This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Kami memulakan perjalanan hari kedua 21/01/2008 pada jam 6.30 pagi. Destinasi kami adalah menuju ke benteng pertahanan yang telah dibina oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Benteng yang masih megah hingga hari ini berada di atas dataran tinggi.   Â

Gambar di Sayyidah A’isyah

Dari Hayy Asyir kami bertolak menaiki bus yang menuju Sayyidah A’isyah. Di Sayyidah A’isyah kami sarapan bagi dan kemudian berjalan menuju Benteng tersebut.

Pintu masuk Benteng Salahuddin Al-Ayyubi

Kami tiba dibenteng sekitar jam 8.00 pagi. Pengunjung masih belum terlalu ramai. Hanya terdapat beberapa bus pelancong sahaja di tempat letak kenderaan.

Gambar Masjid Muhammad Ali yang kini berusia lebih kurang 200 tahun.

Bahagian solat tanpa atap dalam Masjid Muhammad Ali.

Minbar ke 3 di tempat solat beratap Masjid Muhammad Ali

Perhatikan tiang yang begitu tinggi ini. Tidak kami temukan kesan ia di sambung. Apakah tiang ini berasal dari sebongkah batu?

Masjid ini berada di sebelah Majid Muhammad Ali. Ia berusia hampir 700 tahun.

Pemandangan di halaman luar Masjid Muhammad Ali. Terlihat 3 menara masjid yang bersebelah-sebelahan.

Gambar bersama patung seorang pahlawan Mesir di hadapan Museum Military.

Di sini kami sempat bersenda, ayahanda berkata, “Engkau ambillah gambar-gambar masjid-masjid yang dibina bersebelah-menyebelah ni dan kirimkan kepada Khir Toyo. Siapa kata tak boleh buat masjid banyak-banyak atas muka bumi ini?” Bagaimana tidak, di kawasan ini sahaja kami menemukan 5 buah masjid. Masjid tersebut hanya dipisahkan oleh jalan seluas 3 meter sahaja!

Ini adalah pintu masuk ke Masjid Sultan Hassan yang di dalamnya pernah menjadi pusat pendidikan agama 4 mazhab dan ilmu-ilmu perubatan.

Masjid ini terbahagi kepada 4 bahagian. Pertama bahagian yang disediakan untuk ilmu-ilmu perubatan. Bahagian kedua adalah bahagian yang tidak berkarpet di dalam gambar di atas. Bahagian ini memiliki empat pintu, dua di sebelah kanan dan dua di sebelah kiri. Setiap mazhab ditempatkan pada masing-masing pintu. Bahagian ini tidak mempunyai bumbung.  Bahagian ketiga adalah Bahagian yang berkarpet. Bahagian ketiga ini ditutupi oleh atap yang dihasi oleh puluhan atau mungkin ratusan lampu.

Pintu tersebut adalah laluan menuju ke bahagian ke empat yang di dalamnya terdapat Kubur keluarga Sultan Hassan. Ruangan tertutup dengan ketinggian atap setinggi 50 meter menghasilkan echo suara yang indah didengar. Bilal Masjid menawarkan diri untuk melantunkan kalimah tauhid dan surah al-ikhlas.

Setelah jemaah zuhur kami terus menuju ke airport. Penerbangan ke Zurich akan berlepas pada pukul 3.55 petang. Di airport kami makan tengah hari dan berpisah. Oh ye forget to mentioned, sempat bedal a piece of cheece cake kat Malino Cafe.

Sekembali di rumah, saya segera merebahkan diri. Bukan untuk tidur akan tetapi untuk menghilangkan lelah dan sakit dibahagian otot betis dan peha. Tapak kaki pun lecet. Berkurun keras dalam rumah, sekali jalan dari 6.30 pagi sampai 11 malam… Mana taknya..

Lepas maghrib seorang teman membawa pulang sekilo sotong putih dengan harga 30 LE. “Makan pedas-pedas sedap ni..” kata seorang teman. Memang menarik menikmati masakan pedas di musim sejuk. Makanan pedas membuatkan diri kita panas dan tubuh segera mengeluarkan air peluh akan tetapi cuaca sejuk membuatkan pori-pori dikulit mengecut. Air peluh yang sukar untuk keluar melalui pori-pori yang sempit itu membuatkan kita merasa gatal.

Saya mencadangkan untuk membuat nasi lemak dengan sambal tumis sotong dan petai. Mereka setuju. Kami berenam menikmati nasi lemak. Terima kasih kepada yang mengingatkan kembali cara buat sambal tumis.

Nampak macam tak sedapkan… Tapi sebenarnya.. *_^

Bunda, walau bunda tiada namun jiwa dan semangat bunda selalu bersama.. InsyaAllah suatu hari nanti kita boleh jalan sama-sama.. Thats why you must keep yourself healthy so that when the time comes we can spend together..Amin.. Take care mummy..

Leave a Reply