lebih dekat kepadaNya sehingga berani meninggalkan tugas kita sebagai hamba dan sebagai manusia?

Ayuh sama-sama kita selami penghayatan dan renungan tentang diri sendiri dan tentang Sang Maha Esa. Dua perkara penting untuk sama-sama kita fikirkan bersama. Wallahu a’lam..

Berlatih Tamak
Tamak selalu diletakkan di dalam keadaan yang keji. Biasanya bila kita menyebut kata-kata tamak kita akan membayangkan betapa pentingkan diri orang yang dikatakan tamak itu. Betapa bersungguhnya orang tamak itu untuk meraih apa yang diingininya untuk dirinya sendiri. Selagi boleh dia kaut selagi itu dia tidak akan berhenti. Itulah presepsi yang ada di minda kita bila menyebut kata tamak. Namun adakah ia sentiasa merupakan suatu yang jelek?

Melihat keadaan ramadhan dan segala peluang-peluang yang terbuka luas di dalamnya. Ada sebuah kesimpulan yang sangat menarik yang baru disedari. Ternyata ramadhan sesungguhnya mengajak umat Islam menjadi seorang yang tamak. Orang tamak biasanya ingin mendapatkan sesuatu yang begitu berharga dengan cara yang paling mudah, tenaga yang dikeluarkan sedikit dan dapat dinikmati dengan selesa.

Ramadhan hadir dengan seribu satu ruang dan peluang untuk umat Islam menjadi tamak. Terbanyangkah kita betapa ruang kebaikan terbuka sebagaimana terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya ruang keburukkan sebagaimana tertutupnya pintu-pintu neraka? Ramadhan melumpuhkan diri manusia dari cergas membuat dosa lalu menyemangatkan manusia untuk gegas mencari pahala. Segala amalan digandakan berkali-kali lipat. Ya, berkali-kali lipat. Padahal tenaga yang dikeluarkan untuk sesuatu amalan sama dengan hari-hari dibukan ramadhan tapi ganjarannya berbeza. Di Ramadhan berlipat kali ganda. Bezanya kita cuma hanya perlu mengikhlaskan diri lalu menahan diri dari makan, minum dan segala yang dilarang dari terbit matahari hingga terbenarmnya mentari. Ya, semudah itu.

Kalau kita sering melihat bagaimana manusia tamak bersusah payah merebut harta lalu sanggup melalui segala yang perlu dilalui maka seharusnya kita melihat ramadhan dari sisi yang sama. Kalaulah kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri ganjaran yang telah dilipangandakan itu sudah pasti kita akan serta merta menjadi tamak untuk meraihnya. Malangnya kita tidak nampak dan ditidak nampak itulah ujiannya.

Sifat tamak ini terus dipupuk dan disemai sepanjang ramadhan apatah lagi pada 10 hari terakhir. Manakan tidak, Allah SWT berfirman, “Malam yang lebih baik dari seribu bulan..” Kata-kata lebih baik disini tidak diletakkan batas. Seribu satu adalah lebih baik dari seribu. Sepuluh ribu juga adalah lebih baik dari seribu. Sejuta juga adalah lebih baik dari seribu. Maknanya kadar lebih baik dari seribu bulan itu ternyata merupakan rahsia Allah yang hanya Allah mengetahuinya. Mereka yang tamak pasti akan semakin gigih mencarinya kerana 1000 bulan sahaja sudah cukup dahsyat apatah lagi yang lebih baik dari 1000 bulan.

Kadang-kadang bila kita melihat tamak yang digambarkan secara negetif, seseorang membunuh saudara kandungnya demi membolot keseluruhan harta warisan. Padahal yang dibunuh itu adalah adik yang mana telah mereka kongsi memori indah bersama. Hanya kerana tamak dia sanggup melakukan demikian.

Begitu juga tamak kepada pahala. Ketamakkan kita kepada pahala dan keredhaan Allah seharusnya mampu membuatkan kita menolak segala ajakan dan bisikian yang sedapnya seketika. Ketamakkan kita seharusnya berjaya membuatkan kita mementingkan urusan ibadah kita kerana kegilaan dan ketamakkan yang meluap akan ganjaran itu tidak mampu menahan diri kita dari mensia-siakan peluang yang ada. Begitulah seharusnya sikap tamak yang perlu kita didik selama ramadhan disisi kita.

Sering kali kita mendengar ungkapan ‘pendidikan ramadhan’ dan yang seumpama itu. Namun, setiap tahun ramadhan datang dan pergi tetap saja tidak meninggalkan apa-apa kesan yang membekas pada diri kita. Alangkah baiknya jika ramadhan kali ini kita letakkan satu sahaja target yang hendak kita capai. Letakkan target yang berbunyi, “Aku ingin menjadi orang paling tamak akan pahala dan ampunan Allah” Ya, target kita menjadi orang paling tamak.

Tamak ini penting untuk kita pupuk di bulan ramadhan yang pahala dan ampunan mudah kita dapatkan. Seandainya tamak ini nanti setelah berakhirnya ramadhan membekas pada diri kita. Kita akan susah untuk meninggalkan sekecil apa pun ruang yang memberikan kita pahala dan ampunan. Ketamakkan telah meracuni jiwa dan minda kita. Walaupun ganjaran solat jemaah pada hari-hari setelah ramadhan tidak sebanyak ganjaran solat jemaah pada bulan ramadhan namun kita risau kehilangan ganjaran yang tidak berapa banyak itu kerana diri kita telah dikuasai oleh sifat tamak ini. Maka dengan ini marilah sama-sama kita jadikan ramadhan kali ini latihan menjadikan diri kita paling tamak akan pahala dan ampunan Allah. Ya Allah penuhkanlah hati kami akan tamak terhadap pahala dan ampunanMu ya Allah..