
Siwa memberikan kesan yang luar biasa kepada aku. Kehidupan dan suasana mereka memang agak sedikit berbeza. Bukan sedikit malah banyak perbezaannya. Kami serba salah sama ada harus segera meninggalkan Siwa seperti yang dijadwalkan atau membuat jadwal baru.

Â
Setelah menunaikan solat subuh berjamaah kami berempat ditemani Syiekh Idris mendaki Jabal Garbi. Kali yang kedua bagiku dan abah. Kami menghabiskan masa yang lama di

Segala yang terdetik di hati kami, ditanyakan kepada Syeikh yang secara tidak langsung menjadi pemandu kami. Dia menceritakan bagaimana penduduk Siwa dulu yang merupakan qobilah yang kaya dengan hasil tanaman memilih bukit sebagai tempat tinggal. Mereka menebuk dinding bukit dan menjadikannya tempat perlindungan. Persis seperti gua. Setelah populasi mereka meningkat mereka mula mendirikan rumah-rumah dengan tanah. Tulang pohon kurma, zaitun dan apricot menjadi tiang, tangga dan rangka. Mereka kemudian membina penempatan mereka itu seperti sebuah kubu atau benteng yang hanya memiliki dua buah pintu masuk. Pintu ini hanya akan terbuka setelah mentari terbit dan sebelum mentari terbenam. Mereka berhati-hati melindungi hasil tanaman mereka dari ancaman qabilah-qabilah penyamun. Demikianlah terjadinya Shalli yang ditempati 14 qabilah di Siwa.

Setiap qabilah terdiri dari beberapa a’ilah dan setiap a’ilah terdiri dari beberapa usrah. A’ilah adalah keluarga besar yang terdiri dari Atuk, nenek, anak dan menantu, cucu-cucu. Sedangkan usrah adalah keluarga kecil yang terdiri dari ayah ibu dan anak.
Rumah di Siwa ditempati oleh sebuah a’ilah. Atuk yang menjadi ketua a’ilah akan mengurus kehidupan sehari-hari keluarga besar mereka. Rumah yang bereka bina memang agak berlainan dengan rumah-rumah biasa. Di bahagian pintu depan rumah akan dibina sebuah tempat melepak yang akan menjadi tempat di mana sang atuk duduk mengawasi pintu tersebut. Dia akan memberi arahan kepada anak dan menantunya juga kepada cucu-cucunya yang sudah besar. Maka setiap mereka yang keluar dari rumah perlu mendapatkan izin dari atok dan mereka harus pulang setelah selesai urusan dan melaporkannya kepada atok.

Syiekh Idris menawarkan untuk membawa kami berjalan dibeberapa tempat sekitar Siwa. Dia juga bersedia menyediakan makan tengah hari. Kita tidak menolak apalagi setelah tertarik dengan kehidupan masyarakat Siwa yang memang berbeza dengan kehidupan masyarakat Mesir di daerah-daerah yang lain.

Kami menuju Jabal Mauta iaitu sebuah bukit di mana ditemukan mumi firaun setelah singgah untuk mengucapkan tahniah kepada pengantin.
Selesai bergambar di

Kami singgah ke kawasan rumah penduduk yang membela haiwan ternak dan juga kolam mata air. Sebelum kembali ke Siwa kami singgah ke Jabal Takrur. Jabal Takrur merupakan sebuah bukit yang menjadi tempat perkumpulan seluruh masyarakat Siwa sekali setahun. Perkumpulan yang kini menjadi adat dan perayaan tahunan penduduk Siwa ini bermula ketika seorang Syiekh sebuah tarikat sufi yang berusaha menyelesaikan perselisihan yang terjadi antara qabilah di Siwa. Setelah selesainya masalah itu, setiap qabilah menjemput Syeikh tersebut untuk bertamu ke rumah mereka. Namun, Syiekh takut ada yang tersinggu kerana kehadirannya ke sebuah qabilah dan tidak hadir pada qabilah yang lain. Untuk menyelesaikan masalah ini, beliau mengajak agar semua qabilah membawa makanan ke tempat yang lapang dan di situ mereka akan makan bersama-sama. Semenjak itulah masyarakat Siwa akan berkumpul di situ setiap tahun.

Setelah menikmati masakan anak kambing yang dihidangkan kepada kami. Kami pun terus menuju ke Bahriyyah (Wahat). Perjalanan kami ini tanpa henti. Kami bersedia untuk tidak tidur. Kami bergilir memandu. Ali memandu dari Siwa ke

Perjalanan kemudian di teruskan sehinggalah kami tiba di Mandisyah salah sebuah kampung di Bahriyyah. Di

Kami kemudian menuju ke Farafra yang terkenal dengan

Keesokan harinya 30 Januari 2008 kami melawat kebut Zaitun yang begitu luas di sebuah kawasan bernama Kawarein. Kebun zaitun yang luas dan tersusun rapi itu di miliki oleh seorang berwarganegara

Kami kemudian beramah mesra dengan para pekerja di
 
Petani ini berasal dari Mansurah. Lama sudah dia disini dan kini dia telah pun memiliki ladang sendiri. Aku terpegun dengan petani ini yang menghidangkan segala yang dia miliki kepada kami. Dia tidak malu dengan makanan nya yang sedikit. Inilah yang hilang dari masyarakat kita. Kita selalu berusaha menjadi diri orang lain. Buktinya kita yang tidak mampu rela meminjam duit hanya untuk menjamu orang makan di hari perkahwinan. Padahal seharusnya kita jamu semampu kita. Kalau memang tak mampu buatlah cara tak mampu. Kenapa perlu malu. Aku teringat kisah yang pernah ibuku cerita disaat para ibu berkumpul di sebuah majlis pertunangan. Salah seorang mereka bertanya berapa hantaran. Sang ibu itu berkata bahwa anaknya suka nombor satu atau sembilan. Jadilah hantaran tu RM9999. Salah seorang ibu yang mendengar itu terus pucat dan hilang selera makan. Bahkan terdiam merenung. Aku juga masih ingat ada yang berkata, kalau saya punya calon menantu minta sebegitu banyak, saya akan kata saya tak mampu, tak jadi kawin pun tak pa kita cari calon lain. Jadilah diri kita sendiri. Sebab itu sunat bersedekah itu bukan hanya bagi orang kaya. Kita lebih memerlukan pahala sedekah itu lebih dibandingkan kita memerlukan kepada harta itu sendiri bahkan melebihi keperluan si penerima terhadap harta itu. Maka dapat kita lihat sisi manakah nilai sedekah itu di hadapan Allah SWT. Salah jika mereka yang mengira dan bercita-cita akan menjadi dermawan jika sudah kaya. Kongsikan segala yang kamu ada dengan ikhlas itulah yang lebih bernilai disisiNya.

Dalam perjalanan pulang kami ditahan oleh dua orang arab. Rabi’ dan Majdi. Mereka adalah pekerja kepada pemilik unta. Tugas mereka membawa unta dan pelancong yang menunggangnya mengelilingi
 
Mereka kemudian mengajak kami untuk makan malam dirumah mereka. Kami pun menggunakan peluang itu untuk melihat kandang unta. Majikan mereka memiliki hampir seratus

Setelah selesai lawatan malam itu. Kami terus pulang ke Kaherah. Tiba di Hayyu Asyir pada jam 2.30 pagi.
Hari berikutnya 31 Januari 2008 kami menziarahi kubur Firaun di Giza dan kubur pengikutnya di Sakkarra. Abah mencari buah tangan di Khan Khalili pada sebelah petang. Malamnya kami di jemput untuk makan di rumah keluarga Atif dan Kak ila.
 
Setelah subuh hari terakhir abah di Mesir, kami sarapan di kedai Pasta. Mencari strawberry yang besar gadak. Packing. Tepat jam 10.30 kami bertolak menuju ke Alfu maskan rumah Mama Setu Al Karimah ibu kepada Pak Cik Nabil Mabruk. Tiba di alfu maskan kami sempatkan diri untuk makan sandwich otak yang memang takkan ada di

Setelah makan tengah hari dan menerima

Perjalanan ke airpot lancar. Kami pergi ke terminal dua seperti biasa. Namun, setelah dipastikan ternyata kapal terbang yang sepatutnya dinaiki berlepas dari terminal satu. Kami bergegas ke

Aku sangat bersyukur dengan ketentuan Allah SWT ini. Ini adalah rahmatNya yang begitu besar kepadaku yang perlu aku syukuri. Kunjungan ini penuh makna. Ia sedikit sebanyak menyamakan presepsi dan asas fikrah kami.

Abah juga sering menyentuh isu perkahwinan. Mungkin dia sengaja menyindir kami bertiga. Emm.. masalah kawin bukanlah isu lama. Bahkan topik paling sering dibicara.

Banyak lagi kenangan yang tidak tercatat di lembaran-lembaran ini. Semoga semuanya dapat menjadi kenangan berharga bagi kami. Allahummanfa’na ma ‘allam tana wa ‘allimna ma yanfa’una warzuqna ‘ilman la yunsa…







