PENGHUJUNG 2003
AKu melangkahkan kaki dengan agak berjingkit, berhati-hati dari air lecak yang kotor dari terkena kasut atau seluarku. Sekali lalu aku lemparkan pandanganku ke seluruh penjuru mencari bas berwarna biru yangÂÂ pasti sudah menungguku. Langkah kakiku tidak ku hentikan, malah agak ku percepat walau akuÂÂ tahu bas di sini tidak akan bergerak tepat waktu. Namun aku tetap ingin tiba tepat waktu kerana aku tidak sanggup menanggung resiko harus bermalam di tempat yang mengerikan ini. Stesen Bas Pulau Gadung memang sangat mengerikan. Tempat berkumpul bas-bas jarak jauh yang biasa mereka panggil dengan istilah “bis antara propinsi”. Bermacam-macam jenis manusia ada di situ. Watak mereka yang berbeza-beza menjadikan perasaan resah menjadi semakin mendalam bagi orang asing sepertiku. Bahkan, orang tempatan sahaja sangat berhati-hati kalau terpaksa mengambil bas di stesen itu. Segala jenis kejahatan yang ada di dunia menjadi hal biasa di situ. “Alhamdulillah itu bas yang ku cari” bisik hatiku. Syukur. Berkali-kali aku melihat details yang tertulis di atas tiket dan apa yang ada pada bas tersebut. Setelah yakin itulah basnya, sambil membaca bissmillah kulangkahkan kaki kedalam. Seorang pemuda sedang mecari sesuatu di tempat pemandu. Dia mengenekan baju usang yang terjahit logo bertulis ‘HBI’ syakit bas yang ku naiki. “Ke ponorogo bang?” tanyaku minta kepastian. “Iya” balasnya singkat. Jarak Jakarta ke Ponorogo tidaklah dekat. 12 jam adalah tempoh yang biasanya harus ditempuhi setiap penumpang. Sebagai orang muda, bekal bukanlah suatu yang penting. Asalkan memulakan perjalanan dengan perut berisi, dan seperangkat silahul mu’min sudah mencukupi. Bas bergerak tepat pukul 07.00 petang. Lambat sejam dari jadual.
“Aduh” keluhku spontan. Kepalaku terhantuk cermin akibat jalan yang tidak rata. Aku mencuba untuk melihat di manakah aku sekarang. Semarang. Setengah perjalanan telah kulalui. Sebentar lagi bas ini akan berhenti menurunkan penumpang dan kadang-kadang akan juga mengambil penumpang. Aku melonggarkan sendi-sendi bersiap sedia untuk turun. Aku memperkirakan keadaan, berusaha merancang. Bas berhenti hanya seketika namun aku ada banyak hal yang harus dilakukan, solat, makan dan ke bilik air. Jumlah orang yang ramai akan menyebabkan waktu tidak cukup jika aku mensia-siakannya dengan turut beratur menunggu giliran. Mushalla adalah tujuanku yang pertama, selain kerana ia adalah prioriti ia juga merupakan tempat yang terakhir yang akan di kunjungi penumpang, dalam bahasa lain mereka hanya akan menggunakan sisa-sisa masa untuk ke mushalla tentunya ianya agak kosong saat ini. Sebenarnya tak menjadi masalah kalau aku mengerjakannya di atas bas sambil duduk sepertimana yang selalu ku lakukan ketika berada di udara namun aku masih mencari kepuasan.
“Mas, tempat ini kosong?” berkata seorang berjanggut jarang, aku menebak umurnya tidak jauh dari 25 hingga 30, serban yang terlilit di kepalanya seakan-akan memberi tahuku bahwa dia merupakan jemaah tabligh. Ahh.. lagi-lagi soal jemaah yang menjadi persoalan. Mengenal orang dari jemaahnya. Aneh, kenapa persoalan itu yang pertama timbul. “Oh silahkan, ngak ada orang kok.” jawabku pantas. Aku masih memilih menjadi patung sehinggalah dia menanyakan soalan yang tidak dapat ku lupakan “Mas sudah punya anak berapa?” Aku terdiam seketika, berusaha memilih respon yang tepat. Aku tidak habis pikir mengapa soalan itu yang dia tanyakan. Apakah wajahku ini sudah terlalu tua untuk seorang yang berumur 18 tahun. Apakah wajahku seperti wajah mereka yang cerah kerana gembira mempunyai ramai anak ataukah seperti wajah mereka yang kusut kerana menanggung beban yang berat kerana jumlah anak yang ramai. Aku tersenyum dan berusaha menjawab. “Ngak kok mas, saya baru aja menyelesaikan sekolah di Gontor dan sekarang dikasih peluang mengajar disana. Jadi saya belum nikah dan kayaknya masih lama tuh.” Dia menjadi serba salah mendengar jawaban ku. “Maaf deh, kirain udah nikah. Soalnya kalau anda ngaku udah punya anak tiga sekali pun saya percaya.” Dia menjadi teman bicaraku sehingga dia keletihan dan tidur.
Aku melemparkan pandangan melihat cahaya-cahaya neon yang hanya dua tiga buah pada jarak sepuluh meter. Tidak setiap rumah punya lampu disini. Telingaku masih mendengar soalan teman sebelahku ini. Bilakah waktu itu akan tiba.? Masih lama kah? Dengan siapakah?
Ya Allah aku menunggu saat itu. Pernah dulu aku berusaha mencari si sholehah yang diimpi. Namun kini, aku sudah berhenti dari episode ‘mencari’ dan berusaha ‘menjadi’ agar nanti hadirnya pasti. Bukankah demikian janjiNya.






