Betapa Tidak Selamatnya Negara Ini

Posted on July 8th, 2009 in Palestin, Peribadi

Negara yang aku tinggali saat ini sudah sangat tidak selamat. Mahu tahu kenapa? Sila baca tulisan ini http://eramuslim.com/berita/dunia/kronologi-lengkap-penangkapan-dan-penganiayaan-4-mahasiswa-indonesia-di-.htm

Aku sudah tidak lagi betah tinggal di negara ini. Ingin sekali segera meninggalkannya. Selain aku merasa keselamatan diri terancam, aku juga sudah muak dan tidak tahan melihat pemerintah negara ini yang sudah tidak lagi memiliki negara mereka ini. Mereka memerintah dibawah perintah. Menyedihkan.

Beberapa hari lalu aku menemani beberapa orang sahabat yang mewakili NGO di Malaysia. Kehadiran mereka adalah untuk penyerahan bantuan, penandatanganan persetujuan dan peninjauan lokasi projek. Namun hasrat mereka terpaksa dikuburkan bahkan dihampakan dengan kepulangan ke tanah air dengan tangan kosong. Pemerintah negara ini sekali lagi menunjukkan sikap anti pemerintah Gaza dan pro Amerika-Israel dan sekutu.

Ini bukan sebuah tuduhan yang melulu. Bukan juga fitnah yang mengandung dendam tapi merupakan kenyataan. Jika dulu kita dapat melintasi perbatasan Rafah – Palestin dengan hanya membawa surat kenyataan rasmi dari Kedutaan Besar Malaysia ke Mesir, kini tidak lagi. Semua yang ingin menembusi sempadan perlu mendapatkan persetujuan dari Kementerian Luar Negeri (MFA, Minister of Foreign Affairs). Setelah mendapatkan kelulusan dari MFA kita perlu juga mendapatkan persetujuan dari Badan Inteligen Antarabangsa yang dikuasai penuh oleh Badan Inteligen Amerika. Lebih kesalnya lagi kelulusan ini tidak mudah didapatkan bahkan kelihatannya seperti sengaja dipersusah.

Keadaan semakin tegang ketika kita mendapat tahu akan beberapa penangkapan terhadap rekan dari balik sempadan yang telah berlaku di sini. Setelah beberapa hari ternyata 5 orang rombongan dari sebuah NGO (nama dirahsiakan) telah dilarang masuk ke Mesir dan di tahan di lokap lapangan terbang antarabangsa Kaherah. Lebih menyedihkan lagi NGO ini, yang telah terlebih dahulu mengirim permohonan untuk melintasi sempadan ke MFA dan Inteligen Antarabangsa itu telah membawa bersama wang tunai yang senilai RM 1 juta. Wang yang banyak itu telah dirampas oleh perompak berseragam di lapangan terbang antarabangsa dimana mereka di tahan.

Lebih menyakitkan hati apabila telah diceritakan bagaimana petugas itu berkata dengan nada yang sangat tidak sopan kata-kata berikut, “Kalian mahu ke Gaza, silakan pergi ke Gaza, tapi kalian tidak boleh memasuki Mesir!”

Aku masih merasa tersinggung dengan sikap individu-individu dalam NGO-NGO yang ingin membantu Gaza. Mereka sepertinya belum serius berhadapan dengan isu Gaza. Tidak sedikit dari mereka menganggap ringan bahkan datang dengan mentaliti dan mindset yang sangat simpel seperti orang yang sedang outstation atau bahkan makan angin. Tidakkah sepatutnya untuk mereka yang ingin membantu mereka yang di dalam kawasan perang untuk bermindsetkan dan bermentalitikan keadaan perang!? Ini sungguh bukan lelucon atau gurauan. Cukuplah NGO yang kehilangan sejuta ringgin itu menjadi contoh nyata akan hakikat ini.

Aku secara peribadi mengatakan kepada Ketua Koordinator NGO-NGO yang ingin membantu Gaza, agar setiap sukarelawan dibekalkan dengan maklumat yang jelas dan persediaan yang cukup. Malang sungguh umat ini yang masih belum memahami padahal Allah SWT telah berfirman “dan persiapkanlah bagi (menghadapi) mereka segala yang kalian mampu dari kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya tetapi Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi. [Al-Anfal : 60] Mereka para musuh telah bersungguh-sungguh dalam memerangi kita namun kita masih lagi santai bahkan dengan tenang menuju ke daerah perang tanpa senjata. Umpama seorang yang putus harap menyerahkan diri kepada lawan.

Lebih menyedihkan lagi, masih ada sikap menunjuk-nunjuk dan kepentingan-kepentingan yang tersirat disebalik usaha suci mereka ini. Sedih ketika kita mendengar satu NGO meninggikan diri mereka lalu merendahkan NGO yang lain padahal sama-sama mempunyai satu matlamat iaitu membantu Gaza. Mengapa begitu susah untuk sekedar ikhlas dan benar-benar bekerja sama demi meraih matlamat tersebut. Sukar untuk aku menerima akan tetapi beginilah sikap kita umat Islam. Selagi kita tidak selesai masalah yang sangat mendasar dan pokok seperti ini kita masih sangat jauh dari kemenangan.

Alhamdulillah aku bersama ketua Koordinator NGO-NGO yang ingin membantu Gaza telah berjaya bertemu dengan sahabat dari Gaza di sebuah pertemuan tertutup selama beberapa jam. Kami sempat menyerahkan sejumlah wang dan penandatanganan MOU berjaya dilaksanakan.

Namun peristiwa 27 Jun 2009 telah menjadi mimpi buruk bagiku. Bahkan mimpi buruk bagi semua umat Islam yang peduli. Aku menyeru diriku sendiri dan semua pembaca untuk benar-benar mempersiapkan diri dengan maklumat dan ilmu. Hanya mereka yang tahu sahaja yang akan mengerti. Maka usahakanlah diri agar tahu untuk mampu mengerti situasi sebenar kita. Setelah mengerti situasi maka langkah berikutnya adalah persediaan dan tindakkan. Senjata paling hebat yang dimiliki umat Islam dan tidak dimiliki umat lain adalah doa. Maka berdoalah. Doalah agar kita menjadi agen perubah bagi umat ini. Doalah agar kegemilangan yang pasti akan kembali itu kembali disebabkan kita, di zaman kita atas usaha ikhlas kita. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus gagah menapaki jalan ini. Mati Syahid di jalan Allah adalah cita-cita semua orang yang beriman dan bertaqwa. Ya Allah jadikanlah kami diantara mereka. Hidup ini hanya sekali, hiduplah dengan penuh erti! Berani hidup tak takut mati, takut mati jangan hidup, takut hidup mati sajalah…

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives