This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Tulisan ini khusus ditujukan kepada ibunda yang dirindui, adik-adik, abang dan sedara-mara yang lain.

Cuti pertengahan tahun kali ini saya dikunjungi oleh ayahanda yang kebetulan bertugas untuk melawat sebuah kilang yang bekerja sebagai ‘eletcric transfomer’ di German. Kesempatan tersebut digunakan untuk melawat kami di Mesir.

Setelah berakhir peperiksaan mata pelajaran ‘Nusus Adabiah’ saya segera menuju ke Pejabat Imigrasi dengan harapan urusan visa untuk tinggal di Mesir bagi tempoh setahun yang akan datang dapat diselesaikan. Kertas soalan terakhir ini agak susah yang menyebabkan kebanyakan pelajar memaksa diri untuk terus selesa duduk diatas bangku sambil memerah otak. Keadaan yang sama telah saya alami yang menyebabkan keterlambatan untuk menyerahkan passport untuk diproses. “Tunggu apa lagi, saya tidak akan menerima passport lagi. Datanglah minggu hadapan!” kata pegawai yang bertugas kepada saya dan beberapa orang lain yang mengalami nasib yang sama. Tidak, ini tidak mungkin berlaku. Bebanku sudah cukup banyak untuk hadir dan memikirkan hal yang sama minggu depan. Segera fikiran licikku bermain, dengan basa-basi saya memberi alasan yang memang dibuat-buat. “Tumpang tanya, kalau saya hendak bermusafir bagaimana?” Pegawai perempuan itu melirik seketika kemudian berkata, “Besok kamu datang dengan membawa tiket, akan saya uruskan.” Dia kembali menguruskan urusannya. Saya tidak pun berkata akan bermusafir ke luar negara akan tetapi semuanya sudah terlanjur, ianya perlu di selesaikan.

Saya segera mengambil van yang menuju ke Duweya. Di Duweya saya mengambil van menuju ke Nadi Sikkah dan mengambil van yang ketiga menuju ke Hay Asyir. Tiba di Asyir saya melirik jam. Masih ada sejam setengah sebelum asar. Saya memutuskan untuk menuju ke kedai ‘Tauhid Wan Nur’ yang baru dibuka di Hay Asyir. Sebuah kedai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang tidak begitu mahal. Setelah membeli barang yang dicari saya segera pulang.

Setiba di rumah, hati ingin sekali segera tidur kerana malam sebelumnya hanya sempat tidur selama tiga jam lebih sahaja. Keinginan itu walau bagaimana pun tidak terpenuhi kerana banyak perkara yang sedang bermain dalam fikiran. Meja dan bilik bersepah. Baju yang tidak dicuci.

Setelah solat asar seorang teman hadir dengan vacum yang dipinjam, seorang lagi sibuk mempersiapkan juadah berbuka. Alhamdulillah, dalam masa satu jam setengah bilik dan meja selesai dibereskan. Azan maghrib berkumandang. Kami berbuka.

Kerja telah pun selesai akan tetapi mata tidak lagi mahu dilelapkan. Kerja-kerja tadi membuat mata semangat untuk terus berkhidmad. Teman-teman bilik sebelah sepakat untuk membenarkan ayahanda tidur di sana. Ini kerana bilik saya tidak ada katil, kami hamparkan tilam di atas lantai. Mereka juga ingin mengambil kesempatan itu untuk membuat beberapa perubahan dan pembersihan. Saya masih tidak dapat melelapkan mata.

10.30 malam. Pemilik kereta sewa menelepon, dia bersedia untuk menyerahkan kereta lebih awal, mungkin dia ada urusan yang lain. Informasi yang diterima pesawat tersebut akan mendarat sekitar 11.40 malam. Jarak antara rumah kami dan airport tidaklah terlalu jauh, hanya memerlukan lebih kurang 15 menit. Biasanya penumpang memerlukan masa setengah jam hingga satu jam untuk menyesaikan segala urusan sebelum keluar dari lapangan terbang. Kami jangkakan ayahanda akan keluar sekitar 12.10malam, maka kami bercadang untuk bertolak dari rumah pada 11.30 malam. Tiba-tiba saya menerima sms dari ayah anda “Que imigration”. Saya melirik jam eh baru 11.20. Kami segera ke ngebut ke airport.

Ayahanda telah pun tiba dan sedang berbincang-bincang dengan beberapa orang pelajar yang tidak saya kenali. Dari jauh memang terlihat sosoknya yang telah menjadi datuk padahal usianya tidaklah begitu tua. Kami segera menyalaminya. Kebetulan saya bertemu dengan Shereen yang juga dikunjungi ibu bapanya. Shereen adalah seorang teman Singapore yang turut lulus dari Gontor Putri pada tahun 2003. Hanya saja ketibaannya di Mesir setahun lebih awal dariku.

Kami singgah di kedai Abu Mazin untuk mendapatkan Shawerma Syami Kambing. Tiba di rumah, apalagi, kami bersembang hingga jam 2.30 pagi. Sambil memunggah beg berharga itu. Terima kasih ibunda. Banyak betul kiriman ibunda. Memang alamatnya ananda tak jadi kuruslah ni.

Kami bangun pada 5.30. Setelah menyempurkan hak Tuhan kami segera mempersiapkan diri untuk memulakan pengembaraan. Kami keluar seawal 7.00 pagi. Manakah tujuan kami?

Kami menuju ke pejabat imigrasi. Kerana tidak mahu bersesakkan menaiki bas, kami memilik untuk menaiki van menuju ke Nadi Sikkah. Ayahanda merasa lapar kerana memang mengikut waktu Malaysia saat itu adalah jam makan tengah hari. Kami singgah di kedai Sandwich dan makan di sebuah kedai kopi. 3 buah sandwich kami lahap pagi itu.

Sarapan di Nadi Sikkah

Tiba di Pejabat Imigrasi, saya segera menggeluarkan tiket milik ayahanda, saya bertemu dengan petugas yang menyuruhku untuk membawa bersama tiketku. Tanpa perlu berkata apa, dia segera menyuruhku untuk bertemu Ketua Pegawai yang memakai seragam rasmi di ruangan terpisah di dalam pejabat itu. Saya tidak memahami apa yang sebenarnya dia inginkan, saya masuk ke ruangan tersebut dan meminta izin untuk bertemu dengan petugas tadi. Ketua Pegawai itu mempersilakan. Ketika saya bertemu dengan petugas kaunter buat kali kedua dia menjelaskan sekali lagi perintahnya. Ternyata, dia menyuruhku untuk mendapatkan persetujuan bosnya untuk mengurus visaku dengan menunjukkan tiket tersebut. Deg! saya mula khawatir. Tiket itu bukan milikku.

Sebuah tanah perkuburan keluarga

Dengan hati yang sedikit khawatir saya berusaha tenang menemui Pegawai tersebut yang segak dengan tubuh sasa berbalutkan seragam rasmi pegawai imigrasi yang tidak jauh dengan seragam pegawai polis. Setelah menerangkan keadaan yang semuanya hanyalah rekayasa, pegawai tersebut melihat tarikh yang tertera di tiket tersebut. Baris pertama tercatat 190108 iaitu semalam. Penerbangan ayahanda menuju ke Mesir. Hatiku kencang berdetak. Untungnya kegusaran hatiku dapat diselindung pada wajah yang tetap tenang. Dengan yakin saya menunjukkan, bukan yang itu, cuba lihat baris kedua, 210108 cairo-zurich. Pegawai tersebut pun melihat ke arah cariku menunjuk. “Oh, jika demikian serahkan paspot kamu kepada petugas tadi.” Pegawai tadi memberi persetujuan tanpa melihat nama yang tertera di situ. Alhamdulillah urusan berjalan dengan lancar. Perbuatan tidak bermoralku tidak tercium olehnya, atau mungkin dia mencium namun pura-pura tidak tahu kerana wajahku yang macam sepuluh sen.

Kubur tanpa nisan

Menunggu passport di proses kami menuju ke tanah perkuburan yang berdekatan dengan pejabat tersebut. Masyarakat Mesir biasa membina seperti sebuah rumah kecil yang memiliki sebuah kubah sebagai tempat persemadiannya dan keluarganya setelah mati. Kubur-kubur ini memang pelik kerana ada yang tidak bernisan, ada pula yang tertulis nama sehingga lima orang. Setelah melihat pelbagai jenis kubur yang berbeza kami mendapat penjelasan dari orang di situ bahwa mereka tidak menggunakan liang lahad akan tetapi mereka membuat seperti sebuah ruangan di bawah tanah dan mayat akan di susun begitu sahaja. Tangga ke permukaan itu kemudian di tutupi tanah. Ketika ahli keluarga yang lain meninggal mereka akan menggali tangga tersebut dan meletakkan mayat baru itu sesuai susunan. Ruangan itu juga dibahagi, kanan untuk lelaki dan kiri untuk perempuan.

Depan Masjid Imam Assyafie

Setelah letih mengelilingi kuburan-kuburan itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Imam As-Syafie. Sebelum sampai ke Masjid tersebut kami singgah sebentar di pasaran gelap (black market).

Setelah menziarahi kubur Imam Syafie kami kembali ke imigrasi dan mengambil paspot yang telah pun selesai diuruskan.

Depan Bangunan Fakulti Bahasa Arab


Solat Zuhur kami laksanakan di Masjid Azhar. Setelah makan tengah hari kami menuju ke Atabah dan terus menuju ke sungai nil dengan hanya berjalan kaki. Satu hal yang saya yakin tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang Malaysia di Mesir. Hampir 3 jam lebih kami menapak. Di sungai nil ayahanda mengajak untuk menghilangkan lelah di atas perahu yang membuat sebuah putaran dengan bayaran 2 genih seorang.

Lama kami menunggu perahu penuh. Ada beberapa couples, kanak-kanak dan beberapa orang tua yang memenuhi perahu kami. Perahu ini tidak ada tarian gelek, tidak seperti kapal-kapal yang sedang bersiap sedia untuk beroperasi saat perahu kami mula bergerak. Juga, tidak ada penumpang yang suka rela menari seperti yang diceritakan teman-teman. Alhamdulillah.

Kami kemudian segera mencari masjid di kawasan Sidi Abu Ila’, seorang ilmuan kimia yang merupakan keturunan Sayyidina Ali RA. Kami kemudian mencari bas menuju ke Hilmiyyah Zaitun, rumah Mama setu. Setelah hampir sejam lebih kami di sana, kami pun meminta izin untuk pulang ke rumah.

Cacatan ini akan ananda sambung esok pagi..

Leave a Reply