
Subhanallahu wa bihamdihi adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata arsyihi wa midada kalimatihi, assholatu wassalamu ala rasulilamin, sayyidul mursalin, imamannabiyyin, as’adukhalqillahi ajma’in. Amma ba’du,
Udara malam damai berhembus seakan-akan berusaha mengusir haba panas yang meresahkan ramai orang. Titisan peluh yang mengalir tidak menghambat semangat mereka berhimpit-himpit memenuhi saf yang lurus umpama bunyanun marshus. Bahkan haba yang kian panas, pinggang yang kian encok dan peluh yang terus menitis kalah dengan sihir yang hadir dari kemerduan lantunan kalam ilahi yang berjaya memukau ratusan orang. Air mata tertitiskan, hati bergetar dan bulu roma meremang! Iza zukirallahu wajilat qulubuhum wa iza tuliyat ayatuhu zadathum imana..
“Malam ini kita akan mulakan solat sunat malam bermula pada jam satu pagi. Bagi mereka yang mempunyai keluangan masa, marilah sama-sama kita hidupkan malam ramadhan mulia ini, di masjid kita ini. Semoga ia menjadi persediaan bagi kita demi menghadapi sepuluh malam yang terakhir dan demi meraih malam lailatul qadar.” ucap Syeikh Abdullah Imam Masjid Syarbini mengejutkanku dari lamunan.
“Subhanallah! 14 hari sudah!” Hatiku berbisik. Begitu cepat masa berlalu. Teringat ucapan khatib di Masjid As-Salam pada Jumaat lalu. Khatib yang aku suka gayanya dan cara bicaranya. Sesuai dengan pakaiannya yang menggunakan coat. Moderat! Dia berkata bahawa syaitan tidak meminta apa-apa yang kita minta kepada Allah SWT. Dia tidak meminta harta. Tidak meminta wanita. Tidak meminta kekuasaan. Tidak juga meminta apa-apa yang biasanya diminta oleh manusia. Lalu apa yang diminta? Syaitan berkata kepada Allah SWT, “Rabbi anzirni ila yaumi yub’asun.” Syaitan meminta agar diberikan waktu sehingga hari kebangkitan. Syaitan meminta sesuatu yang tidak dimiliki manusia. Syaitan meminta waktu. Allah SWT menyetujui permintaan itu dan memberikan iblis masa hidup ke penghujung usia bumi dan alam sejagat. Allah SWT memberikan seluas-luas waktu kepada Iblis bagi digunakan untuk menyesatkan keturunan Saidina Adam AS. Sedangkan manusia keturunan Nabi Allah Adam AS terpaksa bersaing dengan waktu. Faiza jaa ajaluha la yasta’khiruna sa’atan wala yastaqdimun.. Sudahlah kita tidak diberi tahu bila ajal yang pasti datang, tatkala datang, tidak pula akan diperlambat walau sesaat dan tidak juga dipercepat. Bermakna kita memang diciptakan agar berperang dengan waktu.
Maha Suci Allah yang telah menceritakan kepada kita para Sahabat, para Muqarrabin, para Sholihin, para Azkiyaul muthahirin yang mana mereka dicabut nyawa mereka setelah hanya diberi tempah 30an tahun atau 40an tahun tetapi dengan tempoh yang singkat itu para penduduk langit bersedih atas kematian mereka. Maha Suci Allah SWT yang juga telah menceritakan tentang mereka yang dikaruniakan usia yang begitu panjang namun tidak pun seorang penduduk bumi merasa kehilangan disaat kematian dia apalagi penduduk langit!
Maka di golongan manakah diri kita berada?
Sungguh tidak terasa kita sudah pun menginjak ke separuh akhir dari bulan mulia Ramadhan. Qot fata ma fata! Telah berlalu apa yang sudah berlalu. Tanyalah diri kita apa yang telah kita raih selama setengah bulan yang lalu. Tercapai sudahkah target yang telah kita letakkan pada awal Ramadhan dulu. Bagi aku, aduh, begitu jauh dari yang diharapkan! Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk terus bertarung hingga mampu menguasai diri sendiri. Amin.
Baru-baru ini saya menjenguk blog seorang teman. Di sana tertulis penyataan berikut :
saya pernah menonton satu siaran terbitan Hj. Aidid ALfian. dorang buat Liputan pasaL orang IsLam kat UK. there was 1 interesting part. sorang perempuan musLim tak pakai tudung buat statement:
“Lotsa peopLe are judging musLim women Like us. we must wear hijab to be considered as musLim, we must cover ourseLves to be caLLed musLims. that’s CRAP! in the end, onLy God wiLL judge us..“
apekejadahnya minah satu ni? dia tak sedar yang dia tuLa sebenarnya yang saLah. memangLa betuL, pada akhirnya hanya ALLah yang akan hakimi kita. TETAPI pakai tudung & menutup aurat ni bukannya umpama nak berzikir. biLa rasa nak berzikir, kita berzikir. biLa rasa nak menyanyi, kita menyanyi. hijab & pakaian menutup aurat adaLah WAJIB. umpama kaLau tak minum air seminggu kita mati. WAJIB minum air kaLau nak hidup. wajib tutup aurat kaLau korang ngaku korang tu IsLam.
Begitulah bunyi tulisannya yang membuatkan aku tersenyum. Tersenyum mengingat si penulis. Tersenyum mengingat gelagat manusia hari ini yang semakin keliru. Tersenyum melihat reaksi orang yang mungkin agak berkobar-kobar semangatnya (tak mahu guna istilah extrimis). Tersenyum melihat mereka yang kononnya bermanhaj washotiah padalah kebingungan. Tersenyum mengenang mereka yang kononnya golongan agamawan namun mendukung wanita yang memberi penyataan di atas dan yang seumpamanya. Tersenyum atas beberapa sebab lain yang aku sendiri tak pasti mengapa.
Letih bersenyum, aku menanyakan diriku akan pendirian apa yang aku pegang?
Sebetulnya sungguh tidak adil jika aku menghujat si pemberi penyataan diatas. Toh, aku tidak tahu siapa dia. Siapa tok guru dia. Adakah dia pengikut Aminah Wadud. Ataukah dia sefahaman dengan kawan-kawan dari Sisters In Islam. Ataukah dia berfikir seperti Ulul Absar Abdallah, pelopor Jaringan Islam Liberal.
Aku mungkin lebih suka untuk “seek to understand then to be understood” dalam isu yang sebegini. Antara tulisan yang menarik mengenai perkara umpama ini pernah diceritakan oleh Ust Hasrizal mengenai pengalamannya berbincang dengan orang yang menolak syariat tudung. Kesimpulan yang aku setujui dengan beliau adalah kita tak boleh paksa orang untuk bertudung jika orang itu sendiri masih keliru akan dirinya, tuhannya, agamanya, kitabnya, and so on. Dengan istilah lain, syariat akan diterima jika hati seseorang itu telah diselubungi cahaya iman dan cahaya Allah yang merupakan cahaya di atas cahaya.
Jika kita kembali membuka lembaran kisah-kisah Al-Quran, atau sejarah Nabi Muhammad SAW, kita bakal menemukan bagaimana proses dakwah itu benar-benar dimulakan dari proses menyerapan erti iman. Iman atau kepercayaan kepada Allah SWT sahajalah yang mampu membuatkan manusia mahu melakukan apa yang disuruh. Krisis kepercayaan kepada Allah SWT bakal melahirkan krisis-krisis lain seperti krisis kepercayaan kepada malaikat, rasul dan nabi juga krisis kepercayaan kepada kitab. Ketika krisis-krisis ini membiak subur dalam jiwa seseorang yang mengaku muslim sangat memungkinkan dia menghujat syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Maka jangan pelik jika agama kita tidak mensyariatkan apa-apa syariat kepada mereka yang tidak ada iman dihati mereka.
Penyataan menarik yang kembali mengukuhkan pendirian ini juga disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad Mahmod Karimah, Prof. di Jabatan Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar. Dalam tazkirah beliau ditegaskan bahawasanya manhaj penyampaian Islam hari ini pun sudah semakin serabut. Beliau kemudian melantunkan ayat ke dua dari Surah Jumu’ah. Huwallazi ba’atsa fil ummiyyina rasulan minhum yatlu ‘alaihim ayatihi wa yuzakkihim wa yu’allimuhumul kitaba wal hikmata wa in kanu min qoblu lafi dholalimmubin. Ayat ini menceritakan bagaimana Rasulullah SAW diutuskan lalu Baginda membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah SWT yang diturunkan di dalam Al-Quran, lalu mensucikan mereka dari syirik dan kekotoran dalam aqidah, amalan serta akhlak yang buruk, lalu mengajarkan mereka Al-Quran dan Sunnah serta penjelasan maqasid syariah dan rahsia disebaliknya. Penafsiran ini seperti yang termaktub dalam Mausu’ah Quraniyyah Al-Muyassarah. Jika kita senaraikan dengan lebih sistematik, maka kita akan mendapatkan susunan atau manhaj dakwah nabi adalah sebagai berikut :
1. Yatlu alaihim ayatihi : Membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah SWT.
Langkah ini mengandung aspek keimanan yang luas bidang bahasannya. Pembacaan kepada mereka menunjukkan usaha meyakinkan kepada mereka kebenaran ayat-ayat tersebut. Seorang yang rela mendengar ayat-ayat itu nantinya akan bertanya siapakah yang menyatakan ayat-ayat ini. Maka perkenalan dengan Allah pun terjadi. Mengimani ayat-ayat ini tentunya hanya bakal berlaku setelah kepercayaan kepada Allah selaku yang menyatakan ayat-ayat ini. Demi memahami implikasi dan inpretasi langkah pertama ini dicadangkan agar membaca kembali bagaimana para sahabat memeluk islam dan meyakini keesaan Allah setelah terpengaruh dengan Al-Quran. Bahkan kita sendiri akan mendapati bagaimana fasa makkiah digunakan sepenuhnya oleh Rasulullah SAW untuk membacakan Al-Quran kepada Quraisy Makkah ketika itu. Tidak heranlah jika disebabkan langkah pertama ini, baginda digelarkan dengan gelaran yang pelbagai antaranya, penyair, pendongeng, paderi, pendusta dan seorang gila.
2. Yuzakkihim : Membersihkan mereka dari kekotoran syirik, aqidah, amal dan akhlak.
Setelah cahaya iman terhadap Al-Quran menyelubungi hati mereka, Rasulullah SAW meneruskan usaha dengan membersihkan kekotoran-kekotoran syirik yang ada di dalam hati mereka. Berhala mula ditinggalkan. Solat mula didirikan. Akhlak mulia terus menjadi pakaian. Hinaan, celaan, cemohan diterima dengan sabar. Tindak balas disampaikan dengan penuh kebijaksanaan. Proses pembersihan ini terus dilaksanakan sehingga melahirkan golongan sabiqun yang kuat dan berpengaruh.
3. Yu’allimuhumul kitaba wal hikmata : Mengajarkan mereka Al-Quran dan Sunnah serta hikmah (pemahaman maqasidussyariah dan rahsia disebaliknya)
Langkah terakhir barulah diberi santapan akal. Penjelasan-penjelasan akan syariat dan segala hikmah disebaliknya. Kemampuan akal yang terbatas dilindungi agar tidak tergelincir dengan pagar iman yang sudah pun kokoh dan bersih. Santapan akal inilah akhirnya menjadi pendorong bagi usaha-usaha meningkatan tahap ke tahap. Motivasi yang menjadikan mereka golongan yang berlumba-lumba dalam kebaikan.
Zaman sekarang kita lebih gemar menyampaikan dakwah dengan “hikmah” (hikmah yang dimaksud adalah hikmah sebagai buah yang seharusnya disampaikan setelah proses yatlu’alaihim dan yuzakkihim). Islam dihidangkan hanya sebagai disiplin ilmu. Atau sebagai ideologi. Atau mungkin islam dijadikan topik perbahasan dan kajian semata-mata. Janganlah kita melatah bila bertemu dengan orang-orang seperti wanita yang membuat penyataan diatas. Mungkin dia menilai tudung dari suduh hikmah, tanpa sebelumnya menerima proses yatlu’alaihim dan yuzakkihim. Penilaian dari sudut itu pasti akan membuahkan kesimpulan yang sering dikaitkan dengan budaya, bangsa dan lain-lain seperti yang kita dapati dalam jurnal Ulil Abshar di JIL dan teman-teman di Sister In Islam.
Di kesempatan ini juga saya mengajak diri saya dan semua yang membaca tulisan ini untuk sama-sama kita baca semula surah An-Nur beruang-ulang kali. Selingkan dengan membaca keterangan dan pendapat-pendapat ulama. Cerminkan dengan apa yang kita amalkan selama ini. Petik rahsia yang terkandung dan tatbiqkan dalam diri. Bacalah dengan bacaan yang teliti yang mendorong dan memotivasikan kita untuk mencapai tahap ihsan dalam sudut bahasan di surah An-Nur itu. Letakkan diri anda sebagai orang yang melihat diri anda bukan hanya sekedar pemakai sahaja. Sudahkah pakaian kita selama ini mencapai apa yang dikehendakki Allh SWT seperti yang terkandung di dalam Surah An-Nur itu ataupun tidak? Ataukah kita hanya bersikap, “yang penting aku dah tutup aurat!” tanpa mengendahkan sisi-sisi lain yang sengaja kita buat-buat tak perasan?
Mengakhiri cacatan ini sekali lagi saya mengajak diri saya dan semua untuk sama-sama kita renungkan nasib kita, renungkan amalan harian kita, renungkan usaha kita dan renungkan masa-masa kita yang masih berbaki di bulan mulia ini. Sama-samalah kita dongakkan kepala tatkala berjalan pulang setelah tarawih memerhatikan bulan yang kini mengambang penuh yang akan sedikit demi sedikit menghilangkan sebahagian dari dirinya agar ketika ia benar-benar hilang kita tidak menyesal.







September 16th, 2008 at 12:09 pm
salam..
entri yg membangun jiwa..semoga memberikan impak berguna kepada kita dibulan yg mulia ini..salam ziarah dari bumi anbiya..
September 16th, 2008 at 12:38 pm
Orang melayu amnya mana faham sangat bab aqedah. Ulamak dulu ajar yang tak betul. Sembah allah pun boleh bersyarat. Saya boleh sembah dan ikut perintah mu Allah kecuali menipu. Yang lain kata saya boleh buat apa yang kamu suruh kecuali berjudi. dulu ada satu makhluq yang kata begitu, “saya sembah dan taat dan buat apa kamu suruh Allah kecuali sujud kepada Adam.”
September 16th, 2008 at 12:40 pm
Orang melayu amnya mana faham sangat bab aqedah. Ulamak dulu ajar yang tak betul. Sembah allah pun boleh bersyarat. Saya boleh sembah dan ikut perintah mu Allah kecuali menipu. Yang lain kata saya boleh buat apa yang kamu suruh kecuali berjudi. dulu ada satu makhluq yang kata begitu, “saya sembah dan taat dan buat apa kamu suruh Allah kecuali sujud kepada Adam.” Oleh yang demikian amnya orang melayu ingat mereka beriman tapi rupanya pengikut makhluq tersebut iaitu Syaitan.
September 16th, 2008 at 3:54 pm
MasyaAlLah, what a beautiful piece of writing….semoga ia menatijahkan semangat memperhambakan diri kepada AlLah bagi yg membacanya, seterusnya meningkatkan semangat keikhlasan dan tawadhu’ kita sebagai hambaNYA di muka bumi ini….wish i could write like this….subhanalLah
September 16th, 2008 at 8:57 pm
wah~
this is wat i’m expecting from an Azharian student.
uLasan yang Lebih daLam =)
makaseh ya mas.
September 16th, 2008 at 8:58 pm
solat di masjid sharbini memang seronok. ada ump… terasa la. walaupun panas, tapi tetap ada rasa seronok.. faktor imam tu penting.
September 17th, 2008 at 4:43 pm
terima kasih sharing ilmunya…
selamat Berpuasa… semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin…
mengapa kita masih didera malas beribadah, baik mahdhah maupun ghayru mahdhah…? untuk itu saya membuat tulisan tentang
“Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?”
silakan berkunjung ke:
http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html
semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin…
salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/
September 19th, 2008 at 8:25 am
Salam..
Akhi..just to inform..di malaysia last 2 weeks..kecoh sekejap cerita ttg pengarang Malaysia today yang mempersoalkan tentang aurat wanita. Beliau menyatakan di dalam alquran tidak disebut perlu menutup kepala (yang dirujuk specifically sebagai ru’usa) dan mempertikaikan perkataan khumur…
Sangat kasihan kepada pengarang tersebut…sama ada saja buat cerita nak pancing populariti…atau menghasut…tak jelas apa tujuannya…
tapi malang kalau yg membaca itu tidak mempunyai asas agama yg kukuh..mungkin boleh aje mempercayaimya bulat2..
September 21st, 2008 at 7:21 am
to ibnurrashidi, terima kasih wa jazakallahu khairan atas kunjungan..
to yusuf, ulama dulu pun ada banyak jasa yang tidak dapat kita mungkiri, contoh ulama wali songo yang terkenal di jawa, mereka bukan bawa ajaran sesat, tapi situasi ketika itu menuntut mereka untuk lebih kreatif dalam menyampaikan dakwah, namun mereka mati sebelum memperjelas beberapa isu yang dikemudian hari disalah fahami oleh pengikut mereka. Jadi bukan ulama dulu ajar tak betul, tapi ada banyak perkara dan situasi yang perlu kita ambil kira, apapun kita yang hidup saat ini, yang dah kenal aqidah perlu sebarkan kepada sekeliling kita, ulama dulu sudah melakukan apa yang telah mereka lakukan, maka apa pula yang telah kita lakukan untuk generasi setelah kita..
Terima kasih kongsi pandangan.
to ummuasyar, thanks mom luv u so much! ^_^
to nadhirah, doakan semoga kita selalu sabar dan ikhlas dalam menekuni jalan dakwah ni..
to anasxz, memang best nas tapi la ni dah mula solat di Assalam.. lambat sikit la habis.. pukul sepuluh tapi puas hati!
tp faishol, terima kasih.. perkongsian yang menarik..
to bintun_nahl, semoga dia diberi hidayah.. dan semoga kita diberi ketetapan hati dalam mentaati Allah SWT…